14/12/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 4)




“Alhamdulillah, syukur saya lontarkan kepada Ilahi kerana masih bernyawa pada hari ini. Tajuk yang saya nak kongsikan pada sahabat-sahabat semua ialah ‘Kau siapa?’ Sedikit kuat dan keras nadanya. Bergema ayat ‘Kau Siapa’ kala ini di masjid. Ann buka mata. Apa kes tajuk gaya nak gaduh?

Kau siapa? Apa punya senang la soalan. Nama aku Annur Zinnirah Binti Ahmad Firdaus. KB10007. Amek kau sekali dengan nombor matrik aku ala-ala james bond ni aku bagi. Suasana orang berbisik sesama mereka. Mungkin berbincang sesama sendiri jawapan untuk soalan tersebut. Suara tadi meneruskan pertanyaan. 
“Anda saya kita semua adalah hamba HINA.”
Ditekankan perkataan hina. Ann yang nak sambung tidur terus duduk tegak 90 degree. Amboihhh! suka hati kata aku hina?!

“Ada yang rasa tak puas hati bila saya cakap kita semua ni hamba hina? Ada?”
Ann bangkit hendak bersuara. Pantang betul bila orang main label dia bukan-bukan.

“Kenapa saya kata kita semua hamba hina? Kerana demi cinta lelaki, demi cinta perempuan, demi kekayaan, demi pangkat, demi status, demi pujian, demi populariti kita sanggup korbankan segalanya.. tapi, demi ALLAH macam mana pulak?” 
Ann tak jadi bangun. Dia berhenti serta merta. ‘Tapi, demi ALLAH macam mana pulak?’. Frasa tersebut rewind banyak kali di dalam hatinya tanpa dia sedari.

“Ketahuilah sahabat yang saya sayangi. Sejauh mana kita menjadi hambaNya. Hamba yang sebenar-benar hamba. Berapa kali kita sujud kepada ALLAH? Sedangkan ALLAH itu paling rapat dengan hambaNya ketika hambaNya sujud. Berapa kali kita ucap syukur atas segala nikmat yang di berikanNya? Sedangkan ALLAH berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 18 yang berbunyi “Dan jika kamu menghitung2 nikmat ALLAH, nescaya kamu takkan dapat menentukan jumlahnya, Sesungguhnya ALLAH benar2 Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Betapa kita lalai dengan dunia. Betapa kita hanyut dengan dunia. Betapa kita rasa kita nak masuk syurga. Padahal peribadi dan cara kita tak melambangkan kita kejar syurga. Walhal, Saidina Umar yang memang dijamin masuk syurga dengan penuh kekhuatiran berkata ‘Seandainya semua orang masuk syurga kecuali satu orang, aku khuatir satu orang itu adalah aku’. Adakah kita rasa kita hamba ALLAH yang bertakwa? Yang akan menjadi ahli syurga? Whereas we do too little dakwah, too little tarbiyah and too much jahiliyyah and yet, we expecting to enter jannah? Shame to ALLAH ladies and gentlemen!" Nada tegas. Ann terkedu+terkelu+terkaku=static di tempatnya.

Too much jahiliyyah and Im expecting to enter jannah? Jamming sampai tinggalkan waktu solat. Lawan cakap mama abah. Kaki gaduh. Jarang pergi masjid except solat hari raya. Jarang dengar ceramah agama kecuali bila mama pasang dekat rumah. Tu pun masuk bilik bukak radio kuat2. Panjat tembok masjid. Kutuk imam masa solat. Jangan kata nak harap masuk syurga. nak mimpi masuk syurga pun……. Aku. Tak. Layak. Ann sentap.

“Sesungguhnya teman2 sekalian, kita patut bersemangat untuk hidup dengan lebih beriman kerana mereka yang berjuang bermati-matian hingga  syahid di Gaza, Rohingya Iraq mahupun di mana sahaja pejuang2 agama ini berada bukan semata-mata kerana nak bela agama Islam sahaja tapi juga nak sedarkan kita dari lamunanan yang cukup panjang. Untuk nak sedarkan kita supaya kita bangkit serta ubah hidup jahiliyyah kita.” Nada lembut seperti memujuk.

“Baiklah. Memandangkan kita ada aktiviti selepas ini. Jadi, saya rasa, saya perlu tamatkan perkongsian saya pada pagi ini. Sesungguhnya setiap orang Islam itu bersaudara. Jadi, saya dengan penuh kasih nak confess tanpa malu-malu yang saya sayang anda semua lillahi Taala. kerana ALLAH Taala. Jadi, mari menjadi hamba. Berlumba-lumba jadi hambaNya yang bertaqwa. Mari kita bina komuniti berpimpin tangan ke syurga. InsyaALLAH. Bi-iznillah. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.”
Saat ini, Ann terasa dirinya hina.

Akan bersambung.. =)

credit to these people who inspires me by their words.. ^_^
-angle pakai gucci (inche gabbana)
-langit ilahi (hilal asyraf)
-syabab musafir kasih (muhammad rusydi)



4 comments: