25/02/2015

I TOLD ALLAH A LOT ABOUT YOU, THEN I CRIED


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*Betulkan spect*

Entry ni ada orang request suruh tuliskan. Saya pun tak tahu kenapa orang suka request untuk tulis entry pasal hati perasaan ni. Padahal kisah sendiri pun terkapai-kapai tak tahu ending nya apa. Ehhh. Ada kisah sendiri ke? *tutup mulut* Haha.

Ehem!

Ini dilemma tentang ‘move on’ atau ‘keep stay’. Perlu tunggu atau melangkah pergi.

*tarik nafas*

Orang cakap kejarlah benda yang pasti. Buat apa buang masa. Umur bukan makin muda. Ini bukan isu dia tak tahu atau tak dapat agak apa yang kau rasa. Tak. Ini isu dia mungkin tahu tapi dia buat-buat tak tahu dan main tarik tali dengan kau sampai kawan-kawan kau pun nasihatkan kau untuk lupakan dia. Dan kau pulak tak nak dengar cakap dan  terus tunggu, berharap, pasang angan-angan sampai akhirnya kau dapat kad kahwin dia dengan orang lain. Masa tu baru nak meraung?

Jadi, nasihat aku, dapatkan kepastian apa yang dia rasa sama tak dengan apa yang kau rasa. (Dengan cara yang betul lah. Guna orang tengah yang kita yakin baik akhlak dan agamanya. Ustaz ustazah ke.) Sometimes there is no next time, no second chance, no time out. Sometimes it is now or never.

This is because, in love, it is better to know and disappointed than to not know and always wonder. Pahit dan payau. Tapi itu hakikat. There comes a time when you have to choose between turning the page and closing the book.

Dan kadang kita memang perlu dengar ayat ‘reject’ tu sendiri supaya kita boleh move on tanpa ragu. There’s a different between giving up and knowing you have had enough. Takkan lah nak melangkah pergi tapi hati kau tertinggal lagi dekat situ. Betul tak? Ngerti?

*tarik nafas lagi*

Tapi ada situasi, kau rasa dia memang suka kau cuma ada beberapa sebab membuatkan dia seakan tak boleh nak bawak ke satu fasa yang berikutnya lagi iaitu kahwin.

Mungkin sebab sama-sama tengah belajar ke, ada komitmen keluarga yang dia perlu tanggung dulu ke atau dia nak kumpul keyakinan, ilmu dan mungkin dia tahu dia tak mampu lagi ke arah itu, maka dia nak jaga ikhtilat dan tak nak bawak kau ke arah maksiat. Jadi sebab tu lah dia macam tak cakap apa-apa dekat kau pasal perasaan ni.

Jadi, untuk situasi ni,kalau rasa nak tunggu, nak bertahan, nak bersabar, silakan. Tapi yang penting jangan pernah rasa sia-sia waktu tu kalau nanti tak berjodoh. Sebab segala kekuatan, ketabahan, kesetiaan, kalau mungkin bukan dengan dia, akan Tuhan ganti dengan yang selayaknya.

*betulkan tudung*

Penantian itu meletihkan. Melupakan juga bukan mudah. Tapi yang paling payah adalah tidak tahu untuk memilih menanti atau melupakan. Kan?

Saya tak kata jangan tunggu dan saya tak kata silalah tunggu sampai bila-bila. Nope. Tapi, soal hati dan perasaan paling payah saya nak ungkapkan. Sebab terkadang untuk dia mungkin sesuai menunggu dengan sabar tapi untuk orang lain mungkin sesuai melangkah pergi dan cari kebahagiaan sendiri.

Ehm. Cuba tengok dia tu sesuai ke untuk ditunggu? Dah kalau dia memang kaki perempuan, asyik nak marah-marah je, tak ada tolak ansur, asyik kau je nak kena faham dia, tapi dia tak cuba pun nak faham kau dan ketara sangat nak pergunakan kau, so kau rasa worth it ke nak tunggu orang macam tu?

