28/12/2013

LAA TAHZAN. DON'T BE SAD. JANGAN BERSEDIH.


Ini kisah benar. Mungkin kisah ini biasa. Tapi bukan semata-mata biasa itu yang kita harus lihat. Mungkin kisah sedih. Tapi bukan semata-mata sedih itu yang kita harus lihat. Tapi lebih dari itu.

Dia. Gadis biasa. Punya impian yang luar biasa. Dia sabar dan sabar. Akhirnya Tuhan temukan dia dengan seseorang. Kemudian mereka bertunang. Merancang segala persiapan. Persiapan untuk majlis perkahwinan dan tak lupa juga persiapan diri untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Masa berlalu dengan pantas. Kad diedarkan. Ucapan tahniah dari teman-teman beserta senyuman bahagia dipancarkan. Menghitung detik dan waktu menjadi yang halal untuk seseorang. Tak tergambar perasaan.

Takdir Allah. 2 bulan sebelum majlis.  Tunangnya pergi ‘menemui’ yang lebih Hak dari dirinya. Air mata bercucuran. Sedih. Hiba. Tak tergambar perasaan.

Tapi, ketahuilah. Walau dia gadis biasa, semangatnya sungguh luar biasa. Dia yakin. Ujian itu baik. Nikmat itu juga baik. Kerana segala yang datang dari Allah itu pasti yang terbaik. Allah yang Maha Baik.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan mengajarkan kita bahawa semua ini milik Allah. Semua yang datang dari Allah akan kembali kepada Allah juga.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan juga mengajarkan kita kebergantungan hanya pada Allah. Dan kehilangan itu, akan mendewasakan kita. Diri kita. Hati kita. Iman kita.

Dan sesungguhnya, takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang kerana kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Sesungguhnya mati itu pasti dan bagi mereka yang beriman, mereka pasti tidak sabar untuk bertemu Rabbul Izzati. 

Redha dan relakan dia pergi kerana dia pergi berjumpa Ilahi.

Dan sebenarnya, bersedih yang melebih-lebih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34)

Untuk kamu. Kamu bukan gadis biasa. Kamu gadis luar biasa. Allah only gives the hardest battle for His strongest soldiers. You’re the best. Ingat tu.

Hilang seseorg dalam hidup bukan alasan untuk kita pun stop living. Live a happy life, for them. Untuk dia yang sudah menemui Tuhannya juga untuk mereka yang mahu melihat kamu sentiasa tersenyum walau apa yang menimpa.

Takziah atas kehilangan orang yang tersayang. Mala taraahul ‘ain, la ya’ sa ‘alaihil fuad. Berat mata memandang berat lagi hati yang memikul.

Allah tahu hatimu perit menahan rindu. Allah mendengar doa dan tangisan meminta. Bukan Allah tidak pedulikan. Bukan Allah tidak hiraukan. Tetapi Allah merancang yang terbaik untuk mu.

“Sesiapa sahaja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahala Ku, nescaya Aku ganti dengan syurga.”(Al-Hadis)

Dan sebutlah nama Allah saat senang dan susah. Saat bahagia mahupun sedih. Saat sihat atau sakit. Saat rindu dan cinta terus menguji. Pasti tiada yang lebih hebat selain kebesaran Tuhan. Malah tiada yang pernah kekal melainkan Allah dan redha segala takdir adalah kunci kekuatan.






12/11/2013

KERANA CINTA, KITA TAHU ALLAH ITU ADA.


CONTENGAN 1

"Kau tak kisah ke?"

"Kisah apa?" *blur*

"Kalau orang yang kau suka, berjodoh dengan orang lain?"

"Owh. Jodoh itu Tuhan yang tuliskan. Aku sebagai hamba yang sudah dituliskan takdir, nak tak nak, kena akur."

"Tapi ini soal rasa. Dan rasa itu sekali membekas, sampai bila-bila."

"Ehm. Jadi?"

"Takkan tak rasa kecewa sikit pun?"

"Tuhan tak suruh kita mencintai yang lain, sebaliknya mencintai Dia. Memang rasa suka tu fitrah, kita boleh je pilih untuk tak letak harapan."

”Katakan secara kau tak sedar, kau dah letak harapan. Jadi macam mana? Takkan kau tak sedih langsung?”

“Dia yang kita suka atau terpikat, rupa-rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara yang lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita bertemu ketenangan yang abadi. Trust in Allah. Allah will never let u down”

*senyum manis*

[Pada siapa dan pada apa, cinta kita itu diletakkan?]


CONTENGAN 2

“Kau yakin dengan keputusan kau nak putuskan pertunangan ni?”

“InsyaAllah ini yang terbaik. Untuk aku. untuk dia. Untuk gadis pilihan dia dan untuk semua.”

“Dia bahagia dengan perempuan lain. Kau yang menderita. Sepatutnya dari awal dia beritahu yang dia dah ada pilihan sendiri dekat keluarga dia. Bukan bila lagi 5 bulan nak majlis nikah baru nak beritahu.”

Senyap.

“Kau tak nak cuba untuk bertahan?”

“Ketika yang terluka memilih tuk bertahan, ia hanya berharap akan suatu perubahan; Dan ketika yang terluka memilih tuk pergi, ia tak ingin hatinya terluka lebih dalam lagi dan aku; memutuskan untuk pergi.”

“Jadi, kau nak pergi sebab kau mengalah dengan gadis pilihan dia tu?”

"Aku undur diri bukan kerana aku mengalah. Tapi kerana aku tahu, jika diteruskan sekali pun kami tidak akan bersama. Jangan risau. Allah itu ada."

*senyum manis*

[Hanya ALLAH sahaja yang mampu mencantumkan dan menyembuhkan hati-hati yang berkecai.]


CONTENGAN 3

“Berapa lama kau kat sana nanti?”

