06/01/2014

TO MY BELOVED SIDEKICK A.K.A PENCETUS UMMAH RAHMAT IKHSAN


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*Betulkan tudung*

Ok. Entry ni saya tulis bukan sebab nak tumpang popularity adik saya. Tak. Langsung tak. Kerana saya sendiri dah cukup femes dan dah femes awal dari die. (sebab saya lahir awal dari dia. haha) Tapi tak de la femes 1 Malaysia. Giteww! Saya memang dah lama nak tulis entry khusus untuk dia tapi selalu je tak berkesempatan. Dan mungkin ini masa yang sesuai.

Lurus ke titik. (sila baca=straight to the point)

Selama saya hidup bersama dia hampir 20 tahun ini, dia adik yang sangat penyabar, tak kedekut, menyenangkan, kelakar, kuat mengusik, supportive, fikir orang lain dulu dari diri dia sendiri dan kekadang bajet nsem, *rolling eyes*. Jadi, sebagai seorang kakak, I feel blessed, totally blessed when Allah gives me this kind of brother. *senyum manis*

Masih segar dalam ingatan saya (keh3. Ayat Rahmat masa minggu ke-2) tatkala kami membesar bersama. Bagaimana dia yang saya lihat punya potensi, minat dan kecenderungan dalam bidang agama. Masa sekolah tadika dia bolot semua mata pelajaran terbaik kecuali BI rasanya. Haha. Then dia pernah mewakili sekolah rendah agama dalam pertandingan khutbah. Masa tu dia darjah 6 dan Alhamdulillah, dia Juara Zon Sentul masa tu. *senyum lagi*

Keputusan UPSR DAN UPSRA dia sangat memberangsangkan. Dia dapat offer untuk sambung pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah agama di ibu kota. Kita merancang tapi perancangan Allah yang terbaikkan? Ada sedikit masalah yang membuatkan dia tidak dapat sambung belajar ke sekolah itu. Saya tahu dia sedih. *tapi tak tunjuk. Kekunun macho le teww. Haha.* Tapi dia redha. Kerana apa? Kerana redha itu adalah kunci kepada sebuah kekuatan sebenarnya.

There is beauty in a tragedy anyway. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Tak nampak sekarang mungkin akan nampak nanti. Nanti tu mungkin esok lusa atau 5 tahun lagi. Who knows? Dan saya dah nampak sekarang apa hikmahnya walaupun dia tak ada rezeki masuk ke sekolah itu.

Terkadang ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini pada mulanya kita sangka ianya buruk tetapi setelah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti awal yang buruk itu adalah pengakhiran yang baik. *angguk-angguk*

Masih segar dalam ingatan saya di mana waktu saya berada di matrikulasi lagi dan masa tu dia Form 4 kot tak silap. Tiap kali saya balik rumah, kami akan spend the whole night untuk bercerita itu ini. Sampai mama akan marah-marah sebab dah pukul 2 pagi tak reti-reti nak tidur? Hehe. Seronok sebab rasa macam sharing moments. Tukar-tukar pendapat. Gelak sama-sama. Amek ibrah setiap cerita. Dan pelan-pelan saya lihat, dia sudah cuba ‘mengatasi’ saya. Dan bila dia pula masuk matriks, pelan-pelan saya lihat, dia sudah bertapak-tapak di hadapan saya. Dan saya bangga melihat dia. Sungguh.

Bangga kerana apa? Kerana dia sungguh-sungguh cari ilmu agama tu. Redah panas dan hujan ke masjid sebab nak ilmu tu. Sanggup ke sana ke mari untuk cari ilmu tu. Naa. Jangan salah faham. Bukan nak bodek adik sendiri tapi ini realitinya. Kita ni ilmu depan mata pun malas nak terima. Malas nak hadam. Ada orang tu sanggup jalan kaki, sanggup tak cukup tidur semata-mata nak ilmu. Alahai~ *sentap*

Ehm. *betulkan suara*

Saya juga ada melihat dan membaca tentang komen-komen mengenai adik saya. Ada yang cakap dia tak cukup ilmu. Tak layak bergelar Pencetus Ummah. Ada yang cakap terlalu muda. Tak cukup pengalaman. Ada yang cakap cara dia tak sesuai. Ada kata takat menghafal semua orang boleh buat. *gelak perlahan* dan macam-macam lagi. Adik saya meraikan semua pendapat dan pandangan anda. Itu saya yakin kerana memang itu cara dia. Dari dulu. Meraikan pendapat walau berbeza pandangan dan prinsip.