Jadi, cuma satu saya nak pesan, kalau jatuh cinta nanti, moga yang berbaloi untuk kau beri hati. Walau mungkin bukan dia jodoh kau nanti. Tapi, paling tidak cinta tu pernah ada orang yang terbaik dalam hati. Kerana cinta itu mendewasakan dan mematangkan kita.

Iya. Hati manusia milik Tuhan. Jadi, kau tahu nak minta hati dia pada siapa kan? Doa doa dan doa. Doa macam mana?

“Ya Allah, jika dia yang terbaik buat diri ku, agama ku, keluarga ku dan urusan ku pada masa kini dan akan datang, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menunggu sampailah masa yang sesuai itu tiba. Tapi, jika bukan dia orangnya ya Allah, kau cabutlah perasaan ini, kau pisahkanlah kami dengan cara yang paling baik dan kau gantikanlah dia dengan yang lebih sesuai dan layak untuk ku.”

I told Allah a lot about you. Then I cried. *sebak*

Kalian mungkin pernah lalui situasi ini. Dan masih lagi menunggu tanpa henti untuk Tuhan kabulkan doa kalian. Teruslah menjadi penunggu setia untuk Tuhan.

Tanamkan dalam diri yang cinta seharusnya membuatkan kita jadi lebih baik walaupun akhirnya kita tidak dapat bersama dengan orang itu. Kerana tujuan kita adalah Tuhan bukan manusia.

 * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Kenapa kau sanggup tunggu dia?”
“Sebab aku rasa dia berbaloi untuk ditunggu. Agama dia, prinsip dia, pemikiran dia dan akhlak dia. Semuanya.”

“Tapi, kalau nanti tak berjodoh?”
“Aku redha kerana bahagia bukan ditangan kita tapi Dia.”

Aku cintakan kau, maka aku memilih untuk menunggu. Dan kau cintakan aku, maka kau tidak akan biarkan aku untuk menunggu.

Dan, hanya kerana mungkin kita tak ditakdirkan bersama, itu tak bermaksud aku akan berhenti mendoakan kau dalam diam. Tak. *senyum*


p/s: boleh cuba baca entry ‘Kerana cinta, kita tahu Allah itu ada.’ Moga bermanfaat. http://rahimahfitrah.blogspot.com/2013/11/kerana-cinta-kita-tahu-allah-itu-ada.html


23/02/2015

HIKMAH TU BUKAN NAMPAK ESOK LUSA


Ini kisah aku. Aku tak kata kisah aku menarik dan aku tak kata kisah kalian membosankan. Tapi aku harap kisah aku mungkin boleh jadi permulaan untuk kita kenal dan faham apa itu ayat ‘kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.’

(Amaran: Ini kisah panjang melangkau berpuluh tahun kebelakang. Takut nanti baca sampai berpeluh. Kah kah. Jadi harap tabah.)

Ok. Sedia mula!
Baling belakang (baca: throwback)

Tahun 2012
Masa Sekolah Rendah Kebangsaan, aku Setiausaha untuk Pengawas Sekolah. Tapi alahai apelah sangat kan masa darjah 5 6 tu. Haha. Kat sekolah agama pulak aku ketua Pengawas. Hamek! Aku memang acah-acah garang ah! Masa darjah 6 tu, UPSR aku dpt result bagus jugak la then UPSRA (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama) pun aku dapat bagus sampai aku jadi tokoh pelajar waktu tu. Gedabak gila aahhh piala dia. Berat berkilat2. Mak ayah aku nangis bangga-bangga masa tu. Haha.

