Termengah2 dia mengangkat barang. Nafas di atur semula. Sekilas dia
memandang keadaan bilik sambil membetulkan tudung yang dah senget-benget. Ehm,
bilik tepi masjid and the ‘best’ thing is tingkap menghadap masjid? Should I happy
or what? Senyum sendiri.
* * * * * * * * * * * * *
“Please.
Gantikan aku. Aku ada hal masa tu. Tak boleh nak bagi fully commitment. Please!
please! please!” Alia separuh merengek. Dia buat muka menyampah.
Tak suka betul kena hadap muka budak terlebih umur merengek-rengek macam ni.
Rasa macam nak gelak pun ada. “Ok. Tapi belanja aku makan Frutti Tutti. End
of our discussion” Senafas dia melepaskan. Alia yang baru nak melompat
kegembiraan terus tak jadi nak melompat. Belum sempat Alia nak mencelah, dia
senyum, angkat tangan ucap salam dan berlalu pergi. “Demi kau sahabat
terchenta, aku rela!” separuh jerit nada Alia. Dia senyum sambil geleng kepala.
* * * * * * * * * * * * *
Letih sangat sampai
tak mampu nak bergerak. Gaya macam kena gam dengan katil. Selepas solat isya’,
terus dia terjun katil. Letih uruskan program yang Alia mintak dia tolong
gantikan. Dia tak kisah sangat beban kerja banyak atau tekanan yang dia kena
hadapi tapi yang buat dia geram macam nak keluar aura membunuh bila ada orang
yang bias. Yang persoalkan dress code dia. Pakai tudung
besar sikit pun jadi masalah? Jadi satu isu? Manusia akhir zaman. Rasululullah
pernah bersabda “Ja’a al-islamu ghariban wa saya’udu ghariban kama bada.
Islam sebagai sebuah idea dan gagasan pembaharuan, Mula-mula hadir sebagai
sesuatu yang asing dan nantinya akan menjadi asing kembali.” Contoh dah depan
mata. Dia tarik nafas dalam-dalam. Rasa nak tidur awal then wake up and stay
up. Sekali date dengan Allah nanti.
Muhammad Hazim Irsyad
melangkah tenang keluar dari kolej kediaman Shahputra. Derap kakinya senada
menuju ke masjid. Awal lagi. Jam baru menunjukkan 4.00 pagi. Sudah lama dia
tidak berqiamullai di masjid. Tiada cahaya kecuali pancaran bulan dan dia
memang tidak kisah langsung, meskipun dia terpaksa membawa lampu suluh
semata-mata untuk ke masjid kerana dia tahu di akhirat nanti pasti Allah akan
memberikan ganjaran cahaya untuknya. ‘Berilah khabar gembira kepada mereka
yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada
hari kiamat.’ (Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi). Sambil berjalan dia cuba
mentadabbur alam ciptaan Ilahi. Betapa Allah itu Maha Kaya. Diciptakannya
matahari pada waktu siang dan bulan serta bintang pada waktu malam. Terlintas
difikirannya satu ayat dalam Al-Quran surah Al-Hijr:16 yang berbunyi ‘Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan
Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya)’.
Sedang dia leka memandang langit ilahi serta alam sekeliling, matanya tiba-tiba
tertumpu pada satu figura yang entah kenapa dan bagaimana membuat kakinya kaku
dan hatinya berdegup kencang. Aneh.
Dia sudah siap
bertelekung. Sejadah juga sudah dibentangkan. Tapi entah kenapa tiba-tiba
sahaja dia rasa panas. Dia menuju ke arah tingkap. ‘Buka tingkap dengan
langsirlah. Sekarang mesti belum ada orang yang lalu lalang atau hendak ke
masjid. Baru jam 4.30 pagi.’ ujarnya perlahan. Selesai dia menguak langsir, dia
pun menuju ke arah sejadah, membaca surah An-nas untuk menghalau gangguan
syaitan, membetulkan kedudukan berdiri, membaca niat dan mengangkat takbir.
Terus dia khusyu’ dalam lautan cintanya kepada sang Pencipta. Sedang satu susuk
yang terpaku tadi tersedar dari lamunan, beristigfar dan cepat-cepat mengatur
langkah menuju ke destinasi yang sudah hampir sampai.
* * * * * * * * * * * * *
Dia kelam-kabut sampai berjalan pun gaya nak lari pecut. Mana taknya, semua
benda dia yang kena handle. Dari sebesar-besar hal macam Dato’ mana yang
akan rasmikan pertandingan sampailah ke sekecil-kecil hal macam berapa sudu
gula nak letak dalam minuman untuk player pun dia yang kena decide.
Tak ke haru biru namanya. Dia mencari tempat duduk. Nak take 5. Nafas
turun naik. Kalau macam ni la selalu, memang lose weight la gamaknya.
Sambil dia duduk, dia lihat kertas aturcara. Dia catit sana-sini. take note
benda penting. Takut-takut nanti dia terlupa. Sedang dia khusyu’ dengan segala
bagai huruf yang keluar dari mata penanya, entah macam mana dia terdengar satu
perbualan.
“I want to ask you somethinglah E-chad. Since we are in one team for
a long long time. I never see you wear short pantslah masa main or even
masa training. If you wear it pun, mesti you pakai tight
kat dalam. Why? coz you have a lot of scar ke?” suara yang pelat
cina itu bersuara dan satu suara asing menyambut pertanyaan cina itu dengan
ketawa.
“Gim, you really want to know ke?”
‘Ya la. If not, then why I asked you. Haiyaa!”
