28/09/2014

TAHUN KEHILANGAN


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tahun yang penuh dengan kehilangan.

Tahun ini merupakan tahun yang banyak kehilangan berlaku bukan pada saya tapi pada teman-teman rapat saya. Bermula dengan kematian seorang pelajar di universiti saya kemudian kematian tunang kepada junior yang rapat dengan saya. Tak sampai 2 bulan ayah kepada roommate saya pula meninggal dunia dan kemudiannya ibu kepada rakan sekuliah saya dan paling terbaru adalah kematian junior kelab saya.

Semua kehilangan ini sangat memberi kesan kepada diri diri saya.

Semua kehilangan ini seakan memberi peringatan yang mungkin selepas ini adalah giliran saya .

Semua kehilangan ini memberi satu hakikat hanya Dia yang tidak mati dan tidak pernah akan meninggalkan kita bahkan kita lah yang selalu meninggalkan Dia.

Dan semua kehilangan ini memberi tahu hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. Hanya pada Allah. kerana Allah itu sifatnya kekal.

Rasulullah bersabda “Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami, wahai Ibrahim, sedih kerana pemergian mu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pasti dan pasti kita pernah merasai kesusahan hati. Pasti dan pasti setiap manusia pernah merasai kekecewaan jiwa. Tidak mengapa.. kerana itu fitrah bagi setiap manusia. *tiup semangat*

Allah itu Maha Kaya. Andai seorang kaya merasai Allah itu Maha Kaya, dia tidak akan takut untuk menderma. Andai dia seorang yang miskin, dia tidak pernah takut dengan kemiskinan dunia. Dia tahu Allah akan memberinya rezeki kalau bukan pada hari ini pasti esok lusa dari jalan yang tak disangka-sangka,
dan andai seorang isteri yang Allah cabut nyawa suaminya, masih mampu redha dan mengukir senyuman di bibir, kerana dia tahu Allah mahu dia menjadi isteri yang mithali dan berdikari. Bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat diri kita.

Kehilangan
Perpisahan
Pemergian
Ditinggalkan
Itu yang mengajarkan kita erti seorang hamba dan kekuatan.
Itu yang mengajar kita segalanya yang datang daripada Allah akan kembali kepada Allah juga.
Itu yang mengajar kita untuk menjadi dewasa dalam segala penerimaan.
Kehidupan ini kisarnya tentang menerima hakikat.
Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.
Suatu masa nanti,
Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini. 

* * * * * * * * * * * * *

“Kamu sayang along tak?”
*senyap sambil buat muka pelik*

“Kamu rindu along tak?”
*senyap sambil rolling eyes*

“Kenapa senyap?”
“Apa tanya soalan macam tu. Tak brutal langsung!”
*ketawa hambar*
“Kalau sayang katakan sayang.Jangan nanti terbayang-bayang.”
 “Kalau rindu katakan rindu. Jangan nanti tertunggu-tunggu.”
“Ceh! Apalah along ni! *mencebik*”

 . . . . . . . . . . .


*Bacaan yasin memenuhi tanah perkuburan.*

Tak rugi pun kita ucap kita sayang mereka.

Mereka=mak ayah, adik beradik kandung, adik beradik tiri, saudara-mara ataupun mereka-mereka yang memang kita sayang walau tak ada hubungan darah sekalipun. Yang kita dah anggap macam sebahagian dari hidup dan nyawa kita.

Tak perlu selalu.
Yang penting ikhlas dari qalbu.
Selagi ada masa. Ada waktu.


23/09/2014

IRONI YANG MENGEJUTKAN DAN INDAH



BABAK 1
Saya tak tahu siapa saya pada awak,
tapi bagi saya.
Awak insan yang sentiasa ada dalam doa.
Walau jarang bertemu.
Walau mampu melihat dari jauh.
Kerana mendoakan adalah cara mencintai yang paling rahsia. 

BABAK 2
“Kau teringat dekat dia.”

*blur*

“Betulkan? Kau teringat dekat dia dan kau rindu dia.”

*angkat kening*

“Tak yah deny. Aku perasan bila kau rindu dia mesti ada bau yang sama akan keluar.”

“Huh! Bau apa?”

“Bau kopi.”

*tangan terhenti dari kacau air dalam cawan.*

BABAK 3
“Orang kata cinta yang sebenar apabila kau menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bila kau mencintai budak tu dalam diam, kau rasa kau jadi lebih baik?”

“Jadi lebih baik atau tak, aku tak tahu. Mungkin kau lebih nampak perubahan aku. Tapi yang aku tahu, bila aku suka dia aku sedar yang ada orang cuma ditakdirkan ada dalam hati kita tapi bukan dalam hidup kita. Aku sedar yang mana bila kita suka, kita kena tahu jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Aku sedar menahan apa yang ada dalam hati itu adalah sepatutnya kita buat kerana mungkin itu yang terbaik buat semua dan mungkin yang terbaik buat masa itu. Jadi, sebelum sampai waktu yang tepat, pendamkan saja dan terus berdoa. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.”