“Tak pasti lagi.”

“Kau tinggalkan semua yang ada dekat sini sebab kau kecewa dengan jawaban dia?”
 
“Aku lepas semua pergi bukan kerana aku benci tapi kerana aku terlalu mencintai.”

“Aku rasa dia suka kau sebenarnya cuma dia tak ada courage nak confess dan maybe ada reason kenapa dia duk tahan apa yang ada dalam hati dia tu.”

*senyum*

“Jadi, kau putus asa? Kau dah berhenti berharap?

“Aku berhenti bukan sebab aku tak mahu. Bukan sebab aku tak perlu. Bukan itu. Cuma, otak aku ligat beritahu. Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik buat diri aku."

[Ada rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Cukuplah hanya Dia yang mengetahuinya.]


p/s: Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

p/ss; Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang kau kehendaki.


Jadi, apa ada hal? Walau seteruk mana hati kamu dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya kepada Ilahi. Come on! Get a life! ^^


20/10/2013

ENGAGEMENT


Khusus untuk anda sahabat-sahabat saya yang sudah menjadi tunangan orang dan kalian yang bakal menjadi tunangan orang juga. *senyum simpul*

Duhai sahabat...
pertunangan di umum bukan untuk dibangga..
juga bukan untuk tahniah yang beriya-iya..
di umum untuk menyatakan diri sudah berpunya..
menutup pintu sementara..

Duhai sahabat
pertunangan mungkin tak seindah kata..
ia datang dengan tanggungjawab utama..
harus betul-betul menjaga maruah diri serta keluarga..
juga mengjaga syariat agama dan yang Maha Esa..

Duhai bakal suami..
pertunangan adalah pemulaan..
dalam menempuh jauhnya perjalanan..
mungkin antara kita ada yang akan tersungkur di tengah jalan..
aku redha jika itu ketentuan..

Duhai pemilik hati.. RABBUL A'LAMIN..

Moga aku teguh dalam perjuangan..
bukan penuh dengan angan-angan..

Aku mengerti..
bahawa mungkin pertunangan putus tidak bersambung lagi ..
itu bukan isu hari ini..
itu kemudian hari..
yang ku kenal hari ini dan kemudian nanti..hanyalah ILLAHI..

Wahai Tuhan yang menbolak balik kan hati..
gengaman jiwa ini dengan kuasa dan perancangan-Mu Rabbul Izzati. 


16/09/2013

SEMAKIN KENAL DIA, SEMAKIN JATUH CINTA.

diconteng oleh: Nur Rahimah Fitrah Binti Mohd Sofyan 

Kontroversi tajuk? Ngeh3! ‘Dia’ itu bukan seperti yang anda pikir. ‘Dia’ adalah In-Smartive. Apa siapa bagaimana mengapa dan di mana itu In-Smartive? *minum air sebab penjelasannya macam panjang* Haha!


In-Smartive,

Kalau nak tulis hikayat bersama In-Smartive mahu kalah hikayat sejarah Melayu Melaka. (Ok. Maaf. Hiperbola mungkin? he3!) *kenyit mata* Panjangnya berjela-jela dicampur dengan moment-moment suka duka pahit manis payau kelat dan sebagainya. Jadi, dipendekkan cerita, In-Smartive ini bukan hanya sebuah kelab yang berdaftar di UMP malah ianya lebih dari itu. Apanya yang lebih? Ni nak habaq mai. Ehem! *betulkan tudung*

In-Smartive,

Menghimpunkan jiwa-jiwa yang mahu memberi komitmen yang tinggi, keikhlasan di jiwa dan ketulusan dari hati tanpa berbelah bagi dalam membantu masyarakat. Sesungguhnya perjuangan In-Smartive bukan untuk suka-suka atau saja-saja tapi In-Smartive adalah salah satu medium untuk kita mengumpul saham-saham sorga kalau kena dengan cara dan gaya. *senyum*.

In-Smartive,

Menghimpunkan bermacam-macam latar belakang ahli yang berbeza-beza tanpa sedikit pun wujud rasa ketidaksama-rataan dalam diri setiap ahlinya. Semua ahli boleh bergaul macam dah kenal lama walhal baru jumpa sejam dua. Tak percaya? Mari cuba. *jelir lidah* Dan yang menariknya dalam In-Smartive, walaupun menghimpunkan ahli yang berbeza tahap fikrah, tapi itu tidak menghalang kami sesama ahli untuk saling nasihat-menasihati dan berkongsi luahan rasa dan masalah.

In-Smartive,

Apa yang boleh saya katakan mengapa In-Smartive boleh bertahan sampai ke hari ini adalah disebabkan element utama yang tak pernah luput dari pertama kali ia ditubuhkan iaitu ‘ikhlas’. Seseorang pernah berkata, bila kita melakukan segalanya dengan ikhlas, pasti Allah permudahkan jalan untuk mencapai perkara tersebut. Jadi, saya amat berharap penyambung generasi dan legasi In-Smartive akan teruskan perjuangan dan matlamat tanpa pernah kenal erti lelah dan putus asa.

In-Smartive,

Bukan sekadar kelab tapi keluarga besar. Bukan sekadar untuk kejar merit dunia tapi juga di akhirat sana. Bukan sekadar tempat untuk menambah kenalan dalam hidup tetapi pengalaman yang tak ternilai harganya. In-Smartive itu besar maknanya.

Dan In-Smartive,

Semakin kenal dia, semakin jatuh cinta. Sungguh, banyak yang saya nak coretkan tapi bila mana saya hendak mula menaip, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan perasaan kecintaan saya itu pada In-Smartive dan ahli keluarga ini. (Mohon jangan geli. Cheq habaq penuh perasaan ni). Sesungguhnya rasa kecintaan itu melebihi segala rasa yang ada. Rasa kari ke tomyam ke. Haha!

