Semester baru sudah bermula.
New semester new spirit..! Kot? Haha.
Entry kali ini merupakan
kesinambungan kepada post FB saya tentang result exam. (Nak tulis panjang-panjang
kat post macam tak best pulak. Hehe) *Betulkan tudung*
Saya yakin result exam di universiti seluruh negara sudah pun released. Ada yang gembira result bagus ada yang berdukacita bermuram durja dapat result yang tak memuaskan hati. (kena bebel tak sudah mungkin? Huhu.)
Bagi yang dapat result bagus, jangan rasa diri hebat. Pandang orang gaya awak tu menang Nobel Prize. Tahu gembira tapi hormatlah sikit kawan-kawan yang tengah sedih result diorang tak berapa nak best tu. Tak rugi pun kalau kita jaga hati orang lain. Dapat pahala lagi ada. Tak nak pahala?
Bila dapat result bagus jangan dabik dada kata semuanya hasil usaha sendiri. Jangan bongkak kata ‘Aku memang layak dapat pointer gempak macam ni sebab aku memang pandai dan rajin tahap dewa. Semua atas usaha aku. Bukan sebab Tuhan tolong’. Pppfftt! Itu yang anda silap.
Saya ada junior. Masa ambil exam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia dapat 8A. Dia bangga sampai keluar dialog macam kat atas tu. Lepas tu dia masuk boarding school. Then masa dia Form 5, masa tu saya tengah further study dekat matric. Punyalah dia lekehkan saya. Dia kata ‘Masuk matric je? Kitorang budak-budak2 MRSM further oversea bla bla bla.’ Saya masa tu mampu sengih macam kerang tak cukup vitamin sambil kunyah kuih raya. (Biasalah time-time raya ni semua orang buzy tanya itu ini). Then untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) ni pun dia study gila-gila punya sampai masuk wad. Serius tak tipu! Last-last result SPM dia ……. *krik krik krik* Tak sampai 5A pun! Tak pergi oversea pun! At last masuk Form 6.
Nampak tak Allah nak tunjuk kuasa? Memang Allah cakap kalau kau berusaha mesti kau dapat hasilnya. Tapi kalau sampai kau riak takbur dan deny kekuasaan Allah, memang cari nahaslah namanya.
Jadi, mohon berpada-pada. Islam itu agama sederhana. Bersederhanalah ketika anda gembira mahupun kecewa. Terkadang Allah balut cantik-cantik ujian tu sampai kita ingat benda tu nikmat. Dan akhirnya buat kita lupa pada Dia.
Jika sakit itu membuatkan kita ingat pada Allah, itulah nikmat. Jika kebahagiaan itu membuatkan kita lupa pada Allah, itulah musibah.
*Tarik nafas*
Formula exam= E (effort) directly proportional R (result)
Higher effort better result.
Dah usaha, dah doa, dah tawakal tapi itu jugak yang kau dapat.
Kat sini ALLAH nak uji, tinggi mana tingkat syukur kau.
Bersyukur even dapat pointer rendah (padahal ada orang yang dapat lagi rendah dari kita), bersyukur even setiap hari hanya dapat makan lauk telur goreng atau megi je (padahal ada orang jangan kata nak makan telur, makan nasi pun kadang2 tak dapat), bersyukur even muka tak cantik mcm miss universe (padahal ada orang buta yang bisu pekak tak de kaki tak de tangan lagi). Bersyukur dalam segalanya. payah kan? padahal, ALLAH sangat suka hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dalam segala hal.
Bukan bila dapat bagus kau baru nak syukur. Bila dapat teruk kau nak nak salahkan Tuhan. Salahkan takdir. Syukur itu perlu setiap masa.
Adatlah study ni ada naik ada turun ada suka ada duka ada manis ada pahit kerana semua itu are part of the life .Bersangka baiklah pada Allah.
Kau dah usaha dan kau pun dah mencuba. Trying the best you could.
Tapi, takdir yang tertulis kau gagal akhirnya.Jika Allah mengatur untuk kita
apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
Bersangka baik pada Allah. Pasti ada hikmah.
Kekecewaan setelah berusaha mencuba lebih ringan daripada penderitaan
kekecewaan apabila tidak langsung berusaha untuk mencuba. Biar hujung waktu
kita sedar dan berusaha daripada putus asa dan mengenang nasib. Biar kita mati
berjuang ke saat akhir daripada hidup bacul tak mengaku kita dah tersilap
langkah. Biar saat ini kita tetap berusaha walau pedih mengetahui betapa
lalainya kita daripada mengetahui kita tak pernah sedar kelalaian kita dan biar
kita usaha sedikit daripada langsung tak berusaha. Kerana Allah sayang hamba-Nya
yang begitu. Yang berusaha tanpa lelah. Keputusan itu milik Allah. Yang penting
usaha. Teruskan perjuangan. Never give up and never say die
before you try.
Pasti ada hikmah. Tak nampak
sekarang mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin masa kau kerja nanti.
Laa tahzan. Jangan bersedih. There's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.
Laa tahzan. Jangan bersedih. There's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku )maka pasti azab Ku sangat berat” (Ibrahim:7)
Sapulah air mata yang terbit
dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia
mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal
dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah
ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
InsyaAllah.. yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.
#Dapat
result bagus jangan riak. Jangan pandang lekeh dekat orang lain. Dapat result
rendah jangan putus asa. Jangan rasa ini pengakhiran dunia.#
Brilliant students adalah insan bukan mental sahaja yang bagus, tp brilliant students ialah insan yg mana pegangan Spiritual dia sangat mantap.. sbb dia Tahu bahawa Allah yg memberi kejayaan..
ReplyDeleteformula kejayaan :
Tawakkal pada allah --- berdoa dipermudahkan --- tawakkal atas usaha --- redha
;D
ReplyDelete