13/11/2017

GRAD. MEREKA SUDAH. ANDA BILA LAGI?

Tulisan ini untuk mereka yang tengah struggle nak habiskan belajar macam aku. *aman tanpa perang*

Untuk kita yang tak dapat nak grad sama-sama dengan kawan kita.
Yang ambil masa lama sikit untuk habiskan apa yang kita dah mulakan.

Mungkin faktor kesihatan atau kewangan jadi kena tangguh study.
Mungkin ada yang kena tukar mode (kalau master) dari research ke coursework atas sebab family matters.
Mungkin sebab research work sangkut sini-sana, paper kena reject atau mungkin hal-hal lain. (Feel free to add. Haha)

Entah. Aku pun tak tahu nak comfort macam mana sebab aku tahu sedihnya rasa tu.
Aku ingat lagi ada budak tanya aku. Apa aku buat kalau aku down? Aku jawab ‘menangis.’

Yup. Menangis mungkin tak akan selesaikan masalah. But somehow akan buat kau lega. Nak nangis tu tak salah. Yang salah bila lepas nangis tak nak bangkit balik.
Ada orang. masa matrik dan degree performed habis.
Sampai master, ehh berliku banyak sangat. (Macam aku je. Haha)

And yeah. Life is meant to be like that.

Tak boleh expect akan sentiasa manis macam madu. Ada masa kena rasa pahitnya hempedu.
Tak boleh expect akan sentiasa di zaman kegemilangan. Kena rasa jugak zaman kesuraman.

Aku ada kawan degree dia extend setahun.
Aku ada kawan master sampai 5 tahun.
Aku ada kawan phD 8 tahun.

It’s just about trusting yourself.
Leaning in the direction of what feels right and focusing on living the day in front of you,
the best you can

Rules number 1.
Berhentilah bandingkan diri kita dengan orang lain.
Semua orang ada ‘masa’ sendiri. Dan masa setiap orang tak sama.
‘Berlumba’lah dengan diri kita sendiri. Be a better person.
Yang lebih kuat. Lebih matang. Lebih yakin dengan Allah.

Mulut orang tu kau anggap je la macam angin lalu.
Tahu susah sebab kata-kata ni kadang-kadang lebih tajam dari pisau.
But do we ever have any choices? Yes. Kentalkan hati.
Chill lah. (Padahal kadang aku pun hangin. Haha)

I keep telling myself that I’m not lost.
I’m not.
I’m on my way.
Our journey might be long.
But I promise. It’s worth it.


-- From every wound there is a scar, and every scar tells a story.
A story says, ‘I survived’

20/06/2016

BETRAYAL



Fuh. Tajuk kemain keras. Dah bersawang blog, bukak-bukak tajuk kontroversi sangat~ haha. Ok. Nak cerita apa sebenarnya ni. *tarik nafas* Aku tulis ni sebab kawan aku request. Moga-moga jadi kekuatan untuk kalian dan aku juga.

Pengkhianatan. Siapa dekat sini tak pernah kena khianat? Aku percaya semua orang pernah kena. Cuma pengkhianat tu jenis macam mana dan level berapa je yang berbeza. Tapi kalau dah namanya kena khianat, tak kisah la level berapa, sakitnya tuh di sini, di dalam hati ku. *nyanyi*

Mana yang kena khianat dengan adik beradik, suami isteri atau kawan rapat. Semua pengkhianatan tu akan diingati sampai bila-bila. 

Aku tak nak ulas panjang lebar pasal definisi pengkhianatan ni. Aku cuma nak share bila aku rasa sedih kecewa gila apa yang aku buat.

Tak. Aku tak pergi flying kick orang tu even ntah dah berapa banyak kali scene aku ‘bunuh’ dia dalam kepala aku. Hahaha. Tau. Aku tau sakit gila kena khianat sebab khianat ni dari orang yang kau rapat dan percaya. Kira unexpected things happened from unexpected person. Kalau musuh yang khianat tak pe gak sebab kita tau dia tu memang musuh. Tapi ni orang yang kau sayang, share everything bertahun-tahun.

Apa aku buat bila kena kena khianat? Aku nangis. Ye. Aku nangis sambil muhasabah diri. Aku baca ayat ni.
“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim.

Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang di baca oleh nabi Yunus a.s. Bacalah berulang kali.
Aku masa baca ayat ni sampai berjurai air mata. Sebab apa? Sebab kita sendiri menzalimi diri kita. Sungguh ketika aku sedih, pedih, resah, gelisah, sempit terhimpit, Tuhan tak pernah zalimi hambaNya, sebenarnya akulah yang menzalimi diri aku sendiri.

Everything happens for a reason. Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia. Terkadang memang ambil masa untuk nampak ‘kecantikan’ yang terjadi selepas itu. Ambillah masa berapa lama sekalipun untuk belajar terima takdir tu. Cuma aku nak pesan jangan sesekali salahkan Tuhan. Tanda Dia sayang kau dengan berapa banyak ujian kau kena tempuh. Dunia ibarat penjara orang mukmin. Takkan ada rehat sampai kita jumpa Allah. Ingat tu.

Bila kau betul-betul redha dan meletakkan segalanya pada Allah, Allah terus jawab doa-doa kau. Aku pernah kena khianat beberapa kali. Tapi masa aku kena khianat tu aku langsung tak doakan orang tu kena balasan ke bencana ke. Tak. Serius tak. Aku cuma doa supaya Allah beri aku kekuatan untuk tempuh dan biarkan kebenaran tertegak kerana kebenaran takkan pernah kalah dengan kebatilan. Ajaibnya, orang tu sendiri datang mintak maaf dan mengaku segala kesilapan.
-------------
We’ve got both light and dark within us, what matters is the part we choose to act on. That’s who we are.-Sirius Black.

So, kau redhakan lah. Maksud kat sini kau tak yah la berdendam. Forgive but not forget. Kau maafkan tapi kau ingat tu sebagai pengajaran paling besar dalam hidup dan kau serahkan segalanya dekat Allah sebab kau yakin Allah tu adalah segalanya. Baik ketika kau gembira mahupun berduka. Baik ketika kau rasa kau punya ramai orang untuk di andalkan mahupun ketika sebenarnya kau tiada sesiapa di sisi.
-------------
The best revenge is to move on and get over it. Don’t give someone the satisfaction of watching you suffer.-Dr. Bilal Philips.

Dah. Bangkitlah. Kalau aku di beri izin untuk cakap sesuatu, apa aku nak cakap dekat kau adalah, kau tak hancur seperti yang kau fikirkan dan aku tahu, semua orang mesti ada parut luka yang payah nak sembuh tapi percayalah semua orang yang hebat pernah melalui ujian yang sukar dalam hidupnya.

Kepedihan, air mata, perpisahan, kehilangan dan kesakitan baik dari perkataan mahupun tindakan,

Dalam saat-saat kesusahan seperti ini, tenangkanlah hati mu dengan ayat-ayat Allah.

“Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati).”
[Ad-Dhuha:4-5]

Moga tabah menghadapi.
Moga kuat menempuhi.
Moga sabar melalui,dan
Moga sentiasa dilindungi Ilahi.