29/09/2012

FIRST TRIAL


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. ^_^

It’s have been a while I’m not updating any new entry in my blog.. (speakong omputih lak cheq.. ha3!) Actually now dalam proses penulisan sebuah cerpen yang mana ini percubaan pertama saya dalam bidang penulisan. InsyaAllah sudah siap 70% cuma tinggal nak letak ending di mana saya pun tengah mencari masa yang sesuai untuk menghabiskan cerita. (garu kepala)

Cerpen ini saya tulis bukan untuk isi masa lapang sangat pun (sebab saya sebenarnya tak de la banyak sangat masa lapang) tapi sebenarnya lebih dari itu yang mana ada sebab tersirat mahupun tersurat di balik cerita yang tak seberapa ini.. Banyak yang saya nak kupaskan nak lontarkan dan nak ceritakan. Tapi namanya pun cerpen=cerita pendek. Jadi, saya tak bolehlah tulis panjang2. Nanti jadi cerpan=cerita panjang pulak kan.. kui3!

Mana datangnya ilham untuk saya menulis? Tak lain tak bukan datang dari Dia yang kadang-kadang tak terpikir dek akal (macam pelik dengan diri sendiri yang mampu mengarang dan menyusun ayat2 begitu) Pernah jugak, yang kadang-kadang puas dah tenung lappy sampai tembus dinding bilik sebelah tapi idea tak mau mai jugak dan pernah jugak kadang2 masa nak tidur (betul2 dah letak kepala atas bantal) tiba2 idea mencurah2 macam hujan di sahara.. :)   

Melalui Dia, ilham tercetus di tambah setelah melihat dan memerhati situasi keliling. Cerpen yang saya tulis adalah kisah-kisah, scene-scene mahupun ayat-ayatnya memang exist di alam nyata. Cumanya saya cantum semua cerita2 yang berada di sekeliling untuk menjadi sebuah cerita coretan berperisa saya. Yang saya pun tak tahu dan tak pasti akan sama atau tidak dengan perisa anda.

Maybe akan ada readers yang rasa cerita saya ini boring, cliché, tak masuk akal, ntahpapa dan etc.. Apa2 pun komen anda, saya tetap akan meraikan pendapat pembaca semua.. J kerana yang pastinya, ketika saya menulis cerpen ini, apa yang saya mahu, bila orang yang membacanya akan dapat ambil iktibar pengajaran dan jadikan pedoman. Sedut serap dan semat mana2 ayat atau moral story dan sebagainya yang boleh di guna pakai untuk menjalani kehidupan seharian.. (Gaya macam gah je cerpen ni kan? padahal tak gah mana pun) haha.  

Sebelum terlupa, ucapan ini saya tuju khas kepada ‘pembaca setia’ a.k.a editor saya (you know who you are) yang mana tak jemu-jemu baca draft penulisan saya sebelum mampu di publish sikit masa lagi. “thankz wei! ko tak jemu baca even aku tau ko letih banyak kerja sampai nak pengsan sebenarnya but still ko sudi gak layan, komen, dan bagi respon yang membina. Walau aku tau ko kadang2 rasa macam nak muntah baca part-part jiwang tak jadi, buat2 gelak padahal ayat dalam tu taklah lawak mana pun, buat2 terharu dengan muka sememeh padahal ko saja nak sedapkan hati aku.. Thankz sangat2! (nagis sampai keluar hingus)”

Dan buat anda semua, harap cerpen ini mampu membuat anda sengih macam kerang tak cukup vitamin, mampu buat anda terharu at least dalam 3 saat pun ok atau kalau tidak banyak, sikit pun jadilah untuk anda merenung dan menghayati apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan.. Itu yang penting.

# If Allah is the only one you have, then actually you have all you need#


24/09/2012

THE POWER OF DOA


“Berdoalah kamu kepada ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang2 yang sombong takbur daripada beribadat & berdoa kepada ku akan masuk api neraka Jahannam dalam keadaan hina” (Al-mu’min:60)

Kenapa tajuk entry saya “The power of Doa?” Ini kerana Rasulullah bersabda:

“Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi” (Riwayat Al-Hakim & Ibn Abi A-lbunya).

Wahai sahabat-sahabat. Saya yakin ada di antara kita sekarang ini yang mungkin sedang menanggung beban yang sangat berat. Sangat payah. Yang kita rasa benda ni kita tak dapat nak luahkan kepada orang lain. Yang kita rasa kalau orang lain tahu pun, mereka tak mampu nak menolong kita. Kita rasa lemah. Derita. Sengsara. Hingga kita kadang terlupa yang kita ada Maha Kuasa. Walhal, Dia tak pernah lupakan kita.

