05/05/2015

KAHWIN. MEREKA SUDAH. KAU BILA LAGI?


Entry ini sesuai dibaca oleh mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas. (kenapa 25 tahun? Sebab tu umur dah suku abad. Haha.) Sesesiapa yang bawah 25 tahun, nak baca jugak, kemudian merasa kebosanan atau ketidak fahaman perasaan, I tak tanggung hokaayy. Haha.

*Tarik nafas dan susun ayat*                         

Ok ini hikayat tentang Cik puteri yang mencari Encik puteranya. Phui. Acah2 puteri ler? Haha. Tak. Entry ini untuk gegadis sana yang mungkin macam sibuk sikit bila tiap kali hujung minggu diisi dengan attend walimah kawan-kawan, then kalau hangout sekarang sorang-sorang sebab kawan-kawan semua dah kahwin.
Kemudian bila bukak-bukak newsfeed FB keluar gambar-gambar kahwin kawan yang cantik-cantik, baby comel-comel rasa macam aaaaaaa aaaaaaaa *jerit*. Bila turn aku untuk kahwin. Bilaaaaaaaaaaaaaaa. Haha.

Haih. Faham aaaaahhhh perasaan tu. Mesti da start gelabah ayam. Bila kawan sekolah kahwin gelabah ayam level 1. Bila kawan U kahwin gelabah ayam level 2. Kawan baik kahwin gelabah ayam level 3. Wahaha. Then pandang cermin cakap kat diri sendiri ‘Aku tak nak jadi forever alone. Tak nak tak nak!’ Meroyan sungguh nampaknya. Wahaha. *tangisan dalam ketawa*

*ketuk meja*

Entry ni tak de pun nak bagi tips macam ‘How you can date with someone’ atau ‘Cara mencari jodoh dengan cepat mudah dan mesra.’ (Macam pelik je tagline ni. *palm face*) Tak. Tak ada tips pun sebab yang menulis ni pun terkial-kial nak cari jodoh. Kah kah.

Cuma aku nak cakap, siapa je yang tak tertekan lagi-lagi perempuan bila dah umur selayaknya kahwin tapi jodoh kita tak muncul-muncul lagi. Lagi double tertekan bila kawan-kawan baik semua dah kahwin tinggal kita terkapai-kapai sorang-sorang. Punya la forever alone sampai pergi mana-mana pun sorang-sorang. Lagi triple tertekan bila mak mak, makcik makcik, kawan mak, kawan makcik, jiran tetangga, orang kampung semua tanya ‘Bila nak kahwin?’ Pheww.

Ikut hati ni sekarang jugak laaa nak kahwin. Haha. Tapi jangan cakap bayang-bayang calon, bau calon suami pun tak ada langsung. *merenung keluar jendela* Haa yang mana umur bawah 25 tahun, yang mengada-ngada jugak nak baca entry ni, lepas tu gelakkan hakak-hakak korang yang lebih 25 tahun yang tak kahwin-kahwin ni, jangan nak suka sangat. Nanti kang takut tetiba sikit masa lagi, korang bukak balik entry ni lepas tu nangis-nangis baca sambil kata ‘I felt youuuuuu sistaaaa” Wahahah.

*bukak music muhasabah*

Macam ni lah, aku selalu muhasabah diri aku dengan cakap, nak kahwin macam mana dah kalau diri sendiri ni pemalas tahap dewa, masak tak pandai, baran dan emosi tak tentu hala. Maka berubahlah mana-mana perangai yang tak best tu, dalamilah mana-mana ilmu yang sepatutnya dan siapkan diri sehabis baik sebab bila masa tu dah sampai, kita dah bersedia insyaAllah untuk mewujudkan perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan warahmah kerana perkahwinan satu fasa penting yang kalau kau tak ada ilmu dalam serba serbi, mau tenggelam timbul nak tempuh fasa tu.

Aku selalu pesan dekat diri, rezeki Allah ni luas. Ada orang rezeki dia sambung belajar, ada orang rezeki dia bekerja, ada org rezeki dia kahwin awal, ada orang rezeki dia dapat anak cepat. Semua tu rezeki Allah. Aku ni mungkin Allah nak suruh berbakti banyak-banyak dekat mak ayah dulu sebab nanti kalau da kahwin hak suami dah. Aku dah lah anak perempuan sorang dan sulung lagi. Maka, berbaktilah selagi boleh dan mampu.

Ada orang jodoh awal, ada orang jodoh lambat sikit, ada orang jodoh mudah, ada orang jodoh payah sikit. Kenapa harus bersedih. Takdir kita Allah yang tentukan. Allah yang tentukan. Allah. Diulangi, Allah. Ehem. Allah itu Maha Besar dan tiada yang besar di hati ini selain Allah. Allah itu maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Cuma kita yang kena belajar untuk melihat dari semua sisi dan segi. Mencari hikmah dari setiap yang terjadi. Didik diri untuk sentiasa bergantung harap pada Allah, berlapang dada dalam segala ketentuan dan sentiasa menjadi hamba yang bersangka baik pada Allah.

