28/12/2013

LAA TAHZAN. DON'T BE SAD. JANGAN BERSEDIH.


Ini kisah benar. Mungkin kisah ini biasa. Tapi bukan semata-mata biasa itu yang kita harus lihat. Mungkin kisah sedih. Tapi bukan semata-mata sedih itu yang kita harus lihat. Tapi lebih dari itu.

Dia. Gadis biasa. Punya impian yang luar biasa. Dia sabar dan sabar. Akhirnya Tuhan temukan dia dengan seseorang. Kemudian mereka bertunang. Merancang segala persiapan. Persiapan untuk majlis perkahwinan dan tak lupa juga persiapan diri untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Masa berlalu dengan pantas. Kad diedarkan. Ucapan tahniah dari teman-teman beserta senyuman bahagia dipancarkan. Menghitung detik dan waktu menjadi yang halal untuk seseorang. Tak tergambar perasaan.

Takdir Allah. 2 bulan sebelum majlis.  Tunangnya pergi ‘menemui’ yang lebih Hak dari dirinya. Air mata bercucuran. Sedih. Hiba. Tak tergambar perasaan.

Tapi, ketahuilah. Walau dia gadis biasa, semangatnya sungguh luar biasa. Dia yakin. Ujian itu baik. Nikmat itu juga baik. Kerana segala yang datang dari Allah itu pasti yang terbaik. Allah yang Maha Baik.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan mengajarkan kita bahawa semua ini milik Allah. Semua yang datang dari Allah akan kembali kepada Allah juga.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan juga mengajarkan kita kebergantungan hanya pada Allah. Dan kehilangan itu, akan mendewasakan kita. Diri kita. Hati kita. Iman kita.

Dan sesungguhnya, takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang kerana kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Sesungguhnya mati itu pasti dan bagi mereka yang beriman, mereka pasti tidak sabar untuk bertemu Rabbul Izzati. 

Redha dan relakan dia pergi kerana dia pergi berjumpa Ilahi.

Dan sebenarnya, bersedih yang melebih-lebih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34)

Untuk kamu. Kamu bukan gadis biasa. Kamu gadis luar biasa. Allah only gives the hardest battle for His strongest soldiers. You’re the best. Ingat tu.

Hilang seseorg dalam hidup bukan alasan untuk kita pun stop living. Live a happy life, for them. Untuk dia yang sudah menemui Tuhannya juga untuk mereka yang mahu melihat kamu sentiasa tersenyum walau apa yang menimpa.

Takziah atas kehilangan orang yang tersayang. Mala taraahul ‘ain, la ya’ sa ‘alaihil fuad. Berat mata memandang berat lagi hati yang memikul.

Allah tahu hatimu perit menahan rindu. Allah mendengar doa dan tangisan meminta. Bukan Allah tidak pedulikan. Bukan Allah tidak hiraukan. Tetapi Allah merancang yang terbaik untuk mu.

“Sesiapa sahaja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahala Ku, nescaya Aku ganti dengan syurga.”(Al-Hadis)

Dan sebutlah nama Allah saat senang dan susah. Saat bahagia mahupun sedih. Saat sihat atau sakit. Saat rindu dan cinta terus menguji. Pasti tiada yang lebih hebat selain kebesaran Tuhan. Malah tiada yang pernah kekal melainkan Allah dan redha segala takdir adalah kunci kekuatan.






12/11/2013

KERANA CINTA, KITA TAHU ALLAH ITU ADA.


CONTENGAN 1

"Kau tak kisah ke?"

"Kisah apa?" *blur*

"Kalau orang yang kau suka, berjodoh dengan orang lain?"

"Owh. Jodoh itu Tuhan yang tuliskan. Aku sebagai hamba yang sudah dituliskan takdir, nak tak nak, kena akur."

"Tapi ini soal rasa. Dan rasa itu sekali membekas, sampai bila-bila."

"Ehm. Jadi?"

"Takkan tak rasa kecewa sikit pun?"

"Tuhan tak suruh kita mencintai yang lain, sebaliknya mencintai Dia. Memang rasa suka tu fitrah, kita boleh je pilih untuk tak letak harapan."

”Katakan secara kau tak sedar, kau dah letak harapan. Jadi macam mana? Takkan kau tak sedih langsung?”

“Dia yang kita suka atau terpikat, rupa-rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara yang lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita bertemu ketenangan yang abadi. Trust in Allah. Allah will never let u down”

*senyum manis*

[Pada siapa dan pada apa, cinta kita itu diletakkan?]


CONTENGAN 2

“Kau yakin dengan keputusan kau nak putuskan pertunangan ni?”

“InsyaAllah ini yang terbaik. Untuk aku. untuk dia. Untuk gadis pilihan dia dan untuk semua.”

“Dia bahagia dengan perempuan lain. Kau yang menderita. Sepatutnya dari awal dia beritahu yang dia dah ada pilihan sendiri dekat keluarga dia. Bukan bila lagi 5 bulan nak majlis nikah baru nak beritahu.”

Senyap.

“Kau tak nak cuba untuk bertahan?”

“Ketika yang terluka memilih tuk bertahan, ia hanya berharap akan suatu perubahan; Dan ketika yang terluka memilih tuk pergi, ia tak ingin hatinya terluka lebih dalam lagi dan aku; memutuskan untuk pergi.”

“Jadi, kau nak pergi sebab kau mengalah dengan gadis pilihan dia tu?”

"Aku undur diri bukan kerana aku mengalah. Tapi kerana aku tahu, jika diteruskan sekali pun kami tidak akan bersama. Jangan risau. Allah itu ada."

*senyum manis*

[Hanya ALLAH sahaja yang mampu mencantumkan dan menyembuhkan hati-hati yang berkecai.]


CONTENGAN 3

“Berapa lama kau kat sana nanti?”

“Tak pasti lagi.”

“Kau tinggalkan semua yang ada dekat sini sebab kau kecewa dengan jawaban dia?”
 
“Aku lepas semua pergi bukan kerana aku benci tapi kerana aku terlalu mencintai.”

“Aku rasa dia suka kau sebenarnya cuma dia tak ada courage nak confess dan maybe ada reason kenapa dia duk tahan apa yang ada dalam hati dia tu.”

*senyum*

“Jadi, kau putus asa? Kau dah berhenti berharap?

“Aku berhenti bukan sebab aku tak mahu. Bukan sebab aku tak perlu. Bukan itu. Cuma, otak aku ligat beritahu. Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik buat diri aku."

[Ada rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Cukuplah hanya Dia yang mengetahuinya.]


p/s: Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

p/ss; Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang kau kehendaki.


Jadi, apa ada hal? Walau seteruk mana hati kamu dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya kepada Ilahi. Come on! Get a life! ^^