Sesungguhnya sebagai seorang muslim, dari mula kita lahir sampailah kita pejam mata, masaalah ujian cubaan dugaan akan sentiasa mewarnai hidup kita. Kerana apa? Kerana kita hamba-Nya.

“Adakah kamu berkira kamu akan di biarkan berkata kami telah beriman sedangkan kamu belum di uji?” (Al-Ankabut)

Kita diuji dari segala aspek, diduga dari segenap penjuru sampai at one point yang kita rasa kita dah tak mampu, dah tak berdaya, dah tak dapat nak fikir apa-apa. That time mungkin dah tiba masanya untuk kita berserah sepenuhnya pada Dia. Wasta’iru bissobriwassolah (mintaklah pertolongan Allah dengan sabar dan solat). Doa dan tawakal kerana kita hamba yang lemah dan Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

Atau mungkin, saat diri kita di uji, badai dugaan melanda diri dan adakalanya kita kuat kerana kita yakin Allah di sisi. Tapi apabila semangat itu pergi tetapkanlah dihati, walau bergoncang jiwa raga kita, jangan kita lari dari menghadapi. Biarkan Allah terus memegang hati kita serta memandu langkah kita supaya membentuk diri kita menjadi mukmin sejati. Hanya doa mampu kita panjatkan kepada-Nya untuk memelihara diri serta memberi kekuatan pada diri bagi menempuh segala yang terjadi.

Dan saya yakin, kita semua mengalami situasi ini yang mana there will be a point in our life that we feel we are weak but eventually we’ll get up again kerana kita punya Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakil. (cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung). Yakinlah pada Allah.

“Cukuplah Allah yang menjadi pelindung” (An-Nisaa:81)

#Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.#


19/09/2012

DIA BUKAN TAKDIR KU


Dalam hidup ini, pernah tak tetiba kita rasa macam attracted with someone.. attracted yang luar biasa.. bukan just tertarik sebab suka2.. bukan sebab saja2.. walaupun masa tu baru 1st time nampak dia, walaupun sebenarnya kita tengok dia dari jauh je.. yang mana, at one point, we think we have find the right person.. Dia yang menyenangkan hati sesiapa sahaja, dia yang disayangi semua orang, dia yang menegakkan agama dan dia yang kita yakin mampu memimpin tangan kita ke syurga.. kita berdoa sungguh2 sepenuh hati pada Allah supaya dialah oragnya..orang yang akan melengkapkan hidup kita.. orang yang terima kita seadanya.. tapi, apabila Allah menjawab doa kita, rupa2nya, dia bukan takdir kita.. kerana tak semua orang sebertuah deena bahrin kan? *smile*

Sedih? kecewa? laa tahzan.. Innallaha ma ana.. jangan bersedih.. Allah bersama2 mu.. kenapa harus bersedih? ehm.. macam ni, let put it this way..

“Perasaan suka cinta kasih sayang adalah pemberian Allah.. indah dan ceria.. aku suka kau, suka.. tapi tak bermakna aku harus berduka jika kau bukan takdir ku..”

Kita ini perlu menjadi generasi akhirat.. yang melihat dunia ini dengan jendela akhirat.. kalau kita betul2 bina cinta kita atas keimanan, ketakwaan, maka kita akan redha kalau kita terlepas orang yang kita cintai.. Kita bukan menghendaki redha Allah untuk mendapatkan orang yang kita suka TAPI kita berusaha untuk mendapatkan orang yang kita suka hanya untuk redha Allah..maka, kalau Allah takdirkan kita tidak dapat orang yang kita mahu, apakah itu satu masalah buat kita?

People always wrong when come to love.. mereka fikir cinta juz feeling suka between men n women.. hakikatnya cinta lebih besar maknanya dari itu.. the truth love supposedly membina peribadi manusia untuk menjadi lebih baik dari dulu.. itulah cinta yang suci dan bersih kerana cintanya berhubungan dengan Allah.. tapi perlu diingat.. cinta sesama manusia belum tentu indah penghujungnya.. Namun cinta kepada Allah tak pernah membawa kecewa.. maka kita sepatutnya merenung kembali, merenung sedalam2nya, atas dasar apa cinta kita itu di bina..