Darah In-Smartive yang mengalir dalam tubuh ini akan terus mengalir tanpa henti selagi jantung juga tidak berhenti berdegup. (Amboih kemain ayat! Hiperbola! Over!) Haha! Sekali dah jatuh cinta dengan In-Smartive, selamanya akan menyintai In-Smartive dan seisinya.

Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman dan sahabat adalah mereka yang tetap ada, walaupun seluruh dunia berkata kau tak lagi berharga. *senyum manis*

There are times when strangers are like family. And they are my BIG BIG FAMILY.
IN-SMARTIVE DIHATI. BILA BERTEMU TAK PERNAH JEMU. BILA BERPISAH TAK PERNAH GELISAH KERANA AKU ADA KAU, KAU ADA AKU DAN KITA ADA ALLAH. 
  

Persahabatan bukan tentang siapa yang datang lebih dulu, bukan siapa yang lebih lama kamu kenal, Tetapi mereka yang datang dan tak pernah pergi!


09/09/2013

TAKUT SALAH? *angkat kening*


Ehem! *betulkan microphone*
Are you ready?
1 2 3….!
(Gaya bajet nak menyanyi. Kahkahkah.)

Ok. Serius. Ehem ehem!

Kita takut untuk buat salah. Setuju?

Next question.

Kenapa takut buat salah?
Sebab takut kena marah. Setuju?

Next.

Kenapa kalau kena marah?
Malu? Betul?

Next.

Kenapa kalau malu?
Kena bayar kompaun ke kalau malu?
Atau tumbuh jerawat each time malu?
Tak kan?

Kenapa takut untuk buat salah?
Apa yang bagusnya kalau selalu buat betul?
Apa yang seronoknya kalau orang selalu puji?
Dari kena puji baik bagi duit ke, bagi makanan ke, bagi kereta free ke?
Kuikuikui.

Sebenarnya!
*betulkan tudung*

A winner is the one yg boleh cakap,

"I'm glad I made that mistake"

and kenapa he/she's glad? because dia belajar and gain a lot from making that mistake.

Sebab at the end kau tau ape kau nk fix bagi elok..
Sebab kau mesti  tak nak kena marah lagi pada benda yang sama..
Sebab kau dah buat mistake sekali..
Kau mesti tak nak buat lagi kan?
Jadi, kau boleh buat lagi better dari orang yang selalu buat betul tu..

So allow space for people to make mistake, because that's when we learned the most.

Kita ni manusia, manusia belajar lebih banyak dari kesilapan berbanding kebetulan.


Lesson learnt!

P/s: Jangan pulak mengada saja-saja nak buat salah! Tu mintak kena cubit! Haha! Jangan pulak dah buat salah tak nak mengaku salah dan tak nak terima teguran orang. Ego. Tu mintak nak kena sekeh laju-laju! 

#Biar anak kita jalan dan jatuh, kita ajar dia untuk bangun balik, dan  biar dia berjalan dan jatuh lagi, supaya dia belajar untuk bangun balik sendiri.#

(Tiba-tiba masuk bab anak? hahaha!)



06/09/2013

NEW SEMESTER NEW SPIRIT



Semester baru sudah bermula. New semester new spirit..! Kot? Haha.

Entry kali ini merupakan kesinambungan kepada post FB saya tentang result exam. (Nak tulis panjang-panjang kat post macam tak best pulak. Hehe) *Betulkan tudung*

Saya yakin result exam di universiti seluruh negara sudah pun released. Ada yang gembira result bagus ada yang berdukacita bermuram durja dapat result yang tak memuaskan hati. (kena bebel tak sudah mungkin? Huhu.)

Bagi yang dapat result bagus, jangan rasa diri hebat. Pandang orang gaya awak tu menang Nobel Prize. Tahu gembira tapi hormatlah sikit kawan-kawan yang tengah sedih result diorang tak berapa nak best tu. Tak rugi pun kalau kita jaga hati orang lain. Dapat pahala lagi ada. Tak nak pahala?

Bila dapat result bagus jangan dabik dada kata semuanya hasil usaha sendiri. Jangan bongkak kata ‘Aku memang layak dapat pointer gempak macam ni sebab aku memang pandai dan rajin tahap dewa. Semua atas usaha aku. Bukan sebab Tuhan tolong’. Pppfftt! Itu yang anda silap.

Saya ada junior. Masa ambil exam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia dapat 8A. Dia bangga sampai keluar dialog macam kat atas tu. Lepas tu dia masuk boarding school. Then masa dia Form 5, masa tu saya tengah further study dekat matric. Punyalah dia lekehkan saya. Dia kata ‘Masuk matric je? Kitorang budak-budak2 MRSM further oversea bla bla bla.’ Saya masa tu mampu sengih macam kerang tak cukup vitamin sambil kunyah kuih raya. (Biasalah time-time raya ni semua orang buzy tanya itu ini). Then untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) ni pun  dia study gila-gila punya sampai masuk wad. Serius tak tipu! Last-last result SPM dia ……. *krik krik krik* Tak sampai 5A pun! Tak pergi oversea pun! At last masuk Form 6.

Nampak tak Allah nak tunjuk kuasa? Memang Allah cakap kalau kau berusaha mesti kau dapat hasilnya. Tapi kalau sampai kau riak takbur dan deny kekuasaan Allah, memang cari nahaslah namanya.

Jadi, mohon berpada-pada. Islam itu agama sederhana. Bersederhanalah ketika anda gembira mahupun kecewa. Terkadang Allah balut cantik-cantik ujian tu sampai kita ingat benda tu nikmat. Dan akhirnya buat kita lupa pada Dia.

Jika sakit itu membuatkan kita ingat pada Allah, itulah nikmat. Jika kebahagiaan itu membuatkan kita lupa pada Allah, itulah musibah.