*tarik nafas*

“Aku juga sedar yang aku salah kalau aku pikir hidup berkahwin tu akan sentiasa manis walhal mungkin kita dapat jodoh yang berpenyakit, yang punya banyak tanggungjawab dan sebagainya. Aku sedar yang jodoh ni kadang-kadang tak panjang. Aku sedar yang kalau berkahwin mungkin tak ada anak dan aku sedar yang mungkin pasangan kita akan Tuhan cabut awal nyawanya.”

BABAK 4
“Apa perasaan bila akhirnya orang yang kau cintai dalam rahsia, yang kau tunggu dalam diam selama ni akhirnya adalah jodoh kau?”

*senyum manis*

“Alhamdulillah. Tuhan itu tahu yang terbaik buat hambaNya. Terima kasih sebab dia bina tembok ikhtilat yang sangat tinggi masa kami belum berkahwin. Terima kasih sebab dia jaga maruah aku dengan tak mesej call chat aku selama kami bukan yang halal. Terima kasih sebab dia secara tak langsung bawa aku ke satu jalan yang matang tersusun dan terarah. Sesungguhnya kalau kita buat segalanya untuk Allah, korbankan perasaan harta atau apa saja kerana Dia, pasti Dia takkan pernah kecewakan kita.” *mata berkaca-kaca*

“Macam mana life after dah jadi Puan?” *sengih*
“Bercinta ibarat kau naik bas. Boleh berhenti kat mana yang kau nak kalau kau tak suka. Tapi berkahwin ibarat kau naik flight. Suka tak suka, kau tak boleh berhenti tiba-tiba kat mana yang kau nak. Bahaya. *ketawa*

Marriage is not just living together but loving together dan perkahwinan itu bukan hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. Perkahwinan harus ada konsep takmil wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. Seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula. Pasti ada masa berkelahi sini sana. Tak sependapat itu ini. Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana kita akan kekal di sana.”

Kahwin dengan orang yang kita cintai itu ialah impian.
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah
kerana takdir yang menentukannya.




02/09/2014

DIA DATANG DENGAN SENYUM MANISNYA


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
*Bukak pintu bukak tingkap.*
Bersarang dah blog I ni Phew~

Mohon maaf kepada pembaca-pembaca tegar a.ka geng mafia gua (kalau ada lagi lah. Haha.) InsyaAllah selepas ini akan lebih berdisiplin dalam penulisan. Huuu~ Harap tak bosan baca entry blog sebelum-sebelum ni. Walau mungkin ada yang dah hafal setiap bait-bait ayat. Walau mungkin ada yang dah muak tiap kali masuk blog tak ada entry baru ke sampai rasa tertekan dan mengepal penumbuk nak tumbuk pipi sendiri. Ehh! Maaf. *muka comel*

Sambil membersihkan balik blog yang penuh sawang habuk semua ni, sambil tu mari kita mengimbas kembali tujuan terciptanya blog Bi-idznilah ini. *lagu sentimental berkumandang* Ehm. Rasanya baru dalam setahun lebih wujudnya Bi-Idznillah. Baby lagi tau blog ni. Baru nak tumbuh gigi. Kah Kah.

Apa? Sebab nak populariti? Ceh! Memang tak lah! Kalau nak popular, zaman blogging tengah femes dah buat. Masa tu kalau buat blog, kompem (baca=confirm) beratus juta dah orang follow. Giteww perasan! Haha.

Apa? Sebab nak dapat duit lebih? Tang mana yang dapat duit lebih. Iklan pun tak de lagi dalam blog ni. Penaja dari produk kecantikan ke produk kurus ke pun tak de lagi setakat ni. Wahaha. *kejar cicak yang sangat gedik berlari-lari*

Jadi, terwujudnya Bi-Idznillah ini tak lain tak bukan dengan harapan untuk menjadi wasilah (baca=jalan/cara) dalam berdakwah. Dengan harapan terwujudnya blog ini dapat berkongsi rasa masam masam manis, berkongsi cerita suka duka payau kelat, berkongsi kata-kata semangat bukan untuk siapa-siapa tapi mungkin untuk diri sendiri.

Kerana yang sebenarnya,
Melalui penulisan aku kumpul kekuatan,
Kerna nanti apabila aku jatuh terduduk atau rebah,
Aku akan dapat membaca semula tulisan-tulisan ini.
Tulisan yang terilham dari ALLAH yang Esa.
Dan melalui penulisan juga aku berharap mampu menyentuh hati-hati yang lara,
Kerna nanti biar mereka tahu bukan hanya mereka yang merasa,
Jadi, tetap kuatlah.
Dan melalui penulisan juga aku mengharapkan redha Allah,
Agar dapat aku kumpul saham-saham syorga,
Bi-Idznillah. Moga Allah bantu. 
P/s: Dalam proses menulis beberapa entry. Moga dapat publish dalam masa terdekat. Doakan tau! Dia datang dengan senyum manisnya~ *sambung nyanyi*
Till then, just sit back, relax and enjoy! (Err. Enjoy dulu entry dulu-dulu. Bye! *lari laju-laju*)