We are human being.. Not an angel.. kita akan rasa sedih jika apa yang kita harapkan tidak kesampaian.. kan? boleh bersedih tapi usah panjangkan kesedihan itu.. jika dia bukan takdir kita, doa pada Allah supaya Dia tarik kembali perasaan suka itu. Doa pada Allah supaya perasaan suka itu Dia campakkan pada orang yang berhak untuk memilikinya.. Ikhlaskan hati kerana kita bukan siapa2 untuk menolak takdir yang Allah dah tentukan.. The best for Allah is the best for us.. ingt tu.. dan kadang2 Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya bila kita jumpa dengan orang yang tepat, kita akan menghargai dia.. suka saya nak kongsi satu ayat dalam al-Qur’an yang saya rasa ayatnya memang available untuk situasi ini..

“Mungkin sesuatu yg kau sukai itu buruk bagimu dan mungkin sesuatu yg kau benci itu baik bagi mu.. sesungguhnya Allah maha mengetahui” (Al-Baqarah:216)

Entry kali ini saya tulis untuk seorang sahabat saya secara khususnya dan untuk saya kamu anda kalian secara am nya.. moga apa yang saya tuliskan ini akan memberi satu pandangan dari sisi yang lain tentang cinta yang tak kesampaian.. Bila perpisahan itu berlaku kerana Allah maka , yakinlah Allah telah menuliskan yang terbaik untuk kita , usah terlalu bersedih kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya .. Bersabarlah , pasti ada yang terbaik untuk kamu :)


#Cinta itu milik Allah.. bila2 masa Allah boleh beri dan bila2 masa Allah boleh tarik kembali.. aku dengan mudah boleh mencintai sesiapa yg Allah kehendaki dengan syarat dia juga harus mencintai Allah#


CERITA HATI


Ya Allah,
aku gadis kerdil,
selalu impikan cita-cita yang besar..

Ya Allah,
aku muslimah biasa,
selalu impikan jodoh yang luar biasa..

Ya Allah,
aku anak yang selalu derhaka,
seringkali membuat ibu dan ayah ku terluka..

Ya Rahman,
mampukah aku,
untuk mencapai cita-cita yang besar itu?
mampukah aku,
untuk mendampingi jodoh yang hebat itu?
mampukah aku,
menjadi anak solehah yang akan membuat ibu dan ayah ku gembira?

sungguh..
aku tak tahu..
aku buntu..
aku insan biasa..
yang kepingin menjadi hamba yang luar biasa..

tetapi aku lemah ya Rabb..
aku lemah dengan nafsu ku,
aku lemah dengan khilaf ku,
aku lemah dengan dunia ku..

Ya Tuhan ku,
Janganlah Kau berpaling dari ku,
walau aku selalu mengundang kemurkaan Mu..

Ya Tuhan ku,
janganlah Kau tinggalkan ku,
di saat aku kegelapan dan kelam..

ku mohon Ya Allah,
supaya aku sentiasa di jalan Mu,
di terangi oleh cahaya Mu,
untuk menyelusuri laluan yang berliku ini,
demi mencapai raudah Mu..


17/09/2012

RAHSIA ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..

Sesungguhnya Allah menyimpan beberapa rahsia untuk kita dimana sampai waktunya, rahsia tersebut akan terbongkar juga.. contoh rahsia adalah waktu ajal kita, hari kiamat, berapa banyak pahala dosa kita dan sebagainya.. but the most exciting secret is ……..   jeng jeng jeng!!! rahsia jodoh.. betul tak? (angguk je even korang rasa tak betul pun)

Kalau cakap tentang jodoh nikah kahwin ni, memang excited la.. topik ni sesuai di utarakan masa dalam bilik dengan rumatez, (tempat public plez don’t sebab nanti orang ingat korang ni gatal merenyam) time mata dah layu, badan dah kuyu, muka dah mencium meja, otak dah saturated (tepu) study.. sure kalau bincang topik ni dengan rumatez, mata segar-bugar, badan tegak 90 degree, muka senyum2 sampai telinga dan otak tetiba aktif dan mampu mengeluarkan idea2 bernas..

Sebenarnya kan, jodoh ni kadang2 datang tetibe je.. tak dijangka2.. mugkin jatuh dari langit, melompat dari tepi kolam atau muncul macam ninja depan kita.. atau mungkin jodoh kita orang yang ada depan mata kita.. yang kita kenal lama dah.. yang kita rasa muak dah tengok muka dia sebenarnya.. dari zaman hingus meleleh, zaman main congkak, batu seremban atau main kejar2..

Ada orang jodohnya pilihan sendiri.. ada orang jodohnya pilihan keluarga.. saya bukan nak bahas jodoh pilihan sendiri atau pilihan keluarga yang mana satu lebih baik.. tak kira takdir kita itu pilihan sendiri atau pilihan keluarga, yang penting kita dah siapkan diri kita untuk menjadi zauj/zaujah yang terbaik.. itu yang yang utama.. kita sudah siapkan diri untuk menjadi imam/sayap kiri yang hebat.. belajar ilmu rumah tangga.. nak jadi suami yang baik dan bertanggungjawab harus bagaimana.. nak jadi isteri yang di sayangi suami harus bagaimana.. nak jadi ayah dan ibu yang terbaik untuk anak2 bagaimana.. semua itu memerlukan ilmu.. nak pergi berperang pun kene ada weapon perisai n so on, nak jawab exam pun otak kena full dengan segala bagai formula kira2 equation.. untuk alam marriage ni pun WAJIB ada preparation.. kalau tak, tersungkur tersembam mencium bumi di tengah jalan..

Berapa ramai yang berkahwin tapi perkahwinan mereka tak kekal.. one of the factor adalah kerana tiada ilmu.. kalau ada tapi tak praktikkan pun wasteless je.. belajar dari buku2 atau ambil tips2 dari orang2 yang berpengalaman.. jadikan perkahwinan sampai ke syurga adalah matlamat kita.. berusaha untuk pertahankan perkahwinan yang di bina kerana masa yang di ambil untuk dipertemukan dengan jodoh kita itu cukup lama.. cukup payah.. kita terpaksa menempuh macam2 situasi, macam2 masalah, macam2 orang macam2 ragam sebelum kita jumpa dia.. jadi, takkan nak biarkan perkahwinan tu end like that je? tapi andai kata kita sudah berusaha sedaya upaya, namun kita tetap gagal, tak mengapa.. yang penting kita sudah berusaha.. kita sudah berjuang untuk pertahankan segala yang ada.. kerana mugkin takdirnya begitu..

#marriage is not living together but loving together.. nabi Muhammad adalah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumah tangganya lebih 1400 tahun yg lalu#

15/09/2012

GRADUAN UNIVERSITI PUN TAK PANDAI MASAK?


Sentap tak dengan tajuk entry ni? senntaappp kaann? saya pun sentap! rasa macam nak hentak2 kepala kat meja sampai meja pecah jadi kepingan2 kecik lepas tu saya nak gigit2 kepingan tu.. ha3! honestly saya tak berapa nak pndai masak.. (rendah diri) kalau ikut tekak saya, bolehla nak telan.. tapi nak bagi org lain cuba, seram sikit.. takut sakit perut, tak pasal2 saya kena sue! hu3!

Ade satu kisah benar di mana budak perempuan tu nak beli ikan kembong yang mak die suruh pun die kompius ikan kembong tu yang mana satu sebab die tengok ikan sume bentuk sama je. Nak beli sayur bayam pun die kompius sebab die tengok sume sayur kaler same je. Sampai die terdetik dalam hati, nape la pakcik kedai tu tak label je ikan2 dan sayur2 tu mcm bahan kimia kat dalam makmal?? Kronik kan? ade seorang makcik pernah cakap ‘ala.. budak2 yang pndai blajaq ni,yang dok blajaq tinggi2 ni, mana depa reti masak! dok sebok blajaqqqq jaa!!’ sambil mata makcik tu memandang saya dan anak2 perempuannya. saya yg mendengar ayat makcik tu ibarat kene tembak dengan m16 kemudian jatuh tertiarap tanpa mahu bangkit2 lagi. tuh diaa habaq ang! kene sedas yg pedas ok! ha3! 

Saya tak nafikan apa yg makcik tu cakap betul. sangat betul. Kita yang tak reti masak ni pun, (kita ye bukan saya je) *laugh* harus lah terima teguran tersebut sebagai teguran membina. bak kata omputih “Better late than never”. Sempat lagi nak blaja masak. Bukan susah pun. campak2 je bahan masakan tu dalam kuali macam main bahan kimia untuk wat experiment. ha3! sedap ke tak sedap belakang cerita. yang penting kita cuba untuk masak sebab orang tua2 cakap nak pikat hati suami harus pikat perut beliau dulu baru dapat pikat hati beliau. (orang tua2 cakap.. bukan saya cakap) Buat sang suami, hargailah jugak penat lelah isteri yang memasak untuk kalian. kalau tak sedap pun,buat2 la sedap. Appreciate semangat dan usaha isteri kalian.. jangan la complaint yang menyakitkan hati isteri tu. bagi komen dengan ayat2 dan nada yang baik2,yang sweet2..can u? *smile*

#perempuan yang mahu jadi solehah akan berusaha memperbaiki dirinya dalam semua aspek bukan hanya dalam ilmu agama dan akademik tetapi juga ilmu rumah tangga.#

14/09/2012

SYUKUR KE SABAR?


