17/03/2014

DARI JAUH KAU MASIH KU CINTA


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Lamanya tak tulis entry! *bersihkan sawang.* Siap ade cicak lagi kat sini. *sigh*

Sibuk. Busy. Sibuk. Busy. Ok. Alasan tak di terima. Huhu.

Amacam tajuk entry? Hot tak? Haha. Kalau rasa tajuk tentang cinta-cintun, anda betul. Tapi kalau rasa tajuk tentang musy lovey dovey love story tu memang salah. Ehm. Saya nak cerita tentang In-Smartive sebenarnya. Apa In-Smartive ni? Entitikah. Manusiakah. Atau apa? Jadi, mohon sesiapa yang tak tahu tentang In-Smartive, boleh buka entry saya tajuk semakin kenal dia semakin jatuh cinta

Alright. Dah baca? Dah kenal? Ok. Boleh proceed? Wee~

Selama hampir 4 tahun bersama mengharungi pelbagai perkara episod suka duka pahit manis masam payau dan selama hampir 3 tahun berada di dalam kepimpinan, setahun sebagai Exco Tugas-Tugas Khas dan dua tahun sebagai Ketua Setiausaha Kelab In-Smartive, banyak yang terjadi yang diharungi dan direnangi bersama.

Banyak perkara yang saya belajar dari sekecil-kecil benda seperti kita kena susun kasut sebab dari situlah kita nak didik diri kita berdisiplin dan sistematik. (Kata nak jadi fasilitator kan. Kalau diri sendiri pun tak boleh nak didik, macam mana nak didik orang lain?) dan sampailah sebesar-besar benda seperti bancuh kopi dan teh. Haha. (Untuk orang yang tak reti masak dan bancuh air macam saya, bancuh kopi dan teh adalah benda besar untuk saya.) *sengih macam kerang tak cukup vitamin*

Kalau dulu sebelum menjadi ahli In-Smartive, jam 0000 mata mulalah berair sebab saya memang jenis kuat tidur dan hujung minggu kerja saya pun tidur je kat bilik tapi bila dah masuk In-Smartive, hamek kauuu. Tak cukup tidur sampai jadi zombie. Terkadang tak cukup tanah nak jejak sebab kelam kabut ke sana ke mari. Haha. Yang mana benda ini bagus sebenarnya sebab bila kita terlalu punya banyak masa lapang terkadang akhirnya kita lalai dan buat benda tak berfaedah. *muhasabah sikit*

Dalam In-Smartive juga mendidik saya menjadi seorang pelajar, seorang khalifah, seorang anak, seorang kakak dan insyaAllah dari In-Smartive mendidik saya jadi seorang isteri dan ibu. Amenda? Tak percaya? Haha. Ok. Isteri dengan ibu tu melawak je. Kah3.

Ehm. Saya memang jenis tak sambut birthday. Tapi dengan In-Smartive tiap tahun depa tolong raikan. Walau terkadang tak masuk akal cara depa sambut. *Boleh baca entry 17 April 2013* Tak tahu nak marah ke nak gelak ke. Haha. Apa-apa pun terima kasih untuk kalian yang mengajar saya erti semua peranan tersebut.

Selain itu, *kemain guna penanda wacana.* terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua ahli keluarga besar In-Smartive atas sumbangan, komitmen, peluh-peluh masam, kedut-kedut di muka, air mata dan sebagainya. Jutaan terima kasih. Semoga nilai-nilai yang kita tanam akan sentiasa tersemat dan disemai di dalam diri kita semua. Semoga segala usaha kita untuk berbakti kepada masyarakat akan dikira oleh Allah.

Kalian yang ku cintai,

Ketahuilah, dua perkara paling sukar adalah IKHLAS dan ISTIQAMAH. Siapa yang ikhlas dia akan istiqamah dan siapa yang istiqamah dia akan ikhlas. Moga kita sentiasa istiqamah dan ikhlas. Teruskan perjuangan. Perjuangan bukan hanya di dalam In-Smartive. Perjuangan akan terus diperjuangkan walau bukan bersama In-Smartive. Dunia ini adalah perjuangan. Tak akan ada rehat selagi kita jumpa Allah. Jadi, teruskan berjuang. Selagi anda yakin mengikut syariat Allah, jangan hirau apa orang lain nak kata dan nak cemuh.

Dan sesungguhnya,

selama ‘hidup’ dengan In-Smartive, selama itulah banyak kenangan yang tercipta. Setelah hampir 4 tahun dengan In-Smartive, (kalau kahwin dah anak 2 kot. haha), mungkin dah tiba masanya untuk ‘meninggalkan’ In-Smartive. Meninggalkan mereka. Seisinya.*tarik nafas dalam-dalam*

Bila ada pertemuan, pasti ada perpisahan. Tak kisahlah perpisahan yang sementara ataupun kekal. Tahu kenapa? Kerana itu cara Allah nak beritahu, hanya Dia yang mampu mencintai tanpa henti tanpa jemu. *sebak*

Saya cuba terima hakikat yang mana ‘kekasih’ hati ini akan saya tinggalkan. Saya cuba terima hakikat yang mana dalam hidup ini walau kita sayang dan cinta sekalipun, satu hari nanti tetap akan berpisah kerana tiada yang kekal melainkan Allah. Saya juga cuba terima hakikat yang mana bila kita sayang dan cinta terkadang hanya mampu melihat dari jauh. Hanya mampu tembak doa-doa tanpa henti.

Dan sesungguhnya tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat untuk berpisah. *sebak dan cuba untuk senyum* kerana pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa.


Berat rasa hati untuk pergi,
Tapi mungkin ini sudah suratan Rabbul Izzati,
Walau mungkin berbeza benua nanti,
Walau mungkin terpisah dek laut mati,
Walau di mana pun jua kita tercampak di muka bumi Ilahi,
Dan walau mungkin jarak serta masa menjadi penghalang untuk berjumpa lagi,
Takkan terluput ingatan buat kalian yang ku cintai,
Selagi Allah beri pinjaman kehidupan kepada diri,
Selagi itu kalian ku doa tanpa henti,
Selagi itu kalian mengalir dalam darah dan hati,
Yang sejujurnya aku tak tahu bila kalian telah masuk dan tembusi,
Tapi yang pasti sudah ada dan semakin sebati dalam diri,
Kerana kalian sebenarnya adalah sebahagian helaan nafas ku ini.

*Kemain hiperbola ayat. No wonder orang bercinta ayat semua nak hiperbola je.* Hahaha

P/s: Kalau ada masalah boleh share. Jangan segan silu nak contact ya! Tapi kalau masalah kewangan refer penasihat la ye. =P

P/ss: The fish said ‘I can’t see my tears because I’m in the water’
         The water said ‘I can feel your tears because you are in my heart’ ^_^


P/sss: I’m proud to be In-Smartive-ian. 
[credit photo: Asraf Ahmad, Presiden In-Smartive Sesi 13/14]



1 comment:

  1. assalamualaikum kak..menarik entry nie..huhu..mcm mana nk join kak ?

    ReplyDelete