26/12/2012

1,2,3…. BERTUKAR..!!!



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.. 

Assalamualaikum..!!! *nada ceria* he3!

Aaippp!! Lu org semua bukan salah bukak belog. Ni belog wa la ni.. (gaya mafia sikit guna wa lu.. hahaha) amacam new look? ok x? *big smile*
Mesti semua tertanya2 kenapa tetiba belog bertukaarrr kan? Haa.. ni wa nak citer.. jeng3x!



SEBAB TUKAR


1) Ade la geng wa ni, dia bagi komen.. dia kata wa punye belog x lawa.. layout tak lawa, tak de lagu bla bla bla.. mula2 wa sentap gak la kan.. ye laaaa.. kutuk belog kita kott.. lps tu wa pun rujuk la kat editor wa merangkap panel meja bersegi sekaip. Dia jawap “ang nye blog, ade isi da, ade content da tp blog ang x bape nk cun.. Dull.. boring.. ang tukaq je la.. bg tambah mantap sikit blog ang’.


Then wa pun pikir punye pikir, timbang tara guna dacing, then wa decide nak tukar la.. berjam2 jugak la nak tukar.. editor wa tu sabar je layan wa nye membebel.. x cukup cerah la, x ckup glow la x ckup besar la.. Nak harap wa wat sendiri? ehmm…………. *krik krik krik* ha3! Tapi, sies die sabar.. wa mmg tabik spring la dgn die.. tp die mntk derian crepeee.. mne wa nak cari.. huwaa!! wa umpan bg choc size plg besar yg wujud, x lut jugak. die nk derian crepe je.. *sigh* 

To my editor: tq soo much!! jasa anda saya hargai.. *smile*

2) Ni org lain la pulak kan.. dia cakap penulisan wa x de jiwa.. tuh diaaaa!! nanges laju2! wa x tau la kan.. sbb bg siapa2 yg kenal wa, mmg diowg tau la wa ni manusia yg penuh dgn expression, semangat dan jiwa.. each time I wrote the enrty, I wrote with full of soul.. sies tak tipu.. tapi dah dia kata macam tu kan, wa terima dgn redhooo.. dia sayang wa la tu.. sebab tu die bg komen membina.. jadi, wa pun bersemangat untuk tulis entry dgn penuh penuh penuh jiwa lagi lps ni kerana penulisan itu juga salah satu wasilah (jalan/cara) dalam berdakwah.. insyaALLAH. Amin!



PESANAN PENAJA

- Ada yang suka belog keluar bunyik2 lagu and ada yang tak suka. So, kat kat belog ni ada button stop, pause dan speaker.. kalau rasa nyampah dgn instrumental song ‘river flows in you’ from twilight movies (wuuu~~ twilight tuu! kelass kauu jaahh.. ha3!), so korg leh la tekan button stop kat situ. 

- kalau rasa nak lagi clear belog ni, try bukak dgn mozella.. much better rasanya..

- Ehem! (betulkan suara) blog ini saya create ikut citarasa saya.. Haters will hate it.. but at the end, balik2 kne ikut selera owner blog jgk la kan.. kikiki! So, for the time being, just stay it be.. No offended yaa.. sbb saya da satisfied dgn ape yg wujud dlm blog ni.. Alhamdulillah.. semoga selepas ini, ramai lg geng2 mafia yang nak singgah baca blog saya yg x seberapa ni.. dan semoga ramai lg mafia2 diluar sana yang bukan setakat jadi manusia tanpa tarbiyah dan dakwah tapi sama-sama jadi mafia yang pertahankan agama. Amin ya Rabb!


P/s: Dalam usaha menyiapkan pembikinan bab 5 utk cerpen “buku nota vs sneakers” dalam study week ni a.k.a minggu hibernasi makan tidur. huhuhu.. InsyaALLAH. nantikan kemunculannyaaaa.. hehehe! 



Di kesempatan ini, saya mengucapkan bittaufiq wannajah kepada sahabat2 semua yang akan menduduki final exam nanti.. (x sampai seminggu lagi masanya.. cuak2!) papepun, berusaha! Fighthing!

Man jadda wajada zara’al hasada- sesiapa yg berusaha pasti akan mendapat hasilnya.. ^_^ 

"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kpd ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mencintai org2 yg bertawakkal" (Ali-Imran:159)




14/12/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 4)




“Alhamdulillah, syukur saya lontarkan kepada Ilahi kerana masih bernyawa pada hari ini. Tajuk yang saya nak kongsikan pada sahabat-sahabat semua ialah ‘Kau siapa?’ Sedikit kuat dan keras nadanya. Bergema ayat ‘Kau Siapa’ kala ini di masjid. Ann buka mata. Apa kes tajuk gaya nak gaduh?

Kau siapa? Apa punya senang la soalan. Nama aku Annur Zinnirah Binti Ahmad Firdaus. KB10007. Amek kau sekali dengan nombor matrik aku ala-ala james bond ni aku bagi. Suasana orang berbisik sesama mereka. Mungkin berbincang sesama sendiri jawapan untuk soalan tersebut. Suara tadi meneruskan pertanyaan. 
“Anda saya kita semua adalah hamba HINA.”
Ditekankan perkataan hina. Ann yang nak sambung tidur terus duduk tegak 90 degree. Amboihhh! suka hati kata aku hina?!

“Ada yang rasa tak puas hati bila saya cakap kita semua ni hamba hina? Ada?”
Ann bangkit hendak bersuara. Pantang betul bila orang main label dia bukan-bukan.

“Kenapa saya kata kita semua hamba hina? Kerana demi cinta lelaki, demi cinta perempuan, demi kekayaan, demi pangkat, demi status, demi pujian, demi populariti kita sanggup korbankan segalanya.. tapi, demi ALLAH macam mana pulak?” 
Ann tak jadi bangun. Dia berhenti serta merta. ‘Tapi, demi ALLAH macam mana pulak?’. Frasa tersebut rewind banyak kali di dalam hatinya tanpa dia sedari.

“Ketahuilah sahabat yang saya sayangi. Sejauh mana kita menjadi hambaNya. Hamba yang sebenar-benar hamba. Berapa kali kita sujud kepada ALLAH? Sedangkan ALLAH itu paling rapat dengan hambaNya ketika hambaNya sujud. Berapa kali kita ucap syukur atas segala nikmat yang di berikanNya? Sedangkan ALLAH berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 18 yang berbunyi “Dan jika kamu menghitung2 nikmat ALLAH, nescaya kamu takkan dapat menentukan jumlahnya, Sesungguhnya ALLAH benar2 Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Betapa kita lalai dengan dunia. Betapa kita hanyut dengan dunia. Betapa kita rasa kita nak masuk syurga. Padahal peribadi dan cara kita tak melambangkan kita kejar syurga. Walhal, Saidina Umar yang memang dijamin masuk syurga dengan penuh kekhuatiran berkata ‘Seandainya semua orang masuk syurga kecuali satu orang, aku khuatir satu orang itu adalah aku’. Adakah kita rasa kita hamba ALLAH yang bertakwa? Yang akan menjadi ahli syurga? Whereas we do too little dakwah, too little tarbiyah and too much jahiliyyah and yet, we expecting to enter jannah? Shame to ALLAH ladies and gentlemen!" Nada tegas. Ann terkedu+terkelu+terkaku=static di tempatnya.

Too much jahiliyyah and Im expecting to enter jannah? Jamming sampai tinggalkan waktu solat. Lawan cakap mama abah. Kaki gaduh. Jarang pergi masjid except solat hari raya. Jarang dengar ceramah agama kecuali bila mama pasang dekat rumah. Tu pun masuk bilik bukak radio kuat2. Panjat tembok masjid. Kutuk imam masa solat. Jangan kata nak harap masuk syurga. nak mimpi masuk syurga pun……. Aku. Tak. Layak. Ann sentap.

“Sesungguhnya teman2 sekalian, kita patut bersemangat untuk hidup dengan lebih beriman kerana mereka yang berjuang bermati-matian hingga  syahid di Gaza, Rohingya Iraq mahupun di mana sahaja pejuang2 agama ini berada bukan semata-mata kerana nak bela agama Islam sahaja tapi juga nak sedarkan kita dari lamunanan yang cukup panjang. Untuk nak sedarkan kita supaya kita bangkit serta ubah hidup jahiliyyah kita.” Nada lembut seperti memujuk.

“Baiklah. Memandangkan kita ada aktiviti selepas ini. Jadi, saya rasa, saya perlu tamatkan perkongsian saya pada pagi ini. Sesungguhnya setiap orang Islam itu bersaudara. Jadi, saya dengan penuh kasih nak confess tanpa malu-malu yang saya sayang anda semua lillahi Taala. kerana ALLAH Taala. Jadi, mari menjadi hamba. Berlumba-lumba jadi hambaNya yang bertaqwa. Mari kita bina komuniti berpimpin tangan ke syurga. InsyaALLAH. Bi-iznillah. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.”
Saat ini, Ann terasa dirinya hina.

Akan bersambung.. =)

credit to these people who inspires me by their words.. ^_^
-angle pakai gucci (inche gabbana)
-langit ilahi (hilal asyraf)
-syabab musafir kasih (muhammad rusydi)



08/12/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 3)


Bab 3 =D

Ann gosok-gosok mata yang pedih. Sambil menunggu pelajar-pelajar lain ambil wudu’ dan penuhkan saff, dia dah duduk bersila siap lengkap bertelekung dekat saff barisan depan. Punya semangat bangun awal sebab hari ni hari terakhir dia kena tempuh minggu azab ni. Tak sabar nak habiskan solat subuh jemaah ni lepas tu dia nak escape slot khidmat komuniti. Nanti kalau terkantoi, dia buat muka seposen dekat akak fasi kata terlajak tidur sampai tak hengat dunia. Tengah dia merancang strategi nak escape, suara imam memanggil.