Salam jumaat semua! *smile*
Al-kisah sebuah cerita..
Seorang lelaki menunggu bas.. tiba2 jatuh dari atas langit DUIT syiling 50sen.. dia ambil dan dia sangat seronok.. 10 minit lepas tu, jatuh pulak dari langit RM50.. cepat2 dia tunduk dan ambil.. double seronok la dia kan sampai melompat-lompat.. 10 minit lepas tu, BATU jatuh dari atas dan betul-betul terkena kepalanya.. dengan muka yang berkedut eh berkerut dia mendongak lalu mula memaki hamun..

Ape ibrahnya? (pengajaran)
This is who we are nowadays.. Setiap hari ALLAH beri nikmat kesenangan tapi kita tak pernah or jarang sangat untuk menghadapkan wajah dan menoleh pd ALLAH untuk bersyukur.. tapi bila sekali di timpa bala musibah dan ujian barulah sebok nak cari sejadah.. solat selama ni tak sampai 5 minit tetiba jadi berjam-jam pulak.. atau, the worst case, keje nak mengeluh membebel atau memaki hamun tak puas hati sebab dugaan yang menimpa..

untuk bersyukur adalah lebih susah dari sabar.. tak percaya? saya bagi contoh.. bersyukur even dapat pointer rendah (padahal ada orang yang dapat lg rendah dari kita), bersyukur even setiap hari hanya dapat makan lauk telur goreng atau megi je (padahal ada orang jangan kata nak makan telur, makan nasi pun kadang2 tak dapat), bersyukur even muka tak cantik mcm miss universe (padahal ada orang buta yang bisu pekak tak de kaki tak de tangan lagi). bersyukur dalam segalanya.. payah kan?  *smile* padahal, ALLAH sangat suka hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dalam segala hal..

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Al-nahl:18)

Suka saya nak ingatkan kawan2 dan diri saya sendiri juga supaya kita wajib sentiasa bersyukur atas apa yang kita dapat dan kita perolehi, segala yang menimpa dan segala yg terjadi pada diri kita.. saya juga acap kali ‘tersungkur’ dari bersyukur tapi cepat2 la kita beristigfar dan pujuk hati kita supaya belajar bersyukur.. sebab ALLAH berfirman :

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku )maka pasti azab Ku sangat berat” (Ibrahim:7)




# there is always always and always something to be thankful for.. let says ALHAMDULILLAH#


12/09/2012

SAYA SOLEH DAN SOLEHAH KE?


Have this question cross in your mind? saya pernah.. banyak kali.. mengikut kamus tak berapa nak dewan edisi diri saya sendiri la kan, soleh/solehah ni formulanya takut+patuh=soleh/solehah. Takut kehilangan ALLAH dan patuh pada syariat-Nya.

Acap kali saya dengar pendapat kalau soleh/solehah ni mesti stok2 untuk ustaz/ustazah je. tak pun untuk tok imam,tok kadi, dan segala tok la yg seangkatan dengannya.. . (tok mudim saya tak sure sgt.. he3!) sebab ilmu agama depa tinggi.. tak macam kita.. blajaq agama pun takat darjah 3 lepas tu rengek2 kat mak kata petang2 tak mo p sekolah agama sebab nak main lastik burung dengan kawan2.. blajaq agama pun masa sekolah menengah semata-mata nak amek peksa.. kannnn.. tu pun dalam kelas agama masa sazah ngajaq kita dok tidoq kt blakang.. tak pun tengah sebok tiru jawapan add math kwn.. kaannn!!

Sebenarnya, sahabat-sahabat sekalian yang saya kasihi,, taat pada ALLAH dan Al-Quran bukan di nilai dari banyak mana kita tahu TAPI sejauh mana kita patuh dan redha serta sejauh mana kita hayati. Kalau belajar tinggi dan jauh-jauh sampai over the sea ke the river ke, tapi ilmu yang kita belajar tu tak di aplikasi, tak di amalkan dan tak di praktikkan pun wasteless je saya rasa.. Tapi saya tak cakap jangan blajaq tinggi2.. tak guna pun.. bukkaaannn.. sedangkan Nabi pun bersabda “tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad”.

