16/11/2015

KERJA KE SAMBUNG BELAJAR? KE KAHWIN?



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bersawangnya blog ni. Last entry bulan 9. HaiIa. I think my writing discipline kelaut. *muka sedih*

It is very hard actually to manage and keep updating on your FB, Tumblr and Blog. Serius! Tak tipu. Ok ok tau ni bukan alasan. Haha! Nak tulis blog kena ada point banyak sikit sebab yeah, blog kan. Kena la bebel panjang-panjang. Haha.

Alright. Hari tu dah janji kan nak tulis sambungan entry ‘Hari Jubah’. Dilema selepas bergelar graduan. Percayalah, bila anda dah bergelar graduan, anda akan melalui fasa ini. So, siapa yang sekarang belum lagi jadi graduan, trust me. Nanti da habis belajar, korang mesti searching balik entry ni ah! Hahaha.

Lurus ke titik. (baca: straight to the point)

Ada orang dia jenis dah ada visi misi planning 10 20 tahun akan datang. So dia dah tahu apa dia nak, how to achieve it and so on. Aku kagum gila orang macam ni. Serius! Tapi ada orang dia jenis blur blur (macam aku. Haha) So, orang macam ni aku harap tabah sikit menjalani kehidupan. Muahaha!

Kerja ke sambung belajar? Dilema kan? Aku habis belajar degree bulan 8 tahun lepas. Masa raya tu kau bayangkan la aku nak kena jawab soalan yang sama dekat 100 kali. Haha.

“Haa! Dah habis belajar kan? Kerja ke master?”

Okay. Kau jangan ingat bila kau dah jawab, akan stop dekat situ. Naaa! Akan ada dua kelompok ah. Satu akan cakap, kerja la dulu. Cari duit. Dah dah la belajar tu. Mak ayah dah tua. Sekarang la masa kau nak balas jasa. Okay. Okay. Tapi nanti ada satu team lagi akan cakap, sambung je lah belajar. Sekarang ni, yang ada degree pun berlambak. Ambil la master. Kerja susah nak dapat skang. Menganggur je kau nanti.

Masa tu aku nak telan kuih raya masih okay lagi. Aku boleh senyum, sengih-sengih macam kerang tak cukup vitamin lagi. Hahaha. Sebab mood tak nak fikir lagi. Mood nak konvo ajeeee. Haha.

Okay tu bila kau baru baru habis belajar. Fasa 1. Fasa 2 lain plak. Bila da lepas konvo, dalam 2 3 bulan kau still macam tak dapat kerja dan tak ada hala tuju, masa tu, welcome to the phase 2. Hahaha! Masa ni, jiran sebelah rumah, orang sebelah kampung, sedara mak ayah kau akan mula lah ayat-ayat macam “Eh. Anak kau tak kerja lagi? Eh. Anak kau duduk tak buat apa-apa la ni kat rumah? Tidur je la kerja nya?”

Haa. Sabar. Tu belum lagi kena compare. “Ehh. Kenapa anak kau tak kerja lagi? Anak aku dah dapat kerja dah pun. Kesianlah kat anak kau.” Pergh pergh dan banyak lagi ayat-ayat yang kasi hati ni berapi membara dan rasa rentung! Haha.

Aku ada kawan yang dia ambil degree in biochemistry, setahun dia menganggur. Sampai dia cakap dia nak keluar rumah jemur kain pun malu sebab jiran-jiran duk tanya “La. Tak kerja lagi ke. Lamanya menganggur.”

Ehh haallooo~~ Tau tak nak habiskan degree tu pun menangis sampai keluar hingus. Lagi nak kena hadap soalan berbaur sindiran. Huh! Marah ni marah! Siapa yang tak nak kerja kan? Tapi we need to admit that everyone has their own rezeki. Tak semua orang habis belajar dapat kerja cepat. Instead of asking, why not we give doa and support right? Kau ingat orang yang tak dapat kerja tu suka ke mengangur? Dia lagi stress okay! Kita kalau tak ada perkara yang baik nak dicakapkan, molek lah kita diam. Gitew!

Okay so habis fasa 2.

Ada orang rezeki dia kerja. Ada orang rezeki dia belajar. Kalau kau kerja, jangan lah memilih sangat. Di zaman era globalisasi (pergh ayat ni aku selalu guna masa buat karangan dulu. Haha.), kita tak boleh nak memilih kerja. GST lah, minyak naik lah, tol naik lah, tambang KTM LRT naik lah, so we don’t have any choices bebeh. Nak tak nak, ada potensi kau akan kerja tak sama dengan apa yang kau belajar dulu.

Jangan risau. Ilmu tak pernah basi. Benda kau belajar dulu mungkin tak digunakan untuk skop kerja kau sekarang tapi ilmu tu akan berguna satu hari nanti. Contoh kau belajar kimia tapi kerja bahagian pengurusan. Ehh ilmu kimia kau tu boleh diguna pakai untuk ajar anak-anak kau nanti. Nampak tak? Haha! Tak pun kau belajar computer tapi buat bisness online. 
Kau boleh guna ilmu computer kau tu kalau tetiba PC ke laptop rumah kau rosak or kena virus, mudah je kau nak baiki tak yah hantar kedai. Jimat lagi! Nampak tak?

