09/09/2012

LESEN MEMANDU PERCUBAAN MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Entry kali ni tentang pengalaman saya masa ambil lesen sebab ade seorang kawan saya ni dia fobia nak ambil lesen after dia failed test jpj hari tu.. hope dengan cerita saya ni akan mengembalikan semangat dia untuk ambil lesen semula.. yosshh!!! fighting!! *determined*

untuk pengetahuan umum, saya ni memang tak pernah la pegang stereng.. hidupkan enjin kereta pun jarang2.. yang saya tau, bukak pintu belakang, masuk kereta, duduk tepi tingkap, kereta jalan, saya pun pandang luar tingkap.. kalau mengantuk, tido tersengguk2 kat belakang tapi tak keluar air liur la.. (ayat cover) hahaha! di pendekkan hikayat ni, setelah lulus ujian komputer dengan sekali test je dengan markah yang wow! (48/50) *muka berlagak*, saya pun pergi la ke kelas memandu yg pertama dalam hidup saya.. saya ingt lagi dialog dengan cikgu memandu saya tu..

cikgu : “Penah bawak kereta?”
saya   : “tak pernah”
cikgu : “Pernah bawak motor?”
saya   : “tak pernah”
cikgu : “pernah bawak basikal?”
saya   : “pernah laaaaaa”
cikgu : “ehm.. baguslah.. kira awk tau la kalau ade tembok jangan langgar”

cisssss!!! sabar2.. sabar duhai hati.. die pun muka rilek je mcm x bersalah menuturkan lawak yg x berapa nk bez 2! ok2.. saya sambung.. *kawal emosi* ehem.. then kelas pun bermula.. memang mencabar dan payah laa utk org yg mcm saya.. yg kaki ni baru 1st time berkenalan dgn gear clutch break.. mase mula2 belajar, kereta asyik mati enjin je sebab kaki ni tak biasa nak main dgn clutch.. kemudian cikgu saya yg baik hati itu pun memberi tips.. nak tau apa tipsnya? beliau kata “enjin asyik mati je.. rosak la kereta mcm ni.. balik ni,awk rendam kaki awk dgn air panas.. bagi lembut skit.. keras sgt!” hahaha!

then masa mula2 bawak kat jalan raya, kereta ade la tersengguk2 terhenjut2 tersedak2.. (ehh.. tersedak2 2 mcm ne eh?) alaa… biasalaa.. nak tuka gear, nak main dgn clutch nak tengok jalan semua tu ingt senang ke untuk freshie macam I ni?? payah tau! skali lagi cikgu saya yg baik hati tu memberi kata2 perangsang.. beliau berkata “kalau ada perempuan mengandung dalam kereta ni sekarang, mau die terberanak terus sebab awk bawak tersengguk2” hahaha! nasib baik la saya ni jenis yg tak amek hati dgn lawak2 dia yg kasaaqq tu.. saya pun sengih je la.. *cringe*

dlm byk2 test, 3 pointer la yg saya rasa paling susah then dekat bukit.. masa kt jln raya, rasa takut2 je nak bwk.. takut langgar kucing ke, langgar kereta orangg ke.. da la dalam kereta tu ade nyawa orang lain selain saya iaitu tak lain tak bukan cikgu kesayangan saya lah kan.. naya je.. da la cuak, berdebar, cikgu pulak tak henti2 memberi pesan “rilek2.. bwk pelan2.. jgn kelam kabut” (saya mmg kelam kabut la cikgu.. tak leh ubah! duble kelam kabut if tengah nervous!! waaaa!), “awak bawak senget ke tepi ni.. besok bawak pembaris biar awk nampak kereta ni lurus ke tak” (sempat lagi wat lawak kasar kat tengah jln.. grrrrr) setelah di ajar, di marah, di perli dan segala di- la, saya pun amek la test jpj..

and hey, I passed alhamdulillah.. dengan skali test je.. mmg relieeeefffffffffffffff sgt99x! lepas dapat lesen tu, saya pun tayang lesen saya kat cikgu saya sambil sengih lebar dan wat muka riak.. kira muka tu menunjukkan “cikgu! im passed ok.. bangge x?” then cikgu pun pandang saya sambil senyum menunjukkan riak muka yg berkata “passed jugak awk kan even kelam kabut, kaki keras, mata senget” hahaha! saya memang solute dgn cikgu ni.. dia mmg sabar la.. saya nk ucapkan terima kasih kat dia.. and honestly, lawak2 dia tak wat saya offended pun.. *big smile*

jadi, knape nak berputus asa kalau gagal sekali? yg penting keyakinan diri.. kalau pun org lain anggap kita tak kan berjaya, buktikan yg kita boleh berjaya.. it’s all about ur mindddddd… ha3! So my dear fren, keep being strong ok! jgn mengalah.. adat la bila mencuba ade yg berjaya ada yg gagal.. tapi doesn’t mean we need to just sit down and meratapi segalanya kan tanpa usaha apa2 untuk mengubah keputusan tu.. berusaha! fighting! yosshh!!

#masa sebelum kita mampu belajar berjalan, kita bertatih pelan2 dan kita acap kali jatuh dan gagal kan? but kita tetap juga bangkit dan terus berusaha utk berjalan sedangkan kita masa tu kecik lagi.. so, why after we have grown up, kita lupa yang kita sebenarnya adalah seorang yg tak pernah berputus asa sewaktu dulu?#

1 comment:

  1. tahniah fitt....aku je yg x da lesen lagi..lepas excident ritu aku down nk amek lesen sebab capability aku??entah lah..

    ReplyDelete