“Haha. Ok. Macam ni, in all religions there are rules that we as a
believers need to follow right? So, for Islam, and me as a
muslims ada batasan aurat. Untuk lelaki, auratnya dari pusat sampai lutut. Memang
I can wear pants yang ngam-ngam or
lebih sikit je dari lutut tapi when I play, mana tahu tiba-tiba I
fall down then seluar I ternaik sikit. Haa. Kan dah payah. Dah nampak
aurat. So, I pakai la long treksuit or tight. Senang. Overcome
the external circumstances factors terus.
“Owh. Like that eh. Kenapa kena jaga itu aurat setiap masa? Even
when you are playing? Bukan agama itu selalu dekat masjid atau kuil atau
tokong ka?”
“Itu yang silap. Dalam islam, agama itu diterjemah dalam kehidupan.
Islam is the way of life. Saya as a muslim, tidak lain tidak
bukan bertanggungjawab untuk menunjukkan syahsiah Islamiyah sebagai salah satu
medan untuk mengajak manusia kepada Allah walaupun dalam bidang sukan.” tenang,
yakin E-chad bersuara.
Dia berhenti menulis. Terkesima dengan apa yang didengar. Kagum. Dia
angkat kepala untuk lihat empunya suara. Tetapi E-chad sudah pun berlalu pergi.
Dia masih terkaku di tempat duduknya. Terngiang-ngiang di kepala setiap bait
ayat-ayat tadi.
Perlawanan akhir bola sepak peringkat universiti sedang berlangsung and
as what all people expected, dua buah universiti yang memang gah dalam
sukan ini sedang berentap.
Dia duduk jauh dari crowd. Melihat perlawanan dari jauh sahaja
kerana dia memang tidak suka duduk di tengah-tengah himpunan manusia yang kalau
majoritinya perempuan, dia boleh terima tapi kalau dah depan belakang kiri
kanan semuanya lelaki, memang dia chow awal-awal cari port yang
dia selesa nak duduk.
“Aku suka player jersi no 7 tu” seorang gadis bersuara.
“Yang mane? Yang mane?” suara satu lagi kedengaran excited bertanya.
“Tu. Yang pakai long treksuit tu. Dari first game lagi aku
usha die.”
“Ko usha-usha dia sebab ape? Tak de la kacak mane”
“Kau ni slowlah. Tak nampak ke dia tu main superb gila! He’s
one of the player yang score paling banyak tau tak. Tapi aku suka dia sebab dia cute and cool.
Always smiling tak pernah nampak muka tension. Aku memang admire
tahap tak tidur malam la satu minggu ni. Then yang unik pasal dia ni,
aku tak pernah nampak langsung dia pakai short in every game he
played.”
“Tu bukan unik. Tu pelik. Kau tengoklah. Dia seorang je pakai long
trek.” Ketawa.
Dia sengih dari belakang selepas mendengar perbualan tersebut. Girls.
Memang macam tu. Bukan nak tengok game tu sangat pun, yang diorang
tengok player mana yang hot yang kacak yang cute. Dia
mencari-cari lelaki jersi no 7 yang tengah bermain di padang sekarang ini. Apa
yang dia nampak cuma kepala-kepala manusia yang berlari-lari serta membuat
hantaran bola yang mana bola tu pun dia tak nampak. Haru kalau rabun jauh ni. Spect
entah mana dia letak. Macam kelakar pun ada. Tak pernah dia rasa nak lihat rupa
lelaki macam ni punya semangat. Tiba-tiba dia melihat seorang player
sedang menuju betul-betul di hadapan pintu gol dan terus shoot ke gawang
lawan dan gol! Penonton bersorak. Player tersebut berlari-lari anak
menuju ke arah teammate. Sedang tersenyum mungkin. Jersi no 7. Long
trekshuit. Senang nak cam sebab the only one yang pakai dalam
berpuluh-puluh player yang wujud hari ini. Dia nak lihat muka lelaki
itu. Cepat-cepat dia cari spect dalam beg. Dia godek-godek sambil
matanya melilau mencari jersi no 7. “Mana spect ni. Ish! Ish! Ish!”
Rungutnya. Ehm, mungkin Allah nak dia jaga mata. Tak pandang anak teruna orang
suka suki dia. Wisel penamat dibunyikan. Tuan rumah menang perlawanan. Sedang
semua orang melompat gembira, menjerit bersorak, satu susuk tubuh di tengah
padang sedang melakukan sesuatu yang aneh. Yang jarang-jarang dilihat di
mana-mana. Dia berhenti mencari spect. Dia hampir menitiskan air mata.
Bukan kerana dia sebagai tuan rumah menang pertandingan kali ini tetapi kerana
dia lihat satu insiden yang rupanya masih wujud lagi syabab (pemuda) seperti
itu untuk zaman seperti ini. Tempat seperti ini dan situasi seperti ini. “Saya as
a muslim, tidak lain tidak bukan bertanggungjawab untuk menunjukkan
syahsiah Islamiyah sebagai salah satu medan untuk mengajak manusia kepada Allah
walaupun dalam bidang sukan” Terngiang-ngiang ayat itu lagi. Jersi no 7 berlong
treksuit sedang sujud syukur sendirian di tengah padang. Awak memang
sedang menunjukkan apa itu Islam walaupun dalam sukan. Desisnya dalam hati.
“Mana Ayu. Dah lewat ni.” Orang ramai sudah beransur keluar dari
stadium. Hari sudah lewat petang. Dari tadi kelibat rommatenya tak
kelihatan. Resah takut-takut rommatenya itu ditimpa kecelakaan.
Naudzubillah. Doanya dalam hati.
“Hoi! Cendawan bergerak!” Keras dan parau suara tersebut. Dia
terpinga-pinga. Ada cendawan bergerak ke? Mana? Mana? Ini hot story! Believe
it or not! Cendawan bergerak weh! Matanya melilau mencari.
