20/06/2016

BETRAYAL



Fuh. Tajuk kemain keras. Dah bersawang blog, bukak-bukak tajuk kontroversi sangat~ haha. Ok. Nak cerita apa sebenarnya ni. *tarik nafas* Aku tulis ni sebab kawan aku request. Moga-moga jadi kekuatan untuk kalian dan aku juga.

Pengkhianatan. Siapa dekat sini tak pernah kena khianat? Aku percaya semua orang pernah kena. Cuma pengkhianat tu jenis macam mana dan level berapa je yang berbeza. Tapi kalau dah namanya kena khianat, tak kisah la level berapa, sakitnya tuh di sini, di dalam hati ku. *nyanyi*

Mana yang kena khianat dengan adik beradik, suami isteri atau kawan rapat. Semua pengkhianatan tu akan diingati sampai bila-bila. 

Aku tak nak ulas panjang lebar pasal definisi pengkhianatan ni. Aku cuma nak share bila aku rasa sedih kecewa gila apa yang aku buat.

Tak. Aku tak pergi flying kick orang tu even ntah dah berapa banyak kali scene aku ‘bunuh’ dia dalam kepala aku. Hahaha. Tau. Aku tau sakit gila kena khianat sebab khianat ni dari orang yang kau rapat dan percaya. Kira unexpected things happened from unexpected person. Kalau musuh yang khianat tak pe gak sebab kita tau dia tu memang musuh. Tapi ni orang yang kau sayang, share everything bertahun-tahun.

Apa aku buat bila kena kena khianat? Aku nangis. Ye. Aku nangis sambil muhasabah diri. Aku baca ayat ni.
“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim.

Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang di baca oleh nabi Yunus a.s. Bacalah berulang kali.
Aku masa baca ayat ni sampai berjurai air mata. Sebab apa? Sebab kita sendiri menzalimi diri kita. Sungguh ketika aku sedih, pedih, resah, gelisah, sempit terhimpit, Tuhan tak pernah zalimi hambaNya, sebenarnya akulah yang menzalimi diri aku sendiri.

Everything happens for a reason. Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia. Terkadang memang ambil masa untuk nampak ‘kecantikan’ yang terjadi selepas itu. Ambillah masa berapa lama sekalipun untuk belajar terima takdir tu. Cuma aku nak pesan jangan sesekali salahkan Tuhan. Tanda Dia sayang kau dengan berapa banyak ujian kau kena tempuh. Dunia ibarat penjara orang mukmin. Takkan ada rehat sampai kita jumpa Allah. Ingat tu.

Bila kau betul-betul redha dan meletakkan segalanya pada Allah, Allah terus jawab doa-doa kau. Aku pernah kena khianat beberapa kali. Tapi masa aku kena khianat tu aku langsung tak doakan orang tu kena balasan ke bencana ke. Tak. Serius tak. Aku cuma doa supaya Allah beri aku kekuatan untuk tempuh dan biarkan kebenaran tertegak kerana kebenaran takkan pernah kalah dengan kebatilan. Ajaibnya, orang tu sendiri datang mintak maaf dan mengaku segala kesilapan.
-------------
We’ve got both light and dark within us, what matters is the part we choose to act on. That’s who we are.-Sirius Black.

So, kau redhakan lah. Maksud kat sini kau tak yah la berdendam. Forgive but not forget. Kau maafkan tapi kau ingat tu sebagai pengajaran paling besar dalam hidup dan kau serahkan segalanya dekat Allah sebab kau yakin Allah tu adalah segalanya. Baik ketika kau gembira mahupun berduka. Baik ketika kau rasa kau punya ramai orang untuk di andalkan mahupun ketika sebenarnya kau tiada sesiapa di sisi.
-------------
The best revenge is to move on and get over it. Don’t give someone the satisfaction of watching you suffer.-Dr. Bilal Philips.

Dah. Bangkitlah. Kalau aku di beri izin untuk cakap sesuatu, apa aku nak cakap dekat kau adalah, kau tak hancur seperti yang kau fikirkan dan aku tahu, semua orang mesti ada parut luka yang payah nak sembuh tapi percayalah semua orang yang hebat pernah melalui ujian yang sukar dalam hidupnya.

Kepedihan, air mata, perpisahan, kehilangan dan kesakitan baik dari perkataan mahupun tindakan,

Dalam saat-saat kesusahan seperti ini, tenangkanlah hati mu dengan ayat-ayat Allah.

“Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati).”
[Ad-Dhuha:4-5]

Moga tabah menghadapi.
Moga kuat menempuhi.
Moga sabar melalui,dan
Moga sentiasa dilindungi Ilahi.

1 comment: