31/10/2014

READERS OR FOLLOWERS


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

Ohhooi~~

Apa habaq geng-geng mafia ku sekalian? Gitu semangat tanya khabaq. Kah kah.

Ok. Bersempena sudah 2 tahun menjadi blogger (gila baru dalam dunia blogging. Kalau baby, gigi baru je nak tumbuh haaa), jadi, entry ini untuk you olls. *kenyit mata*

Ehem! Kisah nya macam ni.

Ada adik-adik yang private massage cakap nak buat blog. Nak tulis entry tapi tapi takut tak de orang yang baca. Takut ada kata boring aahhh kau tulis. Pheww~

Ok. Cuba betulkan niat. Nak berkarya sebab manusia atau Allah? Menulis sebab nak tarik perhatian manusia atau nak redha Allah? Soooooo, tulis tulis dan terus tulis. Kita takkan tahu siapa yang akan terkesan dengan tulisan kita. Kita takkan tahu siapa yang memang memerlukan kata-kata dari kita.

Semua penulis akan meninggalkan dunia. Hanya karyanya sahaja yang kekal abadi. Jadi, tulis lah sesuatu yang bermanfaat. Semoga menjadi saham-saham syurga. (Saidina Ali) *sorak-sorak*

Ada pulak yang cakap, err kenapa follower tak ramai tapi traffic leh meningkat? Ahaaa! Let me tell you yaaa~

Bila kita buat sesuatu benda bukan pada zamannya, memang a bit challenging. Contoh saya buat FB masa saya tahun 2 kat university. Orang lain dah laamaaa ada FB. Contoh lagi? Blog ni haaa. Blogging is ssooooo 10 years ago orang cakap. Skang zaman insta hookaayy! Jadi,bagi kita yang baru nak buat blog dalam zaman yang orang dah jarang-jarang blogging, jadi memamg kita rare ah! Tepuk dahi ehh bahu sendiri cakap syabas!
Saya rare! Haha. (P/s: Kita baru nak buat tumblr haa. Jumpa kat tumblr jugak eh! Hee~~)

Back to topic.

Well, kita bukan cari follower sekarang ni. Kita cari pembaca. (Baca: reader) Follower tak menjamin kita dapat traffic tinggi dan tak menunjukkan blog tu aktif. (And yeah, new entry dari blogger pun menyumbang kepada aktif ke tak blog tu Gulp. Macam jarang update je. *batuk-batuk*)

Follower kadang-kadang singgah sekali aje untuk follow lepas tu senyap. Tapi, kalau pembaca yang suka penulisan kita, dia akan always singgah dan baca setiap kali kita update entry baru daaannn tetap akan baca entry-entry lama kita walau dah berpuluh kali dia baca tiap malam siap dah hafal lagi ayat-ayat kita. Tak percaya? Ini kisah benar. Janji tak tipu! Terharu dengan reader macam tu. *lap hingus*

Ehem! *spotlight, microfone camera, rolling andddd action!*
Dikesempatan ini saya nak ucapkan ratusan ribuan jutaan billionan (ade ke word billionan? Heh!) kepada semuaaa pembaca Bi-idznillah. Yang ade blog lepas tu follow plus baca. 
Terima kasih sangat!

Yang tak ada blog tapi dah bookmark link blog ni dekat laptop dekat handset terima kasih banyak! Daaann yang tak ade blog tak ada laptop (online kat cybercafé) handset pun biasa-biasa tak de internet (jangan sedih. Saya pun after dah konvo ni baru dapat handset canggih sikit. Baru ada wassap tak sampai sebulan? Bahaha!) tapi sanggup hafal link blog ni and setiap kali nak bukak sanggup taip satu-satu huruf untuk link blog ni, terima kasih gilos!

Tabik hormat dan spring untuk kalian semua!
I love you all because of Allah.
Rindu 200% gitew.

Semoga setiap dari kita baik penulis atau pembaca, sama-sama untuk berubah jadi hamba yang terbaik untuk Dia. Sama-sama saling tarik-menarik untuk ke syurga. Sama-sama saling buat tembakan doa. Walau wasilah hanya melalui secebis karya. Moga Allah redha.


Amin.*pandang langit*

8 comments:

  1. bak link tumblr. haha. sy readers blog kakfit.. sejak.. sejak.. lupa! tp serious. sy x follow blog kakfit. sebab link sng hafal. kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ececece~~ manis cangat ayat nye! haha. ni tumblr kakfit.

      https://www.tumblr.com/blog/pelangikelipkelip

      Delete
  2. nice k fit. kita pun tk ramai follower tapi stat makin hari makin tinggi :3 betol! niat tu penting. apepun all the best k fit! :) best ayat k fit! bravo *clap*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kipidap bebeh! go go ggooooo fighting! =)

      Delete
  3. betol k fit. kita tkde follower pun tapi stat makin hari makin tinggi. yang penting niat. best ayat k fit! membina! padu! haha. keep it up sis. *clap*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fit da tgk blog awak. nice. kipidap. =)

      Delete
  4. Setuju kak. sy suka karya2 akak.

    ReplyDelete