“Kau cari ape ha? Aku cakap dengan kaulah. Lembab!”. Amboi! Sedapnya
bahasa macam perisa meggie tomyam. Dia menoleh ke empunya badan.
“Are you talking to me? Do I know you?” Sarkastik dia menuturkan.
“Berlagak pulak kau. Aku memang bencilah perempuan macam kau. Dahla kau
rampas jawatan aku. Lepas tu, bajet alim pulak! Bajet suci! Padahal, kau nak
tutup bangkai yang kau dah buat dengan tudung kau yang besar macam cendawan tu,
dengan baju kau yang labuh sampai sapu lantai! Bodoh!” Keras dan nyaring. Badrulshah.
Senior Tahun 4 jurusan Mechanical Engineering. Tak mampu menerima
hakikat yang jawatan untuk projek MegaUni jatuh ke tangan perempuan sepertinya.
Ego lelakinya tercabar. Ego seorang seniornya terhiris. Badrulshah bergerak
beberapa langkah kehadapan.
“Don’t move. Stay there or back off.” Tegas dia menuturkan.
Badrul tak mengendahkan amaran tersebut. Dia terus melangkah. Tangannya dihayun
tinggi. Bersedia untuk memukul gadis itu. “Ahhh!!” Suara erangan. Jatuh
terduduk ke lantai. Badrul memegang perut yang pedih. Satu tendangan padu
hinggap tanpa sedar. Badrul mengerang kesakitan.
“Nombor 1: Nama aku NUR SYIFATUL IMAN bukan hoi atau cendawan bergerak
macam kau panggil. Nombor 2: Aku dah pesan suruh kau BACK OFF. Ko yang degil. So,
you deserve it. Nombor 3: Dress code aku is NONE of your business.
Nombor 4: I’m not a typical girl yang kau suka suki senang hati nak
gertak nak pukul nak perkotak-katikkan. Jadi, BEAR it in your mind.
Nombor 5: Don’t make any MESS with me if kau rasa kau nak tengok
matahari lagi.” Tenang jelas dan tegas Syifa menuturkan.
Badrul menahan sakit. Marahnya meluap-luap. Dia segera bangkit dan
hendak buat serangan ke dua tetapi ada satu suara mematikan langkahnya.
“Ehem. Assalamualaikum. Ni tengah main wrestling ke? Nak join boleh?”
Bersahaja suara tersebut.
Wajah Badrul tiba-tiba pucat yang Syifa yakin kalau ditoreh mahu keluar
darah putih macam mitos Mahsuri. Dia cepat-cepat beredar macam baru lepas
terserempak dengan hantu. Syifa hairan. Apa dah jadi?
“Balik cepat. Anak dara tak boleh berdiri sini seorang-seorang dengan
waktu yang nak dekat maghrib ni. Tu kawan awak dah sampai. Assalamualaikum.”
Syifa menoleh kebelakang. Dari jauh Ayu melambai dengan sengih
bersalahnya. Syifa nak tanya that guy kenapa Badrul lari bila nampak
dia. Belum sempat tanya, lelaki tersebut dah hilang. Heh! Hilang dah? Ingat ni
macam filem tamil ke. Tiba-tiba muncul tiba-tiba hilang. Salam lelaki itu
dijawab dalam hati. Persoalan yang tak dirungkai bermain-main di fikiran.
* * * * * * * * * * * *
“Syifa, cerita kau belasah senior Bad tu, dah kecoh tau!” Ayu
bersemangat sampaikan berita yang didengarnya. Syifa berhenti menaip assignment
Organic Chemistry Process. Dia buat muka pelik.
“Macam mana boleh kecoh? Kau cerita ke?”
“Ish! Mestilah bukan aku. Kan kau dah pesan jangan cerita kat
siapa-siapa. Takut malukan Senior Bad tu. Aku pun tak paham dengan kau ni. Dia
dah buat kau macam tu pun, kau nak back up dia lagi?” Ayu muka tak puas
hati. Syifa tarik senyum.
“Mak aku pesan, biar orang buat dajjal dengan kita, jangan kita buat dajjal
dengan orang.”
“ Baik ustazah.” Ayu tarik muncung.
“Aku bukan ustazahlah! Aku tak layak.” Ayu buat tak endah dan terus
angkat toiletries. Syifa geleng kepala. Macam-macam. Baru dia nak mula
menaip, pintu dikuak. Haziqah masuk dengan mata hidung muka semua merah. Ni ape
cer lak. Iqa duduk dibirai katil. Menangis tersesak-esak. Syifa muka cemas
terus menuju ke arah Iqa.
“Kenapa?” Lembut Syifa bertanya. Iqa terus menangis. Lama. Syifa biarkan
Iqa menagis. Dia hanya duduk dan memerhati. Berharap serta menunggu Iqa akan share
her probs when she ready. Iqa pandang Syifa. Iqa tarik nafas.
“Result aku. Teruk.” Iqa gaya nak nangis balik.
“How bad?”
“Failed 1 subject”
“Subject yang kau cakap semua orang kata susah tahap Dewa tu?” Iqa
angguk perlahan.
“Ramai juga yang failed. More than half of the class”.
Tutur Iqa lagi. Syifa angguk paham. Dia menyusun kata untuk mulakan bicara.
“Iqa sahabatku yang ku kasihi. Cewah!” Iqa senyum segaris. Ha. Senyum.
Boleh senyum tu means tak kronik mana la kan. Detik Syifa dalam hati.
“Aku nampak kau dah usaha. Usaha sungguh-sungguh kuasa 70. No one can
deny your effort dan aku yakin Allah pun nampak usaha kau tu. Sesungguhnya,
Allah melihat usaha bukan natijah.”