So, apa aku nak cakap, tak salah cuba benda lain. Tak salah belajar bidang lain, kerja bidang lain. Yang penting kerja tu halal dan kita tak susahkan mak ayah kita dah. Cuma aku nak pesan, jangan putus asa la hantar resume. Aku ada kawan 300 resume dia hantar. So, kena banyak sabar sikit, jaga hubungan dengan Allah dan mak ayah. Mintak mak ayah tolong doakan dipermudahkan urusan supaya dapat kerja yang baik untuk masa depan.

*tarik nafas*

Okay. Kalau nak sambung belajar pun tak ada hal ah! Menuntut ilmu tu kan sampai kita mati. Nak further master, pointer masa degree ikut Uni yang kita nak apply tu. Macam UM, kena above 3 baru leh apply. UKM rasa 2.7 dah boleh. Buat la research before nak apply. Pergi web rasmi Uni yang kau nak tu. Tak pun tanya senior ke call Uni tu ke. Jangan malas. Haha.

Master ada 2 jenis. Coursework dengan research. Coursework ni kau pergi kelas, buat mini projek sikit, jawab exam dan kau boleh grad dalam masa setahun setengah.

Research ni tak ada exam tapi kau kena buat thesis, published journal, ada proposal defense, candidature defense tapi ikut university jugak. Lain uni, lain syaratnya. Research ni minimum setahun maximum 3 tahun untuk kau grad.

Bab kewangan pulak, untuk master ada PTPTN, MARA, MYBRAIN, Scholarship yang Uni tu tawarkan dan lain-lain. Tapi, kalau untuk research, depends dekat supervisor a.k.a lecturer. Ada yang ada geran penyelidikan so dia boleh bayar kita tiap bulan. Kira macam kau belajar tapi bekerja. Research assistant gitew. Katakan la lecturer kau tak ada duit nak bayar, jangan risau. Kau boleh apply yang aku sebutkan kat atas tadi.

So how? Dah kurang sikit kusut tu? Dah Nampak tak gambaran apa kau nak kena buat? Haha. *lap peluh*

Malam ni kau bangun untuk qiam. Then habis solat tahajud, taubat dan hajat, kau duduk dulu, keluarkan kertas dan pen. Kau listkan pro and cons kalau kau pilih kerja atau belajar sebab lain orang priority dia lain. Sementara tunggu dapat kerja atau offer nak sambung belajar, kau buatlah kerja part time dulu. Tak salah ada bachelor of chemical engineering nak kerja part time dekat 7e ke KFC ke. No harm.

Lepas tu kau doa lah banyak-banyak. Mintak Tuhan lorongkan kau dekat jalan yang terbaik untuk kau. Mungkin kerja mungkin sambung belajar atau mungkin jugak kahwin? Wahaha! Suka ah kahwin? Suka ah? Kah kah.

Jangan stress ah. Aku tau susah sebab aku dah melalui. Tapi kalau aku boleh, aku yakin kau mesti lagi boleh tempuh.

Nanti aku cerita dekat entry lain macam mana aku mula-mula seakan-akan berjodoh dengan kerja tapi akhirnya berjodoh dengan master dan macam mana aku hadap banyak persepsi dan perkara yang tak dijangka-jangka. InsyaAllah. 

****************

[Graduasi satu langkah menuju fasa kehidupan yang misteri.]

Dah setahun rupanya konvo.
Rasa macam baru je betulkan jubah konvo, naik pentas ambil scroll, baling topi dan dapat 1000 like untuk gambar konvo. Eehh! Haha.

Ada yang kerja.
Ada yang sambung master.
Ada yang kahwin.
Ada yang dah dapat anak.
Tapi,
Ada juga yang masih sabar mencari kerja tetap.
Ada juga yang masih setia tunggu jodoh.
Ada yang tengah tabah melawan penyakit.
Ada yang masih mencari-cari hala tuju hidup.

It is not easy to dealing with the past, living for the present and fighting for the future.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Tuhan dah beri. Walau sekecil-kecil perkara.

Dan apa pun ujian yang terpaksa di lalui sampai sesak minda dan dada, mohon kuatkan semangat.

Saat kau mahu berputus asa, Dia berikan kau sebab untuk kembali berjuang. Saat kau mengalah, Dia berikan kau sebab untuk tidak menyerah. Saat kau mahu rebah, Dia berikan kau tempat untuk sandarkan semuanya.

Aku pesan untuk diri aku.
Moga tersemat untuk kalian juga.


07/09/2015

HARI JUBAH DAN TOPI TALI JUNTAI-JUNTAI


Homai! Best gilaaaaaaa konvooooo! Best gilaaaaa! Tahniah hadek-hadek yang konvo pada tahun ni.

Perasaan tu macam macam macam mana ah nak cakap. Haa macam kau suka orang ni diam-diam last-last dia tetiba datang meminang! Haaaa! Rasa nak lompat, nak nangis, nak jerit nak semua la! Wahaha!