*kesat hingus*

Kau tahu, orang yang bekerja akan rasa belajar seronok lagi dan orang yang belajar pulak akan rasa kerja seronok lagi. Then orang yang belum kahwin akan kata bestnye dah kahwin. Orang yang dah kahwin pulak akan kata rindu zaman bujang. That is irony of life. Manusia tak pernah nak hargai apa yang ada depan mata,. Jadi, tolong cuba belajar menikmati dan mensyukuri apa yang kita ada. For the time being, just enjoy being single bebeh. Nanti dah kahwin enjoy jadi duo plak. Haha. Dah ada anak ramai-ramai enjoy jadi kumpulan koir. Wahaha.

Dan,
Aku selalu pujuk hati aku dengan cakap, jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Maka bersabarlah kerana salah salah satu kekuatan adalah kekuatan menunggu yang pastinya dengan izin Tuhan. *sengih* (pehal macam penunggu gua plak rasa.)

Homaaiii tak sedar plak panjang bebelan dalam entry ni. Kah kah. Ahh bila orang tanya ‘Hang ni kahwin bila?’ jawab balik ‘Hang rasa jodoh sampai awai ka maut sampai awai?’ *sambil angkat kening* Ok tak. Tak. Jangan kasar sangat walau itu hakikat. Haha. Just cakap tengah tunggu jodoh pilihan Allah datang naik kuda bawak cincin berlian bertakhtakan permata. Then gelak-gelak sikit buat macam hati tu acah-acah kebal dengan soalan macam tu. Haha.

Kahwin. Mereka sudah kau bila lagi?
Bila Allah kata ‘kun faya kun’ (Jadilah, maka jadilah ia.)
Masa tu kau dapatlah kad walimah aku. *aman tanpa perang*


God has a reason for allowing things to happen. We may never understand His wisdom, but we simply have to trust His will.

* * * * * * * ** * * * * * * ** * * * *

Kita selalu fikir,
Dah habis belajar mesti akan dapat kerja.
Dah sampai masa kita mesti kahwin.
Dah kahwin jodoh mesti berkekalan sampai bila-bila.
Lepas kahwin mesti akan dapat anak.
Dapat anak mesti yang comel-comel

Tapi pernah tak kita fikir,
Kadang lepas habis belajar, kita tak dapat kerja.
Kadang sampai masa, maut yang menjemput kita.
Kadang kita kahwin tapi takdirnya tak kekal lama.
Kadang dah kahwin bertahun pun tetap tak dapat cahaya mata
Kadang bila dapat anak yang lahir tu tak sempurna.

Satu aku nak cakap.
Jadi manusia, jangan cepat rasa kecewa.
Semuanya sedang berada dalam ujian masing-masing. Ujian kesenangan atau kesusahan. Allah will give you more than you have expected.
Hanya kepada Allah ku adukan susah dan sedih ku. Yang menimpakan cobaan sebagai tanda cinta, agar tiada yang lebih besar di hati ini selain Dia. (Salim A. Fillah.)


Untuk semua doa yang tidak dimakbulkan Tuhan. Moga akan diganti dengan kekuatan. Memadai untuk kau bertahan. It hurts. But you are strong. Dan kerana Tuhan mu bersabarlah. [Al-Muddatsir, 74: ayat 7]


25/02/2015

I TOLD ALLAH A LOT ABOUT YOU, THEN I CRIED


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*Betulkan spect*

Entry ni ada orang request suruh tuliskan. Saya pun tak tahu kenapa orang suka request untuk tulis entry pasal hati perasaan ni. Padahal kisah sendiri pun terkapai-kapai tak tahu ending nya apa. Ehhh. Ada kisah sendiri ke? *tutup mulut* Haha.

Ehem!

Ini dilemma tentang ‘move on’ atau ‘keep stay’. Perlu tunggu atau melangkah pergi.

*tarik nafas*

Orang cakap kejarlah benda yang pasti. Buat apa buang masa. Umur bukan makin muda. Ini bukan isu dia tak tahu atau tak dapat agak apa yang kau rasa. Tak. Ini isu dia mungkin tahu tapi dia buat-buat tak tahu dan main tarik tali dengan kau sampai kawan-kawan kau pun nasihatkan kau untuk lupakan dia. Dan kau pulak tak nak dengar cakap dan  terus tunggu, berharap, pasang angan-angan sampai akhirnya kau dapat kad kahwin dia dengan orang lain. Masa tu baru nak meraung?

Jadi, nasihat aku, dapatkan kepastian apa yang dia rasa sama tak dengan apa yang kau rasa. (Dengan cara yang betul lah. Guna orang tengah yang kita yakin baik akhlak dan agamanya. Ustaz ustazah ke.) Sometimes there is no next time, no second chance, no time out. Sometimes it is now or never.