Then aku apply SMAKL (Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur).  Memang nak lah sekolah ni sebab dekat dengan rumah then ada akademik dengan aliran agama kan. SMAKL ade interview dan kena jawab exam kemasukan. Maka, nak dijadikan cerita, surat interview and exam tu sampai lambat dekat rumah. (tak tahu la posmen tercicir surat ke ape ke wallahualam.)  Jadi, tak dapatlah aku nak masuk SMAKL. Sedih dia tak yah cakap lah kan. Tengok pulak ada kawan-kawan dapat sekolah situ. Dia punya sebak tu lagi laaaa tak terkata. *nangis-nangis*

Tahun 2013
Kemudian, aku pun masuklah sekolah harian biasa. Sekolah baru ni. Kami first batch. Maka, selama 3 tahun aku pun belajar lah dekat sekolah tu. Nak dipendekkan cerita (sebab banyak lagi ni nak cerita) PMR pun menjelmaaaaaa. So, result PMR aku pun alhamdulillah lah bagus jugak. Dengan semangat waja, aku nak masuk sekolah berasrama, jadi aku bersama 3 lagi kawan aku, kitorg apply la nak masuk SBP dan MRSM. Tapi, nak tahu tak? 

Rupanya borang kami tu aku nampak ada dekat atas loker. Mungkin lah person in charge masa tu tercicir borang kami ke terselit kat mana-mana sampai tak perasan ke, wallahualam. Jadi, apa nak buat. Aku meneruskan jugak lah sekolah dekat situ. *tarik nafas*

Sebenarnya, masa aku Form 1, cikgu ada cakap pasal Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). Since aku punya result UPSR bagus jugak, alhamdulillah aku dapat BKP ni. Jadi, selama 5 tahun aku sekolah, aku dapat biasiswa. Masa ni masyuk jugak lah kan sebab aku tak yah nak berharap lagi dekat mak ayah.

So, nampak tak Tuhan atur cantik? Cuba kalau aku ada dekat SMAKL dekat SBP dan MRSM. Belum tentu aku dapat biasiswa tu kan? (Mungkin lah sekolah-sekolah tu pun ada scholarship tapi mungkin tak sama macam BKP ni.)

Rasa tak hikmah tu kadang bertahun baru nampak? *senyum*

Tahun 2007
Sebenarnya lepas SPM, aku memang cakap dengan mak, aku nak sambung STAM dekat Perak (ada sekolah agama rakyat dekat situ.) Habis PLKN aku boleh terus masuk sebenarnya.  Aku nak proceed STAM even aku tak ambil aliran agama masa sekolah menengah. Aku sanggup nak belajar balik dari awal selama 2 tahun. Aku memang tak rasa nak proceed dengan Sains dah. Tapi, tahu tak. Takdir Tuhan, memang aku pergi Perak. Tapi bukan STAM. Aku pergi Perak ambil Matrik. Yup. Sains. Aku budak Sains Hayat masa tu. Phew.~

Jadi, nak tak nak aku proceed je lah matrik kan. Dekat matrik ni kita dapat elaun. Kira tiap semester dapat duit. Maka, lagi sekali aku tak membebankan mak dan ayah dalam study. 

So nampak tak aturan Allah tu cantik.

Rasa tak hikmah tu kadang bertahun baru nampak? *senyum*

Tahun 2009
Masa aku kat matrik, mak aku asyik cakap je nanti habis matrik ambil medic. Aku sebenarnya tak nak dah Sains ni lagi. Medic pulak? Medic though laaaa! Rasa tak mampu nak bawak. Nangis-nangis dah tak nak. Tapi sebab mak cakap besar pahal jaga orang sakit semua kan, so aku pun macam bersemangat dan terus rasa nak medic nak medic jugak! Hihi. Why not kan?

Pendek cerita, aku dapat pointer memberangsangkan lah. Above 3.5. Maka, aku apply la segala macam benda contoh forensik, medik, pharmacy semua tu lah. UM, UKM, USM, U yang wowowo lah kan! Well, above 3.5 kan. Haha.

Nak dijadikan cerita, semua yang aku apply, semua tu tak dapat. Iya. TAK DAPAT! Tau aku dapat mana? Aku dapat dekat UMP. Universiti Malaysia Pahang okay bukan Universiti Malaya cawangan Pahang. Haha. Masa tu huruf ‘P’ tu aku tak tau untuk Perlis ke Perak ke Pulau Pinang ke. (Masa minggu orentasi diorang cakap UMP stand for Universiti Mana Pulak. Kah Kah.) Aku dapat course Industrial Chemistry. Chemistry wwoooiiii! Aku paling tak pandai yang tu lah. Tak tak. Paling tak pandai Physics. Haha.

Jadi, aku sangatlah kecewa, diulangi kecewa gilos lah! *nak gambarkan aku punye kecewa, banyangkan aku dekat penjuru bilik yang gelap, pandang lantai, ada sportlight dekat aku je. Sadis tak?*

Maka, dengan perasaan yang bercampur-baur (mostly negative feeling aaahhh!) pergi la jugak ke UMP. (p/s: sebenarnya memang da cakap dengan mama nak tolak je UMP ni. Tak nak sambung sini. Tapi, tak tahu kenapa proceed jugak.)

Masa aku tahun 1 aku memberontak gila lah. (Memberontak macam mana? Mungkin next entry aku cerita sebab tu skop cerita lain da. Lari tajuk nanti. Haha.) Owh lupa nak cerita. Aku dapat Biasiswa JPA. Batch aku, fakulti aku, course aku, Cuma dua orang je dapat. Sorang aku, sorang lagi lelaki. Then, masuk Sem 2 aku dapat offer medic. Aku macam what? Gitew~ Tapi setelah istikharah pikir panjang-panjang, maka aku tolak offer medic dan proceed kt UMP.

Ok tak nampak lagi kan ape permainannya? Sebab masa tu aku pun tak nampak dan tak tahu kenapa aku tolak medic padahal aku memang nak benda tu.

Pada suatu hari, masa aku tahun 2, aku dapat call yang mak aku masuk hospital. Jadi, esoknya aku terus balik KL. Adik aku masa tu kat matrik Melaka. Dia pun terus balik. Berjumpalah kami semua di hospital. So malam tu aku jaga mak aku.

Jaga lah macam biasa kan, tido tu, aku letak la kepala aku kat katil mak aku. Ala, macam kita tidur atas meja. Tido lena tak lena lah. Pagi tu dalam kul 5 pagi la kot nurse datang nak check darah mak aku. So, aku pun bangun lah. Aku berdiri. Aku msg adik aku suruh bawakkan toiletries. Tetiba aku rasa macam gelap. Dunia ibarat berputar. Pergh ayat drama habis. Haha. Then, baaammm! Aku collapse. Iya. Aku pitam masa tu. Aku sempat dengar mak aku jerit panggil Doctor.

Ok. Yang kelakarnya, aku baring satu katil dengan mak aku. Haha! Pukul 8 pagi nurse suruh mak aku kejut aku sebab doctor nak datang check. Nanti kena marah pulak baring dekat katil pesakit. *Kuis-kuis tanah sebab malu* Mak aku cakap apa bodyguard pun pitam. Wahaha! *hentak kepala kat dinding sebab rasa macam noob gila*

Sebenarnya, baru aku tahu aku ni darah rendah. Badan aku lemah. Aku tak boleh tak cukup makan (sebab tu tak boleh diet. Haha.), aku tak boleh tak cukup tidur. Kalau tak aku memang akan boleh pengsan. Jaaadddddiii, ini lah sebabnya kenapa lah kot takdir aku bukan dekat medic. Ye lah. Doctor tu semua mana cukup tidur. Tabik spring dekat semua doctor di dunia. *tabik*

Rasa tak hikmah tu kadang bertahun baru nampak?

TAHUN 2014
Selama 4 tahun kat UMP, sebenarnya masa hari aku ambil skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (kepujian) Kimia Industri, hari tu lah baru aku terima dengan redha yang aku student UMP dan bukan ambil course Medic.

