17/01/2013

AKU PUTUS CINTA KERANA CINTA ILAHI


Assalamualaikum wbt..
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.. ^_^

Perasaan cinta itu merupakan satu rasa yang Allah campakkan pada kita. Boleh jadi rasa itu akan menjadi ujian pada kita. Ujian yang bagaimana? *senyum*
Boleh jadi pilihan hati kita tidak sama dengan pilihan Ilahi. *senyum lagi*

KETIKA CINTA TAK BERJODOH

Ketika kita mengharapkan seseorang menemani hidup kita, akan tetapi suratan takdir tidak sama dengan impian kita. Pedih? Terluka? Kecewa?

Wahai hamba yang beriman,
Percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH. Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak mungkin akan bersama dengan kita. Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH. Putus cinta sesama manusia, akan ada penggantinya. Tapi Tuhan hanya satu dan kalau Dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mencintai kita, apa yang akan terjadi pada kita?

Kalaulah putus cinta itu buat orang berduka, mengapa acap kali kita memutuskan cinta Tuhan terhadap kita? Kenapa kita tergamak membiarkan Tuhan berduka, kerana kita tidak mencintainya lagi?

Ketahuilah wahai hamba yang beriman, segala perih di hati akan hilang pada waktunya dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak. Percayalah pada kebesaranNya bahawa Dia tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Percayalah, ada rahsia disebalik rahsia. ALLAH berfirman:

"Dan (Dialah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al Anfal: 63).


Kadang-kadang ALLAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita. Dengan itu, berhentilah mengejarnya. Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita dan perlu diingat, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat .

Di sini, saya sertakan beberapa kisah yang menunjukkan cinta itu tak seharusnya memiliki. Apa yang hebat tentang kisah-kisah ini adalah bagaimana tokoh-tokoh ini meletakkan cinta ALLAH yang utama mengatasi cinta manusia.

KISAH 1:
Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Beliau putus cinta kerana cinta Ilahi.


KISAH 2:
Lelaki ini adalah sebaik-baik raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri
Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.
Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…
Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.
Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….
Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…
Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”
Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.
Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW
Beliau putus cinta kerana cinta Ilahi.


KISAH 3:
Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..
Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.
Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.
Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….
Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.
Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.
Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.
Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”
Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!
Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.
Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….
Beliau putus cinta kerana cinta Ilahi.


KISAH 4:
Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan.
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…

‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu .Thalhah..
Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud.
“Khudz mindamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.
Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.
Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.
Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.
Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”
Maka bergetarlah langit..

“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.
Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.

‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.
Beliau putus cinta kerana cinta Ilahi.

Pada Salman
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu. Kita hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita.

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka.. Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya.. Moga kisah-kisah mereka menjadi inspirasi kita untuk lebih memburu cinta yang Esa. Jika kita mengharap pada manusia, sesungguhnya manusia pasti akan meninggalkan kita. Tetapi berharaplah pada Dia yang takkan pernah mati.


#Kadang-kadang, kita harus melepaskan apa yang kita harapkan bukan kerana kita putus asa tetapi kerana kita sedar, hati itu tidak boleh dipaksa. Walau kita suka sayang dan cinta, tapi kalau Allah kata dia bukan takdir kita, dia tetap bukan takdir kita. Dan sesungguhnya, putus cinta kerana cinta Ilahi itu adalah yang terbaik. InsyaAllah!#



credit untuk kisah-kisah yang ohsem tadi: http://www.ataphijau.com/

16/01/2013

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 5)



Ann kelam kabut! Ini padahnya kalau lepas subuh tidur balik! Cepat-cepat dia sarung sneakers. Dia lari pecut sampai tak cukup tanah. Termengah-mengah dia sampai bilik tutorial. Nasib baik lecturer tak sampai lagi. Sambil membetulkan nafas di depan pintu, ada satu figura yang membuatkan mata dia nak terbeliak. Mamat buku nota! Dia jerit dalam hati. Tiba-tiba lelaki tersebut berpaling ke arahnya. Ann muka gabra. Dia tahu ke aku panggil nama dia? Sambil cuba kawal riak muka dan nafas, Anna melangkah masuk ke dalam bilik tutorial. Mencari meja kosong. Nun di hujung belakang kelas. Dia melangkah melepasi mamat buku nota.

Aryan rasa macam pernah tengok la budak perempuan tu. Owh! Budak sneakers yang panjat tembok masjid hari tu. I see. Budak kelas aku rupanya. Kemudian, bunyi derap kaki seseorang kian menghampiri. Pensyarah wanita lingkungan umur 40-an bertudung labuh hitam berbaju kurung biru masuk dengan senyuman. Then, she put her stuff on the table. Beliau pandang keseluruhan kelas tanpa senyuman lekang dibibirnya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Mari kita mulakan kelas hari ini dengan puji-pujian kehadrat Ilahi. Mari baca Ummul kitab dan doa penerang hati. Pada yang non-muslim juga boleh berdoa dengan cara anda sendiri ye.” Masih tersenyum. Apa yang Ann dapat simpulkan pada pandangan pertama tentang pensyarahnya ini adalah beliau suka senyum.

Well class. Let me introduce myself. My name is Siti Fauziah Binti Ali. Just call me Ustazah Fauziah. I will teach you calculus. Haa! Saya Nampak muka-muka yang berkerut lepas saya sebut ‘calculus’. Kenapa?” Ayat beliau di akhiri dengan soalan. Terdengar bunyi-bunyi student sedang bercakap-cakap tentang hal ini.

No worries. Saya tahu ramai senior kamu cakap subject ni susahkan? Kamu belum pun berjuang, hanya dengar-dengar cakap orang. Jadi adakan itu sebab yang sudah cukup kuat untuk kamu katakan subject ini susah? Tepuk dada tanya diri.” Beliau berhenti seketika dan menyambung, “Memandangkan ini kelas pertama, ustazah tak dak lah nak skema sangat untuk mula mengajar. Jadi, semua boleh bawak bertenang ye. Mari kita taaruf sesame kita dulu. Kerana tak kenal maka tak …?” Seluruh kelas menjawab ‘tak cinta’. Senyum lagi.

“Pandai semua! Yang hujung tu. Ya, Anta. Tafadhol. (ya, awak, silakan)” Ann pandang. Mamat buku nota bangkit. 

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya  Muhammad Aryan Saifullah Bin Asyraf Saifullah. Boleh panggil Aryan. Asal Kuala Lumpur.” Mamat buku nota angkat sedikit tangan tanda hormat. Kemudian rakan di sebelah Aryan bangkit. Seorang-seorang memperkenalkan diri mereka. Ann rasa mengantuk kerana malam tadi dia tidur lewat. Marathon tengok Maharajalawak Mega 2012. Lawak gilaaa habaq ang! Matanya mulai tertutup perlahan-lahan. Tunggu masa untuk tertutup rapi. Bersedia untuk ‘kembara tidur di dalam kelas’. 1.. 2.. 3.. Tiba-tiba ada bunyi kuat berdentum! Ann terkejut lantas berdiri seraya berkata “Poyo semua ni poyo!” Seisi kelas memandangnya. Tanpa ada apa-apa suara. Aduss! Ann sengih-sengih macam kerang tak cukup vitamin. Kemudian dia menyambung dengan muka seslumber mungkin “Err.. krikk.. krikk.. krikk..” Kemudian dia lihat ustazah Fauziah senyum. Alahai. Nasib dapat lecturer suka senyum. Kalau dapat yang jenis suka menangis, tak ke haru namanya. 

“Ye, awak yang krikk krikk tu. Boleh perkenalkan nama”
Ann rasa nak lari keluar kelas masa tu jugak.

“Nama saya Annur Zinnirah Binti Ahmad Firdaus. Boleh panggil Ann. Asal Kuala Lumpur”. Dia cepat-cepat duduk. Mukanya jelas kelihatan merah menahan malu. Padan muka. First day kuliah, leh bantai tidur dalam kelas. Teruk betol.

“Baik, Alhamdulillah, dengan berakhirnya perkenalan dari Ann krik krik tadi, maka, setelah ustazah lihat jam di tangan, rupa-rupanya, masa pun dah habis. Jadi ustazah nak ucapkan sekali lagi selamat datang, betulkan niat anda di sini. Datang sini nak belajar. Menuntut ilmu paling utama kerana ALLAH ye. Bukan hanya sebab nak dapat pointer gempak, bukan hanya nak dapat kerja hebat atau juga bukan hanya kerana nak ada gaji lumayan. Yang paling utama adalah kerana ALLAH. Dan harus diingat, ilmu yang kita belajar bukan hanya setakat di atas kertas soalan peperiksaan tapi sepatutnya di pakai sehingga kita meninggal dunia. See you on the next class.”

**************************

Sambil membetulkan tempat duduk, matanya melilau memerhati sekeliling. Ann pandang gadis yang duduk di sebelahnya. Gadis itu senyum manis. Manis seperti gula. Dia balas tanda mesra. Kemudian, dia alih matanya kepada dua orang lelaki di hadapan. Kedengaran suara berdehem.

Please introduce yourself” Satu suara memecah kesunyian.
“Nama saya Annur Zinnirah Bt Ahmad Firdaus. Tahun 1 Fakuti Kejuruteraan Kimia dan  Sumber Asli. Boleh panggil Ann.”
 “Nama saya Aisyah Humaira Irdina Bt Muhammad Haziq. Tahun 1 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber asli. Boleh panggil Irdina.”

Ann pandang gadis itu. Irdina. Dia senyum.
“Baik. Straight to the point since we have no time. Kenapa bagi nama untuk secretariat ni? Mula dari kamu Cik Ann”. Ann telan air liur. Kenapa aku pulak yang first. Haih!
“Err.. Saya bagi nama ni sebab ikut roommate. Roomate ajak join.” Ann sengih. Interviewer itu nampaknya macam terkejut dengan jawapan dari dia. Dia rasa better telling the truth sebab dia tak berapa nak reti bagi ayat manis-manis untuk pikat hati orang lagi-lagi interviewer.

“Ok then. Cik Irdina?”
“Saya bagi nama sebab saya nak gain knowledge. Nak belajar tentang management, teamwork, kepimpinan dan sebagainya. Kalau kita lihat, sekarang ini graduan universiti berlambak di pasaran. Tapi apa yang membezakan setiap dari mereka? Tentulah skill yang ada. Terutamanya softskill. Jadi, untuk belajar tentang management seperti nak buat paperwork, surat, nak handle event, semuanya tak di ajar langsung di dalam kelas. So, we need to learn all these by ourself. Ini adalah add value yang employer nak. Kalau hanya pointer hebat tapi lack with communication skill sampai tak boleh nak bergaul dengan collueque atau pun tak mampu nak present paperwork pun tak boleh juga.” Ann kagum. Pergh! Hebat! Dia ni betul ke first year student? Hampir-hampir Ann nak tepuk tangan tadi. Ann lihat interviewer itu mengangguk-angguk kepala.

“Ok. Next question. I give both of you one situation. Hari tu awak ada presentation. Kena present tentang kewangan projek yang awak handle. Orang besar yang nak dengar awak present ni. Bukan calang-calang orang. Tapi at the same time awak ada kelas pagi tu. So, awak nak pergi yang mana? Cik Ann boleh jawab dulu.” Aik! Aku lagi yang kena dulu? Aih!

