28/12/2013

LAA TAHZAN. DON'T BE SAD. JANGAN BERSEDIH.


Ini kisah benar. Mungkin kisah ini biasa. Tapi bukan semata-mata biasa itu yang kita harus lihat. Mungkin kisah sedih. Tapi bukan semata-mata sedih itu yang kita harus lihat. Tapi lebih dari itu.

Dia. Gadis biasa. Punya impian yang luar biasa. Dia sabar dan sabar. Akhirnya Tuhan temukan dia dengan seseorang. Kemudian mereka bertunang. Merancang segala persiapan. Persiapan untuk majlis perkahwinan dan tak lupa juga persiapan diri untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Masa berlalu dengan pantas. Kad diedarkan. Ucapan tahniah dari teman-teman beserta senyuman bahagia dipancarkan. Menghitung detik dan waktu menjadi yang halal untuk seseorang. Tak tergambar perasaan.

Takdir Allah. 2 bulan sebelum majlis.  Tunangnya pergi ‘menemui’ yang lebih Hak dari dirinya. Air mata bercucuran. Sedih. Hiba. Tak tergambar perasaan.

Tapi, ketahuilah. Walau dia gadis biasa, semangatnya sungguh luar biasa. Dia yakin. Ujian itu baik. Nikmat itu juga baik. Kerana segala yang datang dari Allah itu pasti yang terbaik. Allah yang Maha Baik.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan mengajarkan kita bahawa semua ini milik Allah. Semua yang datang dari Allah akan kembali kepada Allah juga.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan juga mengajarkan kita kebergantungan hanya pada Allah. Dan kehilangan itu, akan mendewasakan kita. Diri kita. Hati kita. Iman kita.

Dan sesungguhnya, takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang kerana kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Sesungguhnya mati itu pasti dan bagi mereka yang beriman, mereka pasti tidak sabar untuk bertemu Rabbul Izzati. 

Redha dan relakan dia pergi kerana dia pergi berjumpa Ilahi.

Dan sebenarnya, bersedih yang melebih-lebih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34)

Untuk kamu. Kamu bukan gadis biasa. Kamu gadis luar biasa. Allah only gives the hardest battle for His strongest soldiers. You’re the best. Ingat tu.

Hilang seseorg dalam hidup bukan alasan untuk kita pun stop living. Live a happy life, for them. Untuk dia yang sudah menemui Tuhannya juga untuk mereka yang mahu melihat kamu sentiasa tersenyum walau apa yang menimpa.

Takziah atas kehilangan orang yang tersayang. Mala taraahul ‘ain, la ya’ sa ‘alaihil fuad. Berat mata memandang berat lagi hati yang memikul.

Allah tahu hatimu perit menahan rindu. Allah mendengar doa dan tangisan meminta. Bukan Allah tidak pedulikan. Bukan Allah tidak hiraukan. Tetapi Allah merancang yang terbaik untuk mu.

“Sesiapa sahaja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahala Ku, nescaya Aku ganti dengan syurga.”(Al-Hadis)

Dan sebutlah nama Allah saat senang dan susah. Saat bahagia mahupun sedih. Saat sihat atau sakit. Saat rindu dan cinta terus menguji. Pasti tiada yang lebih hebat selain kebesaran Tuhan. Malah tiada yang pernah kekal melainkan Allah dan redha segala takdir adalah kunci kekuatan.






5 comments:

  1. Replies
    1. hahaha..lama dah tunggu entri blog baru..akhirnya.. :D

      Delete
  2. saya bagi 5 bintang!!! teruskan lagi ya ukhti :) jazakillahu khoiran kathira ^_^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. afwan ya ukhti. semoga bermanfaat. =)

    ReplyDelete