*Tarik nafas*

Formula exam= E (effort) directly proportional R (result)
Higher effort better result.

Dah usaha, dah doa, dah tawakal tapi itu jugak yang kau dapat.
Kat sini ALLAH nak uji, tinggi mana tingkat syukur kau. 

Bersyukur even dapat pointer rendah (padahal ada orang yang dapat lagi rendah dari kita), bersyukur even setiap hari hanya dapat makan lauk telur goreng atau megi je (padahal ada orang jangan kata nak makan telur, makan nasi pun kadang2 tak dapat), bersyukur even muka tak cantik mcm miss universe (padahal ada orang buta yang bisu pekak tak de kaki tak de tangan lagi). Bersyukur dalam segalanya. payah kan? padahal, ALLAH sangat suka hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dalam segala hal.

Bukan bila dapat bagus kau baru nak syukur. Bila dapat teruk kau nak nak salahkan Tuhan. Salahkan takdir. Syukur itu perlu setiap masa.

Adatlah study ni ada naik ada turun ada suka ada duka ada manis ada pahit kerana semua itu are part of the life .Bersangka baiklah pada Allah.

Kau dah usaha dan kau pun dah mencuba. Trying the best you could. Tapi, takdir yang tertulis kau gagal akhirnya.Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Bersangka baik pada Allah. Pasti ada hikmah.

Kekecewaan setelah berusaha mencuba lebih ringan daripada penderitaan kekecewaan apabila tidak langsung berusaha untuk mencuba. Biar hujung waktu kita sedar dan berusaha daripada putus asa dan mengenang nasib. Biar kita mati berjuang ke saat akhir daripada hidup bacul tak mengaku kita dah tersilap langkah. Biar saat ini kita tetap berusaha walau pedih mengetahui betapa lalainya kita daripada mengetahui kita tak pernah sedar kelalaian kita dan biar kita usaha sedikit daripada langsung tak berusaha. Kerana Allah sayang hamba-Nya yang begitu. Yang berusaha tanpa lelah. Keputusan itu milik Allah. Yang penting usaha. Teruskan perjuangan. Never give up and never say die before you try.

Pasti ada hikmah. Tak nampak sekarang mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin masa kau kerja nanti.

Laa tahzan. Jangan bersedih. There's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku )maka pasti azab Ku sangat berat” (Ibrahim:7)

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya. InsyaAllah.. yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.

#Dapat result bagus jangan riak. Jangan pandang lekeh dekat orang lain. Dapat result rendah jangan putus asa. Jangan rasa ini pengakhiran dunia.#


03/09/2013

MANUSIA BIASA



Kita manusia biasa. Tak lari dari rasa kecewa. Pernah kita rasa Allah tak adil. Sebab apa? Sebab Dia tak makbulkan benda yang kita nak. Sebab Dia selalu macam lebihkan orang lain dari kita. Kan?


Kes 1:
Pointer kita lagi bagus dari kawan kita. Tapi dia dapat masuk universiti lagi top dari kita. Dapat course lagi hebat dari kita. Sedangkan kita? Dapat universiti dekat hulu mana dengan course yang entah apa-apa. Kita rasa kecewa. Kita rasa Allah tak adil.

Kes 2:
Kita pulun study sampai tertidur-tidur atas meja. Solat hajat tak tinggal tiap malam! Last-last kawan kita yang kerja selalu berfoya-foya then solat pun kelaut tiba-tiba dapat result lagi ohsem dari kita. Kita rasa kecewa. Kita rasa Allah tak adil.

Kes 3:
Kita suka tahap level 10 dekat seseorang ni. Hari-hari kita doa dekat Allah. Sungguh-sungguh. Moga dia jodoh kita. At the end of the story, dia nikah dengan orang lain. Kita rasa kecewa. Kita rasa Allah tak adil.

Tahu tak? Tak tahu? Meh nak habaq. *betulkan suara*

Allah takkan pernah menzalimi hambaNya. Segala yang Allah dah takdirkan pasti yang terbaik buat kita.
Jika sesuatu yang ditakdirkan menjadi milik kita,  walau halangan setinggi mana InsyaAllah tetap menjadi milik kita.

Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan persiapan dan usaha  tahap maksimum pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi. Dan kalau suka macam mana pun sayang macam mana pun setia macam mana pun kalau Allah kata ia bukan milik kita tetap bukan milik kita.

Ketahuilah, segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  KerajaanNya luas meliputi alam semesta dan tanpa ragu-ragu lagi segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita dariNya. 

Jangan ditangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak untuk memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti. Mungkin perkara yang kita idamkan itu bukan perkara yang terbaik untuk kita. Mungkin perkara yang kita impikan itu akan Allah ganti dengan 10 kali ganda yang lebih baik atau mungkin sebernarnya kita tidak memerlukan langsung perkara yang kita idam-idamkan itu.

Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”


Mereka yang berbahagia bukanlah dia yang hidup tanpa masalah, tapi mereka yang mampu mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah dan masa merupakan penyembuh terbaik segala luka dihati. Percayalah Allah sentiasa disisi. *Tengok cermin. Senyum*

#Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini pada mulanya kita sangka buruk tetapi setelah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti bahawa awal yang buruk itu adalah pengakhiran yang baik. Keep being positive. Trust in Allah.#


27/08/2013

TERSURAT DAN TERSIRAT. AIWAH!



Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…

Credit: artikel dari I LUV ISLAM.
(Saya tak begitu hebat untuk menulis perkara macam ni. Keh3! *makan coklat*)  



30/05/2013

SEBELAH SAYAP



Apa yang menariknya video Mat Lutfi 'Sebelah Sayap' ini?

