“Berdoalah kamu kepada ku nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang2 yang sombong takbur daripada beribadat
& berdoa kepada ku akan masuk api neraka Jahannam dalam keadaan hina” (Al-mu’min:60)
Kenapa tajuk entry saya “The power of Doa?” Ini kerana Rasulullah
bersabda:
“Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang bagi
agama dan cahaya langit dan bumi” (Riwayat Al-Hakim & Ibn Abi A-lbunya).
Wahai sahabat-sahabat. Saya yakin ada di antara kita sekarang ini yang
mungkin sedang menanggung beban yang sangat berat. Sangat payah. Yang kita rasa
benda ni kita tak dapat nak luahkan kepada orang lain. Yang kita rasa kalau
orang lain tahu pun, mereka tak mampu nak menolong kita. Kita rasa lemah.
Derita. Sengsara. Hingga kita kadang terlupa yang kita ada Maha Kuasa. Walhal,
Dia tak pernah lupakan kita.
Sesungguhnya sebagai seorang muslim, dari mula kita lahir sampailah kita
pejam mata, masaalah ujian cubaan dugaan akan sentiasa mewarnai hidup kita.
Kerana apa? Kerana kita hamba-Nya.
“Adakah kamu berkira kamu akan di biarkan berkata kami
telah beriman sedangkan kamu belum di uji?” (Al-Ankabut)
Kita diuji dari segala aspek, diduga dari segenap penjuru sampai at one
point yang kita rasa kita dah tak mampu, dah tak berdaya, dah tak dapat nak fikir
apa-apa. That time mungkin dah tiba masanya untuk kita berserah sepenuhnya pada
Dia. Wasta’iru bissobriwassolah (mintaklah pertolongan Allah dengan
sabar dan solat). Doa dan tawakal kerana kita hamba yang lemah dan Dia adalah sebaik-baik
Pendengar.
Atau mungkin, saat diri kita di uji, badai dugaan melanda diri dan
adakalanya kita kuat kerana kita yakin Allah di sisi. Tapi apabila semangat itu
pergi tetapkanlah dihati, walau bergoncang jiwa raga kita, jangan kita lari dari
menghadapi. Biarkan Allah terus memegang hati kita serta memandu langkah kita supaya
membentuk diri kita menjadi mukmin sejati. Hanya doa mampu kita panjatkan
kepada-Nya untuk memelihara diri serta memberi kekuatan pada diri bagi menempuh
segala yang terjadi.
Dan saya yakin, kita semua mengalami situasi ini yang mana there will be
a point in our life that we feel we are weak but eventually we’ll get up again
kerana kita punya Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakil. (cukuplah Allah
sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung). Yakinlah pada
Allah.
“Cukuplah Allah yang menjadi pelindung” (An-Nisaa:81)
#Life breaks us all but in the end we’re stronger in
the broken places. Have faith and trust in Allah.#
yup..doa tu senjata sorg mukmin. tp syg jrg sekali nk amalkan.=(
ReplyDeletehaha! ain.. jd, from now on, kne amalkan la ye.. ^_^
ReplyDeleteteringat pulak rab cakap kalau masa nk terkena 'benda' tu ataupun nak elakkan 'benda' tu,,baca Hasbunallah wa ni’mal wakil pun boleh....
ReplyDeletesaya suka baca blog awk....thanks alot dear for the input...and sy akan amalkan doa mulai saat nie smpai bile2
ReplyDeletemaseh awk atas semua input nie... sy suka sgat baca blog awk... dan sy akan amalkan doa sampai bile2
ReplyDeleteassalamualaikum entry awak byk y menarik..menyentuh hati..mohon share entry2 awk ye..syukran sis :)
ReplyDelete