23/09/2014

IRONI YANG MENGEJUTKAN DAN INDAH



BABAK 1
Saya tak tahu siapa saya pada awak,
tapi bagi saya.
Awak insan yang sentiasa ada dalam doa.
Walau jarang bertemu.
Walau mampu melihat dari jauh.
Kerana mendoakan adalah cara mencintai yang paling rahsia. 

BABAK 2
“Kau teringat dekat dia.”

*blur*

“Betulkan? Kau teringat dekat dia dan kau rindu dia.”

*angkat kening*

“Tak yah deny. Aku perasan bila kau rindu dia mesti ada bau yang sama akan keluar.”

“Huh! Bau apa?”

“Bau kopi.”

*tangan terhenti dari kacau air dalam cawan.*

BABAK 3
“Orang kata cinta yang sebenar apabila kau menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bila kau mencintai budak tu dalam diam, kau rasa kau jadi lebih baik?”

“Jadi lebih baik atau tak, aku tak tahu. Mungkin kau lebih nampak perubahan aku. Tapi yang aku tahu, bila aku suka dia aku sedar yang ada orang cuma ditakdirkan ada dalam hati kita tapi bukan dalam hidup kita. Aku sedar yang mana bila kita suka, kita kena tahu jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Aku sedar menahan apa yang ada dalam hati itu adalah sepatutnya kita buat kerana mungkin itu yang terbaik buat semua dan mungkin yang terbaik buat masa itu. Jadi, sebelum sampai waktu yang tepat, pendamkan saja dan terus berdoa. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.”

*tarik nafas*

“Aku juga sedar yang aku salah kalau aku pikir hidup berkahwin tu akan sentiasa manis walhal mungkin kita dapat jodoh yang berpenyakit, yang punya banyak tanggungjawab dan sebagainya. Aku sedar yang jodoh ni kadang-kadang tak panjang. Aku sedar yang kalau berkahwin mungkin tak ada anak dan aku sedar yang mungkin pasangan kita akan Tuhan cabut awal nyawanya.”

BABAK 4
“Apa perasaan bila akhirnya orang yang kau cintai dalam rahsia, yang kau tunggu dalam diam selama ni akhirnya adalah jodoh kau?”

*senyum manis*

“Alhamdulillah. Tuhan itu tahu yang terbaik buat hambaNya. Terima kasih sebab dia bina tembok ikhtilat yang sangat tinggi masa kami belum berkahwin. Terima kasih sebab dia jaga maruah aku dengan tak mesej call chat aku selama kami bukan yang halal. Terima kasih sebab dia secara tak langsung bawa aku ke satu jalan yang matang tersusun dan terarah. Sesungguhnya kalau kita buat segalanya untuk Allah, korbankan perasaan harta atau apa saja kerana Dia, pasti Dia takkan pernah kecewakan kita.” *mata berkaca-kaca*

“Macam mana life after dah jadi Puan?” *sengih*
“Bercinta ibarat kau naik bas. Boleh berhenti kat mana yang kau nak kalau kau tak suka. Tapi berkahwin ibarat kau naik flight. Suka tak suka, kau tak boleh berhenti tiba-tiba kat mana yang kau nak. Bahaya. *ketawa*

Marriage is not just living together but loving together dan perkahwinan itu bukan hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. Perkahwinan harus ada konsep takmil wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. Seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula. Pasti ada masa berkelahi sini sana. Tak sependapat itu ini. Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana kita akan kekal di sana.”

Kahwin dengan orang yang kita cintai itu ialah impian.
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah
kerana takdir yang menentukannya.




7 comments: