09/01/2013

CERPEN: PILIHAN ALLAH



“Ngantok” Adrynna Aresha menaip mesej. Dia cari contact name ‘My Hubby’ then tekan  butang send. Tak lama selepas itu, mesej masuk.
“Kalau ngantok, tidur lah. yang bagitau saya wat ape"
Aresha mencebik. Cait! Tak membantu langsung.
“Tak leh tidur. Kan nak fight pointer. Kalau kalah dengan awak, malu laaaa! Dah la mintak hadiah bukan-bukan.”
“Hahaha! Janji tetap janji. Saya akan menang punya. Macam biasalah!” Fawwaz Hazmi senyum riak.
Kahwin muda. Kahwin masa study. Ini bukan kes gelojoh ke tak sabar nak kahwin ke. Ini kes dah sampai seru. Kes takdir Ilahi memang mereka kahwin awal. Ada yang dengki? ha3! Seorang belajar accounting  seorang lagi ambil architecture. Seorang otak kira-kira seorang lagi otak merekacipta. Kalau bercakap seorang guna bahasa pluto seorang lagi guna bahasa marikh. Memang haru sebab ambil jurusan yang tak sama langsung! Seorang belajar kat utara seorang belajar kat selatan. Dah setahun mereka kahwin. Ini sem kedua mereka bergelar suami isteri. Sem kedua fight pointer. Sem lepas Aresha kalah tipis. Sem ni tak boleh kalah lagi. Itu azamnya.

“Eceh! Berlagak! K fine! Saya nak sambung study balik. Tak jadi tidur.”
“Hahaha! Tafaddholi (silakan). Kalau rasa nak kalah pointer  teruk punya sem ni, tidur la macam beruang kutub ye!”
Ada kata macam beruang kutub. Ciss! Tak patut betul! Dia sambung pembacaannya.



**********************************************



“Assalamualaikum awak! Mesti tengah tidur berdengkur ni. Awak tu macam saya tak kenal. Ish3!”
Aresha baca mesej dengan muka geram.
“Waalaikummussalam. Nasib laaa awak ni suami terchenntaaa saya! Kalau tak, lama dah saya campak masuk gaung! Bila masanya saya tidur berdengkur! Saya tidur ayu penuh kesopanan dan kesusilaan tau!”
Fawwaz gelak sambil menaip,
“Ececece! Tak nak mengaku pulak dia. Awak tengah syok-syok tidur, mana awak tahu. Saya yang berjaga, saya tahulah. Teruk pangai.”
“Malas laaaa nak cakap dengan awak. Merajuk 5 saat!”
“5 saat je? Ok.. Saya kira.. 1 2 3 4 4.5 4.7 4.9 1 balik 2  3 … Hahaha! Dah2! Jangan merajuk. Buruk muka! Macam burung kakak tua. Meh gitau saya jadual exam awak. *smiley*”
“Hahaha! Sabarlah duhai hati! Owh! Exam saya 2 4 and 8 Januari. Awak?”
“ Lebih kurang sama dengan saya. Tapi saya habis awal. 7 Januari dah habis. Yeay! Habis awal! Jangan dengki.. hahaha!”
“Eleh! Takat habis awal sehari dari saya, tak yah laaa nak berlagak sangat ye!”
“Hahaha! Yang penting habis awal! Lalala~”
“(rolling eyes) Haa! Since awak habis awal ni, jemput saya tau! (Muka mengharap)”
“Bas ada kan. Balik naik bas je la.. Manja sangat nak jemput2..”
“Huwaaa!! Kejamnye awak! Sanggup awak biarkan saya naik bas? Isteri awak ni tau! Bukan anak kucing jiran sebelah rumah kita tu! Geram2! (hentak kaki)”
“Hahaha! Gurau jelah. Takkan la saya nak biarkan awak naik bas. Siapa tak sayang isteri oiii!! *kenyit mata*”
“Hahaha! Oyeah! Oyeah! Awak bertolak pagi ye. Nanti sampai sini makan-makan dulu baru kita balik ye.”
Alright! Sambung mesej nanti k.. Bini no 2 dah tunggu”
“Bini no 2?! Amboihh! Kemain! Siapa? Habaq mai! Nak jumpa face to face nak ajak main chess!” Dia memang pantang suaminya sebut-sebut kahwin dua ni.
“Hahaha! Sikit-sikit nak marah. Tak letih ke? *jelir lidah* Futsal dah tunggu saya la awak..”
“Haa! Nasib baik futsal. Saya rela lagi bermadu dengan futsal ok! Ok then. Pergilah main. Jangan main tak ingat dunia dah lah. Daa awak.. Salam rindu dari saya. Cewah! Assalamualaikum”
“Hahaha! Ok. Salam tak berapa nak rindu dari saya. *gelak besar* Waalaikummussalam”

Memang menguji kesabaran kalau borak dengan suaminya ni. Beliau susah sikit nak cakap ayat-ayat romantica de amor ni. Tapi kalau ayat-ayat kejam beliau terer! Hahaha! Cakaplah apa pun awak, saya tahu, awak memang sayang saya. Ada sekali tu, dia demam teruk. Masa tu suaminya tengah sibuk dengan preparation untuk presentation Final Year Project (FYP) beliau. Bila suaminya tahu dia demam, sanggup beliau tinggalkan FYP beliau semata-mata nak tengok isteri dia ni haa. Entah apa beliau cakap dengan supervisor beliau sampai beliau dapat pelepasan macam tu sekali pun dia tak tahu. Perjalanan 6 jam jadi 4 jam je. Dia marah-marah sebab dia tahu suaminya mesti drive laju level 10! Muka beliau mampak penat sesangat tapi beliau senyum je dengar dia membebel. Dia kesian dekat beliau sebenarnya. Tapi geramlah sebab beliau bawak laju-laju! Tak sayang nyawa ke hape. Lepas je dia habis membebel, beliau cakap ‘Awak nampaknya dah sihat. Boleh membebel macam biasa’. Dia tumbuk lembut bahu suaminya! Sempat lagi tu perli-perli!