“Saff. Rapatkan saff semua”

Dengan mata yang nak terpejam, Ann bangkit. Membetulkan apa yang patut. 

“Allahuakhbar”

Ann niat mengikut imam dan terus angkat takbir. Masuk rakaat ke dua,bacaan doa qunut, dia rasa pelik. Kenapa rasa macam sejuk je ni. Bisik Ann dalam hati. Ada ‘benda’ lalu ke? Takkanlah dalam masjid pun ada? Biar betik? Tapi kenapa aku yang kena? Aku tak panjat tembok pun semalam. Imam ni pun, punyalah lama baca qunut. Bebel dan mengomel je dia dari tadi. Amboih! Nampak sangat dia tak khusyu’ dalam solat. Siap boleh buat sesi soal jawab dengan diri sendiri, siap mengata imam lagi. Teruk tak teruk. 

Usai salam, baru dia sedar, kain telekungnya dah terlondeh. Punyalah mengantuk sampai masa rukuk pun die tak sedar kain dia dah terlondeh. Patut sejuk. Cis! Sia-sia sesi soal jawab dia tadi. Siapa yang nak bertanggungjawab? Dah la saff depan, kain telekung terlondeh pulak. Dia memang suka buat benda-benda yang memalukan diri dia. Dia mengeluh dan sumpah, tak nak toleh belakang. Malu tahap rasa nak masuk almari yang wujud dalam masjid ni je!

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum salam sejahtera. Kepada anda semua moga bahagia.”
Satu suara keluar dari corong microphone. Siap bernasyid bagai. Dia bersandar hujung dinding.
“Salam ukwah fillah saya ucapkan pada sahabat sekalian”
Mula nak terpejam tercelik sedikit. Ni bukan suara yang selalu bagi tazkirah subuh semenjak 4 hari lepas. Sementelah, kedengaran conversation dua gadis yang duduk di hadapannya.

“Ni suara siapa eh? Ni imam tadi ke? Sedap gila suara dia. Sampai nak menitis aku dengar dia baca surah tadi”

Dia tarik senyum sarkastik. Perempuan. Pergi masjid sebab nak usha lelaki. Sebab nak dengar suara imam yang sedap dan nak tengok muka imam yang kacak. Macamlah dia tak perasan ada yang intai-intai balik tabir. Tak semua tapi dia tahu memang wujud typical girls macam tu. Bukan perempuan je, laki pun sama. Pergi masjid nak show off or bajet alim. Ye lah. Nak tunjuk imej baik. Nak pikat perempuan. Kena berlakon konon-konon soleh. 2x5, 5x2. Ceh! Ntah pape. Dia pejam semula mata.

“Alhamdulillah, syukur saya lontarkan kepada Ilahi kerana masih bernyawa pada hari ini. Tajuk yang saya nak kongsikan pada sahabat-sahabat semua ialah ‘Kau siapa?’ Sedikit kuat dan keras nadanya. Bergema ayat ‘Kau Siapa’ kala ini di masjid. Ann buka mata. Apa kes tajuk gaya nak gaduh?

To be continued.. ^_^

05/12/2012

ooohhhoooiiii~~


Assalamualaikum awak awak awak..! =D

Muslimah itu
terkadang gelak kuat tak henti-henti
terkadang juga minum berdiri
terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi
terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri
terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari

Muslimah itu
terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi
terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi
terkadang rasa marah menguasai diri
sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy

Muslimah itu
adalah manusia biasa
yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya
yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
kerana apa?
kerana dia juga manusia biasa

Apa-apa pun, 
yang pastinya,
muslimah itu
sentiasa bangkit bila terjatuh
sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk
sentiasa cuba untuk improve diri
dari semasa ke semasa tanpa henti
walau terkadang dia tersungkur
itu bukan kerana dia lemah
tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula
jadi kuat dari sebelumnya
kerana dia berusaha
untuk menjadi bidadari dunia
dan juga di akhirat sana

#I’m proud to be muslimah#


04/12/2012

USRAH? COKELAT EH?


Bismillahirramanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum hye2 semua..
buat geng2 mafia d alam maya..  =D

Usrah tu, kalau boleh di kategorikan macam cokelat, memang cokelat yang manis lah. manis macam gula! *smile*
Usrah/bulatan cinta/bulatan gembira/apa-apa pun namanya.. yang penting tujuannya adalah sama..
Bukan khusus untuk golongan tertentu (tudung labuh, berjubah, berserban atau berkopiah) sahaja..
tetapi  terbuka untuk siapa pun anda.. tak kira apa dan bagaimana diri anda.. 

mesti ade yang ragu2 nak join usrah ni sebab rasa diri tak bagus sangat.. takut orang2 akan anggap budak2 yang join usrah ni stok untuk budak yang baik2 yang bagus2 yang alim2.. kalau pikir mcm tu, memang sume silap besarlaahhh.. =)

ketahuilah adik2 abang2 kawan2 kesayangan skalian, usrah adalah untuk orang2 yang nak jadi baik, yang nak improve diri jadi lebih baik, yang nak buat perkongsian ilmu kepada kawan2 tak kiralah apa tajuk ilmu sekalipun (skill memasak, skill tidur, skill karate-do) dan tak lupa juga, usrah juga orang2 yang nak hidupkan semula amalan nabi terchenta.. weee~ =D

saya yakin ada antara kalian yang pernah join usrah.. yang mempunyai naqib dan naqibah (ketua usrah) yang hebat2.. yang mantap2.. syabas bebeh! =)
Sebabnya, usrah adalah salah satu platform untuk ahli share moments or problem.. share kisah2 lucu sedih suka duka.. pahit payau masam manis. Usrah adalah untuk kita tambah ilmu dari siapa2 pun.. xsemestinye dari naqib atau naqibah sahaja..

Saya bukan cakap gebang sampai gaya nak terbang. Usrah ni memang seronok! Tak pernah join usrah? Jangan risau. Better late than never gitu. Masih ada masa untuk risik2 kat mana wujudnya usrah di tempat anda. Then, cepat2 grab dan join usrah tu.

Kerana apa? kerana untuk jadi manusia yang hebat, insyaALLAH, jangan selalu bertanya 'kenapa begini?', kenapa begitu?' tapi selalulah bertanya ' why not? (kenapa tidak)' ‘Why not me? (knapa bukan saya)’, If not now, then when? (kalau tidak sekarang, bila lagi). 

Kita nak diri kita bukan sahaja hebat di mata manusia dengan join bermacam-macam jenis kelab dan persatuan yang berkaitan dunia, tapi kita nak diri kita hebat untuk jadi hamba ALLAH juga. Untuk bekalan di akhirat sana. Ameen.  

Lets join any usrah group today. Have fun. Connecting with people, while generating more and more PAHALA. InsyaAllah.#



26/11/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 2)

BAB 2: ^_^

Dia dengar lagu guna earphone sambil kunyah chew gum . Punyalah boring ceramah ni. Cubalah buat minggu orentasi ni sependek mungkin, sefun mungkin. Ni sikit-sikit ceramah. Dia tebar pandangannya ke merata dewan. Ada yang dah tidur siap berdengkur. Selesa mungkin tidur dalam dewan yang beraircond ni. Dia pandang lagi ke arah tempat siswa, sama je macam siswi. Tidur, borak, bertepuk tampar, bergelak ketawa, face booking (punya canggih siap ada wifi lagi dalam dewan besar ni). Dia berhenti mengunyah. Mata dia mencerlung laju pandang mamat yang duduk selang dua baris arah kanan hadapan dari tempat dia duduk. Macam kenal mamat ni. Dia tepuk dahi. Ceh! Aku ingat dia fasi rupa-rupanya dia pun freshie macam aku. Penat je lari kencang-kencang hari tu. Tapi, benda yang dia rasa nak ketawa, sebab mamat tu seorang je yang focus pandang depan tak tengok kiri kanan depan belakang. Siap catit lagi dekat buku nota. Dia sengih.

Muhammad Aryan Saifullah. Sungguh-sungguh dia catit apa yang Datuk Naib Canselor tu cakap. Biarlah semua orang nak tidur sampai nak terjatuh dari kerusi atau nak berfacebook dengan update status kata ceramah ni boring tahap tak hengat dunia, dia tak peduli. Bagi dia, apa yang Datuk NC pesan tu, sangat menusuk di hati. Sangat-sangat penting untuk dia yang bergelar mahasiswa.

