31/12/2014

KITA KAWAN SAMPAI BILA-BILA TAU


Entry kali ini saya dedikasikan kepada semuaaaaaaaaaa (baca 6 harkat) yang bersahabat dengan saya hampir lebih 20 tahun ni.

*bukak gambar dan baling belakang (baca: throwback) sambil minum kopi panas*

Aku ada kawan yang tengok muka je aku rasa nak tergelak terbahak-bahak sampai guling-guling. Memang penceria hati laaaaa orang cakap.

Aku ada kawan bila aku nyanyi, dia pun ikut menyanyi tapi lirik salah! Tapi tapi taappiii confident gilosssss! Haha. Ok. Memula kelakar tapi kadang-kadang menguji kesabaran sebab tiap kali nyanyi tiap kali jugak nak kena betulkan lirik dia. Haha.

Aku ada kawan selalu cakap nak kurus nak kurus tapi last-last dia orang first ajak aku makan itu ini. Wahaha! Kelakar sebab last-last memang tak kurus laaaa! Angan-angan lebih. Haha.

Aku ada kawan bila tiap kali aku cerita, dia punye excited tu tahap petala langit ke lapan ahhh! Even cerita tu dah ulang banyak kali or dah basi tapi respond diaaa memang superb! *tabik*

Aku ada kawan yang bila aku rasa nak nangis, aku akan call lepas tu nangis je tanpa henti.

Aku ada kawan yang bila aku rasa membuak-buak nak luahkan, dia akan dengar macam masalah aku ni masalah negara dan lepas tu bagi kata-kata semangat.

Aku ada kawan bila aku rasa macam aku down, aku stress, dia akan ajak aku makan untuk kunun-kunun hilangkan stress lepas tu kitorang gemok sama-sama! (tapi kurus sorang-sorang. Haha)

Aku ada kawan bila aku rasa aku lost macam aku lari dari ‘trek’, dia akan tarik aku balik lepas tu bebel macam mak-mak lepas tu aku macam eehh eehh! Tersedar di dunia yang nyata.

Aku ada kawan bila aku sakit, dia akan tenyeh-tenyeh dahi aku nak check betul ke demam ni. Lepas tu akan bawak pergi klinik, paksa-paksa makan ubat semua.

Aku ada kawan bila aku macam tak cukup duit, dia tetiba belikan aku makanan then acah-acah kata tak makan lagi. Nak makan sekali katanya. Huu~ Terharu ah!

Aku ada kawan walau berkurun tak jumpa, tak contact tapi sekali jumpa, sekali contact aku boleh cerita macam-macam benda yang kadang aku tak cerita pun dekat orang yang hari-hari aku jumpa.

Aku ada kawan even aku tak cerita apa-apa pun tapi dia boleh baca hati aku. *senyum*

Dan berjuta macam lagi ragam kawan aku yang sebenarnya kalau aku nak senaraikan satu-satu, boleh buat tajuk master aku sebenarnya. Haha.

Terima kasih.
Terima kasih untuk ilmu.
Untuk pengalaman.
Untuk doa.
Untuk semuanya.

Walau dari jauh.
Walau mungkin tak nampak di mata tapi tetap dapat rasa.
Terima kasih.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Kenapa menangis?”
“Sedih dan kecewa.”

“Sebab?”                                 
“Kenapa kawan-kawan aku bila ada masalah, baru nak cari aku. Tapi kalau dah gembira, lupakan aku. Tak pun kalau sedih baru nak mengadu kat aku. Tapi kalau aku sedih ke, tak de pun yang nak tanya. Aku ada masalah ke, tak de pulak yang nak bantu.” 


*Senyap* 

"We have 3 types of friends in life. 1) Friends for a reason. 2) Friends for a season. 3) Friends for a lifetime." 
"Jadi?"

"Jadi, kau pilih lah nak jadi kawan jenis yang macam mana. Bagi aku, tak kisah apa sebab orang berkawan dengan aku atau macam manan cara diorang anggap aku sebagai kawan. Yang penting macam mana aku pada diorang. Sebab apa kau tahu?"
"Sebab apa?"

"Sebab aku berkawan Lillahi Taala. Jadi, segala yang aku buat untuk Allah dulu bukan manusia. Jangan mengharap pada manusia kerana manusia itu selalu mengecewakan. Tapi berharaplah pada Allah. Dia takkan pernah mengecewakan.

Ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; Dua orang yang saling mencintai kerana Allah. Mereka tidak bertemu kecuali karena Allah dan berpisah kerana Allah.

Sahabat akhirat tu bila dia tak kisah pun kau cari dia waktu kau susah dan

Sahabat sejati takkan pernah berubah hati. *betulkan tudung*




No comments:

Post a Comment