Semenjak dari interview
itu, Ann dan Irdina semakin rapat. Kebetulan mereka berada di kelas yang sama.
Keakraban itu semakin terserlah. Ann rasa seronok berkawan dengan Irdina. Dia
merasakan Irdina telah membawa dia ke arah satu perubahan yang tak terjangka
oleh dirinya sendiri. Kalau dulu, jangan kata nak jejakkan kaki ke masjid, nak
lalu tepi masjid pun payah. Tapi, sekarang ini, masjidlah tempat untuk dia
mencari ketenangan. Dikala dia rasa terbeban atau terhimpit dengan masalah
dunia yang kian mencengkam, di rumah ALLAH ini sajalah dia menerima ketenangan.
Kalau dulu dia memang solat
tapi solatnya mesti hujung-hujung waktu. Itu pun kerana ibu dah bebel tak
henti-henti. Baginya as long as solat, oklah tu. Tak kisah la hujung-hujung
waktu ke. Walhal sebenarnya, orang-orang yang suka melengah-lengahkan solat
akan masuk neraka Wil. Naudzubillah. Moga dia istikhomah untuk solat pada awal
waktu. Kalau dulu dia anggap solat cuma benda wajib yang dia kena buat sebagai
seorang muslim. Hanya sekadar satu ritual yang menunjukkan kita ini hamba
Tuhan. Tak ada yang special pun dalam solat ni. Padahal dia sangat silap
tentang itu. Menurut Dr. Majdi Al-Hilali dalam bukunya ‘Menjadi Hamba Rabbani’.
Solat ialah satu situasi hati yang terlepas daripada ikatan bumi. Roh manusia
yang dicipta secara terus oleh tiupan ALLAH, berasal dari langit yang tinggi.
Sebagai
contoh, pergerakan sujud di dalam solat. Kita sujud 34 kali dalam sehari (5
waktu). Menurut kajian Sains, sujud adalah satu pergerakan dalam solat yang
paling memberi kesan kepada kesihatan. Sujud juga merupakan keadaan di mana kita
berada paling hampir dengan ALLAH. Definisi sujud itu luas. Kalau orang-orang
kata bila solat sahaja baru kita nak sujud pada Tuhan. They totally wrong.
Kalaulah kita melihat dengan mata hati, kehidupan ini sebenarnya adalah sejadah
yang paling besar untuk kita tunduk dan sujud pada ALLAH.
Dan kalau dulu, mengaji tu,
dia ingat sudah khatam sekali dua means dah cukup hebat. Tapi dia silap
lagi. Kalau dah khatam membaca ayat arab, why not khatam dengan
tafsirannya sekali. Kena baca Al-Quran bukan setakat baca tapi perlu tadabbur
(hayati) kerana sebaik-baik teman bicara dan cinta adalah Al-Quran. Kita perlu
baca Al-Quran kerana Al-Quran akan menjadi sahabat dan syafaat kita. Sebenarnya
kita terlupa sesuatu. Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah yang ada pada kita.
Jadi kita tak boleh jemu baca Al-Quran. Rasulullah bersabda ‘Sebaik-baik orang
dari kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya semula’.
“Jauh mengelamun? Ingat siapa? Buah hati pengarang jantung?” Irdina hulur tangan untuk bersalaman sambil senyum mengusik. Ann tertawa kecil dan sambut huluran tangan Irdina.
“Memang pun.” jawab Ann sekadar ingin menduga Irdina. Irdina membulatkan mata.
“Iye? Waahh! Siapa lelaki tu?”
“Ape ingat buah hati lelaki je ke? Buah hati saya perempuanlah. Namanya Aisya Humaira Irdina”
Irdina terharu.
“Jangan terharu sangat. Itu
ayat manis saya nak minta awak belanja saya” Kata Ann.
Irdina cubit lengan Ann dan mereka ketawa.
Irdina cubit lengan Ann dan mereka ketawa.
“Irdina, can I ask
something?” Ann teragaka-agak.
“Owh! Sure. With my
plessure.” Senyum.
“Saya dah lama pendamkan hasrat ni. Saya sebenarnya nak berubah ke arah lebih baik. Lebih baik dari segala hal. Bagaimana caranya?”