“Ehm. Saya akan pergi presentation. Kelas tak pe boleh skip. Boleh je salin nota dari kawan. Ada surat pelepasan kan? Jadi, tak de masalah. Kalau tak de surat pelepasan pun, tak pe kot ponteng sekali je. Hehehe. Takkan lah nak biar orang besar tu ikut jadual kita yang cuma pelajar biasa ni.”
“Ok. Kamu pulak Cik Irdina?”
“Untuk kes ini, my awlawiyat is my study. Saya akan pilih untuk hadir ke kelas. Kerana apa? Kerana saya mendaftar di universiti ini adalah untuk menjadi seorang pelajar. Itu tujuan utama saya. Jadi,apa-apa pun saya akan utamakan pelajaran saya kerana itu adalah harapan mak ayah saya. Seharusnya orang besar tersebut perlu ada sikap toleransi dan ambil berat tentang pelajaran student. Sebagai pemimpin tak boleh la nak ikut masa dia je. Kena berlaku adil. Saya yakin pasti ada masa yang sesuai untuk membincangkan tentang projek tersebut yang tak mengganggu masa mana-mana pihak.” Tegas. Interviewer tersebut mencatit sesuatu.

“Ok. Last question. Cik Ann, apa hobi awak?”
“Hobi saya? Ehm.. Tidur? Hohoho”
“Baik. Berikan ceramah tentang kelebihan banyak tidur”. Wallaweh! Ni perli aku ke ape ni? Mana ada kelebihan tidur banyak. Ciss!

“Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berceramah tentang kelebihan banyak tidur. Err.. Banyak tidur bagus untuk kulit. Ia akan membuatkan kulit tampak lebih sihat cerah dan menawan. Banyak tidur juga bagus untuk menambah berat badan. Ehm.. Apa lagi eh? Banyak tidur juga boleh jimatkan elektrik. Ye la.. Tak online. lampu off, dan sebagainya. Tidur banyak juga….”
“Hahahaha! Ok. Enough Cik Ann”. Kedengaran interviewer tersebut gelak tak berhenti. Ann sebenarnya main goreng je. Tibai jelah kan. Tu keluar idea luar alam macam tu. Sob3!

“Ok. Now Cik Irdina. Beri saya tazkirah 5 minit sahaja tentang kelebihan memakai pakaian mengikut landasan Islam”. Ann telan air liur. Payah habaq ang soalan ni! Dia lihat Irdina senyum.

“Assalamualaikum wbt. Banyak kelebihan kalau kita memakai pakaian mengikut standard Islam. Sangat-sangat banyak kerana apa pun yang diperintahkan dari ALLAH pasti yang terbaik buat hambaNya. Pasti sesuai setiap masa ketika suasana mahupun zaman. Pakaian dalam islam membuatkan seseorang itu dihormati dan dilindungi. Contohnya, saya pernah keluar bersama rakan saya yang free hair. Kemudian kami terserempak dengan seorang rakan lelakinya. Lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia tetapi tidak dengan saya. Itu menunjukkan walaupun dia mungkin seorang muslim yang level fikrahnya hanya biasa-biasa, tapi masih menghormati wanita seperti saya. Di situ juga menunjukkan yang wanita bertudung bukan suka suki senang hati nak pegang sana sini. Melainkan anda sendiri yang gedik-gedik nak bagi. Jadi, dari situ insyaALLAH ikhtilat saya terjaga. Selain itu, ketika saya menjalani Program Latihan Khidmat Negara, aktiviti yang kami lalui mostly yang extreme. Sebagai contoh slot flying fork. Kami yang bertudung kelihatan lebih kemas dan rapi berbanding yang tidak bertudung. Kerana rambut mereka dikhuatiri akan sangkut di mana-mana tali akibat faktor angin dan sebagainya. Dan menurut kajian Sains, kepala seharusnya di tutupi dengan sesuatu bagi mengelakkan terdedah kepada sinaran yang akan membawa penyakit di kepala. Kerana itu ALLAH menyuruh wanita betudung. Lihat betapa ALLAH sayang pada wanita. Begitu juga dengan baju. Ada yang mengatakan memakai pakaian longgar menampakkan kita lebih besar atau gemuk dari sepatutnya. But again, saya tak setuju kerana setakat ini, saya tak nampak langsung baju ketat-ketat akan menampakkan kita lebih kurus. Pakaian yang longgar memudahkan kita sebenarnya. Nak duduk ke nak berdiri ke nak berjalan ke tak perlu risau kalau takut ternampak benda yang tak sepatutnya. Jadi bagi saya, tiada alasan untuk kita katakan yang perintah ALLAH itu hanya sesuai pada situasi-situasi tertentu. Firman ALLAH dalam Surah Al-Araf ayat 26, “Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk menutup aurat mu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu ialah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”Banyak yang saya nak katakan tapi memandangkan masa yang diberikan hanya 5 minit, jadi saya rasa sampai sini sahaja tazkirah saya. Akhir kata dari saya, pakaian tidak melambangkan iman tetapi dari iman akan terbitnya pakaian. InsyaALLAH. Sekian. Terima kasih.” Ann kagum. Baginya Irdina bukan gadis biasa-biasa.

“Cik Irdina, boleh saya tahu anda berasal dari mana?”
“Saya berasal dari Kuala Lumpur. Bandar yang dicanang-canangkan mempunyai kes sosial paling tinggi, Bandar di mana kebanyakan remaja-remajanya rosak akhlak, Bandar yang dikatakan takkan wujud remaja yang baik-baik ataupun suci. Saya berasal dan membesar disana.” Senyum. Ann ternganga. Budak KEYY EELLL?! Owh my God! Budak KL wujud lagi ke yang macam Irdina ni?
Thank you for both of you. Nanti kami akan keluarkan name list yang berjaya dalam temuduga ini.” Kami berdua angguk dan mohon minta diri. Ketika Ann sudah melangkah keluar, kedengaran suara Irdina memanggil.
“Ann, jom ke masjid nak? Waktu zurhur dah nak dekat. Boleh kita solat jemaah sama-sama sambil kenal lebih rapat lagi sebab kita kan classmate.” Ann tercengang. Classmate? Dia tak tahu pun! Ann angguk dan mereka seiringan menuju ke masjid.

