29/09/2012

FIRST TRIAL


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. ^_^

It’s have been a while I’m not updating any new entry in my blog.. (speakong omputih lak cheq.. ha3!) Actually now dalam proses penulisan sebuah cerpen yang mana ini percubaan pertama saya dalam bidang penulisan. InsyaAllah sudah siap 70% cuma tinggal nak letak ending di mana saya pun tengah mencari masa yang sesuai untuk menghabiskan cerita. (garu kepala)

Cerpen ini saya tulis bukan untuk isi masa lapang sangat pun (sebab saya sebenarnya tak de la banyak sangat masa lapang) tapi sebenarnya lebih dari itu yang mana ada sebab tersirat mahupun tersurat di balik cerita yang tak seberapa ini.. Banyak yang saya nak kupaskan nak lontarkan dan nak ceritakan. Tapi namanya pun cerpen=cerita pendek. Jadi, saya tak bolehlah tulis panjang2. Nanti jadi cerpan=cerita panjang pulak kan.. kui3!

Mana datangnya ilham untuk saya menulis? Tak lain tak bukan datang dari Dia yang kadang-kadang tak terpikir dek akal (macam pelik dengan diri sendiri yang mampu mengarang dan menyusun ayat2 begitu) Pernah jugak, yang kadang-kadang puas dah tenung lappy sampai tembus dinding bilik sebelah tapi idea tak mau mai jugak dan pernah jugak kadang2 masa nak tidur (betul2 dah letak kepala atas bantal) tiba2 idea mencurah2 macam hujan di sahara.. :)   

Melalui Dia, ilham tercetus di tambah setelah melihat dan memerhati situasi keliling. Cerpen yang saya tulis adalah kisah-kisah, scene-scene mahupun ayat-ayatnya memang exist di alam nyata. Cumanya saya cantum semua cerita2 yang berada di sekeliling untuk menjadi sebuah cerita coretan berperisa saya. Yang saya pun tak tahu dan tak pasti akan sama atau tidak dengan perisa anda.

Maybe akan ada readers yang rasa cerita saya ini boring, cliché, tak masuk akal, ntahpapa dan etc.. Apa2 pun komen anda, saya tetap akan meraikan pendapat pembaca semua.. J kerana yang pastinya, ketika saya menulis cerpen ini, apa yang saya mahu, bila orang yang membacanya akan dapat ambil iktibar pengajaran dan jadikan pedoman. Sedut serap dan semat mana2 ayat atau moral story dan sebagainya yang boleh di guna pakai untuk menjalani kehidupan seharian.. (Gaya macam gah je cerpen ni kan? padahal tak gah mana pun) haha.  

Sebelum terlupa, ucapan ini saya tuju khas kepada ‘pembaca setia’ a.k.a editor saya (you know who you are) yang mana tak jemu-jemu baca draft penulisan saya sebelum mampu di publish sikit masa lagi. “thankz wei! ko tak jemu baca even aku tau ko letih banyak kerja sampai nak pengsan sebenarnya but still ko sudi gak layan, komen, dan bagi respon yang membina. Walau aku tau ko kadang2 rasa macam nak muntah baca part-part jiwang tak jadi, buat2 gelak padahal ayat dalam tu taklah lawak mana pun, buat2 terharu dengan muka sememeh padahal ko saja nak sedapkan hati aku.. Thankz sangat2! (nagis sampai keluar hingus)”

Dan buat anda semua, harap cerpen ini mampu membuat anda sengih macam kerang tak cukup vitamin, mampu buat anda terharu at least dalam 3 saat pun ok atau kalau tidak banyak, sikit pun jadilah untuk anda merenung dan menghayati apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan.. Itu yang penting.

# If Allah is the only one you have, then actually you have all you need#


No comments:

Post a Comment