“Sekarang ini, saya lihat, graduan kita makin ramai. Makin hebat. Tapi, sayangnya, kebanyakan graduan-graduan yang dihasilkan, semuanya ibarat mayat hidup. Why I can bear to say like this? Lihat saja berapa ramai mahasiswa yang masa hidupnya dibazirkan semata-mata untuk belajar ilmu dunia sahaja. Juga semata-mata asyik dengan game macam DOTA , atau facebook tanpa arah atau bersukan tak tentu masa sampai langgar waktu solat, yang mana juga sampai lupa nak isi ilmu akhirat. Sampai lupa tugas sebagai hamba tuhan. Ya, universiti kita tak ada pun jurusan agama, tapi adakah itu satu alasan untuk kita letak agama jadi nombor dua? Adakah itu satu alasan untuk kita kata itu bukan tanggungjawab kita? Jadi, saya seru mahasiswa dan mahasiswi tahun ini, ayuh! Lakukan perubahan. Ubah persepsi saya tentang anda semua. Mungkin ada antara kamu yang rasa kamu ini bukan siapa-siapa. Hanya freshie yang baru nak melangkah masuk bertatih ke Universiti ini. Tapi, ketahuilah, sebelum kita mampu berlari, kita bermula dengan bertatih. Anda peneraju Universiti ini di masa hadapan. Bi-iznillah (dengan izin ALLAH) jua”

Aryan angguk kepala. Dia paham. Sekarang baru dia tahu, apa hikmah ALLAH campak dia masuk universiti yang sejujurnya, dia tak tahu pun kewujudan Universiti ni dekat ceruk mana. Dan dia sangat bersyukur, sebab dapat NC yang pemikirannya bukan biasa-biasa kerana bukan semua orang-orang 'besar' ada pemikiran macam beliau. Yelah. Mana nak jumpa, NC yang boleh bagi contoh game DOTA dalam speech beliau. Style tak style NC aku. 

25/11/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 1)



BAB 1: ^_^

Dia pandang cermin. Tudung bawal colour putih tersarung elok dikepala. Baju kurung warna hijau muda. Beg sandang. Stok gula-gula penuh dalam beg. Ok cun dah kot. Die sarung sneakers. Minggu Induksi Siswa a.k.a MINDS. Dari zaman sekolah dia memang benci sesi-suai kenal macam ni. Dia mengeluh dan melangkah keluar dari asrama untuk menuju ke dewan utama. Fine. Ceramah ni kali yang ke 5 dia kena pergi dengar. Bila lah minggu azab ni nak berakhir.
**************

Semua orang berpusu-pusu menuju ke pintu keluar masjid. One of the reasons kenapa dia menyampah sangat dengan minggu orentasi sebab semua orang menuju ke tempat yang sama pada waktu yang sama. Berebut-rebut keluar sebab kejar masa. Takut kena marah dengan fasi kalau jalan terhegeh-hegeh macam burung puyuh. Eh kejap. Burung puyuh berjalan ke? Haha. Dia pandang belakang. Dia senyum nakal. Perlahan-lahan dia menyusup menongkang arus menuju kebahagian belakang. Tembok sederhana tinggi tersergam di situ. Baju kurung pun baju kurung lah. Redah aje. Malaysia boleh aku pun boleh. Dia panjat. Cekap. Dia landing cantik je. Betul-betul dia landing, ada suara berdehem. Dia terkejut! Gaya nak keluar kung fu panda dah! Dia toleh lipat maut punya.

“Lama dah buat kerja ni?” Mendatar.
“Baru jugaklah. Cuba-cuba je. Tak sangka ada bakat.” Tenang. Padahal dalam hati dah baca doa pendinding siap dengan ayat Kursi.
 Ekeleh budak ni. Siap melawak lagi.
“Siapa nama? Fakulti apa?” Tegas.
 Hokaloh. Habislah aku.
“Ehh. Apa tu?? UFO lalu! Fuiyoo” Lelaki tersebut toleh belakang. Dia dengan sepantas kilat pecut larikan diri. Sempat gelak jahat lagi. Lelaki tersebut geleng kepala. Sengih. Macam mana dia boleh percaya alasan karut tu, dia pun pelik. Dan double pelik kenapa budak tu lari bila nampak dia. Dia sentuh muka. Ada rupa macam warden penjara ke aku ni?

to be continued.... (gelak tutup mulut)

23/11/2012

SPIDER WEB


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (nada ceria)

Haallo~~ Haallo~ Haallo~
OMA!! (Owh my ALLAH)
Dah sebulan tak update any entry! Bersawang da blog ni.. Euw~ siap nampak macam ade lipas dah buat rumah lagi.. *sigh* (bersih-bersihkan sawang sambil mengomel dalam hati)
Ade seorang sahabat pernah pesan, dialognya bunyi macam ni..
“Teruskan berblogging.. jangan separuh jalan”
Huhuhu! (sentap dihati.. tapi tahu,nasihatnya berguna untuk diri sendiri, datang dari hatinya yang tulus nurani.. *smile*)

 Honestly, rindunyee nak menulis.. Kadang2 idea tu muncul mencurah2 macam pili air pecah tapi tak aci nak menulis sebab kekangan masa.. Sibuk dengan segala macam benda yang kalau nak listkan kat sini pun, korang mesti juling mata nak baca.. ha3!

Banyak tajuk nak share bersama.. bukan kerana hebat atau banyak ilmu compared u alls semua.. Cumanya nak kongsi pendapat dan luahan rasa.. tapi tulah.. kekangan masa.. (kepala atas meja)

Owh! Sebelum terlupa.. nak cerita.. Dalam pembikinan cerpen ke dua.. tapi kan, tak tahulah jadi cerPEN ke cerPAN ke novel ke drama bersiri ke.. ho3! Dan sebenar-benarnya takut cerita ke dua ni, responnya tak sama macam cerita yang dulu.. takut2, saya mengecewekan peminat yang setia membaca.. (eceh! bajet ade peminat) Dan saya tak tahu, nak revealed cerita tu sekaligus bila dah siap, atau revealed sikit2 setiap hari.. buntu jgk nak buat keputusan dari hati..

Dan secara jujurnya, saya tak tahu dan tak pasti samada ada wujud lagikah geng2 mafia yang follow blog saya.. he3! But apa2 pun, penulisankan salah satu wasilah dalam berdakwah.. jadi, tak boleh putus asa.. teruskan berusaha.. Seorang muslim itu tidak boleh putus asa walau datang ombak tinggi atau hujan tak henti2.. *determined*


21/10/2012

DEMI TUHAN YANG MAHA ESA


Demi Tuhan yang Maha Esa,
betapa aku syahdu,
saat kau hadir dalam hidupku,
dengan membawa satu harapan baru..

Demi Tuhan yang Maha Esa,
betapa aku terharu,
kerana insan sehebat mu,
jatuh cinta pada gadis biasa seperti diri ku..

Demi Tuhan yang Maha Esa,
tidak ku harap selain agama dan iman mu,
kerana itu penentu utama pencarian ku,
sampai ke akhir hayat ku..

Demi Tuhan yang Maha Esa,
Sungguh aku tidak mahu menjadi perosak iman mu,
melainkan yang ku mahu hanya menjadi penambah kekuatan kepada iman mu,
serta penyejuk mata mu..

Demi Tuhan yang Maha Esa,
aku mencintai mu kerana Allah,
aku mahu menjadi bidadari mu,
kerana aku mahu redha Allah melalui diri mu..

Ku mohon Ya Rabb,
peliharalah diri ku, dirinya, iman ku dan imannya,
semoga perasaan ini menjadi perasaan yang Kau sukai,
semoga kami sentiasa di atas jalan yang Kau redhai..


Can he be my:-
Imam?
Guardian angel?
Crying shoulder?
or even my punching bag?
haha.

*wondering+smiling*




13/10/2012

‘BEDAH CERPEN’: CAHAYA PENAWAR IMAN


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum semuaaaa! *big smile*

Waahh!! Dah 2 minggu tak update any entry. Hectic week wa ckp sama lu! sangat2 bz dengan segala bagai benda yang terjadi.. sampai terkejar sana sini.. gaya macam zombie kampong pisang yang nak makan otak manusia. Letih! Tapi tu la student life kan. *wink*

Saya sebenarnya berdebar menunggu respon readers about my cerpen “Cahaya Penawar Iman”. But then, Alhamdulillah syukur ya Allah. Respon dari pembaca yang sangat2 beyond from my expectation untuk cerpen ini. Ramai yang memberi feedback positif untuk karya saya yang sebenarnya levelnya sangat lah biasa. Ada juga sahabat-sahabat saya yang komen kata jalan cerita cliché, sikit-sikit cinta. Ending cuma dua. Either sad or happy ending. *sengih*  Tapi, yang sebenarnya, apa yang saya nak sampaikan di sini bukan hanya cinta itu sendiri tetapi lebih dari itu. Bagaimana  seseorang manusia yang tanggungjawabnya bukan hanya sebagai khalifah Allah tetapi juga sebagai anak, sebagai pelajar dan sebagai kawan. Bagaimana watak Syifa dan E-chad saya adun menjadi satu watak yang saya harap akan membuka mata kita yang selama ini tertutup atau pun hampir-hampir tertutup dalam melihat sesuatu isu.

 Ok! selalu orang kata ‘bedah buku’ kan.. Kali ni mari kita ‘bedah cerpen’*determine* Dalam entry ‘bedah cerpen’ ini saya nak revealed beberapa plot atau situasi yang memang benar-benar terjadi.

            1)      Dress code
Saya memang penah melihat situasi di mana pakaian akan menjadi penentu anda di terima atau tidak. Mana yang berpakaian besar, berkopiah, bertudung labuh macam cendawan (cendawan comel ok!), mereka ini akan di label penentang. Dan kalau wujud dalam organisasi baik nyah kan. Semua ini stigma2 yang saya rasa kelakar kerana orang2 yang mempunyai stigma ini kebanyakannya orang2 yang berpelajaran tinggi. Ini yang dikatakan bila dunia di letakkan di hati bukan di tangan.
Kemudian, dalam cerpen ini saya ada sentuh tentang aurat lelaki. Kita seringkali kali di ingatkan tentang aurat perempuan. Terima kasih untuk peringatan, pandangan dan teguran dari kaum Adam sekalian. Tetapi, acap kali juga lelaki lupa tentang aurat mereka terutamanya ketika bersukan. Kan? Jadi, saya bangkitkan isu ini dalam cerpen saya dengan harapan, pembaca yang membaca akan tersentap lalu tersedar dan ambil langkah untuk memperbaiki.

