Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum semuaaaa! *big smile*
Waahh!! Dah 2 minggu tak update any entry. Hectic week wa ckp sama lu!
sangat2 bz dengan segala bagai benda yang terjadi.. sampai terkejar sana sini..
gaya macam zombie kampong pisang yang nak makan otak manusia. Letih! Tapi tu la
student life kan. *wink*
Saya sebenarnya berdebar menunggu respon readers about my cerpen “Cahaya
Penawar Iman”. But then, Alhamdulillah syukur ya Allah. Respon dari pembaca yang
sangat2 beyond from my expectation untuk cerpen ini. Ramai yang memberi
feedback positif untuk karya saya yang sebenarnya levelnya sangat lah biasa.
Ada juga sahabat-sahabat saya yang komen kata jalan cerita cliché, sikit-sikit
cinta. Ending cuma dua. Either sad or happy ending. *sengih* Tapi, yang sebenarnya, apa yang saya nak
sampaikan di sini bukan hanya cinta itu sendiri tetapi lebih dari itu.
Bagaimana seseorang manusia yang
tanggungjawabnya bukan hanya sebagai khalifah Allah tetapi juga sebagai anak,
sebagai pelajar dan sebagai kawan. Bagaimana watak Syifa dan E-chad saya adun
menjadi satu watak yang saya harap akan membuka mata kita yang selama ini
tertutup atau pun hampir-hampir tertutup dalam melihat sesuatu isu.
Ok! selalu orang kata ‘bedah
buku’ kan.. Kali ni mari kita ‘bedah cerpen’*determine* Dalam entry ‘bedah
cerpen’ ini saya nak revealed beberapa plot atau situasi yang memang
benar-benar terjadi.
1)
Dress code
Saya memang penah melihat situasi di mana pakaian akan
menjadi penentu anda di terima atau tidak. Mana yang berpakaian besar,
berkopiah, bertudung labuh macam cendawan (cendawan comel ok!), mereka ini akan
di label penentang. Dan kalau wujud dalam organisasi baik nyah kan. Semua ini
stigma2 yang saya rasa kelakar kerana orang2 yang mempunyai stigma ini
kebanyakannya orang2 yang berpelajaran tinggi. Ini yang dikatakan bila dunia di
letakkan di hati bukan di tangan.
Kemudian, dalam cerpen ini saya ada sentuh tentang aurat
lelaki. Kita seringkali kali di ingatkan tentang aurat perempuan. Terima kasih
untuk peringatan, pandangan dan teguran dari kaum Adam sekalian. Tetapi, acap
kali juga lelaki lupa tentang aurat mereka terutamanya ketika bersukan. Kan?
Jadi, saya bangkitkan isu ini dalam cerpen saya dengan harapan, pembaca yang
membaca akan tersentap lalu tersedar dan ambil langkah untuk memperbaiki.
2)
Baitul Muslim
Baitul Muslim ini sememangnya wujud di tempat saya.
Mungkin juga wujud di tempat anda. Cuma nya mungkin tak di hebahkan atas
alasan2 tertentu yang mana saya percaya apa pun alasannya adalah untuk kebaikan
semua.
Ada respon dari seorang pembaca yang bertanya ‘Ade ke
ta’aruf sempoi macam ni?’ Well~~ *sengih* Ta’aruf dalam cerpen ni memang
sengaja saya tonjolkan dengan gaya yang lebih santai kerana kita acapkali fikir
yang ta’aruf mesti kena stok2 duduk kaku keras macam kayu, then gunakan ayat Bahasa
Malaysia standard nak jawab SPM kan. Haha. Kita yang mencorakkan ta’aruf itu
dengan style yang macam mana kita mahu tetapi masih tidak membelakangkan syara’
ilahi.
3)
Syifa
Syifatul Iman. Saya sengaja corakkan watak Syifa
sebagai seorang gadis yang ceria, yang kadang-kadang otaknya gila-gila walaupun
bertudung besar, yang sayang sahabat2nya dan seorang yang bukan kasar keras
atau garang tetapi lebih kepada seorang muslimah atau gadis yang indipendent. Dan
saya akui, sebenarnya, kita paling tidak, harus punya basic dalam
mempertahankan diri. Taklah bila ada orang nak mai buli, kita just leh jerit
‘tolong’ or ‘help’ saje. At least, kita leh pukul penjahat tu with our hand. Baru
style! haha. Dan saya tak describe pun Syifa ni watak yang sempurna, kerana dia
juga menangis bila mana dia harus menerima takdir itu kerana dia juga manusia
biasa yang mana adakalanya dia tidak dapat lari dari rasa sedih dan kecewa.
4)
E-chad
Hazim Irsyad. Saya corakkan watak E-chad sebagai figura
yang mengajak orang lain untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa bukan hanya
dengan cara ‘percakapan’ yang berapi2 tetapi dari ‘perbuatan’ yang nampak kecil
tapi memberi impak besar. Gaya seorang da’ie yang mudah di dekati kerana
seorang yang fleksible mengikut suasana dan keadaan, tenang dan mudah di ajak
berbincang. Saya juga tidak describe E-Chad sebagai lelaki yang sempurna kerana
dia hanya manusia biasa. Yang juga punya cacat cela kerana ada juga respon dari
pembaca yang mengatakan dia rasa takut dengan lelaki yang jenisnya macam E-Chad
ni. (Mungkin sebab E-Chad ni jenis ayat lawak kasar je kot. hehe)
5)
Ending
Ada yang tanya kenapa saya memilih sad ending? Ini
kerana kehidupan tak semestinya indah. Tak semestinya berlaku seperti yang kita
harapkan. Jadi, saya memilih sad ending agar pembaca sentiasa besederhana dalam
segala hal lebih2 lagi soal cinta dan jodoh. Letakkan Allah paling utama.
Nescaya kita takkan kecewa. InsyaAllah.
Last but not least, Soalan yang sering ditanya pada
saya. Wujudkah manusia seperti Syifa dan E-chad. Wujudkah kisah cinta ini? Yang
itu, biarlah menjadi rahsia saya sebagai penulis. Ye lah. Kalau revealed semuanya tak
syok la kan. hehe. Kalaupun watak2 ini tak wujud, mengapa bukan anda yang
wujudkan watak ini? Ambil sifat2 mereka dan terapkan dalam kehidupan. Jadikan
Syifa dan E-Chad wujud di alam nyata melalui diri anda. Dan kalaupun cerita
cinta ini wujud, sama2 kita doakn semoga mereka kuat menghadapi segalanya. *big
smile*
#you know you
have read a good book is when you turn the last page and feel as if you have
lost a good friend #
Td bce cerpen...skrg trus bedah..hehehhe..eh betol..hidup bkn sllu indah..n perlu sntiasa rdy..Allah yg utama kompem bhgia..papepon hope 4 the best n prepare 4 the worst..mmmm
ReplyDeletesyafiq: betul2.. =)
Delete=)
ReplyDeletemujahadah: wee~~ ^_^
DeleteIzin copy. ;D
ReplyDeleteP/s : Kenapa tak ada sape tanya "wujudke Irdina?". Sebelum sapa2 tanya. Nak jawab. Ya wujud. Dalam hati ini . Haha XD
apiz: sila share.. xde mslh.. hehe amboihh.. HAHAHAHA! ayaaatt.. =P
ReplyDeletemse bc ni, sy mmbygkn shifa ni same mcm kak fit =P .. ketua MAFIA ;)
ReplyDelete