Pertama kali saya rasa video 15 minit yang penuh dengan mesej yang mendalam. Perasaan yang bercampur-baur yang pada mulanya hanya biasa-biasa tetapi akhirnya menimbulkan kesedaran yang nyata. *sebak*

Bagaimana orang yang mengaku dirinya 'membantu' walhal sebenarnya setakat mengusutkan keadaan. Bagaimana orang yang mengaku dirinya hebat dengan ilmu walhal perilaku tak melambangkan orang berilmu.

Islam itu sempurna. Dari segala macam benda. Segala macam aspek dan sisi. Kita yang harus buka mata. Memandang segalanya bukan sekadar teori atas kertas sahaja dan bukan sekadar mendengar ceramah-ceramah agama sahaja. Tetapi seharusnya memandang dengan pandangan yang lebih dari itu. Memandang dengan mata hati.

Janganlah kita melebihi Tuhan. Dengan menghukum orang itu akan ke neraka, orang itu dosanya tidak akan diampunkan Tuhan. Kita siapa untuk menghukum manusia kerana kita juga manusia hina. Rahmat ALLAH itu luas. Rasulullah bersabda: seseorang telah melakukan satu dosa lalu dia berkata

"Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku." Lalu ALLAH berfirman: hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya". Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata "Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, ampunilah dosaku. Lalu ALLAH berfirman:
“Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. (Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa tetapi menceritakan tentang seseorang hamba yang bertaubat bersunguh-sungguh namun gagal mengawal diri lalu tetap terjatuh ke dalam lembah dosa tersebut.

Tetaplah berdoa meminta keampunan dan berusaha untuk tidak melakukan dosa. Allah tidak pernah berkata 'Tidak guna kau bertaubat. Sudah berapa kali kau tetap gagal atas taubatmu." TIDAK! ALLAH TIDAK PERNAH berkata demikian kerana Dia yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi maha Mengasihani”. (Al-Zumar:53)

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadang-kala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan manusia lain, namun ALLAH tidak pernah menutup pintu selagi insan yang berdosa itu insaf dan benar-benar kembali kepada-Nya.

Jadi, usah kecewa dengan diri sendiri dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan. Agama itu begitu lunak. Pintu untuk mendekatiNya tidak pernah dikhususkan untuk orang tertentu semata-mata.

“Sesungguhnya ALLAH menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat Al-Tarmizi)

#Penawar Duka pengubat Sengsara#




28/05/2013

CANTIK ITU DI WAJAH ATAU DI HATI?



Menguap. Mata berair. Sungguh! Kelas heaven sangat sampai rasa mengantuk.

Lecturer yg dikagumi: Nowadays, women spend too much money for their cosmetic.
Aku yg mengantuk    : *Tersengguk2*
Lecturer yg dikagumi: Haa. You there.
Aku yg mengantuk    : Saya? *terpinga2*
Lecturer yg dikagumi: Yes. Kamu kak long. Pakai produk apa kat muka?
Aku yg mengantuk    : Err. Err. Arang batu? *krik krik*

Tertekan sebab rasa diri tak cantik? Tak putih? Hitam? Ehem! *betulkan suara*

Syair arab ada menyebut,
“Putih tak semestinya bermaksud cantik, dan hitam tak pulak bererti kotor kerana putihnya kain kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam tu sangat menyenangkan.” *senyum kelat*

Pepatah english ada mengatakan,
“3 whites that dangerous which are rice, sugar and salt.” Naaaa! Nampak? Putih bukan benda bagus sangat pun.

Ok. nak pepatah melayu jugak? Ni saya bagi pantun. Taadaaaa!
Putih-putih hampas kelapa,
Walaupun putih di buang juga.
Hitam-hitam si tompok manggis,
Walaupun hitam di pandang manis.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? *betulkan tudung*

Geng-geng mafia sekalian..
Cantik ke handsome ke comel ke comot ke (comot itu unik ok. ha3!) Itu semua anugerah dan pinjaman dari Allah. Jangan riak tapi bersyukur. Anytime Allah boleh tarik balik.

Apa? Takut tak dapat jodoh sebab tak cantik? Tak hot stuff? Well~ *minum milo*

Rugilah seseorang Lelaki itu apabila melepaskan seseorang wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar Wanita yang cantik wajahnya kerana andai kau jatuh cinta kerana rupanya, kau hanya dapat dia. Tapi jika kau jatuh cinta kerana akhlak dan agamanya, kau akan dapat dia dan Syurga. InsyaALLAH. Bi-idznillah. *kenyit mata*

Dan ba
gi saya pula, lelaki yang pakai baju melayu atau berkain pelekat dan dia menuju ke masjid untuk solat jemaah adalah yang paling kacak. Tak kesahlah dia rambut tak spiky ke muka tak putih ke banyak jerawat ke. Yang penting kacak akhlak dan agama. Itu definisi kacak bagi saya. Bagi anda? He3!

Adik saya punya quote “Bagaimana aku ingin menafikan kecantikan muslimah yang menutup aurat secara sempurna? kerana mereka ini telah cantik di sisi tuhan kami. Tudung tidak pernah cantik tanpa si pemakai tudung yang ingin cantik mengikut standard CANTIK yang ALLAH TETAPKAN” *rasa terinspires* ha3!


Saya tutup entry saya dengan sebuah errr contengan yang entahapa-apa? *laugh*

Cantik itu di wajah atau di hati?
Cantik itu pada warna kulit atau pada peribadi diri?