            2)      Baitul Muslim
Baitul Muslim ini sememangnya wujud di tempat saya. Mungkin juga wujud di tempat anda. Cuma nya mungkin tak di hebahkan atas alasan2 tertentu yang mana saya percaya apa pun alasannya adalah untuk kebaikan semua.
Ada respon dari seorang pembaca yang bertanya ‘Ade ke ta’aruf sempoi macam ni?’ Well~~ *sengih* Ta’aruf dalam cerpen ni memang sengaja saya tonjolkan dengan gaya yang lebih santai kerana kita acapkali fikir yang ta’aruf mesti kena stok2 duduk kaku keras macam kayu, then gunakan ayat Bahasa Malaysia standard nak jawab SPM kan. Haha. Kita yang mencorakkan ta’aruf itu dengan style yang macam mana kita mahu tetapi masih tidak membelakangkan syara’ ilahi.

            3)      Syifa
Syifatul Iman. Saya sengaja corakkan watak Syifa sebagai seorang gadis yang ceria, yang kadang-kadang otaknya gila-gila walaupun bertudung besar, yang sayang sahabat2nya dan seorang yang bukan kasar keras atau garang tetapi lebih kepada seorang muslimah atau gadis yang indipendent. Dan saya akui, sebenarnya, kita paling tidak, harus punya basic dalam mempertahankan diri. Taklah bila ada orang nak mai buli, kita just leh jerit ‘tolong’ or ‘help’ saje. At least, kita leh pukul penjahat tu with our hand. Baru style! haha. Dan saya tak describe pun Syifa ni watak yang sempurna, kerana dia juga menangis bila mana dia harus menerima takdir itu kerana dia juga manusia biasa yang mana adakalanya dia tidak dapat lari dari rasa sedih dan kecewa.  

            4)      E-chad
Hazim Irsyad. Saya corakkan watak E-chad sebagai figura yang mengajak orang lain untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa bukan hanya dengan cara ‘percakapan’ yang berapi2 tetapi dari ‘perbuatan’ yang nampak kecil tapi memberi impak besar. Gaya seorang da’ie yang mudah di dekati kerana seorang yang fleksible mengikut suasana dan keadaan, tenang dan mudah di ajak berbincang. Saya juga tidak describe E-Chad sebagai lelaki yang sempurna kerana dia hanya manusia biasa. Yang juga punya cacat cela kerana ada juga respon dari pembaca yang mengatakan dia rasa takut dengan lelaki yang jenisnya macam E-Chad ni. (Mungkin sebab E-Chad ni jenis ayat lawak kasar je kot. hehe)

            5)      Ending
Ada yang tanya kenapa saya memilih sad ending? Ini kerana kehidupan tak semestinya indah. Tak semestinya berlaku seperti yang kita harapkan. Jadi, saya memilih sad ending agar pembaca sentiasa besederhana dalam segala hal lebih2 lagi soal cinta dan jodoh. Letakkan Allah paling utama. Nescaya kita takkan kecewa. InsyaAllah.

Last but not least, Soalan yang sering ditanya pada saya. Wujudkah manusia seperti Syifa dan E-chad. Wujudkah kisah cinta ini? Yang itu, biarlah menjadi rahsia saya sebagai penulis. Ye lah. Kalau revealed semuanya tak syok la kan. hehe. Kalaupun watak2 ini tak wujud, mengapa bukan anda yang wujudkan watak ini? Ambil sifat2 mereka dan terapkan dalam kehidupan. Jadikan Syifa dan E-Chad wujud di alam nyata melalui diri anda. Dan kalaupun cerita cinta ini wujud, sama2 kita doakn semoga mereka kuat menghadapi segalanya. *big smile*

#you know you have read a good book is when you turn the last page and feel as if you have lost a good friend #




01/10/2012

CERPEN: CAHAYA PENAWAR IMAN


Termengah2 dia mengangkat barang. Nafas di atur semula. Sekilas dia memandang keadaan bilik sambil membetulkan tudung yang dah senget-benget. Ehm, bilik tepi masjid and the ‘best’ thing is tingkap menghadap masjid? Should I happy or what? Senyum sendiri.

* * * * * * * * * * * * *

Please. Gantikan aku. Aku ada hal masa tu. Tak boleh nak bagi fully commitment. Please! please! please!” Alia separuh merengek. Dia buat muka menyampah. Tak suka betul kena hadap muka budak terlebih umur merengek-rengek macam ni. Rasa macam nak gelak pun ada. “Ok. Tapi belanja aku makan Frutti Tutti. End of our discussion” Senafas dia melepaskan. Alia yang baru nak melompat kegembiraan terus tak jadi nak melompat. Belum sempat Alia nak mencelah, dia senyum, angkat tangan ucap salam dan berlalu pergi. “Demi kau sahabat terchenta, aku rela!” separuh jerit nada Alia. Dia senyum sambil geleng kepala.

* * * * * * * * * * * * *

Letih sangat sampai tak mampu nak bergerak. Gaya macam kena gam dengan katil. Selepas solat isya’, terus dia terjun katil. Letih uruskan program yang Alia mintak dia tolong gantikan. Dia tak kisah sangat beban kerja banyak atau tekanan yang dia kena hadapi tapi yang buat dia geram macam nak keluar aura membunuh bila ada orang yang bias. Yang persoalkan dress code dia. Pakai tudung besar sikit pun jadi masalah? Jadi satu isu? Manusia akhir zaman. Rasululullah pernah bersabda “Ja’a al-islamu ghariban wa saya’udu ghariban kama bada. Islam sebagai sebuah idea dan gagasan pembaharuan, Mula-mula hadir sebagai sesuatu yang asing dan nantinya akan menjadi asing kembali.” Contoh dah depan mata. Dia tarik nafas dalam-dalam. Rasa nak tidur awal then wake up and stay up. Sekali date dengan Allah nanti.

Muhammad Hazim Irsyad melangkah tenang keluar dari kolej kediaman Shahputra. Derap kakinya senada menuju ke masjid. Awal lagi. Jam baru menunjukkan 4.00 pagi. Sudah lama dia tidak berqiamullai di masjid. Tiada cahaya kecuali pancaran bulan dan dia memang tidak kisah langsung, meskipun dia terpaksa membawa lampu suluh semata-mata untuk ke masjid kerana dia tahu di akhirat nanti pasti Allah akan memberikan ganjaran cahaya untuknya. ‘Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.’ (Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi). Sambil berjalan dia cuba mentadabbur alam ciptaan Ilahi. Betapa Allah itu Maha Kaya. Diciptakannya matahari pada waktu siang dan bulan serta bintang pada waktu malam. Terlintas difikirannya satu ayat dalam Al-Quran surah Al-Hijr:16 yang berbunyi ‘Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya)’. Sedang dia leka memandang langit ilahi serta alam sekeliling, matanya tiba-tiba tertumpu pada satu figura yang entah kenapa dan bagaimana membuat kakinya kaku dan hatinya berdegup kencang. Aneh.

Dia sudah siap bertelekung. Sejadah juga sudah dibentangkan. Tapi entah kenapa tiba-tiba sahaja dia rasa panas. Dia menuju ke arah tingkap. ‘Buka tingkap dengan langsirlah. Sekarang mesti belum ada orang yang lalu lalang atau hendak ke masjid. Baru jam 4.30 pagi.’ ujarnya perlahan. Selesai dia menguak langsir, dia pun menuju ke arah sejadah, membaca surah An-nas untuk menghalau gangguan syaitan, membetulkan kedudukan berdiri, membaca niat dan mengangkat takbir. Terus dia khusyu’ dalam lautan cintanya kepada sang Pencipta. Sedang satu susuk yang terpaku tadi tersedar dari lamunan, beristigfar dan cepat-cepat mengatur langkah menuju ke destinasi yang sudah hampir sampai.

* * * * * * * * * * * * *

Dia kelam-kabut sampai berjalan pun gaya nak lari pecut. Mana taknya, semua benda dia yang kena handle. Dari sebesar-besar hal macam Dato’ mana yang akan rasmikan pertandingan sampailah ke sekecil-kecil hal macam berapa sudu gula nak letak dalam minuman untuk player pun dia yang kena decide. Tak ke haru biru namanya. Dia mencari tempat duduk. Nak take 5. Nafas turun naik. Kalau macam ni la selalu, memang lose weight la gamaknya. Sambil dia duduk, dia lihat kertas aturcara. Dia catit sana-sini. take note benda penting. Takut-takut nanti dia terlupa. Sedang dia khusyu’ dengan segala bagai huruf yang keluar dari mata penanya, entah macam mana dia terdengar satu perbualan.

“I want to ask you somethinglah E-chad. Since we are in one team for a long long time. I never see you wear short pantslah masa main or even masa training. If you wear it pun, mesti you pakai tight kat dalam. Why? coz you have a lot of scar ke?” suara yang pelat cina itu bersuara dan satu suara asing menyambut pertanyaan cina itu dengan ketawa.
“Gim, you really want to know ke?”
‘Ya la. If not, then why I asked you. Haiyaa!”
“Haha. Ok. Macam ni, in all religions there are rules that we as a believers need to follow right? So, for Islam, and me as a muslims ada batasan aurat. Untuk lelaki, auratnya dari pusat sampai lutut. Memang I can wear pants yang  ngam-ngam or lebih sikit je dari lutut tapi when I play, mana tahu tiba-tiba I fall down then seluar I ternaik sikit. Haa. Kan dah payah. Dah nampak aurat. So, I pakai la long treksuit or tight. Senang. Overcome the external circumstances factors terus.
“Owh. Like that eh. Kenapa kena jaga itu aurat setiap masa? Even when you are playing? Bukan agama itu selalu dekat masjid atau kuil atau tokong ka?”
“Itu yang silap. Dalam islam, agama itu diterjemah dalam kehidupan. Islam is the way of life. Saya as a muslim, tidak lain tidak bukan bertanggungjawab untuk menunjukkan syahsiah Islamiyah sebagai salah satu medan untuk mengajak manusia kepada Allah walaupun dalam bidang sukan.” tenang, yakin E-chad bersuara.
Dia berhenti menulis. Terkesima dengan apa yang didengar. Kagum. Dia angkat kepala untuk lihat empunya suara. Tetapi E-chad sudah pun berlalu pergi. Dia masih terkaku di tempat duduknya. Terngiang-ngiang di kepala setiap bait ayat-ayat tadi.

Perlawanan akhir bola sepak peringkat universiti sedang berlangsung and as what all people expected, dua buah universiti yang memang gah dalam sukan ini sedang berentap.
Dia duduk jauh dari crowd. Melihat perlawanan dari jauh sahaja kerana dia memang tidak suka duduk di tengah-tengah himpunan manusia yang kalau majoritinya perempuan, dia boleh terima tapi kalau dah depan belakang kiri kanan semuanya lelaki, memang dia chow awal-awal cari port yang dia selesa nak duduk.
“Aku suka player jersi no 7 tu” seorang gadis bersuara.
“Yang mane? Yang mane?” suara satu lagi kedengaran excited bertanya.
“Tu. Yang pakai long treksuit tu. Dari first game lagi aku usha die.”
“Ko usha-usha dia sebab ape? Tak de la kacak mane”
“Kau ni slowlah. Tak nampak ke dia tu main superb gila! He’s one of the player yang score paling banyak tau tak.  Tapi aku suka dia sebab dia cute and cool. Always smiling tak pernah nampak muka tension. Aku memang admire tahap tak tidur malam la satu minggu ni. Then yang unik pasal dia ni, aku tak pernah nampak langsung dia pakai short in every game he played.”
“Tu bukan unik. Tu pelik. Kau tengoklah. Dia seorang je pakai long trek.” Ketawa.
Dia sengih dari belakang selepas mendengar perbualan tersebut. Girls. Memang macam tu. Bukan nak tengok game tu sangat pun, yang diorang tengok player mana yang hot yang kacak yang cute. Dia mencari-cari lelaki jersi no 7 yang tengah bermain di padang sekarang ini. Apa yang dia nampak cuma kepala-kepala manusia yang berlari-lari serta membuat hantaran bola yang mana bola tu pun dia tak nampak. Haru kalau rabun jauh ni. Spect entah mana dia letak. Macam kelakar pun ada. Tak pernah dia rasa nak lihat rupa lelaki macam ni punya semangat. Tiba-tiba dia melihat seorang player sedang menuju betul-betul di hadapan pintu gol dan terus shoot ke gawang lawan dan gol! Penonton bersorak. Player tersebut berlari-lari anak menuju ke arah teammate. Sedang tersenyum mungkin. Jersi no 7. Long trekshuit. Senang nak cam sebab the only one yang pakai dalam berpuluh-puluh player yang wujud hari ini. Dia nak lihat muka lelaki itu. Cepat-cepat dia cari spect dalam beg. Dia godek-godek sambil matanya melilau mencari jersi no 7. “Mana spect ni. Ish! Ish! Ish!” Rungutnya. Ehm, mungkin Allah nak dia jaga mata. Tak pandang anak teruna orang suka suki dia. Wisel penamat dibunyikan. Tuan rumah menang perlawanan. Sedang semua orang melompat gembira, menjerit bersorak, satu susuk tubuh di tengah padang sedang melakukan sesuatu yang aneh. Yang jarang-jarang dilihat di mana-mana. Dia berhenti mencari spect. Dia hampir menitiskan air mata. Bukan kerana dia sebagai tuan rumah menang pertandingan kali ini tetapi kerana dia lihat satu insiden yang rupanya masih wujud lagi syabab (pemuda) seperti itu untuk zaman seperti ini. Tempat seperti ini dan situasi seperti ini. “Saya as a muslim, tidak lain tidak bukan bertanggungjawab untuk menunjukkan syahsiah Islamiyah sebagai salah satu medan untuk mengajak manusia kepada Allah walaupun dalam bidang sukan” Terngiang-ngiang ayat itu lagi. Jersi no 7 berlong treksuit sedang sujud syukur sendirian di tengah padang. Awak memang sedang menunjukkan apa itu Islam walaupun dalam sukan. Desisnya dalam hati.

“Mana Ayu. Dah lewat ni.” Orang ramai sudah beransur keluar dari stadium. Hari sudah lewat petang. Dari tadi kelibat rommatenya tak kelihatan. Resah takut-takut rommatenya itu ditimpa kecelakaan. Naudzubillah. Doanya dalam hati.
“Hoi! Cendawan bergerak!” Keras dan parau suara tersebut. Dia terpinga-pinga. Ada cendawan bergerak ke? Mana? Mana? Ini hot story! Believe it or not! Cendawan bergerak weh! Matanya melilau mencari.
“Kau cari ape ha? Aku cakap dengan kaulah. Lembab!”. Amboi! Sedapnya bahasa macam perisa meggie tomyam. Dia menoleh ke empunya badan.
Are you talking to me? Do I know you?” Sarkastik dia menuturkan.
“Berlagak pulak kau. Aku memang bencilah perempuan macam kau. Dahla kau rampas jawatan aku. Lepas tu, bajet alim pulak! Bajet suci! Padahal, kau nak tutup bangkai yang kau dah buat dengan tudung kau yang besar macam cendawan tu, dengan baju kau yang labuh sampai sapu lantai! Bodoh!” Keras dan nyaring. Badrulshah. Senior Tahun 4 jurusan Mechanical Engineering. Tak mampu menerima hakikat yang jawatan untuk projek MegaUni jatuh ke tangan perempuan sepertinya. Ego lelakinya tercabar. Ego seorang seniornya terhiris. Badrulshah bergerak beberapa langkah kehadapan.
Don’t move. Stay there or back off.” Tegas dia menuturkan. Badrul tak mengendahkan amaran tersebut. Dia terus melangkah. Tangannya dihayun tinggi. Bersedia untuk memukul gadis itu. “Ahhh!!” Suara erangan. Jatuh terduduk ke lantai. Badrul memegang perut yang pedih. Satu tendangan padu hinggap tanpa sedar. Badrul mengerang kesakitan.
“Nombor 1: Nama aku NUR SYIFATUL IMAN bukan hoi atau cendawan bergerak macam kau panggil. Nombor 2: Aku dah pesan suruh kau BACK OFF. Ko yang degil. So, you deserve it. Nombor 3: Dress code aku is NONE of your business. Nombor 4: I’m not a typical girl yang kau suka suki senang hati nak gertak nak pukul nak perkotak-katikkan. Jadi, BEAR it in your mind. Nombor 5: Don’t make any MESS with me if kau rasa kau nak tengok matahari lagi.” Tenang jelas dan tegas Syifa menuturkan.
Badrul menahan sakit. Marahnya meluap-luap. Dia segera bangkit dan hendak buat serangan ke dua tetapi ada satu suara mematikan langkahnya.
“Ehem. Assalamualaikum. Ni tengah main wrestling ke? Nak join boleh?” Bersahaja suara tersebut.
Wajah Badrul tiba-tiba pucat yang Syifa yakin kalau ditoreh mahu keluar darah putih macam mitos Mahsuri. Dia cepat-cepat beredar macam baru lepas terserempak dengan hantu. Syifa hairan. Apa dah jadi?
“Balik cepat. Anak dara tak boleh berdiri sini seorang-seorang dengan waktu yang nak dekat maghrib ni. Tu kawan awak dah sampai. Assalamualaikum.”
Syifa menoleh kebelakang. Dari jauh Ayu melambai dengan sengih bersalahnya. Syifa nak tanya that guy kenapa Badrul lari bila nampak dia. Belum sempat tanya, lelaki tersebut dah hilang. Heh! Hilang dah? Ingat ni macam filem tamil ke. Tiba-tiba muncul tiba-tiba hilang. Salam lelaki itu dijawab dalam hati. Persoalan yang tak dirungkai bermain-main di fikiran.

* * * * * * * * * * * *

“Syifa, cerita kau belasah senior Bad tu, dah kecoh tau!” Ayu bersemangat sampaikan berita yang didengarnya. Syifa berhenti menaip assignment Organic Chemistry Process. Dia buat muka pelik.
“Macam mana boleh kecoh? Kau cerita ke?”
“Ish! Mestilah bukan aku. Kan kau dah pesan jangan cerita kat siapa-siapa. Takut malukan Senior Bad tu. Aku pun tak paham dengan kau ni. Dia dah buat kau macam tu pun, kau nak back up dia lagi?” Ayu muka tak puas hati. Syifa tarik senyum.
“Mak aku pesan, biar orang buat dajjal dengan kita, jangan kita buat dajjal dengan orang.”
“ Baik ustazah.” Ayu tarik muncung.
“Aku bukan ustazahlah! Aku tak layak.” Ayu buat tak endah dan terus angkat toiletries. Syifa geleng kepala. Macam-macam. Baru dia nak mula menaip, pintu dikuak. Haziqah masuk dengan mata hidung muka semua merah. Ni ape cer lak. Iqa duduk dibirai katil. Menangis tersesak-esak. Syifa muka cemas terus menuju ke arah Iqa.
“Kenapa?” Lembut Syifa bertanya. Iqa terus menangis. Lama. Syifa biarkan Iqa menagis. Dia hanya duduk dan memerhati. Berharap serta menunggu Iqa akan share her probs when she ready. Iqa pandang Syifa. Iqa tarik nafas.
Result aku. Teruk.” Iqa gaya nak nangis balik.
How bad?”
Failed 1 subject
Subject yang kau cakap semua orang kata susah tahap Dewa tu?” Iqa angguk perlahan.
“Ramai juga yang failed. More than half of the class”. Tutur Iqa lagi. Syifa angguk paham. Dia menyusun kata untuk mulakan bicara.
“Iqa sahabatku yang ku kasihi. Cewah!” Iqa senyum segaris. Ha. Senyum. Boleh senyum tu means tak kronik mana la kan. Detik Syifa dalam hati.
“Aku nampak kau dah usaha. Usaha sungguh-sungguh kuasa 70. No one can deny your effort dan aku yakin Allah pun nampak usaha kau tu. Sesungguhnya, Allah melihat usaha bukan natijah.”
“Tapi Syifa, sebab aku usaha sungguh-sungguh tu la aku jadi makin kecewa. Apa yang aku tak buat? Aku buat revision sampai tertidur-tidur atas meja, aku buat tutorial, assignment, semualah. Tapi at the end, aku tetap gagal.” Nada kesal. Syifa senyum sambil sentuh lembut bahu Iqa.
“Iqa, adatlah study ni ada naik ada turun ada suka ada duka ada manis ada pahit kerana semua itu are part of the life .Kau dah usaha dan kau pun dah mencuba. Trying the best you could. Tapi, takdir yang tertulis kau gagal akhirnya.Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Bersangka baik pada Allah. Pasti ada hikmah. Kekecewaan setelah berusaha mencuba lebih ringan daripada penderitaan kekecewaan apabila tidak langsung berusaha untuk mencuba. Biar hujung waktu kita sedar dan berusaha daripada putus asa dan mengenang nasib. Biar kita mati berjuang ke saat akhir daripada hidup bacul tak mengaku kita dah tersilap langkah. Biar saat ini kita tetap berusaha walau pedih mengetahui betapa lalainya kita daripada mengetahui kita tak pernah sedar kelalaian kita dan biar kita usaha sedikit daripada langsung tak berusaha. Kerana Allah sayang hamba-Nya yang begitu. Yang berusaha tanpa lelah. Keputusan itu milik Allah. Yang penting usaha. Teruskan perjuangan. Never give up and never say die before you try. Kitakan srikandi agama.” Syifa senyum penuh makna. Iqa angguk perlahan. Terasa ada angin lembut menyapa hatinya apabila mendengar mutiara kata dari sahabatnya.
At least, kau gagal 1 subject je. Ada orang mungkin lebih teruk dari kau. And actually,kau beruntung sebenarnya.”
“Beruntung?” Iqa muka pelik.
“A’ah. Beruntung sebab boleh repeat paper berjemaah dengan kawan-kawan 1 lecture kau. Tak de la kau rasa lonely nanti. And I believe, learning for the second time is much easier than the first time.” Syifa senyum dan kenyit mata.  Iqa ketawa.
Thanks.”
No need.”
“Aku sayang kau”
“Tahu lama dah. Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri kan?” Syifa cubit pipi Iqa.
“Pergilah mandi. Muka da macam clown tak laku je siap keluar hingus hijau-hijau lagi. yeekkk!” Syifa terus larikan diri bila dia lihat Iqa dah ambil bantal dan bersedia nak melontar gaya lontar peluru. Iqa dan Syifa ketawa.

* * * * * * * * * * * *

Syifa nak muntah. Tepu dengan segala macam formula yang kadang-kadang dia tidak tahu dari mana muncul. Tiba-tiba dah wujud dalam calculation? Siapa cakap jadi third year student ni senang. Senang nak score exam la. Senang nak dapat pointer gempak la. Dusta semua! Dusta! Kusut jugak kadang-kadang tau. Syifa garu kepala.
“Ok. Class dismiss. Don’t forget to do your assignment. Kalau rasa nak gagal subject saya, tak payah buat.” Kuat dan tegas nada beliau. Puan Aini mengajar subject Unit Operation. Subject killer habaq hang. Dia rasa Puan Aini tu ok je cuma garang dia tu tak dapat nak dijangka. Bayangkan baru 30 saat tadi bergelak sakan tiba-tiba lepas tu gaya macam nak telan orang. Kecut usus. Syifa kelam kabut nak kemas barang. Nak balik bilik. Nak tidur. Letih. Henset berbunyi. Kalut dia cari henset yang dah duduk ceruk mana dalam beg gedabaknya tu. Haa. Jumpa.
“ Assalamualaikum Ustazah Fauziah. Sehat Alhamdulillah. Nak jumpa Syifa? Rindu ye? Baik-baik. InsyaAllah. Nanti Syifa jadi datang Syifa inform sazah ye. Ok. Waalaikumsalam.” Punat merah ditekan.

“Assalamualaikum ya abi” Murobbi Mansor angkat wajah. Berhenti dari membaca. Beliau senyum lebar. Bangkit dari duduk.
“MasyaAllah. Subhanallah. Waalaikumsalam. Muhammad Hazim Irsyad. Jemput masuk. Sila duduk.” Huluran salam E-chad disambut bersama pelukan mesra penuh kasih dari Murabbinya.
“Khaifa haluka?” (Apa khabar?)
“Alhamdulillah. Ana bi khoir. Wa anta?” (saya sihat dan anda?)
“Alhamdulillah Alhamdulillah.” Jawab Murobbi Mansor dengan ceria.
“Lamanya abi tak jumpa anta ya Irsyad. Makin ganteng.” Seloroh abi Mansor. Dia dan Murobbi Mansor memang dekat dan rapat kerana itu Murobbinya lebih senang menggelarnya dengan gelaran abi.
“Bagaimana perasaan jadi senior final year? Seronok? Tak sabar nak grad?” E-chad senyum mendengar pertanyaan abi.
“Saya ada hajat sebenarnya abi.”

* * * * * * * * * * * *
Syifa gelisah tak senang duduk. Hailaa. Hailaa. Dia tenung teh dalam cawan sampai tembus bawah meja.
“Jemput minum. Jangan segan. Buat macam rumah sendiri.” Pelawa Ustazah Fauziah yang manis bertudung labuh berbunga oren.
Kalau tak nak minum boleh? Tak rasa haus. Rasa nak pitam. Nak baring kat katil boleh? Amboi Syifa, demand mintak katil. Mentang-mentang Ustazah Fauziah kata buat macam rumah sendiri, terus request nak katil. Buruk perangai betul. Semua itu bermain-main dalam hati Syifa sahaja. Kalau difikir-fikir balik, memang macam tak logik langsung yang dia akan wujud di sini. Ta’aruf. Tak pernah sekali pun cross in her minds yang dia akan berta’aruf. Kalau takat family arrangement dia pernah dengar la jugak. Tapi ni lecturer arrangement kot. Dia ingat lagi insiden dia jumpa Ustazah Fauziah.
“Syifa. Begini ceritanya.” Ustazah gaya nak story telling dengan aku ke ni? Asal tone sazah lain je.
“Ada seorang pemuda yang akhlaknya baik, agamanya baik, InsyaAllah baik serba-serbi sedang mencari sayap kirinya. “
Alamak. Ustazah. Tolong. Tolong jangan sambung lagi. Syifa muka cuak.
“Dan ustazah rasa dalam banyak-banyak muslimah, kamu yang paling sesuai untuk jadi calon zaujahnya.(isteri)”
Ok. Now rasa nak pengsan. Ta’aruf? Isteri? Ustazah buat lawak ke? If yes, it is so funny till I forget how to lough.
“Macam mana Syifa? Setuju?”
“Beri saya masa untuk berfikir boleh ustazah?” Jawapan yang dia kira paling baik paling selamat ketika itu.