This is because, in love, it is better to know and disappointed than to not know and always wonder. Pahit dan payau. Tapi itu hakikat. There comes a time when you have to choose between turning the page and closing the book.

Dan kadang kita memang perlu dengar ayat ‘reject’ tu sendiri supaya kita boleh move on tanpa ragu. There’s a different between giving up and knowing you have had enough. Takkan lah nak melangkah pergi tapi hati kau tertinggal lagi dekat situ. Betul tak? Ngerti?

*tarik nafas lagi*

Tapi ada situasi, kau rasa dia memang suka kau cuma ada beberapa sebab membuatkan dia seakan tak boleh nak bawak ke satu fasa yang berikutnya lagi iaitu kahwin.

Mungkin sebab sama-sama tengah belajar ke, ada komitmen keluarga yang dia perlu tanggung dulu ke atau dia nak kumpul keyakinan, ilmu dan mungkin dia tahu dia tak mampu lagi ke arah itu, maka dia nak jaga ikhtilat dan tak nak bawak kau ke arah maksiat. Jadi sebab tu lah dia macam tak cakap apa-apa dekat kau pasal perasaan ni.

Jadi, untuk situasi ni,kalau rasa nak tunggu, nak bertahan, nak bersabar, silakan. Tapi yang penting jangan pernah rasa sia-sia waktu tu kalau nanti tak berjodoh. Sebab segala kekuatan, ketabahan, kesetiaan, kalau mungkin bukan dengan dia, akan Tuhan ganti dengan yang selayaknya.

*betulkan tudung*

Penantian itu meletihkan. Melupakan juga bukan mudah. Tapi yang paling payah adalah tidak tahu untuk memilih menanti atau melupakan. Kan?

Saya tak kata jangan tunggu dan saya tak kata silalah tunggu sampai bila-bila. Nope. Tapi, soal hati dan perasaan paling payah saya nak ungkapkan. Sebab terkadang untuk dia mungkin sesuai menunggu dengan sabar tapi untuk orang lain mungkin sesuai melangkah pergi dan cari kebahagiaan sendiri.

Ehm. Cuba tengok dia tu sesuai ke untuk ditunggu? Dah kalau dia memang kaki perempuan, asyik nak marah-marah je, tak ada tolak ansur, asyik kau je nak kena faham dia, tapi dia tak cuba pun nak faham kau dan ketara sangat nak pergunakan kau, so kau rasa worth it ke nak tunggu orang macam tu?

Jadi, cuma satu saya nak pesan, kalau jatuh cinta nanti, moga yang berbaloi untuk kau beri hati. Walau mungkin bukan dia jodoh kau nanti. Tapi, paling tidak cinta tu pernah ada orang yang terbaik dalam hati. Kerana cinta itu mendewasakan dan mematangkan kita.

Iya. Hati manusia milik Tuhan. Jadi, kau tahu nak minta hati dia pada siapa kan? Doa doa dan doa. Doa macam mana?

“Ya Allah, jika dia yang terbaik buat diri ku, agama ku, keluarga ku dan urusan ku pada masa kini dan akan datang, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menunggu sampailah masa yang sesuai itu tiba. Tapi, jika bukan dia orangnya ya Allah, kau cabutlah perasaan ini, kau pisahkanlah kami dengan cara yang paling baik dan kau gantikanlah dia dengan yang lebih sesuai dan layak untuk ku.”

I told Allah a lot about you. Then I cried. *sebak*

Kalian mungkin pernah lalui situasi ini. Dan masih lagi menunggu tanpa henti untuk Tuhan kabulkan doa kalian. Teruslah menjadi penunggu setia untuk Tuhan.

Tanamkan dalam diri yang cinta seharusnya membuatkan kita jadi lebih baik walaupun akhirnya kita tidak dapat bersama dengan orang itu. Kerana tujuan kita adalah Tuhan bukan manusia.

 * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Kenapa kau sanggup tunggu dia?”
“Sebab aku rasa dia berbaloi untuk ditunggu. Agama dia, prinsip dia, pemikiran dia dan akhlak dia. Semuanya.”

“Tapi, kalau nanti tak berjodoh?”
“Aku redha kerana bahagia bukan ditangan kita tapi Dia.”

Aku cintakan kau, maka aku memilih untuk menunggu. Dan kau cintakan aku, maka kau tidak akan biarkan aku untuk menunggu.

Dan, hanya kerana mungkin kita tak ditakdirkan bersama, itu tak bermaksud aku akan berhenti mendoakan kau dalam diam. Tak. *senyum*


p/s: boleh cuba baca entry ‘Kerana cinta, kita tahu Allah itu ada.’ Moga bermanfaat. http://rahimahfitrah.blogspot.com/2013/11/kerana-cinta-kita-tahu-allah-itu-ada.html