Sampai di masjid, mereka menaiki tangga untuk keruangan muslimat. Sementara menunggu waktu azan, Ann lihat Irdina mengaji Al-Quran. Entah kenapa Ann rasa sangat tertarik dengan perwatakan Irdina. Ada terselit rasa kagum dan rendah diri sebenarnya. Mereka sama-sama budak KL tapi mereka mempunyai kefahaman agama yang berbeza. Dia memang bertudung tetapi sekadar bertudung kerana ibu yang suruh. Ketika mendengar tazkirah Irdina tentang pakaian tadi, sedikit sebanyak terkesan dihatinya. Dia rasa malu. Dia tahu Irdina bukan menujukan ayat tersebut secara langsung terhadap dirinya tapi sebagai manusia yang punya akal, dia tahu, ada kebenaran dalam hujah-hujah Irdina. Kedengaran imam memanggil. Mereka menuju ke arah saff.

Usai solat, mereka menuruni tangga untuk pulang ke kolej kediaman. Kelihatan ramai orang berada di ruang legar masjid.
“Masjid memang ramai macam ni ke Irdina?” tanya Ann.
“Owh! Tak silap saya, ada interview juga hari ni.”
“Interview ape?”
“NTP. Nadi tarbiyah pelajar. Kamu nak cuba Ann?” Ann geleng kepala. Irdina senyum dan mereka melangkah keluar masjid.

Aryan baru selesai membaca doa. Ada seseorang menepuk bahunya. Dia toleh. Afiq housemate dia rupanya.
“Jom” Ajak Afiq.
“Dah mula ke?”
Not sure. Dah mula kot. Dengar cerita ada 3 checkpoint tak silap dalam interview kali ni.”
Aryan angguk. Mereka memulakan langkah.

Kelihatan ada seorang senior dan seorang siswa lelaki sedang duduk di atas sebuah kerusi dan terdapat sebuah meja yang memisahkan mereka. “Interview dah mula.” Bisik Afiq kepada Aryan. Aryan angguk dan mata mereka tertumpu di sana. Mereka menunggu giliran mereka.

Checkpoint pertama:
“Nama apa?”
“Aryan”
“Awak hafal surah apa?”
“Ehm. Juzuk Amma pun ada yang sangkut-sangkut bang.” Aryan sengih. Abang tersebut juga tersengih.
Humble ye? Ok. Surah As-Sajadah”
Aryan mula dengan bacaan bismillah dan seterusnya memulakan ayat pertama surah tersebut. Selesai melepasi checkpoint pertama, Aryan dan Afiq menuju ke checkpoint kedua.

Kedengaran suara abang yang menjaga checkpoint kedua agak kuat sehingga membuatkan siswa yang di interview itu sedikit malu. Aryan mula-mula malas mahu campur tangan. Tetapi dia mula rasa tak puas hati dengan sistem saringan untuk menjadi ahli NTP. Kenapa dia rasa tak puas hati? Mestilah tidak puas hati kerana soalan pertama yang keluar dari mulut senior adalah “AWAK SEKOLAH MANA?”
Bagi Aryan, dakwah untuk semua yang bergelar khalifah di bumi ALLAH ini. Yang bergelar muslim beragama Islam. Dan kalau kita fikir-fikirkan, dakwah itu universal kerana even kafir pun berdakwah, yahudi pun berdakwah. Jadi, bagi dia, dia juga perlu berdakwah jika mahu menjadi umat Muhammad tak kisah la dari sekolah mana pun. Kerana ALLAH berfirman dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 110 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, Menyuruh kepada yang makruf” Tak dak pun ALLAH cakap kena belajar sekolah sekian-sekian atau sekolah tertentu untuk jadi ummat yang terbaik. Nah!!! Kalau aku nak jadi umat Muhammad, aku mesti mengajak pada kebaikan. Kalau aku tidak mengajak pada kebaikan aku bukan umat terbaik. Jika aku tidak terbaik, aku bukan umat Muhammad. Tapi, mungkin jugak aku silap. Tak pe. Sebab tu aku kena bincang dengan senior tu. Demi kebaikan. Aryan melangkah menghampiri.

“Assalamulaikum bang. Nak tanya sikit ni. Apesal abang wat saringan segala ni?
“Waalaikummussalam. Owh! Saringan ni perlu la. Kita kena tapis betul-betul siapa yang kualiti dan siapa yang kuantiti.” Jawab abang tersebut sambil tersenyum.
“Aik. Kenapa abang perlu mengasingkan mereka yang kualiti dan kuantiti? Habis tu mereka yang tiada KUALITI ni abang reject la?”
“Itulah kenyataannya. Pahit tapi perlu ditelan” Slumber senior itu menjawab.
“Hahaha! Wahai abangku sayang, ape bidaah yang abang lakukan ni?” Tenang nada Aryan.
“Eh? Apa maksud adik? Adik tau tak adik tengah bercakap dengan seorang senior?” Terkejut dengan soalan dari Aryan.
“Sebelum tu, mohon abang dengar apa yang dicakapkan bukan siapa yang bercakap ye. Abang kenal As-Syahid Hassan Al-Banna? Satu ketika seorang sahabat as syahid berkata, “Wahai mursyidul am ikhwan, aku melihat semakin ramai yang memasuki Ikhwanul Muslimin. Aku berpendapat kita patut membuat saringan kepada mereka yang ingin memasuki ikhwan.” Kemudian As-Syahid Hassan Al-Banna berkata “Tidak akan aku melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.” Wahai abang, jika Rasulullah ingin memilih mereka yang akan berjuang di dalam menegakkan islam, pasti Rasulullah tidak akan memilih BILAL BIN RABAH kerana dia HAMBA. BERKULIT HITAM LEGAM. KUANTITI sampah pada masyarakat Quraish. Tapi BILAL la yang akhirnya menjadi manusia yang menjadi benteng pada islam dan juga pada baginda. Maafkan saya ingin bertanya. Jika abang mencari kualiti, sekualiti manakah abang? Adakah sehebat sahabat? Menurut hadith shahih, umat akhir zaman itu rapuh ibarat buih di lautan. BUIH BANG!  KUANTITI! Dan abang nak mencari dalam buih itu permata? Susah!” Aryan tarik nafas.

“Maka, kitalah yang harus membina buih itu. Dari rapuh kepada lebih kuat. Membina kualiti dari kuantiti. Hampir semua sahabat Nabi itu kuantiti. Pernah syirik kecuali Ali karamallahu wajhah. Tapi setelah dapat Islam merekalah KUALITI ITU. Tolong abang jangan pandang manusia yang belum kenal Islam itu kuantiti kerana tak mustahil mereka yang mungkin menjadi bom bagi melindungi ad-deen ini. Tak bermakna bila masa silam kita teruk kelam busuk masam, that’s makes us tak ada masa depan yang cerah riang gembira lagi owesome. Somtimes the people with the worst past create the best future. Tahu siapa yang cakap macam ni? Saidina Umar Al-khatab r.a sendiri yang cakap dan beliau dah pun membuktikkan ayat beliau. Mohon maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa. Mohon abang pertimbangkan ayat-ayat saya tadi. Undur diri dulu. Assalamualaikum.” Aryan melangkah pergi. Di ikuti oleh Afiq. Tidak jauh dari situ, ada seseorang melihat dan mendengar babak drama ala-ala cerita Islamik tersebut sambil tersenyum. Dia tutup majalah ujang yang dipegangnya. Dia tekan nombor telefon seseorang.

“Assalamualaikum. Haa! Aiman! Ada benda best ana nak share. ALLAH! Anta ni tak habis-habis belanja makan. Hahaha! Iye. Nanti ana belanja anta. Tapi ni lagi penting dari makan. Ana rasa ana dah jumpa siapa yang akan gantikan ana jadi presiden NTP. InsyaALLAH. He’s the one.” E-Chad.
Muhammad Hazim Irsyad bin Muhammad Haziq tersenyum lebar. 

09/01/2013

CERPEN: PILIHAN ALLAH



“Ngantok” Adrynna Aresha menaip mesej. Dia cari contact name ‘My Hubby’ then tekan  butang send. Tak lama selepas itu, mesej masuk.
“Kalau ngantok, tidur lah. yang bagitau saya wat ape"
Aresha mencebik. Cait! Tak membantu langsung.
“Tak leh tidur. Kan nak fight pointer. Kalau kalah dengan awak, malu laaaa! Dah la mintak hadiah bukan-bukan.”
“Hahaha! Janji tetap janji. Saya akan menang punya. Macam biasalah!” Fawwaz Hazmi senyum riak.
Kahwin muda. Kahwin masa study. Ini bukan kes gelojoh ke tak sabar nak kahwin ke. Ini kes dah sampai seru. Kes takdir Ilahi memang mereka kahwin awal. Ada yang dengki? ha3! Seorang belajar accounting  seorang lagi ambil architecture. Seorang otak kira-kira seorang lagi otak merekacipta. Kalau bercakap seorang guna bahasa pluto seorang lagi guna bahasa marikh. Memang haru sebab ambil jurusan yang tak sama langsung! Seorang belajar kat utara seorang belajar kat selatan. Dah setahun mereka kahwin. Ini sem kedua mereka bergelar suami isteri. Sem kedua fight pointer. Sem lepas Aresha kalah tipis. Sem ni tak boleh kalah lagi. Itu azamnya.

“Eceh! Berlagak! K fine! Saya nak sambung study balik. Tak jadi tidur.”
“Hahaha! Tafaddholi (silakan). Kalau rasa nak kalah pointer  teruk punya sem ni, tidur la macam beruang kutub ye!”
Ada kata macam beruang kutub. Ciss! Tak patut betul! Dia sambung pembacaannya.