Ada apa pada rupa
Kalau hati TAK seindah muka
Ada apa pada rupa
Kalau ia bukan untuk DIA

Ada apa pada rupa
Kalau hanya bawa ke arah ZINA
Ada apa pada rupa
Kalau AGAMA entah ke mana

#biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi, yg penting kamu cantik di mata penduduk langit dan Ilahi#





26/05/2013

SAYAP KIRI DAN BIDADARI



“She was flower from the heaven.. who came and went.. but whose scent shall forever remain in my mind”
-word of Saidina Ali about his lovely wife Saiditina Fatimah-  *big smile*

Sweet? *senyum manis* Bersempena senior-senior mahupun kawan-kawan sekolah matrik dan universiti yang sedang atau bakal melangsungkan perkahwinan kala ini telah membuatkan saya begitu tertarik dan teruja untuk menulis entry tentang perkahwinan. Opps! saya belum berkahwin tapi ini sekadar berkongsi ilmu yang tak seberapa. *betulkan spect*

Jadi isteri ni seronok kawan2. *bajet ada pengalaman* Ini kerana isteri yang memandang suami dengan pandangan kasih sayang dan ketenangan pahalanya seperti berzikir kepada ALLAH.. (Riwayat Al-Tabarani) pandang suami je da dapat pahala.. pandang pandangan cinta ye.. kalau pandang dengan muncung panjang 15cm tak dapat pahala.. silap2 dapat penampaq.. hahaha!

Ehem! nak tak jadi sebaik-baik wanita? Angkat tangan kalau nak. *senyum* macam mana nak jadi khairunnisa’ ni? Menurut riwayat Al-Tabarani, ‘sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan setiap kali di pandang, taat setiap kali di perintah, memelihara kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami keluar dari rumah’. wanita senang je nak masuk syurga.. selagi dia patuh dengan perintah suami yang tak melanggar syariat agama, insyaALLAH syurga untuk si isteri. *smile*

Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas tersebut dengan baik senang hati dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”

Jadi, macam mana nak jadi isteri solehah penyejuk mata penguat jiwa pendukung setia buat sang suami ni? Yang pertama mesti ada ilmu, then kesabaran dan iltizam yang tinggi. Bukan mudah nak jadi isteri solehah.. dengan perangai suami yang kadang2 menguji jiwa dan minda..* jangan maraahhh haaa suami2. He3!* tapi bukan sesuatu yang mustahil nak jadi isteri yang solehah.. kerana apa saya kata bukan mustahil? kerana begitu banyak contoh-contoh isteri solehah yang sudah wujud beribu tahun dulu lagi seperti Saiditina Khadijah, Saiditina Fatimah, Asiah, Sumaiyyah dan ramai lagi.. Mari jadikan wanita2 hebat ini sebagai idola kita..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”


#Penentu warna kehidupan terletak pada wanita. Semoga kita menjadi warna-warna yang ceria buat kehidupan di dunia mahupun di akhirat sana. Ameen.#


21/05/2013

AKU. KERTAS.


A: Kalau marah kena buat apa?
D: Duduk
A: Dah
D: Baring?
A: Dah
D: Amek wudu’?
A: Dah. Semua dah!
D: *gelak besar*
A: *muka toya*
D: Benda tu kau anggap macam kertas kosong warna putih. Ada dot hitam kecik
     ke besar ke. Jangan pandang dot tu. Tapi pandang kertas tu. Tapi sebenarnya
     kau tak nak pakai pun kertas tu. So tak yah pandang langsung la.
A: *pandang kertas kosong*
D: Dah kau tengah buat apa tu! *terperanjat*
A: Tengah gigit kertas-kertas ni. *slumber*

Pernah rasa perasaan ini? Pernah berdepan dengan situasi ini?

Well~ *sambil makan choki2*
Ada orang cuma pandai nak kritik tapi tak pandai nak memahami.
Ada orang cuma pandai nak tuding jari tapi tak pandai nak bagi solusi.

Don't tolerate negative people, separate them from your life and be happy; never sacrifice your class to get even with someone who has none; let them have the gutter, you take the high road.
So, apa ada hal? *senyum*

Rasa marah? Diam. Rasa Sakit Hati? Diam. Sebab kalau kita layan perasaan itu, Syaitan lompat kegembiraan. *jelir lidah kat syaitan*

18/04/2013

17 APRIL 2013



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum! ^_^

Entry kali ini agak personal. Bagi sesiapa yang rasa tak mau baca, tak mengapa. *peace*

Mohon sidang hadirin memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan bahasa yang agak gila-gila. (sebab ini entry personal kan? haha!) Terima kasih.

Ehem!  A few weeks yang hectic gila habaq ang! Waktu tidur entah ke mana, waktu makan *berfikir*  waktu makan on time. Haha! Kemuncak kesibukan bermula pada jam 0010 bila saya terima fon call dari seorang kawan rapat. Duk nangis-nangis cakap ada masalah. Mintak tolong datang cepat. Serius terkejut! Sebab lately ni ada kes ragut dan macam-macam lagi. Dengan sepantas kilatnya, pergi cari kawan tu bertemankan kawan baik lagi seorang. Masa tu Allah je lah tahu macam mana risaunya saya dekat kawan tu. Sungguh! Dipendekkan cerita bila saya ternampak kawan ni menangis di satu tempat yang gelap, cepat-cepat meluru ke arah dia dan zzzaappp! Badan tetiba basah! Pembetulan. Bukan badan je. Kepala semua lah! Ada orang siram air tepung. Kemudia tempat yang gelap tiba-tiba menjadi agak cerah (sungguh tak tau mana datang cahaya, ke perasaan saya je masa tu? haha) dan kemudian rasa macam raamaaii sangat manusia keliling saya sambil nyanyi lagu bufday.

Perasaan masa tu bercampur baur macam ABC+Cendol+ Es jagung. (sedapnya!!) Rasa lega sebab kawan tu sebenarnya selamat. Rasa geram sebab kena prank. Tapi sejujurnya, rasa sangat terharu. Terharu level 10. Kerana apa? Ni nak habaq, Yang ramai-ramai tu ahli keluarga besaarrr saya. Kereta dari UMP Pekan dalam 3 buah (total 17 orang) yang lain-lain dari Gambang. Terharu sangat. Sanggup datang jauh-jauh.  Terharu sangat-sangat dekat semua. Padahal ada yang ada test kuiz dan kelas awal pagi esok. Sungguh terharu. Tak tipu!

