18/04/2013

17 APRIL 2013



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum! ^_^

Entry kali ini agak personal. Bagi sesiapa yang rasa tak mau baca, tak mengapa. *peace*

Mohon sidang hadirin memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan bahasa yang agak gila-gila. (sebab ini entry personal kan? haha!) Terima kasih.

Ehem!  A few weeks yang hectic gila habaq ang! Waktu tidur entah ke mana, waktu makan *berfikir*  waktu makan on time. Haha! Kemuncak kesibukan bermula pada jam 0010 bila saya terima fon call dari seorang kawan rapat. Duk nangis-nangis cakap ada masalah. Mintak tolong datang cepat. Serius terkejut! Sebab lately ni ada kes ragut dan macam-macam lagi. Dengan sepantas kilatnya, pergi cari kawan tu bertemankan kawan baik lagi seorang. Masa tu Allah je lah tahu macam mana risaunya saya dekat kawan tu. Sungguh! Dipendekkan cerita bila saya ternampak kawan ni menangis di satu tempat yang gelap, cepat-cepat meluru ke arah dia dan zzzaappp! Badan tetiba basah! Pembetulan. Bukan badan je. Kepala semua lah! Ada orang siram air tepung. Kemudia tempat yang gelap tiba-tiba menjadi agak cerah (sungguh tak tau mana datang cahaya, ke perasaan saya je masa tu? haha) dan kemudian rasa macam raamaaii sangat manusia keliling saya sambil nyanyi lagu bufday.

Perasaan masa tu bercampur baur macam ABC+Cendol+ Es jagung. (sedapnya!!) Rasa lega sebab kawan tu sebenarnya selamat. Rasa geram sebab kena prank. Tapi sejujurnya, rasa sangat terharu. Terharu level 10. Kerana apa? Ni nak habaq, Yang ramai-ramai tu ahli keluarga besaarrr saya. Kereta dari UMP Pekan dalam 3 buah (total 17 orang) yang lain-lain dari Gambang. Terharu sangat. Sanggup datang jauh-jauh.  Terharu sangat-sangat dekat semua. Padahal ada yang ada test kuiz dan kelas awal pagi esok. Sungguh terharu. Tak tipu!

Then balik tu, bukak-bukak FB rasa macam pelik. Dah kenapa banyak sangat FB nama Rahimah Fitrah siap DP pun sama dengan cheq.  Rasa macam ‘gelombang’ BIDADARI. (Ok! Mesti menyampah kan? Boleh muntah sekarang. Haha!) Agak terkejut sebenarnya. Mula-mula terfikir apa motif diorang-diorang ni. Bila pikir-pikir balik, mungkin ni cara diorang nak tunjuk sayang diorang kot. (Mohon lepas ni buat fan club ‘bidadari’) *jelir lidah* Kalau nak buat lagi, kekalkan adab kesopanan dan kemafiaan kak fitrah ye adik-adik, kawan-kawan. Jangan gunakan bahasa yang tak manis. Aiwah! Haha! Dan kerana gelombang itu, semua orang jadi tersalah tag, tersalah komen dan menyebabkan kekeliruan serta kesakitan otak yang teramat kepada pengguna-pengguna FB yang lain. Dan ini membuatkan saya terpanggil untuk buat status ala-ala artis suam-suam kuku kaki dalam FB. *bila baca balik macam bajet gila je rasa* Hoho! Dan saya nak mintak maaf kepada pengguna-pengguna rangkaian muka buku yang mungkin agak terganggu dengan gelombang ini. Maaf. Saya akan sebat adik-adik saya yang ramai ni nanti. *bow*

Ehem!

Apa-apa pun, terima kasih banyak kepada semua. Semua yang sanggup bersusah payah datang dari jauh, sanggup berhimpit-himpit masa prank, barisan pelakon-pelakon (ada yang hebat sampai seluar terkoyak, ada yang tiba-tiba muncul dari arah depan walhal itu bukan timing dia, ada yang terkeluar awal dari tempat persembunyian, ada yang tersalah tengok orang dan macam-macam ragam lagi. Haha), rakan-rakan yang wish direct mata ke mata siap peluk-peluk bagai,yang wish di FB, through fon, yang bagi hadiah (yang post dari jauh, yang buat delivery special bila mana bukak pintu tengok-tengok ada hadiah), yang tulis puisi, yang call siap nyanyi lagu bufday  dan anda-anda yang mendoakan dari jauh. Juga awak yang tak sangka akan wish bufday saya. *senyum* Terima kasih untuk semuanya. Semuanya. Sungguh rasa diri ini insan yang paling disayangi. *diawang-awangan*. Saya rasa diri saya semakin montel dengan kasih sayang anda semua. Haha!

