16/11/2015

KERJA KE SAMBUNG BELAJAR? KE KAHWIN?



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bersawangnya blog ni. Last entry bulan 9. HaiIa. I think my writing discipline kelaut. *muka sedih*

It is very hard actually to manage and keep updating on your FB, Tumblr and Blog. Serius! Tak tipu. Ok ok tau ni bukan alasan. Haha! Nak tulis blog kena ada point banyak sikit sebab yeah, blog kan. Kena la bebel panjang-panjang. Haha.

Alright. Hari tu dah janji kan nak tulis sambungan entry ‘Hari Jubah’. Dilema selepas bergelar graduan. Percayalah, bila anda dah bergelar graduan, anda akan melalui fasa ini. So, siapa yang sekarang belum lagi jadi graduan, trust me. Nanti da habis belajar, korang mesti searching balik entry ni ah! Hahaha.

Lurus ke titik. (baca: straight to the point)

Ada orang dia jenis dah ada visi misi planning 10 20 tahun akan datang. So dia dah tahu apa dia nak, how to achieve it and so on. Aku kagum gila orang macam ni. Serius! Tapi ada orang dia jenis blur blur (macam aku. Haha) So, orang macam ni aku harap tabah sikit menjalani kehidupan. Muahaha!

Kerja ke sambung belajar? Dilema kan? Aku habis belajar degree bulan 8 tahun lepas. Masa raya tu kau bayangkan la aku nak kena jawab soalan yang sama dekat 100 kali. Haha.

“Haa! Dah habis belajar kan? Kerja ke master?”

Okay. Kau jangan ingat bila kau dah jawab, akan stop dekat situ. Naaa! Akan ada dua kelompok ah. Satu akan cakap, kerja la dulu. Cari duit. Dah dah la belajar tu. Mak ayah dah tua. Sekarang la masa kau nak balas jasa. Okay. Okay. Tapi nanti ada satu team lagi akan cakap, sambung je lah belajar. Sekarang ni, yang ada degree pun berlambak. Ambil la master. Kerja susah nak dapat skang. Menganggur je kau nanti.

Masa tu aku nak telan kuih raya masih okay lagi. Aku boleh senyum, sengih-sengih macam kerang tak cukup vitamin lagi. Hahaha. Sebab mood tak nak fikir lagi. Mood nak konvo ajeeee. Haha.

Okay tu bila kau baru baru habis belajar. Fasa 1. Fasa 2 lain plak. Bila da lepas konvo, dalam 2 3 bulan kau still macam tak dapat kerja dan tak ada hala tuju, masa tu, welcome to the phase 2. Hahaha! Masa ni, jiran sebelah rumah, orang sebelah kampung, sedara mak ayah kau akan mula lah ayat-ayat macam “Eh. Anak kau tak kerja lagi? Eh. Anak kau duduk tak buat apa-apa la ni kat rumah? Tidur je la kerja nya?”

Haa. Sabar. Tu belum lagi kena compare. “Ehh. Kenapa anak kau tak kerja lagi? Anak aku dah dapat kerja dah pun. Kesianlah kat anak kau.” Pergh pergh dan banyak lagi ayat-ayat yang kasi hati ni berapi membara dan rasa rentung! Haha.

Aku ada kawan yang dia ambil degree in biochemistry, setahun dia menganggur. Sampai dia cakap dia nak keluar rumah jemur kain pun malu sebab jiran-jiran duk tanya “La. Tak kerja lagi ke. Lamanya menganggur.”

Ehh haallooo~~ Tau tak nak habiskan degree tu pun menangis sampai keluar hingus. Lagi nak kena hadap soalan berbaur sindiran. Huh! Marah ni marah! Siapa yang tak nak kerja kan? Tapi we need to admit that everyone has their own rezeki. Tak semua orang habis belajar dapat kerja cepat. Instead of asking, why not we give doa and support right? Kau ingat orang yang tak dapat kerja tu suka ke mengangur? Dia lagi stress okay! Kita kalau tak ada perkara yang baik nak dicakapkan, molek lah kita diam. Gitew!