Masa dulu Tahun 1 Tahun 2 tak paham ah kenapa orang excited sangat nak konvo kan? Then pelik lah kenapa parents ada yang menangis tengok anak konvo. Masa tu serius la macam tertanya-tanya. Maybe sebab baru first year so macam rasa jauh lagi nak konvo. So tak de feel apa.

Bila da melalui sendiri, pergh pergh! Diri sendiri je tahu macam mana 4 tahun tu cuba survive. Bila ingat balik memang rasa nak meleleh. Rasa diri ni kerdil sebab kalau bukan doa mak ayah, kalau bukan rahmat Allah, tak tahu macam mana nak tempuh semua tu.

Jujur, masa masuk dewan konvo dengan jubah dengan topi rasa macam nak melompat sambil menangis. Muka bahagia tu, pergh pergh. Tak boleh nak describe. Rasa tengok sekeliling semua ada bentuk love-love ada kaler pink sebab bahagia aaahhh. Kalau ada record senyum paling lama dan senyum paling lebar boleh menang (bukan senyum sampai telinga je ni tapi dah sampai buat satu bulatan dah. Hahaha.)

Masa tengah beratur tunggu turn tu debar dia jangan cakap ah! Bukan debar apa. Risau topi jatuh lah, risau hood senget lah, risau tersalah berdiri lah, risau lupa step lah. Wakaka! Tu belum lagi risau kawan-kawan duk cakap haaaa kau nanti jangan jatuh pulak atas stage. Cis! Tu paling risau sebab aku jenis kalau gelabah, haaa kemungkinan akan keluar la aksi pelik-pelik. Hahaha!

Masa ambil scroll tu sebak sebab macam tak percaya dah habis 4 tahun dengan tempuh macam-macam. Dengan bergelen air mata, dengan tak cukup tidur (tapi makan terlebih cukup. Haha), dengan jerit perit nak siapkan assignement, jawab kuiz, hadap final exam semua  tapi ada satu lagi perasaan sebak bila kau tau mak ayah ada dalam dewan tu dan mereka pun bangga masa dengar nama kau kena sebut dan nampak kau naik atas stage. *lap air mata*

Pada gegadis dan jejaka yang tak pernah dapat bunga, taadaaa~~ Tahniah! Hari konvo insyaAllah akan dapat bunga. Tapi bunga serius mahal masa tu. Maka, disarankan petik la bunga mak siap-siap letak dalam balang air terus bagi tak layu. Hahaha.

Hari konvo jugak hari anda terasa seperti retis sebab hari ni ramai gilos nak bergambar dengan anda sampai tak nyempat-nyempat nak bernafas! Haha! So, make sure pakai baju lelawa dan selesa. Kang tetiba ketiak basah lah, kasut tinggi sangat lah. Wakaka!

Ehem!

Jadi, selamat bergumbira di Hari Jubah anda. Moga memberi inspirasi kepada semua. Cabaran sebenar baru sahaja bermula. Nantikan next entry tentang pengalaman selepas berkonvo. *kenyit mata*


21/08/2015

CERPEN : HUJAN


Aneh. Taip kali nama kau hadir, tiap kali itu juga air mata akan mengalir.
Kau seperti hujan. Datang tiba-tiba lalu pergi meninggalkan seribu cerita.

* * * * * * * * * * *

Hujan. Teragak-agak dia nak melangkah.
“Haih. Aku tak suka hujan. Redah je lah! 1 2 3!”

Dia pelik. Aik. Kenapa tak basah? Dia tengok atas. Payung? Cepat-cepat dia toleh sebelah.
Siapa dia ni? Gadis tersebut tersenyum manis.

“Shall we?” Gadis itu senyum lagi.

* * * * * * * * * * * *

“Nah. Aiskrim.”
“Apesal tetiba?”

“Sebab aku suka makan aiskrim bila aku sedih.”
“Makan aiskrim waktu hujan?”

*angguk*
Sepi.

“Hidup tanpa ujian bukan hidup namanya. Tapi mimpi. Tak salah kalau nak menangis. Yang salah bila lepas nangis tapi tak nak bangkit balik.”
*sepi lagi*

“Dia tu baik. Aku tak. Bukan ke orang baik selalu dapat orang baik.”
“Definisi baik itu ikut definisi baik Allah. Kau usaha la bagi sama level dengan dia. Then doa banyak-banyak.”
“Aku tahu siapa aku. Tak baik.”

“Selagi ada nafas, selagi ada hidayah dalam hati, tak ada istilah terlambat untuk berubah jadi baik. Meskipun nanti kau tak berjodoh dengan dia.”
“Banyak dosa aku da buat. Aku rasa down. Sedih. Loser.”