“Alhamdulillah kalau Ann ada berazam nak jadi lebih baik. Bagi saya, perubahan luar dan dalam itu seiring. Ann boleh mula pakai stoking dulu. Kalau dulu selalu pakai baju size S, then change it to size L ke. After that kalau tudung tu bidang 45, pakai yang labuh sikit 48 ke. At the same time, tambah ilmu juga. Ilmu dunia dan akhirat harus seimbang. Belajar sirah nabi ke hadis nabi ke. Selalu dengar ceramah. Kalau tak dapat dengar dekat masjid kat tv radio internet kan banyak. Baca juga buku-buku yang bermanfaat untuk tambah ilmu kita. Buku motivasi ke novel tarbiyah ke.” Jawab Irdina. Ann senyap.

“Ehm. Saya nak berubah tapi
saya takut orang-orang sekeliling akan cakap saya ni bajet alim bajet baik
padahal dulu selalu pergi jamming. Saya takut kalau saya tergelak kuat,
terlompat sana sini, orang akan kata tudung je labuh pakai stoking je lebih
tapi perangai tak melambangkan muslimah. Macam mana tu?” Soal Ann.
“Atas dasar apakah Ann nak berubah?” Soal Irdina.
“Pastilah kerana Allah”. Jawab Ann dengan yakin.
“Jadi, adakah redha manusia yang anda cari?”
Senyap.
“Jika kamu mencari redha dalam setiap manusia, kamu akan menjadi tua dalam pencarianmu (Ibn At-thoilah). Carilah redha Allah pasti redha manusia pun kita akan dapat. Kalau kita asyik fikir apa yang orang kata, sampai bila kita takkan ke mana. Kalau Nabi Muhammad asyik fikir apa yang orang kafir kata tentang Islam, nescaya Islam itu takkan berkembang. Nescaya Islam takkan pernah memayungi dua per tiga dunia. Allah s.w.t ingatkan kita “Buatlah apa yang kamu suka, tetapi awas! Kamu akan dibalas atas setiap perbuatan kamu. Boleh nak terlompat-lompat, boleh nak gelak kuat-kuat tapi kena bertempat.
Irdina tarik nafas.

“Isu jamming. Well. Semua
orang ada masa silam. As long as kamu nak berubah jadi lebih baik, tak yah
ambil kisah sangat apa orang kata. Syurga itu untuk semua hamba Tuhan yang
betul-betul beriman. Selagi belum kiamat, pintu taubat terbuka seluas-luasnya
untuk kita.”
Ann senyap.
Ann senyap.
“Macam mana saya nak ikhlas? Saya takut saya buat semuanya dalam keterpaksaan.
Dan saya juga takut hati saya akan jadi riak kalau ada orang-orang yang puji
saya”
Irdina senyum.
Irdina senyum.
“Ustaz Azhar Idrus cakap bertudunglah
walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana
kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu,
perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.
Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? Hidayah
perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam
mulut. Dan sebenarnya, ikhlas atau tak, bukan kita yang ukur. Itu semua kerja
Allah. Yang penting kita cuba ikhlaskan hati dan niat. Cuba dan usaha. Jangan
kerana kita tak nak riak dengan manusia, buat kita tinggalkan amalan-amalan
ibadat kita. Kerana di situ kita tengah riak dengan Allah sebenarnya. Kerana
apa? Kerana kita pentingkan dan dahulukan kata manusia dari kata Dia. Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat
kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada
hatimu.”
Irdina
senyum. Ann senyum. Kedengaran azan Maghrib berkumandang. Ann pandang Irdina. Bibir
Ann bergerak mengucapkan terima kasih tanpa suara. Irdina angguk. Kemudian
mereka sama-sama bersiap sedia untuk bertemu Allah yang Esa. Tuhan yang Maha Kuasa.
ada ke tudung saiz 48?? *terpikir2*
ReplyDeletesrettttt........*bunyi kasut menyerit*
ReplyDeletehee...nk tnye..ada ke tudung saiz 48?? *mata terkedip2...refresh balik sume*...:D
smiling midori: ade lah bebeh.. yg aku pakai tu semua bidang 48 la.. tudung akel tu.. =)
ReplyDelete