**********************************************



“Assalamualaikum awak! Mesti tengah tidur berdengkur ni. Awak tu macam saya tak kenal. Ish3!”
Aresha baca mesej dengan muka geram.
“Waalaikummussalam. Nasib laaa awak ni suami terchenntaaa saya! Kalau tak, lama dah saya campak masuk gaung! Bila masanya saya tidur berdengkur! Saya tidur ayu penuh kesopanan dan kesusilaan tau!”
Fawwaz gelak sambil menaip,
“Ececece! Tak nak mengaku pulak dia. Awak tengah syok-syok tidur, mana awak tahu. Saya yang berjaga, saya tahulah. Teruk pangai.”
“Malas laaaa nak cakap dengan awak. Merajuk 5 saat!”
“5 saat je? Ok.. Saya kira.. 1 2 3 4 4.5 4.7 4.9 1 balik 2  3 … Hahaha! Dah2! Jangan merajuk. Buruk muka! Macam burung kakak tua. Meh gitau saya jadual exam awak. *smiley*”
“Hahaha! Sabarlah duhai hati! Owh! Exam saya 2 4 and 8 Januari. Awak?”
“ Lebih kurang sama dengan saya. Tapi saya habis awal. 7 Januari dah habis. Yeay! Habis awal! Jangan dengki.. hahaha!”
“Eleh! Takat habis awal sehari dari saya, tak yah laaa nak berlagak sangat ye!”
“Hahaha! Yang penting habis awal! Lalala~”
“(rolling eyes) Haa! Since awak habis awal ni, jemput saya tau! (Muka mengharap)”
“Bas ada kan. Balik naik bas je la.. Manja sangat nak jemput2..”
“Huwaaa!! Kejamnye awak! Sanggup awak biarkan saya naik bas? Isteri awak ni tau! Bukan anak kucing jiran sebelah rumah kita tu! Geram2! (hentak kaki)”
“Hahaha! Gurau jelah. Takkan la saya nak biarkan awak naik bas. Siapa tak sayang isteri oiii!! *kenyit mata*”
“Hahaha! Oyeah! Oyeah! Awak bertolak pagi ye. Nanti sampai sini makan-makan dulu baru kita balik ye.”
Alright! Sambung mesej nanti k.. Bini no 2 dah tunggu”
“Bini no 2?! Amboihh! Kemain! Siapa? Habaq mai! Nak jumpa face to face nak ajak main chess!” Dia memang pantang suaminya sebut-sebut kahwin dua ni.
“Hahaha! Sikit-sikit nak marah. Tak letih ke? *jelir lidah* Futsal dah tunggu saya la awak..”
“Haa! Nasib baik futsal. Saya rela lagi bermadu dengan futsal ok! Ok then. Pergilah main. Jangan main tak ingat dunia dah lah. Daa awak.. Salam rindu dari saya. Cewah! Assalamualaikum”
“Hahaha! Ok. Salam tak berapa nak rindu dari saya. *gelak besar* Waalaikummussalam”

Memang menguji kesabaran kalau borak dengan suaminya ni. Beliau susah sikit nak cakap ayat-ayat romantica de amor ni. Tapi kalau ayat-ayat kejam beliau terer! Hahaha! Cakaplah apa pun awak, saya tahu, awak memang sayang saya. Ada sekali tu, dia demam teruk. Masa tu suaminya tengah sibuk dengan preparation untuk presentation Final Year Project (FYP) beliau. Bila suaminya tahu dia demam, sanggup beliau tinggalkan FYP beliau semata-mata nak tengok isteri dia ni haa. Entah apa beliau cakap dengan supervisor beliau sampai beliau dapat pelepasan macam tu sekali pun dia tak tahu. Perjalanan 6 jam jadi 4 jam je. Dia marah-marah sebab dia tahu suaminya mesti drive laju level 10! Muka beliau mampak penat sesangat tapi beliau senyum je dengar dia membebel. Dia kesian dekat beliau sebenarnya. Tapi geramlah sebab beliau bawak laju-laju! Tak sayang nyawa ke hape. Lepas je dia habis membebel, beliau cakap ‘Awak nampaknya dah sihat. Boleh membebel macam biasa’. Dia tumbuk lembut bahu suaminya! Sempat lagi tu perli-perli!


Masa awal-awal kahwin dulu, ada satu insiden yang dia rasa nak hentak je kepala dia kat dinding. Masa tu, suami dia hantar dia balik ke universiti. Semester baru bukak. Kelam kabut kemas itu ini. Then suami dia kata nak balik dah. Dia pun angguk-angguk je lah. Lepas tu lambai-lambai dari jauh. Then, roomates dia tanya 'Kau tak salam tangan suami kau ke?' Dia masa tu terus terkaku terkedu! Aduyaaii!! Macam mana boleh lupa! Sebab baru kahwin jadi tak biasa mungkin. Dia cepat-cepat call suami dia nak mintak maaf. Suami dia gelak je and cakap ketuk ketampi 30 kali sekarang. Dia nak buat betul-betul dah lepas tu suami dia kata, beliau gurau je and no hard feeling punChill aje! Fuhh! Lega sangat-sangat masa tu dan dia janji takkan buat lagi dah! 


Then, masa anniversary mereka, beliau kata tak yah masak. Teringin nak pergi makan kat kedai mamak katanya. Apa yang best kat kedai mamak pun dia tak tahu. Dia rasa masakan dia lagi sedap dari mamak tu. (Err.. salah sebenarnya. Mungkin mamak tu masak sedap lagi dari dia.. sobsobsob!) Malas nak gaduh, dia pun ikut je. Sampai-sampai, bukan kedai mamak! Makan kat restaurant 5 bintang habaq hang! Dia masa tu ok lagi. Terharu sikit je la. Hihihi! Tapi yang buat dia macam nak jatuh tergolek dari kerusi masa tu, bila dia tengok suaminya tengah main piano sambil nyanyi lagu “For the rest of my life” by Maher Zain. Masa tu, rasa nak menangis terharu sangat. Beliau hadiahkan bracelet sebab beliau cakap masa kahwin hari tu, mampu bagi cincin je. Dia menangis. Menangis terharu yang kalau nak describe dengan kata-kata, bukak kamus dewan bahasa dan pustaka pun takkan jumpa.