“Tak payah cerita aib kau. Biar Allah je tahu. Tak pe pun rasa sedih, rasa down atau rasa loser. Kadang semua tu yang bawa kita pada Allah. Bila kita nangis dan tak berdaya, tu la tandanya kita ni hamba.”
Capai tangan dan senyum segaris.
“Kau tahu. Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya.(Imam Syafie)”

*Tarik nafas.*
“Kalau mungkin satu hari nanti dia memang jodoh kau, tu hanya sebab Allah tak pernah silap mengatur jodoh.”
“Aku mungkin tak dapat orang yang aku cintai tapi Tuhan ganti dengan sahabat sejati.”

* * * * * * * * * * * * * *

“Kenapa sedih?”
“Eh. Siapa cakap aku sedih?”

“Tu. Makan aiskrim waktu hujan.”
Pandang dan senyum kelat.

“Tahu apa maksud iman?”*Jeda*

“Mempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota. Selagi ada iman, walau senipis kulit bawang, selagi tu tetap ada ruang untuk jadi baik.”
*tiada respond*

“Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah. Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas. Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.”

“Kau tak tempuh apa yang aku lalui. Kau tak rasa apa yang aku rasa.” Nada mendatar.
“Aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa. Aku mungkin tak lalui apa yang kau dah lalui. Bak kata kau, dunia setiap orang tak pernah sama. Tapi entah macam mana, aku yakin kau mesti boleh tempuh dan rempuh masalah tu. Keep being strong. Mana sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-insyirah: 5-6)”

“Things are easier said than done.”
“Aku tahu tiada kata-kata yang boleh hilangkan keresahan kau. Tapi aku boleh teman kau walk through it. Sebab kita kawan Lillahi Taala. Kuatlah seperti selalu. Walau terkadang rasa tak mampu.”

“Aku tak kuat.“
“Tahu. Sebab tu kau kena minta kekuatan dekat yang Maha kuat.”

“Aku sebenarnya cemburu dengan kau. Yang dalam diam, kau sendiri jadi penguat untuk orang lain walau kau sendiri terkadang tak sedar hakikat itu.”
“Kau akan jadi kuat, lebih kuat dari aku.”

Awak, banyakkan senyum. Senyum itu terapi jiwa. Dah lama saya tak nampak awak senyum. Macam dulu-dulu. Tolong senyum macam tu lagi. Bersemangat dan bercahaya.

* * * * * * * * * * * *

“Sepanjang kita berkawan ni, aku pernah buat kau terasa hati tak?
“Bukan sahabat kalau tak pernah makan bersama, tidur bersama buat perkara gila-gila dan bergaduh manja. It is just to prove that the friendship is strong enough to survive.”

*Jeda*
“After all this, I still and will love you more. Sahabat sejati takkan pernah berubah hati.”
“Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.”
“Sahabat akhirat tu bila dia langsung tak kisah kau cari dia hanya waktu kau susah.

* * * * * * * * * * * *

“Alhamdulillah. Hujan.” Senyum.
“Kenapa kau suka hujan?”

“Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kepada Tuhan.”
“Lagi?”

“Iya. Hujan. Waktu mustajab untuk berdoa.” Senyum bahagia.
Tangan ditarik.
“Eh! Apa ni apa ni!”
“Jom main hujan!” Kenyit mata.

“Taaakkkk naaaakkkk!!”

Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan. Maka, percaya dan yakin pada Allah. Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.

* * * * * * * * * * * *

Aku lihat langit. Cerah. Tapi kenapa aku rasa hati aku yang ‘hujan’?

Kenapa kau yang sedih tapi aku yang menangis?
Kenapa kau yang ‘pergi’ tapi seolah-olah aku yang ‘mati’?

Apa yang sama antara kau dan hujan? Sama-sama memberi berjuta cerita dalam hidup aku. Dan seringkali cerita itu akhirnya membawa aku kepada Tuhan.
Usai membersihkan daun-daun kering dan menyedekahkan al-fatihah, perlahan-lahan dia melangkah pergi dari situ.

Sahabat.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.
Terima kasih kerana telah menjadi penglipur lara dan penyeri hati.
Syukran untuk segala kenangan yang sudah terpahat menjadi memori.
Kau,
Aku titipkan dalam jagaan Tuhan.
Al-fatihah buat yang dirindui mahupun yang telah pergi.



10/08/2015

AKU NAK JADI BAIK



"Aku da cuba nak berubah jadi baik. Tapi kau tahu tak? Semakin aku nak berubah semakin banyak ujian yang datang."
"Semakin banyak ujian, semakin kuat kita, semakin terasa dijiwa, dan semakin kita menghargai hidayah tu. 
Nak jadi baik bukan mudah. Terkadang kau akan letih, lelah, pedih, goyah. Tapi takkan sebab tu kau nak mengalah kalau syurga ganjaran dari Allah?"

"Aku takut aku mati dulu tanpa sempat berubah jadi lagi baik."
"Tak apa. Paling kurang kita dah berusaha. Kalau mati, kita mati dalam usaha nak jadi baik. Jadi jangan putus asa."

"Aku tak kuat."
"Tahu. Sebab tu kau kena minta kekuatan dekat yang Maha kuat."

[Tolong semak diri kenapa selalu rasa kosong dalam hati. Mesti ada kurang dekat mana-mana. Cari Tuhan. Bukan duduk berangan.]

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Tahu apa maksud iman?”
*Jeda*

“Mempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota. Selagi ada iman, walau senipis kulit bawang, selagi tu tetap ada ruang untuk jadi baik.”
*sepi*

“Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah. Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas.”

[Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.]

* * * * * * * * * * * * *  * * * * ** * * *
Tiap pagi aku dapat notificaton dari FB pasal memories yang berlaku pada tarikh yang sama tapi tahun yang berbeza. Status yang aku update dalam 2 3 tahun yang lepas.

Kadang rasa macam ehhh aku ada tulis macam ni ke?
Ehh aku ada buat benda macam ni ke?
Kalau status yang bermanfaat atau perkara yang baik tak pe lah kan. Tapi kalau bukan? *tarik nafas dalam-dalam*

Ada terfikir tak.
Mungkin dekat padang masyhar macam ni la perasaannya masa kena hisab dengan Allah.
Bila Allah tayang satu-satu apa kita buat selama kita hidup dan baru kita sedar kita banyak dosa, masa tu menyesal pun tak berguna.

[Semua manusia ada peluang dan ruang untuk jadi baik dan lebih baik. Jangan putus harapan. Rahmat Allah itu luas.]

* * * * * * * * *  * * * * * * * * * *
Tahun lepas diberi izin dan peluang oleh Allah untuk ke Korea bagi mewakili UMP dan Malaysia dalam pertandingan research.

Saat tu kau tersedar,
Bila kau je yang pakai tudung besar, pakai baju labuh, pakai baju kurung, dan orang sana pandang kau macam pelik,

Saat tu kau berbisik dalam hati 'syukur iman masih terpasak dalam jiwa. syukur Allah masih pelihara diri.'

Boleh nak suka tapi jangan sampai memuja.
Boleh nak minat tapi jangan sampai Tuhan pun kau tak ingat.

[Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt - Ibnu Qayyum]

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Aku dah tak boleh nak sabar lagi. Aku tertekan. Aku letih."
"Sabar. Sabar tu separuh dari iman."
"Aku tak boleh!!"
"Tak boleh apa? Tak boleh nak beriman?"
Deep.

[Suatu masa nanti, Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini.]

* * * * * * * * * * * * * * * *
Bila banyak yang Tuhan beri
dan ada antaranya itu kau tak pernah minta pun.
Kemudian tiba-tiba benda yang kau doa sangat-sangat Tuhan tak makbul.

Jadi kau rasa Dia tak adil?
Jadi kau rasa Dia zalim?

Ketahuilah, saat itu sebenarnya Dia nak jentik Iman kau.
Nak tengok kau yakin dengan Dia waktu kau gembira atau duka.
Nak tengok kau syukur masa bahagia atau sengsara.
Nak tengok kau redha masa ketawa atau kecewa.
Jadi, kau pilih lah yang mana.

[Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran.
kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.*senyum manis*]

* * * * * * * * * * * * * * *
Bagaimana takdir berubah dengan doa? *angkat-angkat kening*
Pengetahuan Allah takkan silap. Allah tahu kita ini akan masuk syurga atau neraka. Tapi Allah tetap hidupkan kita kerana Allah Maha Adil. Dia memberi kebebasan untuk hambaNya memilih nak jadi jahat atau baik.

Manusia, selagi mana dia minta ampun pada Allah, selagi itu Allah akan makbulkan. Allah mengetahui yang zahir dan yang batin.

Jangan pandang lekeh pada orang lain macam dia akan masuk neraka.
Dan jangan anggap kita hebat sampai kita rasa macam kita yang pegang kunci syurga.

Mungkin satu hari orang yang kita lihat jahat itu lebih baik di sisi Allah berbanding kita. Syurga neraka itu urusan Allah. Maha suci Allah.

[Khabarkan kepada hamba-hamba Ku, bahawa sesungguhnya Akulah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan bahawa sesungguhnya azab Ku adalah azab yg pedih (Al-Hijr:49-50)]

* * * * * * * * * * * * * * *
Nak pakai baju yang menutup aurat dengan sempurna. Tapi rasa sayang sangat dengan baju-baju yang mahal dan branded tu. Takkan buang macam tu je nanti?
Nak pakai baju yang menutup aurat. Tapi takut di anggap kolot, out dated, konservatif, tak cantik, nampak macam makcik-makcik. Takut nanti tak ada yang nak mengorat. Jatuh market?

Kalau kita sanggup tinggalkan sesuatu yang kita sangat sayang kerana nak elak kemurkaan Allah, insyaAllah Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik kerana Allah hanya akan bagi yang baik-baik sahaja untuk kita.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadaNya. Pakaian kamu itu muslimat, pakaian muslimah. Pakaian itu mulia di sisi Allah. Jangan berasa malu bahkan berbanggalah kerana kalian itu WANITA SYURGA dan BIDADARI DI DUNIA.

[Cantik itu diwajah atau dihati?]

*  * * * * * * * * * * ** * * * *
Apa yang saya lihat kebergantungan kita sebagai hamba kepada pencipta itu yang paling penting. Betapa kita rasa hidup ini sesuatu yang susah, yang payah, yang menyakitkan, tetapi jika kita anggap hidup ini tak lain tak bukan hanya sebagai persinggahan semata, nescaya kita mampu telan segala kepahitan tersebut.

[Ambillah hikmah dari setiap peristiwa, dari air mata mahupun tawa. Ambillah pelajaran dari setiap episod kehidupan agar kita lebih bijak melangkah ke masa depan.]

* * * * * * * * * * * * * * *
“Kenapa kamu jadi macam ni? Ponteng kelas. Assignment tak buat. Test tak jawab.”
“Prof tak payah nak bising-bising. Hidup saya suka hati saya!”

“Hidup kamu tu Allah yang pegang tahu. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik hidup kamu tu.”
“Ahh! Prof nak tazkirah saya ke? Prof pergi tazkirah dulu mulut-mulut orang yang mengutuk saya hanya sebab saya ni lahir dalam keluarga bermasalah. Family broken!”

“Jadi, sebab tu la kamu memberontak macam ni?”
“Semua cakap saya ni menyusahkan. Anak yang lahir dan membesar dalam keluarga bermasalah semuanya jahat. Semua benda buruk tuding dekat saya. So? Tak ada sebab saya nak buat baik kalau dah sah-sah orang cuma tengok benda buruk je!”
*Jeda.*

“Semua cakap saya ni memang takkan ada masa depan. Saya ni tak payah susah-susah nak belajar sebab hidup saya memang ‘gelap’ dan ‘hitam’. Diorang pandang hina dan jijik dekat saya!”
“Ehm. Dalam hidup ini ada bermacam-macam ragam dan kategori manusia. Kamu yang pilih nak jadi macam mana. Dalam hidup ini jugak ada banyak jalan yang dah disediakan. Tinggal kamu sahaja yang pilih jalan mana yang kaki kamu harus di lalukan.Tapi ingat. Segala pilihan kamu tu akan Allah tanya di akhirat kelak.”

“Tapi prof, mereka cakap …”
“It’s you decide who you are. Not the society.”

“Prof cakap senanglah! Prof bukan ….”
“Saya juga lahir dari keluarga yang bermasalah.” *senyum manis*
Terkaku. Terkedu. Terkelu.

[So much in life depends on our attitude. The way we choose to see things and respond to others makes all the difference.]

* *  * * * * * * * * * * * * * * *
Untuk kamu. Hati yang mungkin sedang di sapa oleh hidayah Allah. *senyum*
Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi maha Mengasihani”. (Al-Zumar:53)

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadang-kala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan manusia lain, namun ALLAH tidak pernah menutup pintu selagi insan yang berdosa itu insaf dan benar-benar kembali kepada-Nya.

Jadi, usah kecewa dengan diri sendiri dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan. Agama itu begitu lunak. Pintu untuk mendekatiNya tidak pernah dikhususkan untuk orang tertentu semata-mata.

[Sesungguhnya ALLAH menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat Al-Tarmizi)]

* * * * * * * * * * * * * * * * *
Nak berlawan dengan diri sendiri, dengan masa silam, dengan nafsu sendiri tu- susah. Tak ada yang mudah. Nak bertahan pun memang payah. Sakit. Pedih. Kadang-kadang masa nak istiqamah tu sendiri rasa macam nak jatuh tak bangun-bangun lagi dah. Tetapi, selagi boleh bertahan, bertahanlah. Kerana Jannah yang tiba nanti, pasti akan indah.
Bertahanlah. *tiup semangat*

[Turning point. Among the sweetness of faith is, when we hate to go back to our jahiliah state after we found Allah.]

* * * * * * * * * * * * * *
Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Kita mestilah Islam dari sudut aqidah. Menganggap semua baik. Ujian itu baik. Nikmat itu baik kerana kedua-duanya dari Allah yang Maha Baik.

Bila tuhan tak beri apa yang kita minta, bersyukurlah. Dia tahu kita tidak mampu menanggung keperitan bila hal itu tidak seperti yang kita sangka. Dia kenal kita, dan hati kita.

[Pasti dan pasti kita pernah merasai kesusahan hati. Pasti dan pasti setiap manusia pernah merasai kekecewaan jiwa. Tidak mengapa.. kerana itu fitrah bagi setiap manusia. *tiup semangat*]

* * * * * * * * * * * * * * *
Kalau kau rasa hidup aku manis macam gula, memang silap besarlah. Masa aku kecik, mak bapak aku cerai. Aku duduk dengan ayah aku. Aku tak tau solat tu ape, aku tak puasa, aku tak tau nk mengaji.. Aku dulu bukan budak baik sangat pun. Jangan cakap nak pergi masjid solat jemaah. Solat sendiri-sendiri kat rumah pun aku ingat-ingat lupa. haha. (ketawa hambar).