Apa yang saya nak tekankan disini, soleh/solehah bukan hanya pada golongan tertentu saja.. kita pun boleh nak jadi soleh/solehah walaupun ilmu kita tak tinggi mana.. walaupun kita hanya pelajar yang tak ambil jurusan agama pun, walaupun kita hanya engineer kapal, doctor sakit gigi, lawyer bidang sivil or even cikgu pendidikan jasmani sekalipun.. yang penting kita sentiasa patuh perintah ALLAH.. Ada seorang kawan ni pernah cakap "lebih baik jd penjual goreng pisang walaupun orang nampak lekeh tapi duit halal dari jadi engineer yang orang lihat gah tapi ambil rasuah." Kadang-kala pakcik tukang kebun atau makcik cleaner itu lebih soleh/solehah dari seorang ustaz/ustazah kerana soleh/solehahnya seseorang itu hanya ALLAH yang dapat nilai.

Agama itu soal hati. hati yang merasa.. merasa bertuhan, merasa diri hamba, merasa tunduk dan patuh, merasa berserah diri setiap masa setiap ketika.. dan hati yang tak merasa berat menghambakan diri kepada tuhan.. *wink2*
#Ayuh! mari berlumba-lumba jadi hamba yg soleh dan solehah!#

11/09/2012

PELANGI KELIP-KELIP


Comei tak tajuk entry kali ni? saya rasa cooommmmeeeiiii sangat!! selalu kalau kita cakap tentang pelangi, orang akan kata ‘pelangi itu indah’, ‘pelangi berwarna-warni’, ‘pelangi timbul selepas hujan’ tapi masa saya first time dengar ‘pelangi kelip-kelip’, I think that words cute tahap DEWA! cuba bayangkan pelangi tu then dia berkelip-kelip macam lampu raya.. ha3! tapi, kalau kita menyulusuri lebih dalam lagi, saya rasa pelangi kelip-kelip ni ibarat kehidupan kita..

Hidup tak selalunya indah. Penuh onak duri ranjau kehidupan. Ayat yang kita selalu dengar kan. Macam skrip2 kat dalam drama, sinetron, novel bahkan bulletin utama. *cringe* Sebagai manusia dan hamba ALLAH, kita takkan lari dari di uji. Allah berfirman:

“Adakah kamu berkira kamu akan dibiarkan berkata ‘kami telah beriman’ sedangkan kamu belum diuji?” (Al-Ankabut:2)

Nah..  ayat di atas dah membuktikan saya kamu anda atau mereka yang mana kita sebagai hamba ALLAH, kita memang akan, tetap, dan wajib di uji. Bukan ALLAH saja2 nak uji kita tanpa sebab musabab kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu bahkan gugurnya sehelai daun pun dalam pengetahuan Dia.

Kita pasti mengeluh dengan ayat2 seperti ‘knapa mesti aku yang merasa ujian ini? bukan orang lain?’, ‘kenapa asyik aku je yang di uji? org lain bahagia je?’, ‘kenapa berat sangat ujian ni? ALLAH tak adil!’  Actually, ALLAH dah jawap pun segala persoalan2 kita dalam Al-Quran..  kita je yg tak tahu, tak nak ambil tahu, atau malas nak amek port bak kata remaja skang.. cewah! macam la saya ni da tua sangat kan.. ehem! ALLAH berfirman:

“ALLAH tak memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah:286)

“Kami tak membebani seseorang melainkan kesanggupannya dan pada sisi kami ada suatu kitab yg membicarakan kebenaran dan mereka tidak di aniaya” (Al-mu’minuun:62)

Tengok..! ALLAH sayang kita tau.. Dia tak uji kita dengan apa yang kita tak mampu.. Dia tahu tahap kemampuan setiap hamba-Nya. Kalau kita rasa ujian kita berat, sesungguhnya ada orang yang ujiannya lagi berat dari kita.. Jadi, tak perlu sedih dengan ujian yang melanda.. hadapi dengan senyuman.. *muka determine* kenapa saya cakap hadapi dengan senyuman? kerana ALLAH berfirman:

“ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran” (AL-Baqarah:185)

“Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Al-Insyirah:5-6)

Kita akan terasa ringannya ujian di dunia apabila mengenangkan azabnya mati.. Dan kita akan yakin dan tabah menghadapi kesusahan hidup di dunia kerana menyedari itulah bekalan untuk hidup di akhirat nanti.