Dan now, here I am. Setelah di timbang-tara oleh hakim bertiga yang ada dibilik tu, akhirnya dia di sini. Berta’aruf dengan Muhammad Hazim Irsyad. Suara asing sedang berdehem. Mematikan lamunan dia yang dah jauh ke mana dia pun tak pasti. Dia membetulkan duduk. “Assalamualaikum” Suara asing itu beri salam.
 Kalau dalam filem yang Yusna, Iqa dan Ayu tengok hari tu, dia macam nampak ada scene di mana watak lelaki akan keluar dialog salam rasanya. Dia pun tak ingat sangat sebab masa tu dia buzy packing barang. takat tengok gitu-gitu ajelah. Haa. Sama. Dialog sama. Lelaki tu cakap Assalamualaikum cinta. Perempuan tu jawab.
“Waalaikumsayang’ Rilex dia menuturkan.
Sayang? E-chad kerut dahi. Dia panggil aku macam tu? Biar betul?
Ustazah Fauziah dan Ustaz Mansor senyum. Ni ape hal senyum-senyum ni? Syifa muka blur. Ada benda lawak ke? Asal aku tak tau? What did I missed?
“Awak cakap ape tadi?” E-chad tanya untuk kepastian. Syifa dah start menggelabah. Oh sudah! Dia rasa macam nak hentak-hentak kepala ke dindidng. Macam mana boleh tersasul pun dia tak tahu. Padan muka. Mengelamun lagi. Kan da merepek.
“Saya jawab waalaikummsalam. Awak dengar ape?” Cover cepat Syifa. Malu. Malu. E-chad angguk paham bersama senyum.
“Selain hobi pukul orang, apa hobi awak? Saya rasa tak mungkinlah gardeningkan. Wallaweh! Lepas bagi salam terus tanya macam tu? Siap perli-perli aku lagi ni.
“Hobi saya makan dengan tidur. Ada masalah ke?” Sedas dia tembak E-chad.
“Owh. Tak de masalah bagi saya. Since hobi awak makan, awak reti masak ke?” E-chad sengih keji. Syifa jeling. Tak ada soalan lain ke nak tanya. Simple sangat. See the hand la bro. Syifa tarik nafas. Gaya confident habis untuk menjawab soalan E-Chad.
“Err. Saya tak pandai masak sangat. Takat sedap kat tekak saya je la. Pernah try masak kat rumah tapi adik-beradik semua tak berani nak makan. They said takut food poisoning. Cis! Tak patut betul!” Syifa siap buat gaya nak tumbuk orang bila bayang muka Abang Hassan dengan Abang Hussin yang menjerit tak nak makan bila tahu dia yang masak. Geram betullah. E-chad senyum lihat gelagat Syifa. Dia keluarkan buku kecil dari beg sandang yang di bawanya.
“Awak ni jenis cepat marah dan kelam kabut. Betul?” Syifa toleh maut ke arah E-chad. Ewah! Ni gaya macam nak kena campak pergi gaung. Kenal pun tak sangat suka hati je nak cakap aku macam tu. Memang la betul statement dia tu tapi tak patut la cakap benda macam ni masa first time jumpa. Patut first time jumpa, ayat kena sopan, lembut. manis gitu.Aih. Ta’aruf memang macam ni eh. Soalan sentap-sentap macam ni?
“Iye agaknya.” Dingin nada Syifa. E-chad mencatit sesuatu dalam buku. Tuh dia habaq ang. Siap catit-catit lagi. Skema gila. Aku ni dari tadi duk gentel-gentel hujung tudung ja. Muhammad Hazim Irsyad. Anak sulung dari 4 orang adik-beradik, Pelajar jurusan Electrical Engineering. Tahun 4. Kapten bola sepak universiti. Mantan Presiden NTP (Nadi tarbiyah pelajar), Deanlist every sem,. Ni Ustazah Fauziah yang cakap. Dasyatkan E-chad ni. Syifa muka kagum. Lepas tu, E-chad ni disayangi ramai, tenang, suka senyum, baik, kelakar. Ni budak bertiga tu yang cakap. Part baik dan kelakar tu dia rasa macam miss-info. Yang dia rasa, si E-chad ni ayat macam nak mintak makan penumbuk je.
“Awak memang macam ni ke?” Syifa kembali ke alam nyata.
“Maksud awak?” Dia terpinga-pinga.
“Suka mengelamun? Sekejap sengih sekejap berkerut. Awak lupa makan ubat eh?” E-Chad mencatit lagi sambil tawanya ditahan bila dia lihat Syifa keluar aura membunuh. Ustaz Mansur dan Ustazah Fauziah dari tadi senyum simpul lihat gelagat mereka.
“Syifa ada nak tanya apa-apa pada Irsyad?” Ustazah Fauziah ambil langkah mencelah memandangkan beliau pun dapat rasa aura membunuh Syifa. Heh! Apa ta’aruf tanya soalan-soalan macam ni. Lepas tu ayat nak kejam je. Sabar duhai hati. Sabar.
“Tak de” Pendek jawapan Syifa. Dia malas nak bersoal-jawab. Nanti pandai-pandailah dia korek siapa Muhammad Hazim Irsyad ni dekat siapa-siapa.
“Kalau macam tu, marilah kita makan.” Pelawa Ustaz Mansur. Ustazah Fauziah dan Syifa bangkit menuju ke dapur. E-chad senyum memandang abi Mansur. E-chad bukan catit apa pun. Dia cuma menconteng-conteng. Dia lukis gambar katak, gambar pokok, gambar orang lidi. Bukan dia catit pun segala macam jawapan Syifa. Dia buat begitu kerana dia gugup sebenarnya. Kali pertama nampak Syifa ketika dia nak berqiamullai di masjid seperti ada perasaan aneh dalam hatinya. Kali kedua masa dia lihat Syifa belasah si Badrul tu, memang mata terbeliak jugaklah. Tak sangka dan dia kagum. Kemudian, bila dia sampai tadi, abi kata calon yang ummi pilih namanya Nur Syifatul Iman, hati dia jadi tak keruan. Jadi,ambil langkah untuk cover gugup dengan buat-buat catit. Itu je lah yang terlintas di fikirannya. Dan sebenarnya, soalan-soalan untuk ta’aruf, Syifa dah jawap pun. Dan dia dah baca pun. Sengaja dia mintak ummi bagi senarai soalan untuk ta’aruf kepada Syifa. Konon-konon ummi nak buat researchlah. Mintak Syifa jadi correspondent. Sebab dia rasa, kalau dia tanya direct face-to-face, takut Syifa tak boleh nak jawab. Mungkin sebab gementar macam dia atau mungkin sebab terlalu malu sampai tak keluar apa-apa jawapan pun. Ada 10 soalan yang dia tanya Syifa dalam  ta’aruf iaitu:-
1. Apakah wawasan hidupnya? 
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Dan kerana dia dah baca semua jawapan Syifa tu lah dia decide untuk berta’aruf secara langsung dengan Syifa.
* * * * * * * * * * * *

Syifa menghirup milo panas. Diambilnya biskut mayat a.k.a biskut kering dalam tin. Baru nak sua ke mulut, Iqa yang entah bila bangkit dari tidur dia pun tak tahu dah terpacak depan mata dia. Syifa tak jadi makan. Mimik muka menunjukkan ‘apa kes?’ Iqa muka excited.
“Jom!”
“Pergi mana?”
Ice skating!!!” Nada Iqa penuh dengan semangat waja.
On!”

“Mana Alia ni? Kata nak jemput jam 10 pagi. Sampai sekarang jangan kata bentuk kereta, asap kereta pun tak da bau” Iqa lirik jam di tangan. Mata Yusna dan Ayu meliar mencari. Syifa dari tadi termenung. Masuk hari ni dah 7 kali dia buat solat istikharah tapi sampai sekarang masih tak dapat apa-apa petunjuk. Dia pelik. Terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Fauziah.
Jodoh dan Pertemuan semuanya dari Allah. Adakalanya kita diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan bersungguh-sungguh supaya Allah memberikan petunjuk, InsyaAllah, Bi-iznillah (dengan izin-Nya) kita mendapat mimpi petunjuk dan kadangkala juga petunjuk dalam bentuk rasa hati. Jika dia pilihanmu, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.”
Tapi masalahnya, bukan takat nak dapat mimpi, nak dapat gerak hati atau rasa hati pun tak ada. Syifa bersangka baik pada Allah. Mungkin solat istikharahnya ada cela di mana-mana. Mungkin juga Allah lambat makbul bukan kerana Allah tak nak jawab doanya tapi Allah lebih tahu masa yang tepat kapan doanya akan dijawab. Yang penting harus percaya pada Dia kerana istikharah lambang kelemahan disisi Tuhan tetapi sumber kekuatan untuk menghadapi kehidupan. Mengaku kalah dan berserahlah kepada Allah. Kitakan hamba-Nya.
“Haa! Tu Alia! Jom” Iqa dan Yusna bangkit. Ayu usik bahu Syifa. Syifa tersedar. Dia nampak kereta Gen-2 hitam metallic di hujung jalan. Iqa dan Yusna jauh di depan. Ayu semangat bercerita tentang kelas silat yang dia baru join. Siap tunjuk live macam mana nak tumbuk, macam mana nak tepis dengan muka yang bersungguh habis. Syifa gelak tengok Ayu. Syifa buka pintu belakang. Dia dan Ayu masuk.
“Assalamualaikummmmmm” Berlagu-lagu Syifa bagi salam. Empunya badan menjawab nada biasa. Syifa rasa pelik. Tak sedap hati. Tiba-tiba pintu kereta bahagian hadapan di buka dari luar. Wajah Iqa muncul.
“Kau buat apa kat sini? Kau salah naik keretalah Syifa oi!” OMA! (Oh my Allah!) Patut rasa pelik kenapa suara lelaki yang menjawab salam. Syifa dan Ayu sengih malu.
“Mintak maaf Encik. Kawan saya memang macam ni. Mintak maaf. Mintak maaf.” Iqa nada serba salah. Encik tersebut cuma senyum. Syifa dan Ayu cepat-cepat keluar. Beberapa langkah dari tempat mereka berada kelihatan Alia dan Yusna tengah gelak sakan. Iqa di tepi membebel tak sudah.
“Macam manalah korang boleh salah naik kereta? Kalau lelaki tadi tu culik korang macam mana? Ape aku nak jawab dengan parents korang? Kenapa korang boleh cuai macam ni?” Tak henti-henti Iqa melontarkan ibarat peluru berpandu.
Dia pandang Ayu. Ayu sengih macam kerang tak cukup vitamin. Syifa sambut sengih Ayu dengan cubitan manja. Kronik sungguh sampai boleh salah naik kereta.