Dan dia tak pandai masak sangat sebenarnya. Ada sekali tu dia kunun-kunun nak masak makanan kegemaran suami dia. Beliau cakap beliau suka makan tomyam. Kemain dia call mak tanya macam mana nak masak tomyam. Tak cukup dengan tu, dia google cari resepi tomyam. Tak cukup dengan tu, dia tanya makcik jiran sebelah, makcik depan rumah makcik belakang rumah semualah. Habis menuntut ilmu, dia pun masak la. Dengan penuh iltizam dan kasih sayang. Dia pun bagi la suami terchenta terkasih tersayang ni makan. Dup dap dup dap dia masa tu. Berdebor kalau tak sedap. Suami dia makan. Senyum. Makan lagi. Senyum lagi. Dia punyalah berdebar-debar masa tu sampai tak makan sekali. Dia tengok je suami dia makan. Beliau kata ‘Sedap awak masak.’ Masa tu dah terbang diawang-awangan! Hahaha! Gembira tak terkata. Dia pun senduk nasi, senduk lauk, baca bismillah terus makan. Dia pandang suaminya. Tomyam tu masin! Dan pedas sangat! Tak sedap pun! Sungguh! Dia pandang suami dia tak berkelip. Suami dia tambah nasi kali ke-dua. Dia pandang and cakap ‘Awak, jangan paksa makan tu. Tak sedap kan. Masin sangat. Pedas sangat.’ Suaminya cuma jawab ‘Taklah. Saya rasa sedap sangat tomyam awak masak ni. Sebab cinta dan kasih sayang awak tu, dah neutralkan rasa pedas dan masin ni’ Air mata dah bergenang dimatanya. Beliau cakap ‘Aik! Jangan nangis! Huduh! Sememeh!’
Dia jawab ‘Mana nangis! Ni sebab tomyam pedas sangat. Tu mata berair.’
Beliau jawab ‘Elele~ Cover pulak dia. hahaha!’ Dia sayang sangat suami dia. Sayang sangat.

*****************************************

Bunyi mesej masuk. ‘My hubby’. Aresha bukak mesej.
“Sok paper first kan? Pagi kan? Hebat tak saya ingat jadual awak? Hahaha! Wish you best of luck! Jangan lupa gosok gigi before pergi exam
“Hahaha! Jangan lupa gosok gigi? This is the ‘sweetest’ wishes I ever heard! (jeling) Cehh! Tang mana relation gosok gigi dengan exam saya tu awak? I can’t see any relation at all! Gggrrr!!”
“Hahaha! Adalah. Awak tu dah lah payah nak bangun! Mau awak bangun lambat lepas tu tak mandi pergi jawab exam. Eiiyeekk!! Pengotor! Isteri siapalah ni. Bersimpati dengan suami awak! *sedih*”
“Eeeiii!! Takyah nak wat drama sangatlah awak! Mengada! Ehem! (tarik nafas then senyum manis) Doakan saya ye awak. Mintak maaf kalau ada salah silap. Jadi isteri terkurang sana sini.”
“Hahaha! Saya sentiasa doakan awak. Bukan waktu exam je. Sentiasa. Setiap masa. *senyum sambil kenyit mata* Oklah. Esok pagi saya kejut awak ye. Night awak. Assalamualaikum.”
Thanks. Night jugak. Lots of loves. (senyum lebar) Waalaikummussalam.”

Dia ingat lagi insiden masa cuti hari raya cina. Masa tu, dia balik lewat sikit dari beliau. Dia sampai nak dekat subuh la. Dalam jam 5.30 pagi baru sampai. Itu pun sebab tiket bas waktu biasa dah habis. Sold out! Huhuhu! Beliau jemput dekat terminal. Dia yang beriya sangat nak balik naik bas. Rasakanlah. Sobsobsob. Baru je nak terlelap sebab dalam bas tak boleh nak tidur langsung, then azan subuh dah berkumandang. Memang tiap kali kalau ada kat rumah, kami akan solat berjemaah. Lepas solat tu, mesti la ada tazkirah-tazkirah sikit dari beliau. Tajuk pagi tu ‘Laa Tahzan (jangan bersedih). Punya mengantuk sampai tersengguk-sengguk dengar beliau bagi tazkirah. Yang dia ingat ayat beliau cuma ‘
Bersedih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34)” Itu je yang dia ingat. Beliau tak marah pun. Beliau perli-perli ja. Huwaa! Dah ngantuk. Nak wat macam mana.

Pernah sekali tu, cuti semester. Well~ C.U.T.I semester. Mestilah bercuti sakan. Beliau kejut nak qiamuallai sama-sama. Masa tu punyalah malas sebab nak qada’ tidur yang tak cukup masa minggu exam. Agak liatlah waktu tu. Selalu tak macam tu pun. (Ayat cover). Beliau tak bagi chance. Beliau kata, bukan senang nak qiam dan jemaah sama-sama. Jadi bila ada masa, kena hargai. Beliau siap ugut nak seret pergi bilik air lagi. Haru tak haru! Ada jugak kes, masa tu petang-petang. Ingat nak lepak-lepak minum petang makan pisang goreng, santai-santai dekat beranda rumah. Sekali tu nampak beliau bawak keluar tafsir. Hokaloh! Beliau suruh tasmik surah Ar-Rahman. Beliau kata dah mentioned awal-awal. So no excuses. Huwaa! Masa tu, banyak sangat salah ayat hafazan! Ye lah! Surah Ar-Rahman banyak ayat yang macam nak dekat-dekat. Tapi salah dia jugaklah sebab tak wat revision. Dengan harapan beliau tak ingat nak tasmik surah ni. Tapi jangkaan meleset. Beliau cakap, kalau lepas ni perangai macam ni lagi, beliau nak rotan.

Tapi dia tak terasa hati pun malah dia bersyukur ada suami macam beliau. Kerana dia tahu, macam mana pun dan apa pun yang beliau buat sebab beliau sayang dia. Masa awal-awal kahwin, beliau dah pesan, Marriage is not just living together but loving together dan perkahwinan itu bukan hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. Perkahwinan harus ada konsep takmil wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. Seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula. Pasti ada masa berkelahi sini sana. Tak sependapat itu ini. Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana sesungguhnya kita akan kekal di sana.

