08/12/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 3)


Bab 3 =D

Ann gosok-gosok mata yang pedih. Sambil menunggu pelajar-pelajar lain ambil wudu’ dan penuhkan saff, dia dah duduk bersila siap lengkap bertelekung dekat saff barisan depan. Punya semangat bangun awal sebab hari ni hari terakhir dia kena tempuh minggu azab ni. Tak sabar nak habiskan solat subuh jemaah ni lepas tu dia nak escape slot khidmat komuniti. Nanti kalau terkantoi, dia buat muka seposen dekat akak fasi kata terlajak tidur sampai tak hengat dunia. Tengah dia merancang strategi nak escape, suara imam memanggil.

“Saff. Rapatkan saff semua”

Dengan mata yang nak terpejam, Ann bangkit. Membetulkan apa yang patut. 

“Allahuakhbar”

Ann niat mengikut imam dan terus angkat takbir. Masuk rakaat ke dua,bacaan doa qunut, dia rasa pelik. Kenapa rasa macam sejuk je ni. Bisik Ann dalam hati. Ada ‘benda’ lalu ke? Takkanlah dalam masjid pun ada? Biar betik? Tapi kenapa aku yang kena? Aku tak panjat tembok pun semalam. Imam ni pun, punyalah lama baca qunut. Bebel dan mengomel je dia dari tadi. Amboih! Nampak sangat dia tak khusyu’ dalam solat. Siap boleh buat sesi soal jawab dengan diri sendiri, siap mengata imam lagi. Teruk tak teruk. 

Usai salam, baru dia sedar, kain telekungnya dah terlondeh. Punyalah mengantuk sampai masa rukuk pun die tak sedar kain dia dah terlondeh. Patut sejuk. Cis! Sia-sia sesi soal jawab dia tadi. Siapa yang nak bertanggungjawab? Dah la saff depan, kain telekung terlondeh pulak. Dia memang suka buat benda-benda yang memalukan diri dia. Dia mengeluh dan sumpah, tak nak toleh belakang. Malu tahap rasa nak masuk almari yang wujud dalam masjid ni je!

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum salam sejahtera. Kepada anda semua moga bahagia.”
Satu suara keluar dari corong microphone. Siap bernasyid bagai. Dia bersandar hujung dinding.
“Salam ukwah fillah saya ucapkan pada sahabat sekalian”
Mula nak terpejam tercelik sedikit. Ni bukan suara yang selalu bagi tazkirah subuh semenjak 4 hari lepas. Sementelah, kedengaran conversation dua gadis yang duduk di hadapannya.

“Ni suara siapa eh? Ni imam tadi ke? Sedap gila suara dia. Sampai nak menitis aku dengar dia baca surah tadi”

Dia tarik senyum sarkastik. Perempuan. Pergi masjid sebab nak usha lelaki. Sebab nak dengar suara imam yang sedap dan nak tengok muka imam yang kacak. Macamlah dia tak perasan ada yang intai-intai balik tabir. Tak semua tapi dia tahu memang wujud typical girls macam tu. Bukan perempuan je, laki pun sama. Pergi masjid nak show off or bajet alim. Ye lah. Nak tunjuk imej baik. Nak pikat perempuan. Kena berlakon konon-konon soleh. 2x5, 5x2. Ceh! Ntah pape. Dia pejam semula mata.

“Alhamdulillah, syukur saya lontarkan kepada Ilahi kerana masih bernyawa pada hari ini. Tajuk yang saya nak kongsikan pada sahabat-sahabat semua ialah ‘Kau siapa?’ Sedikit kuat dan keras nadanya. Bergema ayat ‘Kau Siapa’ kala ini di masjid. Ann buka mata. Apa kes tajuk gaya nak gaduh?

To be continued.. ^_^

9 comments:

  1. sambung laa lagi... stress plak bace citer tergantung kakak ni... hahahaha.... selamat menyambung kak...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik.. =) hahaha.. akk pun x sanggup biarkan kowg bce cter2 tergantung ni.. tp nk wat mcm ne.. akk xsempat nk tulis kasi abes.. sikit2 je sempat.. huwaaaaa

      Delete
  2. ala....lagi2..baru nak feel.. ^^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA dear.. =) hahaha.. sempat tulis smpai sini je.. maaf.. bg mase eh nk smbung.. weee~

      Delete
  3. seriusly,,walaupun cerpen ni tergantung2...mas suka sgt SBB cerita nye yg betul..yg memang berlaku..yang kite pernah buat n rase benda2 tuh...so,,mmg rse la berada dlm cerita tersebut....

    ReplyDelete
  4. maassss!!!! niceeee!!! weee~~ =D
    insyaALLAH kak fitrah cuba yg terbaiklaaa nk menulis ni bg semua org puas hati.. hehe

    ReplyDelete
  5. ok sentap kejap...hahah...ada pulak kain terlondeh tak sedar...hahah..

    ReplyDelete