Then balik tu, bukak-bukak FB rasa macam pelik. Dah kenapa banyak sangat FB nama Rahimah Fitrah siap DP pun sama dengan cheq.  Rasa macam ‘gelombang’ BIDADARI. (Ok! Mesti menyampah kan? Boleh muntah sekarang. Haha!) Agak terkejut sebenarnya. Mula-mula terfikir apa motif diorang-diorang ni. Bila pikir-pikir balik, mungkin ni cara diorang nak tunjuk sayang diorang kot. (Mohon lepas ni buat fan club ‘bidadari’) *jelir lidah* Kalau nak buat lagi, kekalkan adab kesopanan dan kemafiaan kak fitrah ye adik-adik, kawan-kawan. Jangan gunakan bahasa yang tak manis. Aiwah! Haha! Dan kerana gelombang itu, semua orang jadi tersalah tag, tersalah komen dan menyebabkan kekeliruan serta kesakitan otak yang teramat kepada pengguna-pengguna FB yang lain. Dan ini membuatkan saya terpanggil untuk buat status ala-ala artis suam-suam kuku kaki dalam FB. *bila baca balik macam bajet gila je rasa* Hoho! Dan saya nak mintak maaf kepada pengguna-pengguna rangkaian muka buku yang mungkin agak terganggu dengan gelombang ini. Maaf. Saya akan sebat adik-adik saya yang ramai ni nanti. *bow*

Ehem!

Apa-apa pun, terima kasih banyak kepada semua. Semua yang sanggup bersusah payah datang dari jauh, sanggup berhimpit-himpit masa prank, barisan pelakon-pelakon (ada yang hebat sampai seluar terkoyak, ada yang tiba-tiba muncul dari arah depan walhal itu bukan timing dia, ada yang terkeluar awal dari tempat persembunyian, ada yang tersalah tengok orang dan macam-macam ragam lagi. Haha), rakan-rakan yang wish direct mata ke mata siap peluk-peluk bagai,yang wish di FB, through fon, yang bagi hadiah (yang post dari jauh, yang buat delivery special bila mana bukak pintu tengok-tengok ada hadiah), yang tulis puisi, yang call siap nyanyi lagu bufday  dan anda-anda yang mendoakan dari jauh. Juga awak yang tak sangka akan wish bufday saya. *senyum* Terima kasih untuk semuanya. Semuanya. Sungguh rasa diri ini insan yang paling disayangi. *diawang-awangan*. Saya rasa diri saya semakin montel dengan kasih sayang anda semua. Haha!

Banyak yang saya nak coretkan tapi bila mana saya hendak mula menaip, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan perasaan kecintaan saya itu pada mereka-mereka ini. (Mohon jangan geli. Cheq habaq penuh perasaan ni). Sesungguhnya rasa kecintaan itu melebihi segala rasa yang ada. Rasa kari ke tomyam ke. Haha!

Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman.
Sahabat adalah mereka yang tetap ada, walaupun seluruh dunia berkata kau tak lagi berharga. *senyum manis*
There are times when strangers are like family.
And they are my BIG BIG FAMILY.


12/04/2013

PEMBARIS BAHAGIA




Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang kacak seorang lagi huduh.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang kaya seorang miskin.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang muda seorang lagi tua.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang banyak cakap seorang lagi pendiam.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang pemarah seorang lagi penyabar.


Confirm 360 degree mereka tak bahagia.

Ehem! Macam pernah dengar dialog ni.

*betulkan tudung*

Well~
Bagi saya.
Jangan guna ‘pembaris’ orang lain untuk ukur kebahagiaan kita.

Bahagia itu kita yang rasa.
Biar orang lain nak kata apa.
Nak cemuh macam mana.
Kerana manusia tak pernah berhenti mengata.

As long as kita bahagia.
Bahagia dengan takdir yang tertulis.
Pandang perbezaan itu penuh optimis.
Walau ada yang melihat sambil senyum sinis.

Sekali lagi.
Bahagia itu kita yang rasa.
Harap sampai ke syurga.




10/04/2013

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 6)



Semenjak dari interview itu, Ann dan Irdina semakin rapat. Kebetulan mereka berada di kelas yang sama. Keakraban itu semakin terserlah. Ann rasa seronok berkawan dengan Irdina. Dia merasakan Irdina telah membawa dia ke arah satu perubahan yang tak terjangka oleh dirinya sendiri. Kalau dulu, jangan kata nak jejakkan kaki ke masjid, nak lalu tepi masjid pun payah. Tapi, sekarang ini, masjidlah tempat untuk dia mencari ketenangan. Dikala dia rasa terbeban atau terhimpit dengan masalah dunia yang kian mencengkam, di rumah ALLAH ini sajalah dia menerima ketenangan.

Kalau dulu dia memang solat tapi solatnya mesti hujung-hujung waktu. Itu pun kerana ibu dah bebel tak henti-henti. Baginya as long as solat, oklah tu. Tak kisah la hujung-hujung waktu ke. Walhal sebenarnya, orang-orang yang suka melengah-lengahkan solat akan masuk neraka Wil. Naudzubillah. Moga dia istikhomah untuk solat pada awal waktu. Kalau dulu dia anggap solat cuma benda wajib yang dia kena buat sebagai seorang muslim. Hanya sekadar satu ritual yang menunjukkan kita ini hamba Tuhan. Tak ada yang special pun dalam solat ni. Padahal dia sangat silap tentang itu. Menurut Dr. Majdi Al-Hilali dalam bukunya ‘Menjadi Hamba Rabbani’. Solat ialah satu situasi hati yang terlepas daripada ikatan bumi. Roh manusia yang dicipta secara terus oleh tiupan ALLAH, berasal dari langit yang tinggi. 