“Tapi Syifa, sebab aku usaha sungguh-sungguh tu la aku jadi makin
kecewa. Apa yang aku tak buat? Aku buat revision sampai tertidur-tidur atas
meja, aku buat tutorial, assignment, semualah. Tapi at the end,
aku tetap gagal.” Nada kesal. Syifa senyum sambil sentuh lembut bahu Iqa.
“Iqa, adatlah study ni ada naik ada turun ada suka ada duka ada manis
ada pahit kerana semua itu are part of the life .Kau dah usaha dan kau
pun dah mencuba. Trying the best you could. Tapi, takdir yang tertulis
kau gagal akhirnya.Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Bersangka baik pada Allah. Pasti
ada hikmah. Kekecewaan setelah berusaha mencuba lebih ringan daripada penderitaan
kekecewaan apabila tidak langsung berusaha untuk mencuba. Biar hujung waktu
kita sedar dan berusaha daripada putus asa dan mengenang nasib. Biar kita mati
berjuang ke saat akhir daripada hidup bacul tak mengaku kita dah tersilap
langkah. Biar saat ini kita tetap berusaha walau pedih mengetahui betapa
lalainya kita daripada mengetahui kita tak pernah sedar kelalaian kita dan biar
kita usaha sedikit daripada langsung tak berusaha. Kerana Allah sayang hamba-Nya
yang begitu. Yang berusaha tanpa lelah. Keputusan itu milik Allah. Yang penting
usaha. Teruskan perjuangan. Never give up and never say die
before you try. Kitakan srikandi agama.” Syifa senyum penuh makna. Iqa
angguk perlahan. Terasa ada angin lembut menyapa hatinya apabila mendengar
mutiara kata dari sahabatnya.
“At least, kau gagal 1 subject je. Ada orang mungkin lebih
teruk dari kau. And actually,kau beruntung sebenarnya.”
“Beruntung?” Iqa muka pelik.
“A’ah. Beruntung sebab boleh repeat paper berjemaah dengan
kawan-kawan 1 lecture kau. Tak de la kau rasa lonely nanti.
And I believe, learning for the second time is much easier than the first
time.” Syifa senyum dan kenyit mata.
Iqa ketawa.
“Thanks.”
“No need.”
“Aku sayang kau”
“Tahu lama dah. Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia
mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri kan?” Syifa
cubit pipi Iqa.
“Pergilah mandi. Muka da macam clown tak laku je siap keluar
hingus hijau-hijau lagi. yeekkk!” Syifa terus larikan diri bila dia lihat Iqa
dah ambil bantal dan bersedia nak melontar gaya lontar peluru. Iqa dan Syifa
ketawa.
* * * * * * * * * * * *
Syifa nak muntah. Tepu dengan segala macam formula yang kadang-kadang
dia tidak tahu dari mana muncul. Tiba-tiba dah wujud dalam calculation? Siapa
cakap jadi third year student ni senang. Senang nak score exam
la. Senang nak dapat pointer gempak la. Dusta semua! Dusta! Kusut jugak
kadang-kadang tau. Syifa garu kepala.
“Ok. Class dismiss. Don’t forget to do your assignment. Kalau
rasa nak gagal subject saya, tak payah buat.” Kuat dan tegas nada beliau.
Puan Aini mengajar subject Unit Operation. Subject killer habaq
hang. Dia rasa Puan Aini tu ok je cuma garang dia tu tak dapat nak dijangka.
Bayangkan baru 30 saat tadi bergelak sakan tiba-tiba lepas tu gaya macam nak
telan orang. Kecut usus. Syifa kelam kabut nak kemas barang. Nak balik bilik.
Nak tidur. Letih. Henset berbunyi. Kalut dia cari henset yang dah duduk ceruk
mana dalam beg gedabaknya tu. Haa. Jumpa.
“ Assalamualaikum Ustazah Fauziah. Sehat Alhamdulillah. Nak jumpa Syifa? Rindu ye?
Baik-baik. InsyaAllah. Nanti Syifa jadi datang Syifa inform sazah ye.
Ok. Waalaikumsalam.” Punat merah ditekan.
“Assalamualaikum ya abi” Murobbi Mansor angkat wajah. Berhenti dari
membaca. Beliau senyum lebar. Bangkit dari duduk.
“MasyaAllah. Subhanallah. Waalaikumsalam. Muhammad Hazim Irsyad. Jemput masuk.
Sila duduk.” Huluran salam E-chad disambut bersama pelukan mesra penuh kasih
dari Murabbinya.
“Khaifa haluka?” (Apa khabar?)
“Alhamdulillah. Ana bi khoir. Wa anta?” (saya sihat dan anda?)
“Alhamdulillah Alhamdulillah.” Jawab Murobbi Mansor dengan ceria.
“Lamanya abi tak jumpa anta ya Irsyad. Makin ganteng.” Seloroh abi
Mansor. Dia dan Murobbi Mansor memang dekat dan rapat kerana itu Murobbinya
lebih senang menggelarnya dengan gelaran abi.
“Bagaimana perasaan jadi senior final year? Seronok? Tak sabar
nak grad?” E-chad senyum mendengar pertanyaan abi.
“Saya ada hajat sebenarnya abi.”
* * * * * * * * * * * *
Syifa gelisah tak senang duduk. Hailaa. Hailaa. Dia tenung teh dalam
cawan sampai tembus bawah meja.
“Jemput minum. Jangan segan. Buat macam rumah sendiri.” Pelawa Ustazah
Fauziah yang manis bertudung labuh berbunga oren.
Kalau tak nak minum boleh? Tak rasa haus. Rasa nak pitam. Nak baring kat
katil boleh? Amboi Syifa, demand mintak katil. Mentang-mentang Ustazah
Fauziah kata buat macam rumah sendiri, terus request nak katil. Buruk
perangai betul. Semua itu bermain-main dalam hati Syifa sahaja. Kalau difikir-fikir
balik, memang macam tak logik langsung yang dia akan wujud di sini. Ta’aruf.
Tak pernah sekali pun cross in her minds yang dia akan berta’aruf. Kalau
takat family arrangement dia pernah dengar la jugak. Tapi ni lecturer
arrangement kot. Dia ingat lagi insiden dia jumpa Ustazah Fauziah.
“Syifa. Begini ceritanya.” Ustazah gaya nak story telling dengan
aku ke ni? Asal tone sazah lain je.
“Ada seorang pemuda yang akhlaknya baik, agamanya baik, InsyaAllah baik
serba-serbi sedang mencari sayap kirinya. “
Alamak. Ustazah. Tolong. Tolong jangan sambung lagi. Syifa muka cuak.
“Dan ustazah rasa dalam banyak-banyak muslimah, kamu yang paling sesuai
untuk jadi calon zaujahnya.(isteri)”
Ok. Now rasa nak pengsan. Ta’aruf? Isteri? Ustazah buat lawak ke?
If yes, it is so funny till I forget how to lough.
“Macam mana Syifa? Setuju?”
“Beri saya masa untuk berfikir boleh ustazah?” Jawapan yang dia kira
paling baik paling selamat ketika itu.
Dan now, here I am. Setelah di timbang-tara oleh hakim bertiga
yang ada dibilik tu, akhirnya dia di sini. Berta’aruf dengan Muhammad Hazim
Irsyad. Suara asing sedang berdehem. Mematikan lamunan dia yang dah jauh ke
mana dia pun tak pasti. Dia membetulkan duduk. “Assalamualaikum” Suara asing
itu beri salam.
Kalau dalam filem yang Yusna, Iqa
dan Ayu tengok hari tu, dia macam nampak ada scene di mana watak lelaki
akan keluar dialog salam rasanya. Dia pun tak ingat sangat sebab masa tu dia buzy
packing barang. takat tengok gitu-gitu ajelah. Haa. Sama. Dialog sama. Lelaki
tu cakap Assalamualaikum cinta. Perempuan tu jawab.
“Waalaikumsayang’ Rilex dia menuturkan.
Sayang? E-chad kerut dahi. Dia panggil aku macam tu? Biar betul?
Ustazah Fauziah dan Ustaz Mansor senyum. Ni ape hal senyum-senyum ni?
Syifa muka blur. Ada benda lawak ke? Asal aku tak tau? What did I
missed?
“Awak cakap ape tadi?” E-chad tanya untuk kepastian. Syifa dah start
menggelabah. Oh sudah! Dia rasa macam nak hentak-hentak kepala ke dindidng.
Macam mana boleh tersasul pun dia tak tahu. Padan muka. Mengelamun lagi. Kan da
merepek.
“Saya jawab waalaikummsalam. Awak dengar ape?” Cover cepat Syifa. Malu.
Malu. E-chad angguk paham bersama senyum.
“Selain hobi pukul orang, apa hobi awak? Saya rasa tak mungkinlah gardeningkan.
Wallaweh! Lepas bagi salam terus tanya macam tu? Siap perli-perli aku lagi ni.
“Hobi saya makan dengan tidur. Ada masalah ke?” Sedas dia tembak E-chad.
“Owh. Tak de masalah bagi saya. Since hobi awak makan, awak reti
masak ke?” E-chad sengih keji. Syifa jeling. Tak ada soalan lain ke nak tanya. Simple
sangat. See the hand la bro. Syifa tarik nafas. Gaya confident habis
untuk menjawab soalan E-Chad.
“Err. Saya tak pandai masak sangat. Takat sedap kat tekak saya je la.
Pernah try masak kat rumah tapi adik-beradik semua tak berani nak makan.
They said takut food poisoning. Cis! Tak patut betul!” Syifa siap
buat gaya nak tumbuk orang bila bayang muka Abang Hassan dengan Abang Hussin
yang menjerit tak nak makan bila tahu dia yang masak. Geram betullah. E-chad
senyum lihat gelagat Syifa. Dia keluarkan buku kecil dari beg sandang yang di
bawanya.
“Awak ni jenis cepat marah dan kelam kabut. Betul?” Syifa toleh maut ke
arah E-chad. Ewah! Ni gaya macam nak kena campak pergi gaung. Kenal pun tak
sangat suka hati je nak cakap aku macam tu. Memang la betul statement
dia tu tapi tak patut la cakap benda macam ni masa first time jumpa.
Patut first time jumpa, ayat kena sopan, lembut. manis gitu.Aih. Ta’aruf
memang macam ni eh. Soalan sentap-sentap macam ni?
“Iye agaknya.” Dingin nada Syifa. E-chad mencatit sesuatu dalam buku.
Tuh dia habaq ang. Siap catit-catit lagi. Skema gila. Aku ni dari tadi duk gentel-gentel
hujung tudung ja. Muhammad Hazim Irsyad. Anak sulung dari 4 orang adik-beradik,
Pelajar jurusan Electrical Engineering. Tahun 4. Kapten bola sepak
universiti. Mantan Presiden NTP (Nadi tarbiyah pelajar), Deanlist every sem,.
Ni Ustazah Fauziah yang cakap. Dasyatkan E-chad ni. Syifa muka kagum. Lepas tu,
E-chad ni disayangi ramai, tenang, suka senyum, baik, kelakar. Ni budak bertiga
tu yang cakap. Part baik dan kelakar tu dia rasa macam miss-info.
Yang dia rasa, si E-chad ni ayat macam nak mintak makan penumbuk je.
“Awak memang macam ni ke?” Syifa kembali ke alam nyata.