#bersama kemenangan itu ada kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan *big smile* #

10/09/2012

SUBUH ATAU JOGGING

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..

Ceritanya bermula begini.. jeng3!

Waktu cuti sem, kalau rajin akan bangun awal untuk berjogging bersama rakan2 terchenta. Di ulangi, kalau RAJIN. Kunun nak kuruskan badan la kan tapi tak kurus2 pun! Ade a few things yang menarik perhatian saya waktu keluar berjogging ni. Nak cerita sume kat dalam 1 entry takut cerita berkajang2 sampai juling mata orang nak bace. Jadi, kita cerita sikit2 dulu ye. Masa berjogging dengan kawan2 (lebih tepat berjalan2.. bukan berjogging sangat pun) *sigh*, apa yang saya dapat perhatikan, ramai non-muslim yang keluar berjogging. Kemudian saya terfikir.. kenapa orang non-muslim sanggup dan boleh bangun awal pagi untuk keluar berjongging padahal kita yang muslim ni punyalah payah liat ngelat nak bangun subuh. Belum cakap bangun subuh berjemaah lagi. (yang ni saya cerita dalam entry yang lain pulak.. he3!) Yang membezakan kita dengan mereka hanyalah akidah. Yang lain2, kita sama dengan mereka. Sama2 homosapien a.k.a manusia. Kalau mereka boleh bangun pagi untuk berjogging yang bukan benda wajib kena buat dan yang kalau buat, mereka tak dapat pahala pun,, but they are willing to do it.. TAPI kita yang muslim ni, WAJIB bangun solat subuh untuk menunjukkan penghambaan kita pada Rabbul Izzati yang mana ALLAH dah janjikan pahala untuk kita, but still we REFUSE to do it. Ape cer kan? ALLAH berfirman

“Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah
(kepada Kami)”  (Az-Zariyat: 56).

“Sesungguhnya Aku ialah ALLAH, tiada Ilah melainkan Aku, maka abdikanlah diri kepada Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku” (Taha:14)


Jadi, atas alasan apa lagi kita nak beri setiap kali kita ngelat tak mboh bangun solat subuh? Atas alasan apa lagi kita nak beri setiap kali kita tarik selimut dengan slumber nya bukan untuk bangun solat tapi untuk sambung tidur bila azan subuh berkumandang?

#Tepuk dada Tanya iman. *smile* #

09/09/2012

LESEN MEMANDU PERCUBAAN MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Entry kali ni tentang pengalaman saya masa ambil lesen sebab ade seorang kawan saya ni dia fobia nak ambil lesen after dia failed test jpj hari tu.. hope dengan cerita saya ni akan mengembalikan semangat dia untuk ambil lesen semula.. yosshh!!! fighting!! *determined*

untuk pengetahuan umum, saya ni memang tak pernah la pegang stereng.. hidupkan enjin kereta pun jarang2.. yang saya tau, bukak pintu belakang, masuk kereta, duduk tepi tingkap, kereta jalan, saya pun pandang luar tingkap.. kalau mengantuk, tido tersengguk2 kat belakang tapi tak keluar air liur la.. (ayat cover) hahaha! di pendekkan hikayat ni, setelah lulus ujian komputer dengan sekali test je dengan markah yang wow! (48/50) *muka berlagak*, saya pun pergi la ke kelas memandu yg pertama dalam hidup saya.. saya ingt lagi dialog dengan cikgu memandu saya tu..

cikgu : “Penah bawak kereta?”
saya   : “tak pernah”
cikgu : “Pernah bawak motor?”
saya   : “tak pernah”
cikgu : “pernah bawak basikal?”
saya   : “pernah laaaaaa”
cikgu : “ehm.. baguslah.. kira awk tau la kalau ade tembok jangan langgar”

cisssss!!! sabar2.. sabar duhai hati.. die pun muka rilek je mcm x bersalah menuturkan lawak yg x berapa nk bez 2! ok2.. saya sambung.. *kawal emosi* ehem.. then kelas pun bermula.. memang mencabar dan payah laa utk org yg mcm saya.. yg kaki ni baru 1st time berkenalan dgn gear clutch break.. mase mula2 belajar, kereta asyik mati enjin je sebab kaki ni tak biasa nak main dgn clutch.. kemudian cikgu saya yg baik hati itu pun memberi tips.. nak tau apa tipsnya? beliau kata “enjin asyik mati je.. rosak la kereta mcm ni.. balik ni,awk rendam kaki awk dgn air panas.. bagi lembut skit.. keras sgt!” hahaha!