Okay so habis fasa 2.

Ada orang rezeki dia kerja. Ada orang rezeki dia belajar. Kalau kau kerja, jangan lah memilih sangat. Di zaman era globalisasi (pergh ayat ni aku selalu guna masa buat karangan dulu. Haha.), kita tak boleh nak memilih kerja. GST lah, minyak naik lah, tol naik lah, tambang KTM LRT naik lah, so we don’t have any choices bebeh. Nak tak nak, ada potensi kau akan kerja tak sama dengan apa yang kau belajar dulu.

Jangan risau. Ilmu tak pernah basi. Benda kau belajar dulu mungkin tak digunakan untuk skop kerja kau sekarang tapi ilmu tu akan berguna satu hari nanti. Contoh kau belajar kimia tapi kerja bahagian pengurusan. Ehh ilmu kimia kau tu boleh diguna pakai untuk ajar anak-anak kau nanti. Nampak tak? Haha! Tak pun kau belajar computer tapi buat bisness online. 
Kau boleh guna ilmu computer kau tu kalau tetiba PC ke laptop rumah kau rosak or kena virus, mudah je kau nak baiki tak yah hantar kedai. Jimat lagi! Nampak tak?

So, apa aku nak cakap, tak salah cuba benda lain. Tak salah belajar bidang lain, kerja bidang lain. Yang penting kerja tu halal dan kita tak susahkan mak ayah kita dah. Cuma aku nak pesan, jangan putus asa la hantar resume. Aku ada kawan 300 resume dia hantar. So, kena banyak sabar sikit, jaga hubungan dengan Allah dan mak ayah. Mintak mak ayah tolong doakan dipermudahkan urusan supaya dapat kerja yang baik untuk masa depan.

*tarik nafas*

Okay. Kalau nak sambung belajar pun tak ada hal ah! Menuntut ilmu tu kan sampai kita mati. Nak further master, pointer masa degree ikut Uni yang kita nak apply tu. Macam UM, kena above 3 baru leh apply. UKM rasa 2.7 dah boleh. Buat la research before nak apply. Pergi web rasmi Uni yang kau nak tu. Tak pun tanya senior ke call Uni tu ke. Jangan malas. Haha.

Master ada 2 jenis. Coursework dengan research. Coursework ni kau pergi kelas, buat mini projek sikit, jawab exam dan kau boleh grad dalam masa setahun setengah.

Research ni tak ada exam tapi kau kena buat thesis, published journal, ada proposal defense, candidature defense tapi ikut university jugak. Lain uni, lain syaratnya. Research ni minimum setahun maximum 3 tahun untuk kau grad.

Bab kewangan pulak, untuk master ada PTPTN, MARA, MYBRAIN, Scholarship yang Uni tu tawarkan dan lain-lain. Tapi, kalau untuk research, depends dekat supervisor a.k.a lecturer. Ada yang ada geran penyelidikan so dia boleh bayar kita tiap bulan. Kira macam kau belajar tapi bekerja. Research assistant gitew. Katakan la lecturer kau tak ada duit nak bayar, jangan risau. Kau boleh apply yang aku sebutkan kat atas tadi.

So how? Dah kurang sikit kusut tu? Dah Nampak tak gambaran apa kau nak kena buat? Haha. *lap peluh*

Malam ni kau bangun untuk qiam. Then habis solat tahajud, taubat dan hajat, kau duduk dulu, keluarkan kertas dan pen. Kau listkan pro and cons kalau kau pilih kerja atau belajar sebab lain orang priority dia lain. Sementara tunggu dapat kerja atau offer nak sambung belajar, kau buatlah kerja part time dulu. Tak salah ada bachelor of chemical engineering nak kerja part time dekat 7e ke KFC ke. No harm.

Lepas tu kau doa lah banyak-banyak. Mintak Tuhan lorongkan kau dekat jalan yang terbaik untuk kau. Mungkin kerja mungkin sambung belajar atau mungkin jugak kahwin? Wahaha! Suka ah kahwin? Suka ah? Kah kah.