Ketika dia rasa dirinya tak layak menjadi isteri untuk lelaki bernama Fawwaz Hazmi ini, lelaki ini dengan slumber menjawap ‘Tu lah. Nak buat macam mana. Bukan saya yang pilih awak. Tahu siapa yang pilih?’ Masa tu, sentap habislah! Yelaaa! Bukan gadis pilihan. *lap air mata* Dia geleng kepala tanda tidak tahu. ‘Adrynna Aresha, yang pilih awak memang bukan saya. Tapi Allah. Jadi, mestilah awak yang paling layak paling hebat paling bagus dan paling terbaik untuk diri saya kerana awak pilihan Allah.’ Masa tu, air mata mengalir tak terhenti. Moga jodoh ini berkekalan hingga mati. Hingga ke syurga nanti. Amin ya Rabb. Amin.

********************************

“Awak! Awak! Awak!”
“Ye Puan Adrynna Aresha? Teringat saya eh? Rindu saya kan?”
“Eceh! Tetiba macam nak tertidur pulak baca ayat awak rindu-rindu ni. Lalala~ Nak gitau esok pagi laasstt paayypeerr!!! Yeay! Nanti jangan lupa jemput saya tau! Saya tunggu awak! Hingga akhir waktu! Hahaha!” Sebenarnya, dia memang teringat dekat suaminya ni haa. Rindu sangat-sangat sebab lama dah tak jumpa. And dia tak sabar nak jumpa suami yang dichentai tahap langit ke-7 ni. Tapi saja dia tak nak bagitahu. Malas. Sat gi beliau mula la nak bangga diri.
“Hahaha! Malu-malu pulak nak cakap rindu kat kita. Dengan saya awak toksah nak malu la aihh. Awak kuat tidur sampai keluar air liur basi saya tahu, awak makan gelojoh saya tahu, awak menangis-nangis sampai keluar hingus sebab kucing jiran sebelah rumah mati pun saya tahu. Hahaha!”
“Bab perli saayaaaa awak memang hebat! Ceh! Ehm. Macam mana awak buat?”
“Err. Buat? Buat apa? *blur*”
How come, each time im thingking of you, then u will appear? Tetiba teringat, awak dah mesej. Terlintas kat hati, awak dah call. How?
“Hahaha! Kan dah cakap. Saya hebat!”
“zzzzzzzz. Ngantuk!”
“*senyum* Well my lovely wife, tu namanya ikatan hati suami isteri. Takkan tak tahu? Dulu masa kursus kahwin kan ada cakap. Nampak sangat tidur masa kursus! Dah. Pergi tidur. Sok ada perjuangan lagi.”
“Hohoho! Saya kan kuat tidur macam awak cakap tadi! (mencebik+jelir lidah). Aaiyyaaii capten! Saya tidur dulu ya. Assalamualaikum”
“Hahaha! Ok. By the way, terima kasih sebab selalu teringat dekat saya. Saya rindu awak 50 kali ganda lebih dari awak rindu saya tau. Hahaha! Moga saya sentiasa di hati awak sampai bila-bila. Sampai hujung nyawa. Waalaikummussalam sayang buchuk-buchuk. *senyum lebar*

******************************************

Dia sudah habis menjawab last paayypeer nya pagi tadi. Tak sabar nak menunggu ketibaan suami terchenta datang menjemput bidadarinya. Aiwah! Kalau bab perasan dia pun boleh tahan jugak sebenarnya. Hohoho! Sambil menunggu, dia online kejap. Dia bukak facebook. Ada berbelas notification. Ada 2 3 mesej. Dia bukak notification. Ada post dari suaminya.

Hati itu dicipta untuk saling cinta mencintai,
Rapatkanlah ia dengan redha Ilahi,
kerana sesuatu yang dikaburi,
amat mudah menjadi realiti.
Semoga Dia memberkahi cinta ini,
kerna hati itu satu, dan cinta kita pun satu,
semestinya pada Dia yang satu.
Ku mohon kita bersatu dalam cinta, mencintaiNya.
Andai Az-zahra punyai Ali,
InsyaAllah diriku punyai dirimu.

Aku seorang hamba hina,
Bercinta hanya kerana Dia,
Syariat yang utama,
Cinta sampai syurga,
Moga kita berpimpin tangan menuju ke sana.

Andai ajal datang menjelma,
Janganlah kau bersedih tak terkira,
Terima takdir Ilahi dengan redha,
Dan ku harap cinta dan jodoh kita,
Kelak tetap akan bersambung di akhirat sana.

Dia pelik. Kemain ayat jiwang-jiwang puisi bagai. Hahaha! Dia bukak mesej. Owh! Ada mesej dari suaminya.

 “Sesiapa sahaja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahala Ku, nescaya Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadis). Saya sayang awak. Saya maafkan segala kesalahan awak dunia akhirat. Awal perkahwinan saya ada cakap awak pilihan Allah kan? Jadi mungkin juga saya pilihan Allah untuk pergi dulu. Jangan sedih sangat tau! Tu Allah dah janji akan ganti dengan syurga. Tapi dengan syarat awak redha dan bersabar. Ingat tazkirah subuh saya tajuk jangan bersedih tu? Haa! Bersedih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34) Jangan lupa untuk sentiasa doakan saya ye sayang. Saya sayang awak Lillahi Taala. Assalamualaikum”

Berderau darah Aresha. Telefon berbunyi. Dia angkat sambil berdoa dalam hati. Tolong. Tolong bukan apa yang terlintas di hati saya Ya Allah. Laju air mata Aresha mengalir. Suaminya terlibat dengan nahas jalan raya. Suaminya pergi meninggalkan dirinya. Suaminya pilihan Allah untuk pergi dulu dari dia. Sesungguhnya mati itu pasti dan bagi mereka yang beriman, mereka pasti tidak sabar untuk bertemu Rabbul Izzati.

-TAMAT-