then masa mula2 bawak kat jalan raya, kereta ade la tersengguk2 terhenjut2 tersedak2.. (ehh.. tersedak2 2 mcm ne eh?) alaa… biasalaa.. nak tuka gear, nak main dgn clutch nak tengok jalan semua tu ingt senang ke untuk freshie macam I ni?? payah tau! skali lagi cikgu saya yg baik hati tu memberi kata2 perangsang.. beliau berkata “kalau ada perempuan mengandung dalam kereta ni sekarang, mau die terberanak terus sebab awk bawak tersengguk2” hahaha! nasib baik la saya ni jenis yg tak amek hati dgn lawak2 dia yg kasaaqq tu.. saya pun sengih je la.. *cringe*

dlm byk2 test, 3 pointer la yg saya rasa paling susah then dekat bukit.. masa kt jln raya, rasa takut2 je nak bwk.. takut langgar kucing ke, langgar kereta orangg ke.. da la dalam kereta tu ade nyawa orang lain selain saya iaitu tak lain tak bukan cikgu kesayangan saya lah kan.. naya je.. da la cuak, berdebar, cikgu pulak tak henti2 memberi pesan “rilek2.. bwk pelan2.. jgn kelam kabut” (saya mmg kelam kabut la cikgu.. tak leh ubah! duble kelam kabut if tengah nervous!! waaaa!), “awak bawak senget ke tepi ni.. besok bawak pembaris biar awk nampak kereta ni lurus ke tak” (sempat lagi wat lawak kasar kat tengah jln.. grrrrr) setelah di ajar, di marah, di perli dan segala di- la, saya pun amek la test jpj..

and hey, I passed alhamdulillah.. dengan skali test je.. mmg relieeeefffffffffffffff sgt99x! lepas dapat lesen tu, saya pun tayang lesen saya kat cikgu saya sambil sengih lebar dan wat muka riak.. kira muka tu menunjukkan “cikgu! im passed ok.. bangge x?” then cikgu pun pandang saya sambil senyum menunjukkan riak muka yg berkata “passed jugak awk kan even kelam kabut, kaki keras, mata senget” hahaha! saya memang solute dgn cikgu ni.. dia mmg sabar la.. saya nk ucapkan terima kasih kat dia.. and honestly, lawak2 dia tak wat saya offended pun.. *big smile*

jadi, knape nak berputus asa kalau gagal sekali? yg penting keyakinan diri.. kalau pun org lain anggap kita tak kan berjaya, buktikan yg kita boleh berjaya.. it’s all about ur mindddddd… ha3! So my dear fren, keep being strong ok! jgn mengalah.. adat la bila mencuba ade yg berjaya ada yg gagal.. tapi doesn’t mean we need to just sit down and meratapi segalanya kan tanpa usaha apa2 untuk mengubah keputusan tu.. berusaha! fighting! yosshh!!

#masa sebelum kita mampu belajar berjalan, kita bertatih pelan2 dan kita acap kali jatuh dan gagal kan? but kita tetap juga bangkit dan terus berusaha utk berjalan sedangkan kita masa tu kecik lagi.. so, why after we have grown up, kita lupa yang kita sebenarnya adalah seorang yg tak pernah berputus asa sewaktu dulu?#

KALI PERTAMA

Bismillahirramanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. *smile*

Assalamualaikum ku hulurkan bicara.. cewah! ha3!

Ni kali pertama (first time) buat blog.. harap beri tunjuk ajar.. *cliche*
Actually tak tau nak tulis apa untuk intro blog ni.. tak de idea, blur, blank dan sewaktu dengannya.. *crying*
Err.. Saya tak pandai nak menulis sangat pun yang saya tau merepek je.. ha3! Harap dengan penulisan kisah, pengalaman atau pandangan saya ni akan beri manfaat, akan beri inspirasi, akan beri keceriaan kepada anda semua.. ha3! enjoy reading and may Allah bless all of us.. ameen..

#pengalaman kali pertama selalunya tak kan dapat dilupakan.. For example kali pertama jatuh basikal, kali pertama gigi kene cabut atau kali pertama lempang orang.. ha3!#