Mama.
Mama pernah cerita. Dia kata waktu aku baby, aku terkena selsema. Hidung
aku tersumbat. Mama risau aku tak mampu bernafas. Lalu dia sedut hingus aku
keluar guna mulut dia. Aku tanya, “Mama tak geli?” Dia jawab “Kenapa nak geli?
Nyawa anak mama lagi penting”
Mama cerita lagi, kepala aku pernah kena hurung semut. Mama terkejut. Mama kata mungkin kepala baby manis. Mama terus marah-marah semut tu.
Mama cerita lagi, kepala aku pernah kena hurung semut. Mama terkejut. Mama kata mungkin kepala baby manis. Mama terus marah-marah semut tu.
Mama pernah cerita. Masa tu mama tengah lipat kain. Aku yang baru pandai
berjalan, datang pergi selongkarkan semua kain-kain yang mama dah lipat. Mama
cuma geleng kepala sambil melipat semula kain tersebut.
Mama cerita lagi. Dia kata aku masa tu tengah makan nasi. Kunun-kunun
pandai nak makan nasi sendiri. Masa tu dah ada gigi. Ada satu suara kata
‘buang’ dari arah luar rumah. Kemudian, mama kata aku terus buang pinggan aku.
Mama senyum sambil kutip nasi-nasi yang jatuh tu.
Mama cerita pernah mama nak solat Isya. Masa tu aku dah pandai berjalan.
Tiba-tiba aku datang buang air kecil atas sejadah mama. Mama marah. Mama angkat
aku pergi bilik air. Mama siram sejadah tersebut. Sejadah yang basah tu mama
letak atas kepala aku dan mama cakap ‘Awas, buat lagi macam ni siap lah!’ Lepas
tu mama kata, aku tak buat perangai tu dah.
Mama kata aku cerdik. Dia nampak aku pegang surat khabar. Lepas tu mulut aku kumat kamit baca. Dia tanya “Baca apa tu?” Aku jawab “Ace culat cabal lah” (Baca surat khabarlah) walhal masa tu aku tak pandai membaca pun lagi. Mama gelak tak terkata.

Mama lihat aku. Mama cakap anaknya dah besar. Dia kata dia ingat lagi size aku masa lahir cuma besar dua tapak tangan dia. Mama kata aku lahir kecik. Tak sangka besar macam ni sekarang. (gemuk mungkin)
Mama pandang aku. Mama cakap anak sulung dia dah besar. Dia kata, dia ingat lagi macam mana perasaan berdebar nak mandikan anak pertama sebab mama kata dia tak ada experienced.
Mama senyum pada aku. Dia kata anak perempuan dia dah boleh kahwin. Dia kata dia masih terbayang-bayang lagi waktu baby, taip-tiap malam aku akan tidur sebelah mama. Aku pakai kelambu. Mama kata, mama akan masukkan tangan dia dalam kelambu dan akan pegang jari aku. Sebabnya mama kata, aku akan menangis kalau mama tak buat macam tu.

Itu cerita masa kecil.
Bila aku besar sikit, aku rosakkan dapur gas, aku pecahkan berbelas-belas pinggan mangkuk cawan, aku terhilangkan kunci rumah, aku ter‘iron’ baju sampai terbakar, aku malas sapu rumah, aku ngelat cuci pinggan, aku selalu gaduh dengan adik-adik, aku selalu buzy tengok kartun atau drama korea sampai tak tolong mama sediakan makanan. Dan berjuta macam perkara yang ntah apa-apa. *pandang lantai*
Tapi,
Mama tak pernah marah.
Mama tak pernah marah.
Bila aku dah dewasa. Aku duduk di asrama. Kadang-kadang je balik rumah.
Aku kadang-kadang je call tanya khabar mama. Tapi mama tak pernah pun merungut.
Taip kali pulang, tiap kali call mama mesti sambut dengan ceria. Siap bernyanyi
lagu bagai. *senyum sambil geleng kepala*
Bila aku dah dewasa. Umur yang orang kata dah boleh mengundi (tetibe
masuk mengudi pulak), aku selalu rasa aku tak jadi anak yang baik untuk mama.
Benda kecik kadang-kadang aku anggap macam satu masalah besar. Benda mudah aku
rasa macam complicated sangat. Benda lawak aku rasa macam serious matter.
Sungguh aku rasa sangat bersalah pada mama. Sungguh aku rasa aku tak jadi anak
yang solehah kebanggaan mama. Maafkan along mama. Ampunkan along mama. *sebak*
Mama.
Selamat hari lahir. Moga mama panjang umur, sempat tengok kami adik beradik membesar dengan jayanya. Sempat tengok Rahmat kahwin mungkin *jelir lidah dekat Rahmat*
Sempat tengok adik masuk universiti sempat tengok along naik atas stage amek ijazah. Along mendoakan mama sentiasa sehat, cantik macam selalu, kelakar macam biasa, tegas yang bertempat. Along rindu tazkirah-tazkirah mama bila mana kalau kami semua berkumpul dekat rumah, mesti mama akan panggil semua duduk depan mama buat macam bulatan. Lepas tu mama pesan itu ini. Kelakar bila mama tengah serius adik pulak buat-buat lawak. Lepas tu Rahmat akan gelak-gelak and macam biasa along akan marah adik and Rahmat suruh senyap.
Selamat hari lahir mama. Terima kasih sebab lahirkan along. Terima kasih sebab sentiasa maafkan along. Padahal dosa along pada mama tak terkira. Terima kasih sebab tabah jaga anak perempuan yang membesar dalam suasana sekarang yang full with unexpected things. Terima kasih sebab sayang along lebih walau hakikatnya along selalu je buat mama terasa hati. *mohon Rahmat dan adik jangan jeles*
Mama.
Besar kasih mu tak dapat ku balas walau sepanjang hayat ku ini.
Besar jasa mu tak dapat ku tandingi walau nyawa ku sebagai ganti.
Besar pengorbanan mu tak dapat ku gambarkan melalui coretan ini.
Mama,
Kau satu tiada dua.
Tiada pengganti di dunia mahupun di akhirat sana.
ALONG,
MEJA
STUDY C15101, UMP GAMBANG,
200313, 0130AM
sayang, sungguh aku menyukai apa yang aku baca. Diri sering kali leka yang emak kite sebenarnya sayang kan kite dan terlalai dalam memberi layanan terbaik untuk mereka.
ReplyDeletesedih giler kita baca... :'(
ReplyDeletesalam,terharu membacanya...adui,terasa diri ni bukan ank yg baik...huhu...malah lebih teruk lagi...huhu...i luv my mom fiddunya wal akhirat!^^
ReplyDeleteKak long sampaikan kat mama kamu ye..hehe...
Selamat Hari Lahir makcik.
Semoga panjang umur,bahagia & sejahtera dunia akhirat...
Semoga cepat timang cucu.(cucu dari ank sulong_hihi).
^^
Semoga kita semua menjadi ank soleh solehah.
beruntung mama punya anak sesweet kamu.selamat hari lahir mak cik.
ReplyDeletecomel je family kak fit
ReplyDeleteAlaaaaaaa sedihnyaaaaaa.
ReplyDelete