Banyak yang saya nak coretkan tapi bila mana saya hendak mula menaip, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan perasaan kecintaan saya itu pada mereka-mereka ini. (Mohon jangan geli. Cheq habaq penuh perasaan ni). Sesungguhnya rasa kecintaan itu melebihi segala rasa yang ada. Rasa kari ke tomyam ke. Haha!

Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman.
Sahabat adalah mereka yang tetap ada, walaupun seluruh dunia berkata kau tak lagi berharga. *senyum manis*
There are times when strangers are like family.
And they are my BIG BIG FAMILY.


12/04/2013

PEMBARIS BAHAGIA




Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang kacak seorang lagi huduh.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang kaya seorang miskin.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang muda seorang lagi tua.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang banyak cakap seorang lagi pendiam.

Mereka tak sepadan.
Sebab apa?

Sebab seorang pemarah seorang lagi penyabar.


Confirm 360 degree mereka tak bahagia.

Ehem! Macam pernah dengar dialog ni.

*betulkan tudung*

Well~
Bagi saya.
Jangan guna ‘pembaris’ orang lain untuk ukur kebahagiaan kita.

Bahagia itu kita yang rasa.
Biar orang lain nak kata apa.
Nak cemuh macam mana.
Kerana manusia tak pernah berhenti mengata.

As long as kita bahagia.
Bahagia dengan takdir yang tertulis.
Pandang perbezaan itu penuh optimis.
Walau ada yang melihat sambil senyum sinis.

Sekali lagi.
Bahagia itu kita yang rasa.
Harap sampai ke syurga.




10/04/2013

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 6)



Semenjak dari interview itu, Ann dan Irdina semakin rapat. Kebetulan mereka berada di kelas yang sama. Keakraban itu semakin terserlah. Ann rasa seronok berkawan dengan Irdina. Dia merasakan Irdina telah membawa dia ke arah satu perubahan yang tak terjangka oleh dirinya sendiri. Kalau dulu, jangan kata nak jejakkan kaki ke masjid, nak lalu tepi masjid pun payah. Tapi, sekarang ini, masjidlah tempat untuk dia mencari ketenangan. Dikala dia rasa terbeban atau terhimpit dengan masalah dunia yang kian mencengkam, di rumah ALLAH ini sajalah dia menerima ketenangan.

Kalau dulu dia memang solat tapi solatnya mesti hujung-hujung waktu. Itu pun kerana ibu dah bebel tak henti-henti. Baginya as long as solat, oklah tu. Tak kisah la hujung-hujung waktu ke. Walhal sebenarnya, orang-orang yang suka melengah-lengahkan solat akan masuk neraka Wil. Naudzubillah. Moga dia istikhomah untuk solat pada awal waktu. Kalau dulu dia anggap solat cuma benda wajib yang dia kena buat sebagai seorang muslim. Hanya sekadar satu ritual yang menunjukkan kita ini hamba Tuhan. Tak ada yang special pun dalam solat ni. Padahal dia sangat silap tentang itu. Menurut Dr. Majdi Al-Hilali dalam bukunya ‘Menjadi Hamba Rabbani’. Solat ialah satu situasi hati yang terlepas daripada ikatan bumi. Roh manusia yang dicipta secara terus oleh tiupan ALLAH, berasal dari langit yang tinggi. 

Sebagai contoh, pergerakan sujud di dalam solat. Kita sujud 34 kali dalam sehari (5 waktu). Menurut kajian Sains, sujud adalah satu pergerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan. Sujud juga merupakan keadaan di mana kita berada paling hampir dengan ALLAH. Definisi sujud itu luas. Kalau orang-orang kata bila solat sahaja baru kita nak sujud pada Tuhan. They totally wrong. Kalaulah kita melihat dengan mata hati, kehidupan ini sebenarnya adalah sejadah yang paling besar untuk kita tunduk dan sujud pada ALLAH.

Dan kalau dulu, mengaji tu, dia ingat sudah khatam sekali dua means dah cukup hebat. Tapi dia silap lagi. Kalau dah khatam membaca ayat arab, why not khatam dengan tafsirannya sekali. Kena baca Al-Quran bukan setakat baca tapi perlu tadabbur (hayati) kerana sebaik-baik teman bicara dan cinta adalah Al-Quran. Kita perlu baca Al-Quran kerana Al-Quran akan menjadi sahabat dan syafaat kita. Sebenarnya kita terlupa sesuatu. Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah yang ada pada kita. Jadi kita tak boleh jemu baca Al-Quran. Rasulullah bersabda ‘Sebaik-baik orang dari kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya semula’.

