11/09/2012

PELANGI KELIP-KELIP


Comei tak tajuk entry kali ni? saya rasa cooommmmeeeiiii sangat!! selalu kalau kita cakap tentang pelangi, orang akan kata ‘pelangi itu indah’, ‘pelangi berwarna-warni’, ‘pelangi timbul selepas hujan’ tapi masa saya first time dengar ‘pelangi kelip-kelip’, I think that words cute tahap DEWA! cuba bayangkan pelangi tu then dia berkelip-kelip macam lampu raya.. ha3! tapi, kalau kita menyulusuri lebih dalam lagi, saya rasa pelangi kelip-kelip ni ibarat kehidupan kita..

Hidup tak selalunya indah. Penuh onak duri ranjau kehidupan. Ayat yang kita selalu dengar kan. Macam skrip2 kat dalam drama, sinetron, novel bahkan bulletin utama. *cringe* Sebagai manusia dan hamba ALLAH, kita takkan lari dari di uji. Allah berfirman:

“Adakah kamu berkira kamu akan dibiarkan berkata ‘kami telah beriman’ sedangkan kamu belum diuji?” (Al-Ankabut:2)

Nah..  ayat di atas dah membuktikan saya kamu anda atau mereka yang mana kita sebagai hamba ALLAH, kita memang akan, tetap, dan wajib di uji. Bukan ALLAH saja2 nak uji kita tanpa sebab musabab kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu bahkan gugurnya sehelai daun pun dalam pengetahuan Dia.

Kita pasti mengeluh dengan ayat2 seperti ‘knapa mesti aku yang merasa ujian ini? bukan orang lain?’, ‘kenapa asyik aku je yang di uji? org lain bahagia je?’, ‘kenapa berat sangat ujian ni? ALLAH tak adil!’  Actually, ALLAH dah jawap pun segala persoalan2 kita dalam Al-Quran..  kita je yg tak tahu, tak nak ambil tahu, atau malas nak amek port bak kata remaja skang.. cewah! macam la saya ni da tua sangat kan.. ehem! ALLAH berfirman:

“ALLAH tak memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah:286)

“Kami tak membebani seseorang melainkan kesanggupannya dan pada sisi kami ada suatu kitab yg membicarakan kebenaran dan mereka tidak di aniaya” (Al-mu’minuun:62)

Tengok..! ALLAH sayang kita tau.. Dia tak uji kita dengan apa yang kita tak mampu.. Dia tahu tahap kemampuan setiap hamba-Nya. Kalau kita rasa ujian kita berat, sesungguhnya ada orang yang ujiannya lagi berat dari kita.. Jadi, tak perlu sedih dengan ujian yang melanda.. hadapi dengan senyuman.. *muka determine* kenapa saya cakap hadapi dengan senyuman? kerana ALLAH berfirman:

“ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran” (AL-Baqarah:185)

“Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Al-Insyirah:5-6)

Kita akan terasa ringannya ujian di dunia apabila mengenangkan azabnya mati.. Dan kita akan yakin dan tabah menghadapi kesusahan hidup di dunia kerana menyedari itulah bekalan untuk hidup di akhirat nanti.

#bersama kemenangan itu ada kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan *big smile* #

2 comments: