25/02/2015

I TOLD ALLAH A LOT ABOUT YOU, THEN I CRIED


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*Betulkan spect*

Entry ni ada orang request suruh tuliskan. Saya pun tak tahu kenapa orang suka request untuk tulis entry pasal hati perasaan ni. Padahal kisah sendiri pun terkapai-kapai tak tahu ending nya apa. Ehhh. Ada kisah sendiri ke? *tutup mulut* Haha.

Ehem!

Ini dilemma tentang ‘move on’ atau ‘keep stay’. Perlu tunggu atau melangkah pergi.

*tarik nafas*

Orang cakap kejarlah benda yang pasti. Buat apa buang masa. Umur bukan makin muda. Ini bukan isu dia tak tahu atau tak dapat agak apa yang kau rasa. Tak. Ini isu dia mungkin tahu tapi dia buat-buat tak tahu dan main tarik tali dengan kau sampai kawan-kawan kau pun nasihatkan kau untuk lupakan dia. Dan kau pulak tak nak dengar cakap dan  terus tunggu, berharap, pasang angan-angan sampai akhirnya kau dapat kad kahwin dia dengan orang lain. Masa tu baru nak meraung?

Jadi, nasihat aku, dapatkan kepastian apa yang dia rasa sama tak dengan apa yang kau rasa. (Dengan cara yang betul lah. Guna orang tengah yang kita yakin baik akhlak dan agamanya. Ustaz ustazah ke.) Sometimes there is no next time, no second chance, no time out. Sometimes it is now or never.

This is because, in love, it is better to know and disappointed than to not know and always wonder. Pahit dan payau. Tapi itu hakikat. There comes a time when you have to choose between turning the page and closing the book.

Dan kadang kita memang perlu dengar ayat ‘reject’ tu sendiri supaya kita boleh move on tanpa ragu. There’s a different between giving up and knowing you have had enough. Takkan lah nak melangkah pergi tapi hati kau tertinggal lagi dekat situ. Betul tak? Ngerti?

*tarik nafas lagi*

Tapi ada situasi, kau rasa dia memang suka kau cuma ada beberapa sebab membuatkan dia seakan tak boleh nak bawak ke satu fasa yang berikutnya lagi iaitu kahwin.

Mungkin sebab sama-sama tengah belajar ke, ada komitmen keluarga yang dia perlu tanggung dulu ke atau dia nak kumpul keyakinan, ilmu dan mungkin dia tahu dia tak mampu lagi ke arah itu, maka dia nak jaga ikhtilat dan tak nak bawak kau ke arah maksiat. Jadi sebab tu lah dia macam tak cakap apa-apa dekat kau pasal perasaan ni.

Jadi, untuk situasi ni,kalau rasa nak tunggu, nak bertahan, nak bersabar, silakan. Tapi yang penting jangan pernah rasa sia-sia waktu tu kalau nanti tak berjodoh. Sebab segala kekuatan, ketabahan, kesetiaan, kalau mungkin bukan dengan dia, akan Tuhan ganti dengan yang selayaknya.

*betulkan tudung*

Penantian itu meletihkan. Melupakan juga bukan mudah. Tapi yang paling payah adalah tidak tahu untuk memilih menanti atau melupakan. Kan?

Saya tak kata jangan tunggu dan saya tak kata silalah tunggu sampai bila-bila. Nope. Tapi, soal hati dan perasaan paling payah saya nak ungkapkan. Sebab terkadang untuk dia mungkin sesuai menunggu dengan sabar tapi untuk orang lain mungkin sesuai melangkah pergi dan cari kebahagiaan sendiri.

Ehm. Cuba tengok dia tu sesuai ke untuk ditunggu? Dah kalau dia memang kaki perempuan, asyik nak marah-marah je, tak ada tolak ansur, asyik kau je nak kena faham dia, tapi dia tak cuba pun nak faham kau dan ketara sangat nak pergunakan kau, so kau rasa worth it ke nak tunggu orang macam tu?

Jadi, cuma satu saya nak pesan, kalau jatuh cinta nanti, moga yang berbaloi untuk kau beri hati. Walau mungkin bukan dia jodoh kau nanti. Tapi, paling tidak cinta tu pernah ada orang yang terbaik dalam hati. Kerana cinta itu mendewasakan dan mematangkan kita.

Iya. Hati manusia milik Tuhan. Jadi, kau tahu nak minta hati dia pada siapa kan? Doa doa dan doa. Doa macam mana?

“Ya Allah, jika dia yang terbaik buat diri ku, agama ku, keluarga ku dan urusan ku pada masa kini dan akan datang, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menunggu sampailah masa yang sesuai itu tiba. Tapi, jika bukan dia orangnya ya Allah, kau cabutlah perasaan ini, kau pisahkanlah kami dengan cara yang paling baik dan kau gantikanlah dia dengan yang lebih sesuai dan layak untuk ku.”

I told Allah a lot about you. Then I cried. *sebak*

Kalian mungkin pernah lalui situasi ini. Dan masih lagi menunggu tanpa henti untuk Tuhan kabulkan doa kalian. Teruslah menjadi penunggu setia untuk Tuhan.

Tanamkan dalam diri yang cinta seharusnya membuatkan kita jadi lebih baik walaupun akhirnya kita tidak dapat bersama dengan orang itu. Kerana tujuan kita adalah Tuhan bukan manusia.

 * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Kenapa kau sanggup tunggu dia?”
“Sebab aku rasa dia berbaloi untuk ditunggu. Agama dia, prinsip dia, pemikiran dia dan akhlak dia. Semuanya.”

“Tapi, kalau nanti tak berjodoh?”
“Aku redha kerana bahagia bukan ditangan kita tapi Dia.”

Aku cintakan kau, maka aku memilih untuk menunggu. Dan kau cintakan aku, maka kau tidak akan biarkan aku untuk menunggu.

Dan, hanya kerana mungkin kita tak ditakdirkan bersama, itu tak bermaksud aku akan berhenti mendoakan kau dalam diam. Tak. *senyum*


p/s: boleh cuba baca entry ‘Kerana cinta, kita tahu Allah itu ada.’ Moga bermanfaat. http://rahimahfitrah.blogspot.com/2013/11/kerana-cinta-kita-tahu-allah-itu-ada.html


17 comments:

  1. Kak fit..nk kopi pasta quotes blh? ^^
    Nice2..
    Daebakk
    Kipidup ;)

    ReplyDelete
  2. Kak fit..nk kopi pasta quotes blh??
    Nice2..^^
    Daebakk..
    Ur wrting make me feel blue :(

    ReplyDelete
  3. kak nk kopi paste ayt2 akak bole ? ayat y best, lembut je menyentuh aty..hikss..n klako..hehe..bole eh kak :) syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dik. silakan. moga bermanfaat. =)

      Delete
  4. Kak fit.. Dah byk kali sy ulang baca entry ni. Berkali2 utk ingatkan diri sndiri. Dah decide to forget. And of course move on. Alhamdulillah I have another choice. Dah istikharah semua tp still dtg juga bayangan si dia. Allahu Rabbi.. Seriously mmg susah nk melupakan 100%. *air mata mengalir lagi xtau kenapa (dah tau tp buat2 xtau)*

    Whatever had happened seriously made me closer to Him. Yeah.. I told Allah a lot about him, then i cried, keep crying again and again..T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabah lah. Semua orang akan bahagia. Cuma kadang perlu masa. Akan ada satu saat, seseorang muncul dalam hidup kamu kemudian akan dia cantumkan semula hati-hati kamu yang berkecai tu. Dengan izin Allah juga. =)

      Delete
    2. Allahu Rabbi... *tarik nafas dalam2*

      Sy datang sini lagi kak fit, tanpa sedar.
      Keep on repeating reading this.

      Tq so much kak fit for the motivations. U r so inspiring even sy xkenal pun. Huhu..

      لايكلف الله نفساً إلا وسعها ��
      *paksa myself senyum sambil lap air mata :')*

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. this entry is so nice, i am asking permission to share & quote sth in my blog please :)

    ReplyDelete