“Maksud awak?” Dia terpinga-pinga.
“Suka mengelamun? Sekejap sengih sekejap berkerut. Awak lupa makan ubat
eh?” E-Chad mencatit lagi sambil tawanya ditahan bila dia lihat Syifa keluar
aura membunuh. Ustaz Mansur dan Ustazah Fauziah dari tadi senyum simpul lihat
gelagat mereka.
“Syifa ada nak tanya apa-apa pada Irsyad?” Ustazah Fauziah ambil langkah
mencelah memandangkan beliau pun dapat rasa aura membunuh Syifa. Heh! Apa
ta’aruf tanya soalan-soalan macam ni. Lepas tu ayat nak kejam je. Sabar duhai hati.
Sabar.
“Tak de” Pendek jawapan Syifa. Dia malas nak bersoal-jawab. Nanti
pandai-pandailah dia korek siapa Muhammad Hazim Irsyad ni dekat siapa-siapa.
“Kalau macam tu, marilah kita makan.” Pelawa Ustaz Mansur. Ustazah
Fauziah dan Syifa bangkit menuju ke dapur. E-chad senyum memandang abi Mansur.
E-chad bukan catit apa pun. Dia cuma menconteng-conteng. Dia lukis gambar
katak, gambar pokok, gambar orang lidi. Bukan dia catit pun segala macam
jawapan Syifa. Dia buat begitu kerana dia gugup sebenarnya. Kali pertama nampak
Syifa ketika dia nak berqiamullai di masjid seperti ada perasaan aneh dalam
hatinya. Kali kedua masa dia lihat Syifa belasah si Badrul tu, memang mata
terbeliak jugaklah. Tak sangka dan dia kagum. Kemudian, bila dia sampai tadi,
abi kata calon yang ummi pilih namanya Nur Syifatul Iman, hati dia jadi tak
keruan. Jadi,ambil langkah untuk cover gugup dengan buat-buat catit. Itu
je lah yang terlintas di fikirannya. Dan sebenarnya, soalan-soalan untuk
ta’aruf, Syifa dah jawap pun. Dan dia dah baca pun. Sengaja dia mintak ummi
bagi senarai soalan untuk ta’aruf kepada Syifa. Konon-konon ummi nak buat researchlah.
Mintak Syifa jadi correspondent. Sebab dia rasa, kalau dia tanya direct
face-to-face, takut Syifa tak boleh nak jawab. Mungkin sebab gementar macam
dia atau mungkin sebab terlalu malu sampai tak keluar apa-apa jawapan pun. Ada
10 soalan yang dia tanya Syifa dalam ta’aruf iaitu:-
1. Apakah wawasan hidupnya?
2. Bagaimanakah kefahamannya
mengenai konsep perkahwinan?
3. Apakah sifat-sifat yang
digemari dan tidak digemarinya?
4. Apakah pandangannya
mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
5. Adakah dia mempunyai
masalah kesihatan atau kecacatan?
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
7. Bagaimana hubungannya
dengan ahli keluarganya?
8. Apakah kegemarannya dan
bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
9. Adakah dia aktif dalam
mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
10. Apakah pandangannya
sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga
mereka?
Dan kerana dia dah baca semua jawapan Syifa tu lah dia decide
untuk berta’aruf secara langsung dengan Syifa.
* * * * * * * * * * * *
Syifa menghirup milo panas. Diambilnya biskut mayat a.k.a biskut kering
dalam tin. Baru nak sua ke mulut, Iqa yang entah bila bangkit dari tidur dia
pun tak tahu dah terpacak depan mata dia. Syifa tak jadi makan. Mimik muka
menunjukkan ‘apa kes?’ Iqa muka excited.
“Jom!”
“Pergi mana?”
“Ice skating!!!” Nada Iqa penuh dengan semangat waja.
“On!”
“Mana Alia ni? Kata nak jemput jam 10 pagi. Sampai sekarang jangan kata
bentuk kereta, asap kereta pun tak da bau” Iqa lirik jam di tangan. Mata Yusna
dan Ayu meliar mencari. Syifa dari tadi termenung. Masuk hari ni dah 7 kali dia
buat solat istikharah tapi sampai sekarang masih tak dapat apa-apa petunjuk.
Dia pelik. Terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Fauziah.
“Jodoh
dan Pertemuan semuanya dari Allah. Adakalanya kita diberi petunjuk melalui
mimpi. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat
Istikharah dan memohon dengan bersungguh-sungguh supaya Allah memberikan
petunjuk, InsyaAllah, Bi-iznillah (dengan izin-Nya) kita mendapat mimpi
petunjuk dan kadangkala juga petunjuk dalam bentuk rasa hati. Jika dia
pilihanmu, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.”
Tapi masalahnya, bukan takat
nak dapat mimpi, nak dapat gerak hati atau rasa hati pun tak ada. Syifa
bersangka baik pada Allah. Mungkin solat istikharahnya ada cela di mana-mana.
Mungkin juga Allah lambat makbul bukan kerana Allah tak nak jawab doanya tapi
Allah lebih tahu masa yang tepat kapan doanya akan dijawab. Yang penting harus
percaya pada Dia kerana istikharah lambang kelemahan disisi Tuhan tetapi sumber
kekuatan untuk menghadapi kehidupan. Mengaku kalah dan berserahlah kepada
Allah. Kitakan hamba-Nya.
“Haa! Tu Alia! Jom” Iqa dan
Yusna bangkit. Ayu usik bahu Syifa. Syifa tersedar. Dia nampak kereta Gen-2
hitam metallic di hujung jalan. Iqa dan Yusna jauh di depan. Ayu
semangat bercerita tentang kelas silat yang dia baru join. Siap tunjuk live
macam mana nak tumbuk, macam mana nak tepis dengan muka yang bersungguh habis.
Syifa gelak tengok Ayu. Syifa buka pintu belakang. Dia dan Ayu masuk.
“Assalamualaikummmmmm” Berlagu-lagu Syifa bagi salam. Empunya badan menjawab
nada biasa. Syifa rasa pelik. Tak sedap hati. Tiba-tiba pintu kereta bahagian hadapan
di buka dari luar. Wajah Iqa muncul.
“Kau buat apa kat sini? Kau
salah naik keretalah Syifa oi!” OMA! (Oh my Allah!) Patut rasa pelik kenapa
suara lelaki yang menjawab salam. Syifa dan Ayu sengih malu.
“Mintak maaf Encik. Kawan saya memang macam ni. Mintak maaf. Mintak maaf.” Iqa
nada serba salah. Encik tersebut cuma senyum. Syifa dan Ayu cepat-cepat keluar.
Beberapa langkah dari tempat mereka berada kelihatan Alia dan Yusna tengah
gelak sakan. Iqa di tepi membebel tak sudah.
“Macam manalah korang boleh salah naik kereta? Kalau lelaki tadi tu culik
korang macam mana? Ape aku nak jawab dengan parents korang? Kenapa
korang boleh cuai macam ni?” Tak henti-henti Iqa melontarkan ibarat peluru
berpandu.
Dia pandang Ayu. Ayu sengih
macam kerang tak cukup vitamin. Syifa sambut sengih Ayu dengan cubitan manja.
Kronik sungguh sampai boleh salah naik kereta.
* *
* * * * * * * * * *
Syifa tarik nafas. Dia sudah
siap packing dan dengan ini dia mengisytiharkan yang dia sudah meletak
jawatan sebagai pelajar tahun 3. Dia duduk di meja study. Dia merenung.
Mengimbau kembali insiden 2 minggu lepas.
“Kita rasa kita dah cukup
yakin dengan pilihan kita. Dengan rasa dalam hati kita. Namun, bukan kita
penentu segala. Tapi, Dia, Allah. Saya dah buat istikharah. Maafkan saya.
Jangan tunggu saya.” Ada getar di balik suara E-Chad saat dia menuturkan satu
persatu ayat-ayat tersebut. Syifa tahan sebak. Entah kenapa, mengapa dan
bagaimana ada hiba terselit di hatinya. Sungguh. Dia tak tahu.
“Disebabkan ini adalah
jawapan istikharah awak, jadi, saya bukan siapa-siapa untuk nafikan petunjuk
dari Allah. Saya akan cuba ikhlaskan hati.” Syifa tahan air mata. Jangan
bersedih duhai hati. Kuatlah. Inikan takdir Allah.
Dia sapu air mata yang mula
nak mengalir. Apa ni Syifa. Kata nak ikhlaskan hati. Kena redha dengan takdir
ilahi.
“Bila tak da jodoh bukan
bermakna dia tak baik untuk kamu atau kamu tak baik untuk dia. Tapi sebab dia
memang tidak tertulis untuk kamu di Loh Mahfuz sejak azali lagi. Tabahkan hati
mu duhai anak ku. Allah nak uji kamu. Siapa yang kamu sayang. Siapa yang kamu
cintai dalam hati. Lelaki itu atau Pemilik hati kamu yang paling berhak iaitu
Allah.” lembut nada Ustazah Fauziah. Dan bait-bait ayat Abang Hussin tiba-tiba
menerpa mindanya.
“Perasaan suka cinta kasih
sayang adalah pemberian Allah. Indah dan ceria.. Kamu suka dia tapi tak
bermakna kamu harus berduka jika dia bukan takdir kamu. Doa pada Allah
supaya Dia tarik kembali perasaan suka itu. Doa pada Allah supaya perasaan suka
itu Dia campakkan pada orang yang berhak untuk memilikinya. Ikhlaskan hati
kerana kita bukan siapa-siapa untuk menolak takdir yang Allah dah tentukan. Sesuatu
yang ditakdirkan berlaku pasti akan berlaku. The best for Allah is the best
for us. Ingt tu dan kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang
yang salah supaya bila kita jumpa dengan orang yang tepat, kita akan menghargai
dia. You are stronger than you think my dearest sister.” Tenang dan
yakin suara Abang Hussin. Dia berhenti sejenak. Kemudian menyambung,
“By the way,
Along tak da adik cengeng macam ni.” Aduh along! Sempat lagi kutuk even
dalam skype. Syifa tarik muncung. Along gelak kuat.
“Thanks along”
Terharu.
“Tara hal. Along pun banyak
kawan laki yang soleh-soleh. Bila dah bersedia, kamu bagi tahu along. Anytime
je. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi adik ipar along.” Nada riak. Syifa
mencebik.
“Perasan! Oklah
along. Syifa kena end up ni. Diorang ajak makan ramai-ramai before
balik rumah tuk cuti sem ni. Pape hal Syifa roger-roger along ye.” Syifa senyum
tayang gigi. Along angguk dan beri salam.
Telefon berbunyi. Syifa
angkat. Suara abah di talian. Abah dan ummi dah sampai. Syifa bangun. Pandangan
dibuang ke luar jendela. Dia senyum kelat.
* *
* * * * * * * * * *
Syifa pandang langit. Indah
dan ceria. Suasana petang yang best dengan angin yang
sempoi-sempoi tak reti bahasa plus dengan cahaya matahari yang agak redup.
Fuu~ memang syok duduk dekat taman depan aspuri time macam ni. Takkan
24/7 menghadap buku, menghadap laptop atau berprogram sampai masa tuk diri
sendiri pun tak ada kan?