“Jauh mengelamun? Ingat siapa? Buah hati pengarang jantung?” Irdina hulur tangan untuk bersalaman sambil senyum mengusik. Ann tertawa kecil dan sambut huluran tangan Irdina.
“Memang pun.” jawab Ann sekadar ingin menduga Irdina. Irdina membulatkan mata.
“Iye? Waahh! Siapa lelaki tu?”
“Ape ingat buah hati lelaki je ke? Buah hati saya perempuanlah. Namanya Aisya Humaira Irdina”
Irdina terharu.

“Jangan terharu sangat. Itu ayat manis saya nak minta awak belanja saya” Kata Ann.
Irdina cubit lengan Ann dan mereka ketawa.
“Irdina, can I ask something?” Ann teragaka-agak.
Owh! Sure. With my plessure.” Senyum.
“Saya dah lama pendamkan hasrat ni. Saya sebenarnya nak berubah ke arah lebih baik. Lebih baik dari segala hal. Bagaimana caranya?”
“Alhamdulillah kalau Ann ada berazam nak jadi lebih baik. Bagi saya, perubahan luar dan dalam itu seiring. Ann boleh mula pakai stoking dulu. Kalau dulu selalu pakai baju size S, then change it to size L ke. After that kalau tudung tu bidang 45, pakai yang labuh sikit 48 ke. At the same time, tambah ilmu juga. Ilmu dunia dan akhirat harus seimbang. Belajar sirah nabi ke hadis nabi ke. Selalu dengar ceramah. Kalau tak dapat dengar dekat masjid kat tv radio internet kan banyak. Baca juga buku-buku yang bermanfaat untuk tambah ilmu kita. Buku motivasi ke novel tarbiyah ke.” Jawab Irdina. Ann senyap.

“Ehm. Saya nak berubah tapi saya takut orang-orang sekeliling akan cakap saya ni bajet alim bajet baik padahal dulu selalu pergi jamming. Saya takut kalau saya tergelak kuat, terlompat sana sini, orang akan kata tudung je labuh pakai stoking je lebih tapi perangai tak melambangkan muslimah. Macam mana tu?” Soal Ann.

“Atas dasar apakah Ann nak berubah?” Soal Irdina.
“Pastilah kerana Allah”. Jawab Ann dengan yakin.
“Jadi, adakah redha manusia yang anda cari?”
Senyap.

Jika kamu mencari redha dalam setiap manusia, kamu akan menjadi tua dalam pencarianmu (Ibn At-thoilah). Carilah redha Allah pasti redha manusia pun kita akan dapat. Kalau kita asyik fikir apa yang orang kata, sampai bila kita takkan ke mana. Kalau Nabi Muhammad asyik fikir apa yang orang kafir kata tentang Islam, nescaya Islam itu takkan berkembang. Nescaya Islam takkan pernah memayungi dua per tiga dunia. Allah s.w.t ingatkan kita “Buatlah apa yang kamu suka, tetapi awas! Kamu akan dibalas atas setiap perbuatan kamu. Boleh nak terlompat-lompat, boleh nak gelak kuat-kuat tapi kena bertempat.
Irdina tarik nafas.


Irdina tarik nafas.

“Isu jamming. Well. Semua orang ada masa silam. As long as kamu nak berubah jadi lebih baik, tak yah ambil kisah sangat apa orang kata. Syurga itu untuk semua hamba Tuhan yang betul-betul beriman. Selagi belum kiamat, pintu taubat terbuka seluas-luasnya untuk kita.”
Ann senyap.

“Macam mana saya nak ikhlas? Saya takut saya buat semuanya dalam keterpaksaan. Dan saya juga takut hati saya akan jadi riak kalau ada orang-orang yang puji saya”
Irdina senyum. 
“Ustaz Azhar Idrus cakap bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut. Dan sebenarnya, ikhlas atau tak, bukan kita yang ukur. Itu semua kerja Allah. Yang penting kita cuba ikhlaskan hati dan niat. Cuba dan usaha. Jangan kerana kita tak nak riak dengan manusia, buat kita tinggalkan amalan-amalan ibadat kita. Kerana di situ kita tengah riak dengan Allah sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita pentingkan dan dahulukan kata manusia dari kata Dia. Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu.”

Irdina senyum. Ann senyum. Kedengaran azan Maghrib berkumandang. Ann pandang Irdina. Bibir Ann bergerak mengucapkan terima kasih tanpa suara. Irdina angguk. Kemudian mereka sama-sama bersiap sedia untuk bertemu Allah yang Esa. Tuhan yang Maha Kuasa.