19/09/2012

CERITA HATI


Ya Allah,
aku gadis kerdil,
selalu impikan cita-cita yang besar..

Ya Allah,
aku muslimah biasa,
selalu impikan jodoh yang luar biasa..

Ya Allah,
aku anak yang selalu derhaka,
seringkali membuat ibu dan ayah ku terluka..

Ya Rahman,
mampukah aku,
untuk mencapai cita-cita yang besar itu?
mampukah aku,
untuk mendampingi jodoh yang hebat itu?
mampukah aku,
menjadi anak solehah yang akan membuat ibu dan ayah ku gembira?

sungguh..
aku tak tahu..
aku buntu..
aku insan biasa..
yang kepingin menjadi hamba yang luar biasa..

tetapi aku lemah ya Rabb..
aku lemah dengan nafsu ku,
aku lemah dengan khilaf ku,
aku lemah dengan dunia ku..

Ya Tuhan ku,
Janganlah Kau berpaling dari ku,
walau aku selalu mengundang kemurkaan Mu..

Ya Tuhan ku,
janganlah Kau tinggalkan ku,
di saat aku kegelapan dan kelam..

ku mohon Ya Allah,
supaya aku sentiasa di jalan Mu,
di terangi oleh cahaya Mu,
untuk menyelusuri laluan yang berliku ini,
demi mencapai raudah Mu..


2 comments:

  1. Ok ingat dah start cerpen tu...tajuk dah buat sangsi...XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! cerpen on the way.. sabar.. =P

      Delete