So, bayangkan lah aku 4 tahun belajar pun macam tak leh accept aku bukan budak medic. Tiap kali mak aku sakit, atau aku pergi hospital, aku mesti akan rasa macam sedih sebab aku nak jadi Doktor. Tapi tu lah kan. Bukan takdir aku. Tapi ada beberapa perkara yang terjadi buat aku macam rasa nak nangis sambil sujud syukur.

Masa aku final year, aku praktikal dekat UMP jugak as Research Assistant. So, supervisor aku suruh aku masuk pertandingan research. Aku cuak gila aaahhh! Aku macam biar betik kan? Haha. Memula lawan dalam UMP dulu. Satu orang satu project. Nama pertandingan tu Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX). Ada 150 peserta dan 15 orang je yang dapat gold medal. Alhamdulillah aku one of them. *tepuk-tepuk gembira* Haha.

Then, dari 15 orang dapat gold medal, pecah kepada dua team untuk wakil UMP pulak lawan dengan Universiti seluruh Malaysia. Aku pergi yang dekat UTEM. Nama pertandingan International Innovation Festival (INNOFEST). Lebih 40 Universiti ada. Satu U kadang hantar ramai peserta. Alhamdulillah. Gold medal lagi dan seterusnya mewakili UMP dan Malaysia ke Korea. *lompat-lomat gembira* 

Nama pertandingan dekat Korea International Youth Invention Contest (IYIC). Kami ada 11 orang wakil UMP masa tu. Judges aku 2 orang masa tu. Dua-dua dari Philippine. Debar dia tak yah cakap lah. (Cerita pasal pengalaman dekat Korea ni pun mungkin next entry aku cerita. InsyaAllah sebab banyak benda best aku nak share.) Maka, Alhamdulillah. Gold Medal lagi! *kali ni bukan takat tepuk dengan lompat, rasa nak gymnastic, guling sini sana sampai rasa nak nangis gilos!*

Dan, Alhamdulillah syukur ya Allah. Aku grad dengan pointer 3 above (dengan sibuk itu ini, study, masalah macam-macam sampai aku rasa nak putus asa kadang-kadang) dan aku dapat ‘The Best Final Year Project’ dalam Konvokesyen UMP kali ke-9.
Jadi, nampak tak apa aku nak sampaikan? ‘Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan.’ (Ar-Rahman)

Bayangkan lah kalau aku tak proceed dengan UMP, ada ke aku akan dapat gold medal. Ada ke aku akan grad dengan pointer above 3 dan dapat anugerah macam tu dekat Konvokesyen? Mungkin tak ada.

Nampak tak aku nak masuk SMAKL tapi Tuhan aturkan lain, nampak tak aku nak pergi STAM tapi Tuhan aturkan lain sebab Tuhan tahu aku boleh survive dengan semua tu. Dan nampak tak aku nak Medic tapi Tuhan tahu aku tak boleh bawak Medic tu sebab badan aku lemah.

Maka, segala macam benda yang Tuhan dah aturkan untuk kita.  Jadi, rasa tak hikmah tu kadang bertahun baru nampak? *senyum*

Kita memang biasa dengar ayat ‘kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan ’ tapi ada tak kita betul-betul faham dan merasai ayat tu?

Tanya hati sendiri. Semak diri sendiri.

Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti. Mungkin perkara yang kita idamkan itu bukan perkara yang terbaik untuk kita. Mungkin perkara yang kita impikan itu akan Allah ganti dengan 10 kali ganda yang lebih baik atau mungkin sebernarnya kita tidak memerlukan langsung perkara yang kita idam-idamkan itu

Belajar untuk bersabar. Belajar untuk redha. Belajar untuk sentiasa memandang dari sisi yang baik. Belajar untuk menghargai apa yang diberi. Belajar untuk menyukai apa yang dah ditakdirkan. Dan aku, sampai hari ini masih lagi belajar semua itu.

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini pada mulanya kita sangka buruk tetapi setelah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti bahawa awal yang buruk itu adalah pengakhiran yang baik. Keep being positive. Trust in Allah.