Jangan stress ah. Aku tau susah sebab aku dah melalui. Tapi kalau aku boleh, aku yakin kau mesti lagi boleh tempuh.

Nanti aku cerita dekat entry lain macam mana aku mula-mula seakan-akan berjodoh dengan kerja tapi akhirnya berjodoh dengan master dan macam mana aku hadap banyak persepsi dan perkara yang tak dijangka-jangka. InsyaAllah. 

****************

[Graduasi satu langkah menuju fasa kehidupan yang misteri.]

Dah setahun rupanya konvo.
Rasa macam baru je betulkan jubah konvo, naik pentas ambil scroll, baling topi dan dapat 1000 like untuk gambar konvo. Eehh! Haha.

Ada yang kerja.
Ada yang sambung master.
Ada yang kahwin.
Ada yang dah dapat anak.
Tapi,
Ada juga yang masih sabar mencari kerja tetap.
Ada juga yang masih setia tunggu jodoh.
Ada yang tengah tabah melawan penyakit.
Ada yang masih mencari-cari hala tuju hidup.

It is not easy to dealing with the past, living for the present and fighting for the future.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Tuhan dah beri. Walau sekecil-kecil perkara.

Dan apa pun ujian yang terpaksa di lalui sampai sesak minda dan dada, mohon kuatkan semangat.

Saat kau mahu berputus asa, Dia berikan kau sebab untuk kembali berjuang. Saat kau mengalah, Dia berikan kau sebab untuk tidak menyerah. Saat kau mahu rebah, Dia berikan kau tempat untuk sandarkan semuanya.

Aku pesan untuk diri aku.
Moga tersemat untuk kalian juga.


12 comments:

  1. baca cerita kau ni, macam ala-ala kau tengah duduk dan cakap dengan aku muka ke muka. okey jujur aku sendiri macam kelam kelam tak nampak apa dah ni. Tarikh tutup permohonan degree nak tutup dah. Adudu

    ReplyDelete
  2. Hahaha. sempat lagi kau nak decide. doa kuat sikit. all the best ^^

    ReplyDelete
  3. then awak pilih untuk kerja ke belajar dulu. honestly susah sangat nak decide nak kerja ke sambung msc. sebab peluang tu datang serentak dalam masa yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu istikharahlah then tgk hati awak kuat ke mana 1. kerja okay belajar pun okay. yg penting kena ada passion. Allah yuftah alaikum ^^

      Delete
  4. Hmmm,,saya Baru habis Asasi Tapi Tak tahu Mana hala tuju..Sama Ada sambung study atau kerja..sebab saya keliru..dlaam masa sma fikir pasal masa depan..Kalau study nanti kena sewa rumah,,belanja untUK makan,,buku,,kenderaan DLL..Tapi Kalau kerja kurang sikit beban,,cuma macam Tak Ada life la pula..macam Mana nak buat keputusan pun saya Tak tahu...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tanya mak ayah. Mintak pendapat diorg. Sementara tunggu pangilan UPU bln 8/9 ni, try kerja part time dulu. Then kalau da dpt result upu baru tgk macam mana. mybe lepas da de experienced kerja even sekejap, you can have a better decision. sambil2 kerja tu leh simpan duit utk bayar yuran degree nanti. Kot la ms tu rs nk smbg belajar mebuak2 pulak. hehe. keep on doa. =)

      Delete
  5. sy nak share entry nie kat fb tp x tau nak share mcm mana hahaha. sbagai pembakar semangat :)

    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. xpe copy je link entry ni then paste dekat FB. moga dipermudahkan urusan ^^

      Delete
  6. Be like me, penanam anggur berkarisma and still searching for a new job after 2 years working. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha like seriusly? then how u survived for the past 2 years ni? hahhaha.

      Delete
  7. Nak tanye....macam mane eh nak mula cari kerja part time lepas spm?? Macam mane nak mulakan pertanyaan??

    ReplyDelete