24/09/2012

THE POWER OF DOA


“Berdoalah kamu kepada ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang2 yang sombong takbur daripada beribadat & berdoa kepada ku akan masuk api neraka Jahannam dalam keadaan hina” (Al-mu’min:60)

Kenapa tajuk entry saya “The power of Doa?” Ini kerana Rasulullah bersabda:

“Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi” (Riwayat Al-Hakim & Ibn Abi A-lbunya).

Wahai sahabat-sahabat. Saya yakin ada di antara kita sekarang ini yang mungkin sedang menanggung beban yang sangat berat. Sangat payah. Yang kita rasa benda ni kita tak dapat nak luahkan kepada orang lain. Yang kita rasa kalau orang lain tahu pun, mereka tak mampu nak menolong kita. Kita rasa lemah. Derita. Sengsara. Hingga kita kadang terlupa yang kita ada Maha Kuasa. Walhal, Dia tak pernah lupakan kita.

Sesungguhnya sebagai seorang muslim, dari mula kita lahir sampailah kita pejam mata, masaalah ujian cubaan dugaan akan sentiasa mewarnai hidup kita. Kerana apa? Kerana kita hamba-Nya.

“Adakah kamu berkira kamu akan di biarkan berkata kami telah beriman sedangkan kamu belum di uji?” (Al-Ankabut)

Kita diuji dari segala aspek, diduga dari segenap penjuru sampai at one point yang kita rasa kita dah tak mampu, dah tak berdaya, dah tak dapat nak fikir apa-apa. That time mungkin dah tiba masanya untuk kita berserah sepenuhnya pada Dia. Wasta’iru bissobriwassolah (mintaklah pertolongan Allah dengan sabar dan solat). Doa dan tawakal kerana kita hamba yang lemah dan Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

Atau mungkin, saat diri kita di uji, badai dugaan melanda diri dan adakalanya kita kuat kerana kita yakin Allah di sisi. Tapi apabila semangat itu pergi tetapkanlah dihati, walau bergoncang jiwa raga kita, jangan kita lari dari menghadapi. Biarkan Allah terus memegang hati kita serta memandu langkah kita supaya membentuk diri kita menjadi mukmin sejati. Hanya doa mampu kita panjatkan kepada-Nya untuk memelihara diri serta memberi kekuatan pada diri bagi menempuh segala yang terjadi.

Dan saya yakin, kita semua mengalami situasi ini yang mana there will be a point in our life that we feel we are weak but eventually we’ll get up again kerana kita punya Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakil. (cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung). Yakinlah pada Allah.

“Cukuplah Allah yang menjadi pelindung” (An-Nisaa:81)

#Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.#


6 comments:

  1. yup..doa tu senjata sorg mukmin. tp syg jrg sekali nk amalkan.=(

    ReplyDelete
  2. haha! ain.. jd, from now on, kne amalkan la ye.. ^_^

    ReplyDelete
  3. teringat pulak rab cakap kalau masa nk terkena 'benda' tu ataupun nak elakkan 'benda' tu,,baca Hasbunallah wa ni’mal wakil pun boleh....

    ReplyDelete
  4. saya suka baca blog awk....thanks alot dear for the input...and sy akan amalkan doa mulai saat nie smpai bile2

    ReplyDelete
  5. maseh awk atas semua input nie... sy suka sgat baca blog awk... dan sy akan amalkan doa sampai bile2

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum entry awak byk y menarik..menyentuh hati..mohon share entry2 awk ye..syukran sis :)

    ReplyDelete