Then masa aku masuk Victoria Instituition, tetiba masa aku form 4, ada seorang ustaz tu suruh aku jadi ketua BADAR (badan dakwah). Memang aku rasa ketar gila. Masa aku nak dakwah tu, aku siap kena baling batu dengan geng2 jamming aku lagi. Kau boleh bayangkan tak situasi aku masa tu?”

[Dakwah itu bukan untuk budak sekolah agama sahaja tetapi untuk seluruh umat Islam sebenarnya]
  * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dalam beberapa situasi, ada perkara yang memberi kesan kepada perubahan hati. Tidak kisahlah ia kecil atau besar dan tidak kiralah sama ada perubahan pada diri sendiri atau pada orang lain. Dan kadang-kadang perubahan itu bermula dari perkara yang tidak disangka-sangka.

[Kuasa fitrah Kuasa berubah]

* * * * * * * * * * * * * * * *
Jangan takut untuk berubah jadi baik meskipun diri seorang pendosa.
Jangan berhenti untuk memohon ampun pada Allah walau dosa-dosa mu setinggi awan dilangit, walau kesalahan mu sebesar dunia.

Yang penting sentiasa berdoa dan berharaplah pada Allah.
Nescaya Allah akan mengampuni selagi mana kamu tidak menyekutukan Dia.
Allah, Dia yang Maha Pengampun dan penerima taubat kita.
Maka, teruslah berusaha jadi hamba yang terbaik untuk-Nya.

[Bicarakan pada aku apa menurut kamu yang ada pada semua manusia? Lalu aku menjawab “Manusia itu selalu punya Tuhan.”]





27/07/2015

KAWAN MAKAN KAWAN? OWH MY!


Hey ya! Miss me? *acah-acah ada orang rindu* Haha.

Ok entry kali ni pasal persahabatan. Saya dapat emel minta saya huraikan pasal kawan yang cemburu-cemburu, jeles-jeles, dengki sana-sini macam tu lah.
Ironi lah hidup ni.

Kadang memang ada situasi orang yang kau rapat, kau layan baik-baik, kau sayang dia ketat-ketat tapi dialah yang mungkin dalam diam paling cemburu dengan kau. Sadis kan?

Kadang kau tulus ikhlas dan anggap dia kawan rapat kau or bestfreind forever lah. Masalahnya depan kau dia baik tapi kat belakang, Phew~ Phew~ Backstabber lah!

Kadang memang tak faham kenapa nak cemburu-cemburu walhal kalau compare dia lagi hot, lagi lawa, lagi digilai, lagi bijak, lagi femes yada yada yada.

Memang. Kalau fikir logik akan rasa macam eeehh like seriously this thing happens? *mata bulat tu jadi besar sebab tak percaya*

Cemburu tu tak salah la kalau dengan cemburu tu boleh bina peribadi jadi lagi hebat. Contoh kau tengok dia baca qur’an 2 muka surat tiap hari tapi kau tak pun. So kau decide nak baca 3 muka surat setiap hari. Cemburu macam tu tak de hal.

Tapi ni kalau kau cemburu dia tu hebat buat kerja lepas tu kau rasa tercabar sampai sebar cerita bukan-bukan. Tak pun kau pergi hasut semua orang untuk pulaukan dia. Not a very good attitude ah macam tu. Come on. Bersaing secara sihat.

*tarik nafas*

Orang macam ni kadang kurang kasih sayang atau dia jenis tak boleh tengok orang lain lebih dari dia. Dia jenis nak dapat fully attention dari semua orang sampai dia tak perasan yang benda tu makan diri dia sendiri.

Entahlah. Tak tahu nak hurai macam mana sebab hati manusia lain-lain. Bukan hati kau merah-merah delima hati dia pun sama. Tak. Mungkin hati dia merah-merah hitam sikit. Haha.

Cemburu tu biasa ah tapi kalau dah sampai hasad dengki nak menjatuhkan bagai memang melebih ah. Moga kita dijauhkan dari menjadi orang yang seperti ini.

Untuk kau pulak. Yang ramai sangat cemburu dengan kau, aku nak nasihat simple je.

People will judge you, talk anything about you, no matter how hard you try to make everything right.

Then you might be upset, you might feel guilty. Please don’t. Allah knows best. Hadapi dengan tenang dan berlapang dada.

Everyone can listen to what stories they wanna hear but, only brilliant people can make a good interpretation and conclusion

Dengar sini. just be yourself. Kita ada Tuhan kan. Lama-lama orang tu yang binasa. Serius cakap. Just do your work. Kita tak payah dengki dengan orang. Terus buat hal sendiri. So buat rilex buat peace.

Jadi, nak tak nak kita memang kena kuat. Sedih, kecewa memang tak boleh nafi. Tapi jangan kita sesekali buat jahat balik dekat dia. Kita kena tetap treat dia elok-elok, baik-baik. 

Nanti lama-lama dia tahu la dia yang salah dan kena berubah. But again, hati kena kental dan kena selalu pujuk hati sendiri. Orang yang hati tak bersih ni nanti lama-lama dia yang mereput dengan perasaan jahat tu sendiri. So, just keep on buat baik dengan orang even orang tu jahat dengan kita. Nanti dia sendiri akan datang minta maaf dekat kita sebab dia malu dengan layanan baik dan ikhlas kita. Trust me. It is really happens.