* * * * * * * * * * * *

Syifa tarik nafas. Dia sudah siap packing dan dengan ini dia mengisytiharkan yang dia sudah meletak jawatan sebagai pelajar tahun 3. Dia duduk di meja study. Dia merenung. Mengimbau kembali insiden 2 minggu lepas.

“Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan rasa dalam hati kita. Namun, bukan kita penentu segala. Tapi, Dia, Allah. Saya dah buat istikharah. Maafkan saya. Jangan tunggu saya.” Ada getar di balik suara E-Chad saat dia menuturkan satu persatu ayat-ayat tersebut. Syifa tahan sebak. Entah kenapa, mengapa dan bagaimana ada hiba terselit di hatinya. Sungguh. Dia tak tahu.
“Disebabkan ini adalah jawapan istikharah awak, jadi, saya bukan siapa-siapa untuk nafikan petunjuk dari Allah. Saya akan cuba ikhlaskan hati.” Syifa tahan air mata. Jangan bersedih duhai hati. Kuatlah. Inikan takdir Allah.

Dia sapu air mata yang mula nak mengalir. Apa ni Syifa. Kata nak ikhlaskan hati. Kena redha dengan takdir ilahi.
“Bila tak da jodoh bukan bermakna dia tak baik untuk kamu atau kamu tak baik untuk dia. Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Loh Mahfuz sejak azali lagi. Tabahkan hati mu duhai anak ku. Allah nak uji kamu. Siapa yang kamu sayang. Siapa yang kamu cintai dalam hati. Lelaki itu atau Pemilik hati kamu yang paling berhak iaitu Allah.” lembut nada Ustazah Fauziah. Dan bait-bait ayat Abang Hussin tiba-tiba menerpa mindanya.
“Perasaan suka cinta kasih sayang adalah pemberian Allah. Indah dan ceria.. Kamu suka dia tapi tak bermakna kamu harus berduka jika dia bukan takdir kamu.  Doa pada Allah supaya Dia tarik kembali perasaan suka itu. Doa pada Allah supaya perasaan suka itu Dia campakkan pada orang yang berhak untuk memilikinya. Ikhlaskan hati kerana kita bukan siapa-siapa untuk menolak takdir yang Allah dah tentukan. Sesuatu yang ditakdirkan berlaku pasti akan berlaku. The best for Allah is the best for us. Ingt tu dan kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya bila kita jumpa dengan orang yang tepat, kita akan menghargai dia. You are stronger than you think my dearest sister.” Tenang dan yakin suara Abang Hussin. Dia berhenti sejenak. Kemudian menyambung,
“By the way, Along tak da adik cengeng macam ni.” Aduh along! Sempat lagi kutuk even dalam skype. Syifa tarik muncung. Along gelak kuat.
Thanks along” Terharu.
“Tara hal. Along pun banyak kawan laki yang soleh-soleh. Bila dah bersedia, kamu bagi tahu along. Anytime je. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi adik ipar along.” Nada riak. Syifa mencebik.
“Perasan! Oklah along. Syifa kena end up ni. Diorang ajak makan ramai-ramai before balik rumah tuk cuti sem ni. Pape hal Syifa roger-roger along ye.” Syifa senyum tayang gigi. Along angguk dan beri salam.

Telefon berbunyi. Syifa angkat. Suara abah di talian. Abah dan ummi dah sampai. Syifa bangun. Pandangan dibuang ke luar jendela. Dia senyum kelat.

* * * * * * * * * * * *

Syifa pandang langit. Indah dan ceria. Suasana petang yang best dengan angin yang sempoi-sempoi tak reti bahasa plus dengan cahaya matahari yang agak redup. Fuu~ memang syok duduk dekat taman depan aspuri time macam ni. Takkan 24/7 menghadap buku, menghadap laptop atau berprogram sampai masa tuk diri sendiri pun tak ada kan?
“Assalamualaikum” Syifa toleh ke arah datangnya suara. Gadis tersebut paham isyarat itu. Tanpa berlengah lagi dia terus memperkenalkan diri.
“Nama saya Aisyah Humaira Irdina. Saudari Nur Syifatul Iman kan? Sahabat Muhammad Hazim Irsyad? ” Gadis itu senyum manis. Manis macam gula. Syifa bangkit. Salam dihulur. Syifa sambut. Bergetar hati Syifa saat nama lelaki itu disebut walhal kisah mereka dah tamat hampir 7 bulan yang lalu. Irdina hulur satu sampul yang cantik. Lambat-lambat Syifa ambil. Kad kahwinkah?
“Ini dari Abang Irsyad. Abang kata untuk Kak Syifa.” Syifa pandang sampul itu. Dibukanya sampul itu perlahan-lahan.

Assalamualaikum wbt.
Kehadapan cik mafia yang bernama Nur Syifatul Iman Binti Ahmad Firdaus bernombor ID AA10101. (nama awak panjang betul. Lenguh saya nak menulis)
Ingat dekat saya lagi tak? hehe. Ehm, saya sebenarnya tak pernah tulis surat. Selalu guna emel je. Zaman canggih mana main surat-surat dah. Jadi saya tak tahu nak tulis style macam mana. Skema ke gila-gila ke ala-ala surat rasmi ke. Kusut jugak saya nak pilih. Begini, saya nak mintak maaf dekat awak. Minta maaf sangat-sangat. Kerana saya dah buat awak menderita. (berdehem)

Nur Syifatul Iman,
Sesungguhnya saya dapat lihat awak menahan air mata saat saya ucapkan jawapan istikharah saya. Dan sesungguhnya saya dapat rasa awak menahan sebak dan hiba saat saya ucapkan ‘jangan tunggu saya’. Saya buat semua ini bersebab. Bukan saja-saja. Yang tak lain tak bukan adalah untuk kebaikan awak juga. Saya akui awak gadis solehah impian semua lelaki. Saya tak terkecuali. Tapi apakan daya. Takdir Ilahi kita begini. Saya disahkan menghidap kanser pancreas tahap 4. Kanser pancreas sangat susah untuk dikenal pasti kerana saya sebagai pesakit sendiri pun tak tahu bila saya menghidap penyakit ini kerana selama ini saya rasa saya sihat seperti orang lain. And the worst case, kanser ini belum ada lagi penawarnya. Doktor beri dua pilihan. Kalau saya buang pancreas, jangka hayat saya selama 6 bulan sahaja itu pun bersama segala bagai ubat-ubatan serta tiub melingkar badan. Tetapi jikalau saya memilih untuk tidak buang, saya hanya mampu bertahan selama 3 bulan. Pilihan apa lagi yang saya ada. Memang benar doktor itu bukan tuhan. Tapi apa-apa pun, saya sangat bersyukur pada Allah kerana sekurang-kurangnya saya tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk saya berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang bertakwa.

Nur Syifatul Iman,
Saat pertama kali saya lihat awak, ada perasaan aneh muncul dalam jiwa. Jujur saya mengakui yang saya ingin menjadi imam kepada awak. Memimpin tangan awak ke syurga. Tetapi, sekali lagi saya katakan, takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang kerana kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Saya tak sanggup lihat awak bersedih dengan keadaan saya yang sakit, yang terbaring lemah, yang kadang-kadang menjerit kesakitan di hospital. Cukuplah awak hanya ingat saya sebagai Muhammad Hazim Irsyad yang suka buat awak geram dan hilang punca. Lalu, saya putuskan untuk tidak memberitahu awak tentang penyakit saya ini dan saya memilih untuk melepaskan awak pergi kerana saya yakin saya bukan takdir awak kerana awak berhak mendapat jodoh yang lebih baik dari saya. Walau apapun yang dah terjadi, saya gembira dan bersyukur kerana takdir temukan kita walaupun bukan sebagai suami isteri dan walaupun cuma perkenalan yang singkat namun awak sentiasa diingati.


Cahaya penawar iman,
Ini maksud nama awakkan? Jadi, teruskan menyuluh cahaya serta menjadi penawar iman kepada agama. Saya yakin awak mampu menterjemahkan maksud nama awak dalam kehidupan. Dan saat awak membaca surat ini, saya sudah pun pergi menghadap Rabbul Izzati. Jangan bersedih teruskan menjadi srikandi.

Hamba hina,
Muhammad Hazim Irsyad bin Muhammad Haziq

Menitis air mata Syifa. Laju. Tak dapat di tahan. Irdina peluk erat Syifa.
“Along amanahkan saya untuk beri surat ini kepada kak Syifa. Along ada pesan jangan bagi kak Syifa menangis lagi. Relakan dia pergi kerana dia pergi berjumpa Ilahi” Irdina juga menahan sebak. Syifa leraikan pelukan. Dengan mata yang berair, dia pandang Irdina.
“Kak Syifa nak lihat kubur Abang Irsyad” Irdina angguk. Dihapus air matanya. Kan Irsyad kata jangan menangis. Redha dan relakan dia pergi. Jadi cahaya, penawar dan srikandi agama. InsyaAllah awak. Saya takkan lupa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akan terjadi. Allah tahu saya takkan dapat terima berita penyakit serta kematian awak dengan mendadak. Jadi, Allah beri saya masa untuk siapkan diri saya, beri saya masa untuk kuatkan iman saya untuk menerima berita kematian awak. Semoga awak di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Amin ya Rabb.

-THE END-