15/09/2012

GRADUAN UNIVERSITI PUN TAK PANDAI MASAK?


Sentap tak dengan tajuk entry ni? senntaappp kaann? saya pun sentap! rasa macam nak hentak2 kepala kat meja sampai meja pecah jadi kepingan2 kecik lepas tu saya nak gigit2 kepingan tu.. ha3! honestly saya tak berapa nak pndai masak.. (rendah diri) kalau ikut tekak saya, bolehla nak telan.. tapi nak bagi org lain cuba, seram sikit.. takut sakit perut, tak pasal2 saya kena sue! hu3!

Ade satu kisah benar di mana budak perempuan tu nak beli ikan kembong yang mak die suruh pun die kompius ikan kembong tu yang mana satu sebab die tengok ikan sume bentuk sama je. Nak beli sayur bayam pun die kompius sebab die tengok sume sayur kaler same je. Sampai die terdetik dalam hati, nape la pakcik kedai tu tak label je ikan2 dan sayur2 tu mcm bahan kimia kat dalam makmal?? Kronik kan? ade seorang makcik pernah cakap ‘ala.. budak2 yang pndai blajaq ni,yang dok blajaq tinggi2 ni, mana depa reti masak! dok sebok blajaqqqq jaa!!’ sambil mata makcik tu memandang saya dan anak2 perempuannya. saya yg mendengar ayat makcik tu ibarat kene tembak dengan m16 kemudian jatuh tertiarap tanpa mahu bangkit2 lagi. tuh diaa habaq ang! kene sedas yg pedas ok! ha3! 

Saya tak nafikan apa yg makcik tu cakap betul. sangat betul. Kita yang tak reti masak ni pun, (kita ye bukan saya je) *laugh* harus lah terima teguran tersebut sebagai teguran membina. bak kata omputih “Better late than never”. Sempat lagi nak blaja masak. Bukan susah pun. campak2 je bahan masakan tu dalam kuali macam main bahan kimia untuk wat experiment. ha3! sedap ke tak sedap belakang cerita. yang penting kita cuba untuk masak sebab orang tua2 cakap nak pikat hati suami harus pikat perut beliau dulu baru dapat pikat hati beliau. (orang tua2 cakap.. bukan saya cakap) Buat sang suami, hargailah jugak penat lelah isteri yang memasak untuk kalian. kalau tak sedap pun,buat2 la sedap. Appreciate semangat dan usaha isteri kalian.. jangan la complaint yang menyakitkan hati isteri tu. bagi komen dengan ayat2 dan nada yang baik2,yang sweet2..can u? *smile*

#perempuan yang mahu jadi solehah akan berusaha memperbaiki dirinya dalam semua aspek bukan hanya dalam ilmu agama dan akademik tetapi juga ilmu rumah tangga.#

6 comments:

  1. Maaf kan saya menggangu.. Nanti kan boleh tak pecah2 kan perenggan? Mata berpinar nanti kak mah. Haha... *larik*


    p/s : Saya reti masak sebb mak saya paksa masak kat umah time cuti.

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHA!! ok2.. noted2.. well~ bler lg nk rasa mata berpinar2 kn ADIK HAFIZ? (cehh!)ok.. awak reti masak.. ok.. ok.. ok.. (rolling eyes) ha3!

    ReplyDelete
  3. Maaf...saya menyebuk lagi sini....

    ReplyDelete
  4. wahai kakak cahaya suci, bagaimanakah saya mahu follow anda ? (puas dah cari button follow, tapi tak jumpa) :))

    ReplyDelete
  5. @sagigurl : Boleh follow dari dashboard blog anda.

    ReplyDelete
  6. adik saggigurlz yg comei, abg apiz da tolong jawabkan.. he3! sorry sgt x sempat nak edit blog ni bg ade mcm2 features.. n thankz 4 following ye.. =)

    ReplyDelete