Kita manusia biasa. Tak lari dari rasa kecewa. Pernah kita rasa Allah
tak adil. Sebab apa? Sebab Dia tak makbulkan benda yang kita nak. Sebab Dia
selalu macam lebihkan orang lain dari kita. Kan?
Kes 1:
Pointer kita lagi bagus dari kawan kita. Tapi dia dapat masuk universiti lagi top dari kita. Dapat course lagi hebat dari kita. Sedangkan kita? Dapat universiti dekat hulu mana dengan course yang entah apa-apa. Kita rasa kecewa. Kita rasa Allah tak adil.
Kes 2:
Kita pulun study sampai tertidur-tidur atas meja. Solat hajat tak tinggal tiap malam! Last-last kawan kita yang kerja selalu berfoya-foya then solat pun kelaut tiba-tiba dapat result lagi ohsem dari kita. Kita rasa kecewa. Kita rasa Allah tak adil.

Kes 3:
Kita suka tahap level 10 dekat seseorang ni. Hari-hari kita doa dekat
Allah. Sungguh-sungguh. Moga dia jodoh kita. At the end of the story, dia nikah
dengan orang lain. Kita rasa kecewa. Kita rasa Allah tak adil.
Tahu tak? Tak tahu? Meh nak habaq. *betulkan suara*
Allah takkan pernah menzalimi hambaNya. Segala yang Allah dah takdirkan pasti yang terbaik buat kita. Jika sesuatu yang ditakdirkan menjadi milik kita, walau halangan setinggi mana InsyaAllah tetap menjadi milik kita.

Namun, jika sesuatu itu
bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan persiapan dan usaha tahap maksimum pun tidak mampu menandingi
takdir Ilahi. Dan kalau suka macam mana pun sayang macam mana pun setia macam
mana pun kalau Allah kata ia bukan milik kita tetap bukan milik kita.
Ketahuilah, segala yang ada
di dunia ini adalah hak Allah. KerajaanNya luas meliputi alam semesta dan
tanpa ragu-ragu lagi segala-galanya adalah milik Allah. Dan apa yang
Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita dariNya.
Jangan ditangisi apa yang bukan menjadi milik kita.
Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak untuk memiliki yang
lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada
anugerah dariNya buat kita.
Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti. Mungkin perkara yang kita idamkan itu bukan perkara yang terbaik untuk kita. Mungkin perkara yang kita impikan itu akan Allah ganti dengan 10 kali ganda yang lebih baik atau mungkin sebernarnya kita tidak memerlukan langsung perkara yang kita idam-idamkan itu.

Ibnu
Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak
dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa
keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Mereka yang berbahagia bukanlah dia yang hidup tanpa masalah, tapi mereka yang mampu mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah dan masa merupakan penyembuh terbaik segala luka dihati. Percayalah Allah sentiasa disisi. *Tengok cermin. Senyum*
#Ada
beberapa pengalaman dalam hidup kita ini pada mulanya kita sangka buruk tetapi
setelah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti bahawa awal yang buruk
itu adalah pengakhiran yang baik. Keep being positive. Trust in Allah.#
tahniah sis :-) sangka baik dgn Allah
ReplyDeleteai ai capten! =D
ReplyDeleteit is true.. surah al baqarah:216
ReplyDelete