Sebagai contoh, pergerakan sujud di dalam solat. Kita sujud 34 kali dalam sehari (5 waktu). Menurut kajian Sains, sujud adalah satu pergerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan. Sujud juga merupakan keadaan di mana kita berada paling hampir dengan ALLAH. Definisi sujud itu luas. Kalau orang-orang kata bila solat sahaja baru kita nak sujud pada Tuhan. They totally wrong. Kalaulah kita melihat dengan mata hati, kehidupan ini sebenarnya adalah sejadah yang paling besar untuk kita tunduk dan sujud pada ALLAH.

Dan kalau dulu, mengaji tu, dia ingat sudah khatam sekali dua means dah cukup hebat. Tapi dia silap lagi. Kalau dah khatam membaca ayat arab, why not khatam dengan tafsirannya sekali. Kena baca Al-Quran bukan setakat baca tapi perlu tadabbur (hayati) kerana sebaik-baik teman bicara dan cinta adalah Al-Quran. Kita perlu baca Al-Quran kerana Al-Quran akan menjadi sahabat dan syafaat kita. Sebenarnya kita terlupa sesuatu. Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah yang ada pada kita. Jadi kita tak boleh jemu baca Al-Quran. Rasulullah bersabda ‘Sebaik-baik orang dari kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya semula’.

“Jauh mengelamun? Ingat siapa? Buah hati pengarang jantung?” Irdina hulur tangan untuk bersalaman sambil senyum mengusik. Ann tertawa kecil dan sambut huluran tangan Irdina.
“Memang pun.” jawab Ann sekadar ingin menduga Irdina. Irdina membulatkan mata.
“Iye? Waahh! Siapa lelaki tu?”
“Ape ingat buah hati lelaki je ke? Buah hati saya perempuanlah. Namanya Aisya Humaira Irdina”
Irdina terharu.

“Jangan terharu sangat. Itu ayat manis saya nak minta awak belanja saya” Kata Ann.
Irdina cubit lengan Ann dan mereka ketawa.
“Irdina, can I ask something?” Ann teragaka-agak.
Owh! Sure. With my plessure.” Senyum.
“Saya dah lama pendamkan hasrat ni. Saya sebenarnya nak berubah ke arah lebih baik. Lebih baik dari segala hal. Bagaimana caranya?”
“Alhamdulillah kalau Ann ada berazam nak jadi lebih baik. Bagi saya, perubahan luar dan dalam itu seiring. Ann boleh mula pakai stoking dulu. Kalau dulu selalu pakai baju size S, then change it to size L ke. After that kalau tudung tu bidang 45, pakai yang labuh sikit 48 ke. At the same time, tambah ilmu juga. Ilmu dunia dan akhirat harus seimbang. Belajar sirah nabi ke hadis nabi ke. Selalu dengar ceramah. Kalau tak dapat dengar dekat masjid kat tv radio internet kan banyak. Baca juga buku-buku yang bermanfaat untuk tambah ilmu kita. Buku motivasi ke novel tarbiyah ke.” Jawab Irdina. Ann senyap.

“Ehm. Saya nak berubah tapi saya takut orang-orang sekeliling akan cakap saya ni bajet alim bajet baik padahal dulu selalu pergi jamming. Saya takut kalau saya tergelak kuat, terlompat sana sini, orang akan kata tudung je labuh pakai stoking je lebih tapi perangai tak melambangkan muslimah. Macam mana tu?” Soal Ann.

“Atas dasar apakah Ann nak berubah?” Soal Irdina.
“Pastilah kerana Allah”. Jawab Ann dengan yakin.
“Jadi, adakah redha manusia yang anda cari?”
Senyap.

Jika kamu mencari redha dalam setiap manusia, kamu akan menjadi tua dalam pencarianmu (Ibn At-thoilah). Carilah redha Allah pasti redha manusia pun kita akan dapat. Kalau kita asyik fikir apa yang orang kata, sampai bila kita takkan ke mana. Kalau Nabi Muhammad asyik fikir apa yang orang kafir kata tentang Islam, nescaya Islam itu takkan berkembang. Nescaya Islam takkan pernah memayungi dua per tiga dunia. Allah s.w.t ingatkan kita “Buatlah apa yang kamu suka, tetapi awas! Kamu akan dibalas atas setiap perbuatan kamu. Boleh nak terlompat-lompat, boleh nak gelak kuat-kuat tapi kena bertempat.
Irdina tarik nafas.


Irdina tarik nafas.

“Isu jamming. Well. Semua orang ada masa silam. As long as kamu nak berubah jadi lebih baik, tak yah ambil kisah sangat apa orang kata. Syurga itu untuk semua hamba Tuhan yang betul-betul beriman. Selagi belum kiamat, pintu taubat terbuka seluas-luasnya untuk kita.”
Ann senyap.

“Macam mana saya nak ikhlas? Saya takut saya buat semuanya dalam keterpaksaan. Dan saya juga takut hati saya akan jadi riak kalau ada orang-orang yang puji saya”
Irdina senyum. 
“Ustaz Azhar Idrus cakap bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut. Dan sebenarnya, ikhlas atau tak, bukan kita yang ukur. Itu semua kerja Allah. Yang penting kita cuba ikhlaskan hati dan niat. Cuba dan usaha. Jangan kerana kita tak nak riak dengan manusia, buat kita tinggalkan amalan-amalan ibadat kita. Kerana di situ kita tengah riak dengan Allah sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita pentingkan dan dahulukan kata manusia dari kata Dia. Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu.”

Irdina senyum. Ann senyum. Kedengaran azan Maghrib berkumandang. Ann pandang Irdina. Bibir Ann bergerak mengucapkan terima kasih tanpa suara. Irdina angguk. Kemudian mereka sama-sama bersiap sedia untuk bertemu Allah yang Esa. Tuhan yang Maha Kuasa.