07/04/2018

APA PERLU BUAT KALAU DAH SUKA SESEORANG?



(1)Boleh kasi hint dan tengok reaksi dia macam mana atau (2)kasi hint yang lagi obvious kalau dia macam tak dapat tangkap atau (3)direct confess.

Kasi hint ni kau banyak bermain dengan andaian. Dan ‘game’ ni agak meletihkan aku rasa. Sebab kadang-kadang bila kau decide nak move on sebab kau rasa dia tak suka kau, eehh tiba-tiba respond dia macam positif pulak. Macam main tarik tali pun iya.

Tapi kalau kau rasa da cukup obvious hint kau tu, dan respond dia macam negative, angkat kaki dan berlalu pergi. Maksud aku bukan tak berkawan dah. Is just kau dah tutup pintu hati kau untuk mengharap dan suka dia.

Direct confess ni pulak tak semua orang boleh buat tapi kalau tanya aku, ini cara paling berkesan dan cepat. Berkesan sebab kau tak ada nak siksa hati kau dengan buat apa-apa assumption dan cepat untuk kau buat next steps such as move on kalau kena reject.

Ye aku tau. Malu gila kan kalau kena reject. Lagi-lagi kalau kita yang perempuan ni confess dulu. Kawan aku lepas dia confess, dia cakap 70% lega 30% menyesal. Haha.  Eh itu lagi bagus dari selamanya kau stuck dalam kisah yang tak ada ending. Right?

Aku selalu cakap dekat kawan-kawan aku. Jodoh yang salah ni ibarat batu besar yang menghalang jodoh sebenar kau untuk datang. So kena buang dulu batu besar ni baru boleh jodoh sebenar kau lalu terus ke hati dan hidup kau. Hahaha.

Dan aku pesan jugak, jangan buang masa untuk benda yang tak pasti. Contoh kau suka dia dan kau rasa dia ni macam suka kau jugak. Tapi dah sampai bertahun pun dia tak cakap apa-apa. Tak rasa buang masa muda kau macam tu je? Hmm.

Entahlah. Aku tak faham jugak lelaki ni. Tapi dari nasihat kawan lelaki aku, lelaki kalau suka perempuan tu dia akan usaha. Dia takkan biarkan kau terkapai-kapai. Dia yang akan buat move. Iya. Ada yang exceptional cases. Mungkin lelaki tu pemalu or so on. But again, kau kena bijak dalam membaca body language dia.

Jangan tertukar dengan kemungkinan dia cuma rasa selesa dengan kau sebagai kawan atau memang dia suka kau as special one. There is a huge difference tau. Sebab tu kena pandai analyse. Perhati betul-betul.

Sebab ada kes lelaki ni punya caring, sweet tapi alih-alih one fine day, dia upload gambar dengan awek dia. *rolling eyes*

Oh dan lagi satu. Kasi timeline. Contoh kau dah kasi hint dekat dia, tapi dalam tempoh 2 or 3 bulan dia macam tak faham jugak (atau dia sebenarnya buat-buat tak faham), then kau boleh decide nak suka lagi atau nak stop. Kemungkinan besar dia memang tak suka kau.

Apa pun pilihan kau, nak terus suka dalam diam, nak menunggu, nak luah atau apa sahaja, jangan pernah rasa menyesal dan sedih sangat kalau end result tak seperti yang kita nak.

Itu adalah risiko ‘one sided love’. Kalau kena reject, kau jangan sedih. Kau bukan tak lawa, bukan tak baik, bukan tak bijak. Orang baik itu ramai, is just he is not the one.

“A boy will never forget the girl he couldn’t have. A girl will never forget the boy she should have had.”
-Janganlah akhirnya kau menyesal sebab kau tak pernah cuba untuk dapatkan kepastian.