12/11/2013

KERANA CINTA, KITA TAHU ALLAH ITU ADA.


CONTENGAN 1

"Kau tak kisah ke?"

"Kisah apa?" *blur*

"Kalau orang yang kau suka, berjodoh dengan orang lain?"

"Owh. Jodoh itu Tuhan yang tuliskan. Aku sebagai hamba yang sudah dituliskan takdir, nak tak nak, kena akur."

"Tapi ini soal rasa. Dan rasa itu sekali membekas, sampai bila-bila."

"Ehm. Jadi?"

"Takkan tak rasa kecewa sikit pun?"

"Tuhan tak suruh kita mencintai yang lain, sebaliknya mencintai Dia. Memang rasa suka tu fitrah, kita boleh je pilih untuk tak letak harapan."

”Katakan secara kau tak sedar, kau dah letak harapan. Jadi macam mana? Takkan kau tak sedih langsung?”

“Dia yang kita suka atau terpikat, rupa-rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara yang lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita bertemu ketenangan yang abadi. Trust in Allah. Allah will never let u down”

*senyum manis*

[Pada siapa dan pada apa, cinta kita itu diletakkan?]


CONTENGAN 2

“Kau yakin dengan keputusan kau nak putuskan pertunangan ni?”

“InsyaAllah ini yang terbaik. Untuk aku. untuk dia. Untuk gadis pilihan dia dan untuk semua.”

“Dia bahagia dengan perempuan lain. Kau yang menderita. Sepatutnya dari awal dia beritahu yang dia dah ada pilihan sendiri dekat keluarga dia. Bukan bila lagi 5 bulan nak majlis nikah baru nak beritahu.”

Senyap.

“Kau tak nak cuba untuk bertahan?”

“Ketika yang terluka memilih tuk bertahan, ia hanya berharap akan suatu perubahan; Dan ketika yang terluka memilih tuk pergi, ia tak ingin hatinya terluka lebih dalam lagi dan aku; memutuskan untuk pergi.”

“Jadi, kau nak pergi sebab kau mengalah dengan gadis pilihan dia tu?”

"Aku undur diri bukan kerana aku mengalah. Tapi kerana aku tahu, jika diteruskan sekali pun kami tidak akan bersama. Jangan risau. Allah itu ada."

*senyum manis*

[Hanya ALLAH sahaja yang mampu mencantumkan dan menyembuhkan hati-hati yang berkecai.]


CONTENGAN 3

“Berapa lama kau kat sana nanti?”

“Tak pasti lagi.”

“Kau tinggalkan semua yang ada dekat sini sebab kau kecewa dengan jawaban dia?”
 
“Aku lepas semua pergi bukan kerana aku benci tapi kerana aku terlalu mencintai.”

“Aku rasa dia suka kau sebenarnya cuma dia tak ada courage nak confess dan maybe ada reason kenapa dia duk tahan apa yang ada dalam hati dia tu.”

*senyum*

“Jadi, kau putus asa? Kau dah berhenti berharap?

“Aku berhenti bukan sebab aku tak mahu. Bukan sebab aku tak perlu. Bukan itu. Cuma, otak aku ligat beritahu. Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik buat diri aku."

[Ada rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Cukuplah hanya Dia yang mengetahuinya.]


p/s: Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

p/ss; Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang kau kehendaki.


Jadi, apa ada hal? Walau seteruk mana hati kamu dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya kepada Ilahi. Come on! Get a life! ^^


8 comments:

  1. Bismillah. Assalamualaikum akak :)
    1st time jenguk blog akak. :)
    Allahurabbi, nice entry sis. :)

    "Walau seteruk mana hati kamu dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya kepada Ilahi." hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. terima kasih. semoga bermanfaat utk semua. =)
      ada masa godek2 je la blog akak ni. hehe

      Delete
  2. akak akak !! (mcm gedik lah pulop) ha3...
    nk tmbah.. *jika dia harus membuat pilihan,aku akan meminta dia untuk memilih org lain dan bukan aku.. kerana jika dia mampu menerima aku seadanya,mana mungkin ada pilihan buat dia.. * lalala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cecece iraaaa cecececeeeeeeeeeeeeeeeeee hahahah

      Delete
  3. assalam rahimah, terjebak baca entry2 lame awak ;')
    bella pilih contengan no2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm bella. moga sentiasa kuat. =)

      Delete
  4. mmg contengan2 terkena sebijik kat diri sendiri...tq! atleast sy tahu, sy betul untuk mengundu diri :)

    ReplyDelete