“Assalamualaikum” Syifa
toleh ke arah datangnya suara. Gadis tersebut paham isyarat itu. Tanpa
berlengah lagi dia terus memperkenalkan diri.
“Nama saya Aisyah Humaira
Irdina. Saudari Nur Syifatul Iman kan? Sahabat Muhammad Hazim Irsyad? ” Gadis
itu senyum manis. Manis macam gula. Syifa bangkit. Salam dihulur. Syifa sambut.
Bergetar hati Syifa saat nama lelaki itu disebut walhal kisah mereka dah tamat
hampir 7 bulan yang lalu. Irdina hulur satu sampul yang cantik. Lambat-lambat
Syifa ambil. Kad kahwinkah?
“Ini dari Abang Irsyad. Abang kata untuk Kak Syifa.” Syifa pandang sampul itu.
Dibukanya sampul itu perlahan-lahan.
Assalamualaikum wbt.
Kehadapan cik mafia yang
bernama Nur Syifatul Iman Binti Ahmad Firdaus bernombor ID AA10101. (nama awak
panjang betul. Lenguh saya nak menulis)
Ingat dekat saya lagi tak?
hehe. Ehm, saya sebenarnya tak pernah tulis surat. Selalu guna emel je. Zaman
canggih mana main surat-surat dah. Jadi saya tak tahu nak tulis style
macam mana. Skema ke gila-gila ke ala-ala surat rasmi ke. Kusut jugak saya nak
pilih. Begini, saya nak mintak maaf dekat awak. Minta maaf sangat-sangat.
Kerana saya dah buat awak menderita. (berdehem)
Nur Syifatul Iman,
Sesungguhnya saya dapat lihat
awak menahan air mata saat saya ucapkan jawapan istikharah saya. Dan
sesungguhnya saya dapat rasa awak menahan sebak dan hiba saat saya ucapkan
‘jangan tunggu saya’. Saya buat semua ini bersebab. Bukan saja-saja. Yang tak
lain tak bukan adalah untuk kebaikan awak juga. Saya akui awak gadis solehah
impian semua lelaki. Saya tak terkecuali. Tapi apakan daya. Takdir Ilahi kita
begini. Saya disahkan menghidap kanser pancreas tahap 4. Kanser pancreas sangat
susah untuk dikenal pasti kerana saya sebagai pesakit sendiri pun tak tahu bila
saya menghidap penyakit ini kerana selama ini saya rasa saya sihat seperti
orang lain. And the worst case, kanser ini belum ada lagi penawarnya.
Doktor beri dua pilihan. Kalau saya buang pancreas, jangka hayat saya selama 6
bulan sahaja itu pun bersama segala bagai ubat-ubatan serta tiub melingkar
badan. Tetapi jikalau saya memilih untuk tidak buang, saya hanya mampu bertahan
selama 3 bulan. Pilihan apa lagi yang saya ada. Memang benar doktor itu bukan tuhan.
Tapi apa-apa pun, saya sangat bersyukur pada Allah kerana sekurang-kurangnya
saya tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk saya berusaha untuk menjadi
hamba-Nya yang bertakwa.
Nur Syifatul Iman,
Saat pertama kali saya lihat
awak, ada perasaan aneh muncul dalam jiwa. Jujur saya mengakui yang saya ingin
menjadi imam kepada awak. Memimpin tangan awak ke syurga. Tetapi, sekali lagi
saya katakan, takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang kerana kita
merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia adalah
sebaik-baik perancang. Saya tak sanggup lihat awak bersedih dengan keadaan saya
yang sakit, yang terbaring lemah, yang kadang-kadang menjerit kesakitan di
hospital. Cukuplah awak hanya ingat saya sebagai Muhammad Hazim Irsyad yang suka
buat awak geram dan hilang punca. Lalu, saya putuskan untuk tidak memberitahu
awak tentang penyakit saya ini dan saya memilih untuk melepaskan awak pergi
kerana saya yakin saya bukan takdir awak kerana awak berhak mendapat jodoh yang
lebih baik dari saya. Walau apapun yang dah terjadi, saya gembira dan bersyukur
kerana takdir temukan kita walaupun bukan sebagai suami isteri dan walaupun
cuma perkenalan yang singkat namun awak sentiasa diingati.
Cahaya penawar iman,
Ini maksud nama awakkan? Jadi,
teruskan menyuluh cahaya serta menjadi penawar iman kepada agama. Saya yakin
awak mampu menterjemahkan maksud nama awak dalam kehidupan. Dan saat awak
membaca surat ini, saya sudah pun pergi menghadap Rabbul Izzati. Jangan
bersedih teruskan menjadi srikandi.
Hamba
hina,
Muhammad
Hazim Irsyad bin Muhammad Haziq
Menitis air mata Syifa.
Laju. Tak dapat di tahan. Irdina peluk erat Syifa.
“Along amanahkan saya untuk
beri surat ini kepada kak Syifa. Along ada pesan jangan bagi kak Syifa menangis
lagi. Relakan dia pergi kerana dia pergi berjumpa Ilahi” Irdina juga menahan
sebak. Syifa leraikan pelukan. Dengan mata yang berair, dia pandang Irdina.
“Kak Syifa nak lihat kubur
Abang Irsyad” Irdina angguk. Dihapus air matanya. Kan Irsyad kata jangan menangis.
Redha dan relakan dia pergi. Jadi cahaya, penawar dan srikandi agama. InsyaAllah
awak. Saya takkan lupa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akan
terjadi. Allah tahu saya takkan dapat terima berita penyakit serta kematian awak
dengan mendadak. Jadi, Allah beri saya masa untuk siapkan diri saya, beri saya
masa untuk kuatkan iman saya untuk menerima berita kematian awak. Semoga awak
di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Amin ya Rabb.
-THE
END-