Dan sejujurnya, bagi diri saya, adik saya itu sendiri telah menjadi pencetus semangat saya yang juga bukan berlatar belakangkan budak sekolah agama untuk sama-sama berdakwah dan sama-sama untuk berubah. Dakwah bukan milik budak sekolah agama. Dakwah milik semua Umat Islam. Dialah pencetus ummah di hati saya. Tak kiralah dia menang ataupun tidak di final nanti, dia tetap adik saya. Takkan berubah. Dan saya tahu, dia masuk Pencetus Ummah bukan kerana nak populariti atau kemenangan pun sebenarnya. Tapi  tujuan utamanya adalah nakkan ilmu dari murabbi-murabbi yang hebat.

*tarik nafas dalam-dalam*

Buat kamu, carilah redha Allah bukan redha manusia. Dahulukan pandangan Allah dari pandangan manusia. Masuk kerana Allah. Keluar juga kerana Allah. Menang kerana Allah. Kalah juga kerana Allah. Hidup-hidupkan Pencetus Ummah bukan mencari hidup dalam Pencetus Ummah.
Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan. Kuatlah. Walau dilempar cemuhan hinaan cacian. Kuatlah walau apa yang terjadi. Kerana apa? Kerana kita punya Allah. Teruskan perjuangan walau banyak rintangan. Dia sentiasa ada bersama-sama orang yang beriman. *angkat tanda aman*

Dan ingatlah,
Bila rasa ada ‘nama’ jangan pernah meninggi diri.
Sentiasalah tunduk tawadhu’ merendah diri.
Walau siapa pun yang kau temui nanti.
Hidup ini bahagianya apabila kita memberi.
Jadi, berilah segala yang terbaik yang kamu ada dalam diri.
Walau apa pun imbuhan atau keputusan yang terjadi.
Kamu tetap adik along hingga akhir nanti.

p/s: Mesti kamu bukan baca sampai habis pun. Padahal along tulis minggu exam ni oi! Hargai sikit! hahaha.

p/ss: Lepas tu kalau dah baca mesti akan respon ‘bla bla bla’. Menyampah betul! Kahkahkah.




33 comments:

  1. If rahmat x respon mohon tarik telinga n korek mata sket. Hege

    Anyway may Allah bless 'our' journey of life ^^. Penulisan yg hebat dear!

    ReplyDelete
  2. bagus fit.... hehe mcm ni lah kakak mthali :) :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kak fizaaaaa. hebat benorr amek gmbr dgn ular. weeee~

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sayang kakak pada adiknya sangat jelas kelihatan :)

    ReplyDelete
  5. nampak kasih sayang seorang kakak kepada adiknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah. lepas ni tulis entry pasal anak pulak. ehh? hehe

      Delete
  6. rase mcm teringin jee nak jmpe akk,moga ALLAH izin,one moment maybe :)

    ReplyDelete
  7. teringin rase nak jumpe akk,moga ALLAH izin,one moment to meet u,akk rahimah fitrah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. ada jodoh kita jumpa. ^_^ teruskan baca contengan dalam ni. hehe

      Delete
    2. in shaa ALLAH,lame da bce contengan2 akk,sejak sematrik dgn rahmat lee...
      tgk adik hebadd,msti kakaknyee lg hebadd...
      t bolee laa bg tips akk,cmne kitee muslimah nie nak gerak ke dunia dakwah,atau lebih tepat,cmne nak lebih berani smpaikan ilmu kpd org lain...nak belajar daripada yg pernah alami :)

      Delete
  8. i prefer nak jumpa dgn kak rahimahfitrah berbanding rahmat. I love the way you write. May Allah bless you akak. :)

    ReplyDelete
  9. i prefer nak jumpa dgn kak rahimahfitrah berbanding rahmat. I love the way you write. May Allah bless you akak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk doa. insyaAllah. ada jodoh kita jumpa. ^_^

      Delete
    2. Godek2 entri lama akak. and alhamdulillah.. Allah mempertemukan kita. kikiki. k, sy lagi manisssss. :*

      Delete
    3. haha. hari tu tanya ape mksd ironi kan? ini saa\lah satu contoh ironi kusyi. keh keh

      Delete
  10. Kehidupan itu ada PEMULAAN, PERTENGAHAN dan PENGAKHIRAN. Paling penting dan menjadi penentuan adalah PENGAKHIRAN yang tiada siapa dapat menjamin.

    untuk PENCETUS UMMAH RAHMAT IKHSAN dan KAKAK RAHIMAH FITRAH
    ----->cukuplah sekadar akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan & akhlak seindah budi

    "berjuang memang pahit kerna syurga itu manis"

    Just the way we are
    We are not perfect, but we completing each other. Share love and care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk kata-kata semangat. =)

      Delete
    2. jazakillahu khoiran kathira ya ukhti ^_^.

      Delete
  11. Salam...cerita ni best..doakan saya redha bila gagal temuduga dan tetap terus berusaha.Semoga Allah dekatkan saya dengan insan2 yang mendidik diri hidup beragama dan memberi manfaat pada semua.In sya Allah.Kalau pegi kuching,sarawak, please do inform me.

    ReplyDelete
  12. gud job gud job *tepuk tgn* haaaa..

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Rahimah ;) singgah sini untuk baca kisah PU Rahmat.
    Insyallah perjuangan dia tak kan berakhir setakat situ. Moga Allah bukak kan pintu sslebarnya untuk berdakwah walaupun scara halus =)

    boleh singgah di blog bella http://glamorousbybellaluna.blogspot.com/2013/12/ayat-ayat-cinta-dari-pu-rahmat.html ramai nak tahu die dah bertunang ke x =)

    ReplyDelete
  14. assalam, maafkan saya. kalau anda tak kisah , saya drpd sebuah pertubuhan nak menjemput pencetus ummah rahmat mengadakan satu sesi bersama kami. cuma saya tak dapat medium untuk berhubung dengan ustaz rahmat. boleh anda membantu kami untuk berhubung dengan pencetus ummah rahmat mengenai perkara ini ? saya amat memerlukan bantuan untuk berbincang dengan nya. terima kasih .

    ReplyDelete
  15. adakah anda kakak rahmat mesti untung dpat adik cam dia

    ReplyDelete
  16. Alolololo sweet ye kakak :)
    InsyaAllah kak

    ReplyDelete
  17. SubhanAllah...saya menangis ketika membaca ni..mungkin kagum dengan kasih sayang seorang kakak kepada adik dye..atau mungkin kerana semangat adik dan kakak yang ingin menegakkan ilmu Allah..teringin sgt nk chit chat dgn kakak..mcm mne ye?

    ReplyDelete
  18. SubhanAllah..saya menangis bila bce ape yg akak tlis ni...tak tahu knape..mungkin sbb saya kagum dgn kasih sayang dan rapatnye seorg kakak kpd adiknya..atau mngkin sbb kata2 yg penuh dgn semangat dan entahlah *speechless*..tringin sgt nk chit chat ngan kakak tpi tak tahu mcm mne

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah,bnyk ibrah yg boleh amek dri sini...terima ksih,kak..akhi rahmat mmg kuat org ny mampu tgk dr cara dia nk tarbiyyahkn kmi kt kmm,cara dia sampaikn ceramah..even,sentap tp bnyk hikmahny....


    kekening-kekenig... ^_-

    ReplyDelete