Jangan jadi manusia seperti gunting. Meskipun jalannya lurus tapi memisahkan apa yang menyatu. Jadi manusia seperti jarum dan benang. Meskipun menusuk dan menyakitkan tapi malah menyatukan apa yang terpisah.

Moga kita bersih hati dan tingkah laku.

In the end, Allah will save your relationship with who deserve to stay in your life.


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN


Kali ni aku nak cerita pasal kisah benar. Bukan macam kisah Slot Akasia TV3 pukul 7 malam yang aku rasa makin lama makin merepek. Ops! Kepada peminat tegar drama melayu, maaf zahir batin. Haha.

Ok. Memula nak ucap Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-26 Mama dan Bapak!! *bom bom bunyi bunga api lip lap lip lap warna-warni* Hahaha.

Aku umur 25 tahun. (Still tak rasa 25 ah! Aku rasa aku 21. Sies ni tak tipu. Haha) So selama 25 tahun ni aku tengok la macam mana mak pak aku ni berumah tangga. Gitew.

Realitinya.

Ayah jenis yang tak banyak cakap ah. Tapi bila bercakap, kitorang boleh diam sunyi sepi sebab menusuk ke qalbuuu. Haha. Terbalik dengan mak. Mak jenis kelakar selalu buat lawak tapi kalau garang, phew boleh tahan lah ketar lutut nangis-nangis. Haha.

Ayah kategori bukan lelaki yang tunjuk-tunjuk la dia tu romantik. Haha. Tapi kita dapat tau la sebenarnya ayah caring gilos dengan mak cuma dia buat senyap-senyap. Contoh masa bulan puasa tu mak bibir dia kering-kering, pecah-pecah. Rupa-rupanya masa nak buka puasa ayah bawak balik air kelapa muda. Padahal masa mak ngadu-ngadu tu ayah muka macam tak ambil kisah ah. Lepas tu tak respond pape pun. Haha.

Contoh lagi mak jemur kacang. Dia nak buat kacang goreng. Ala orang panggil kacang botak eh? (Ampun. I generasi teruk tau nama kuih barat je. Huwaa!) Mak nak masak sebab ayah suka makan. Kadang ayah senyap-senyap pergi dekat kacang yang dijemur lepas tu dia tampi-tampi bagi kulit kacang tu senang tertanggal ah. Masa hujan, ayah selamatkan kacang tu dulu. Haha. Jarang la dengar ayah macam bagi ayat-ayat sweet dekat mak. Cuma kadang kalau mak buat lawak, ayah dia senyum sikit la tak de gelak terbahak-bahak macam kami. Haha.

Mak ada penyakit darah tinggi dari aku umur 12 tahun. Since that, mak masak memang letak garam sikit gila, tak letak ajinamoto apa semua tak la. Memang lauk tu tak de rasa langsung. Tapi ayah tak pernah complain. Tak de pun suruh mak masak asing-asing lauk dia lain dan lauk kami lain. Tak ada. Ayah dia tak pernah la nak marah mak even kadang lauk tu simple gila. Ayah suka makan yang ada kuah tak pun bersantan-santan. Tapi mak kadang masak rebus-rebus atau goring-goreng je. Tapi., ayah makan je tak cakap apa. Senang la jaga ayah.

Ayah mungkin tak de puji mak depan-depan tapi kalau dekat orang lain ayah selalu puji mak la. Contoh orang-orang cakap ‘Ehh! Lawa dan kacak lah anak-anak kau.’ Ayah akan jawab ‘Mak diorang lawa.’ Wahahaha! Lepas tu ayah akan cakap dekat orang yang mak pandai masak, mak pandai buat kerja rumah atau ayah akan cakap sebab mak, anak-anak dia sampai tahap macam ni dan banyak lagi lah.

So satu benda aku realize la. Dalam berumah tangga memang tak sama macam kau bercinta. Sebab bila kau betul-betul hidup dengan dia, baru kau sedar kata-kata manis je tak cukup nak survive. Bagi aku keserasian dan kesefahaman tu paling penting.

Aku tak cakap ayat-ayat manis tak penting. Tak. Cuma jangan expect lah hari-hari nak romantik bagai. Kita ada komitmen dengan kerja, dengan anak-anak, dengan beribu macam lagi perkara yang semua tu adalah tanggungjawab dan amanah untuk kita. Jadi, hidup berumah tangga ni makna dia lebih besar dari kau fikir asyik nak acah-acah sweet.

Marriage is a commitment. Commitment means staying loyal to what you said you were going to do long after the mood you said it in has left you.

Mungkin pada awalnya semua orang akan berbangga dengan apa yang mereka pilih.
Tapi akhirnya mungkin sedikit sahaja yang akan setia.
Kerana cabaran dalam hidup bukanlah untuk memilih,
Tapi setia dengan pilihan yang sudah dibuat.
Dan beruntunglah orang-orang yang selalu mendahulukan Tuhan dalam segala urusan.