Masa awal-awal kahwin dulu, ada satu insiden yang dia rasa nak hentak je kepala dia kat dinding. Masa tu, suami dia hantar dia balik ke universiti. Semester baru bukak. Kelam kabut kemas itu ini. Then suami dia kata nak balik dah. Dia pun angguk-angguk je lah. Lepas tu lambai-lambai dari jauh. Then, roomates dia tanya 'Kau tak salam tangan suami kau ke?' Dia masa tu terus terkaku terkedu! Aduyaaii!! Macam mana boleh lupa! Sebab baru kahwin jadi tak biasa mungkin. Dia cepat-cepat call suami dia nak mintak maaf. Suami dia gelak je and cakap ketuk ketampi 30 kali sekarang. Dia nak buat betul-betul dah lepas tu suami dia kata, beliau gurau je and no hard feeling punChill aje! Fuhh! Lega sangat-sangat masa tu dan dia janji takkan buat lagi dah! 


Then, masa anniversary mereka, beliau kata tak yah masak. Teringin nak pergi makan kat kedai mamak katanya. Apa yang best kat kedai mamak pun dia tak tahu. Dia rasa masakan dia lagi sedap dari mamak tu. (Err.. salah sebenarnya. Mungkin mamak tu masak sedap lagi dari dia.. sobsobsob!) Malas nak gaduh, dia pun ikut je. Sampai-sampai, bukan kedai mamak! Makan kat restaurant 5 bintang habaq hang! Dia masa tu ok lagi. Terharu sikit je la. Hihihi! Tapi yang buat dia macam nak jatuh tergolek dari kerusi masa tu, bila dia tengok suaminya tengah main piano sambil nyanyi lagu “For the rest of my life” by Maher Zain. Masa tu, rasa nak menangis terharu sangat. Beliau hadiahkan bracelet sebab beliau cakap masa kahwin hari tu, mampu bagi cincin je. Dia menangis. Menangis terharu yang kalau nak describe dengan kata-kata, bukak kamus dewan bahasa dan pustaka pun takkan jumpa.

Dan dia tak pandai masak sangat sebenarnya. Ada sekali tu dia kunun-kunun nak masak makanan kegemaran suami dia. Beliau cakap beliau suka makan tomyam. Kemain dia call mak tanya macam mana nak masak tomyam. Tak cukup dengan tu, dia google cari resepi tomyam. Tak cukup dengan tu, dia tanya makcik jiran sebelah, makcik depan rumah makcik belakang rumah semualah. Habis menuntut ilmu, dia pun masak la. Dengan penuh iltizam dan kasih sayang. Dia pun bagi la suami terchenta terkasih tersayang ni makan. Dup dap dup dap dia masa tu. Berdebor kalau tak sedap. Suami dia makan. Senyum. Makan lagi. Senyum lagi. Dia punyalah berdebar-debar masa tu sampai tak makan sekali. Dia tengok je suami dia makan. Beliau kata ‘Sedap awak masak.’ Masa tu dah terbang diawang-awangan! Hahaha! Gembira tak terkata. Dia pun senduk nasi, senduk lauk, baca bismillah terus makan. Dia pandang suaminya. Tomyam tu masin! Dan pedas sangat! Tak sedap pun! Sungguh! Dia pandang suami dia tak berkelip. Suami dia tambah nasi kali ke-dua. Dia pandang and cakap ‘Awak, jangan paksa makan tu. Tak sedap kan. Masin sangat. Pedas sangat.’ Suaminya cuma jawab ‘Taklah. Saya rasa sedap sangat tomyam awak masak ni. Sebab cinta dan kasih sayang awak tu, dah neutralkan rasa pedas dan masin ni’ Air mata dah bergenang dimatanya. Beliau cakap ‘Aik! Jangan nangis! Huduh! Sememeh!’
Dia jawab ‘Mana nangis! Ni sebab tomyam pedas sangat. Tu mata berair.’
Beliau jawab ‘Elele~ Cover pulak dia. hahaha!’ Dia sayang sangat suami dia. Sayang sangat.

*****************************************

Bunyi mesej masuk. ‘My hubby’. Aresha bukak mesej.
“Sok paper first kan? Pagi kan? Hebat tak saya ingat jadual awak? Hahaha! Wish you best of luck! Jangan lupa gosok gigi before pergi exam
“Hahaha! Jangan lupa gosok gigi? This is the ‘sweetest’ wishes I ever heard! (jeling) Cehh! Tang mana relation gosok gigi dengan exam saya tu awak? I can’t see any relation at all! Gggrrr!!”
“Hahaha! Adalah. Awak tu dah lah payah nak bangun! Mau awak bangun lambat lepas tu tak mandi pergi jawab exam. Eiiyeekk!! Pengotor! Isteri siapalah ni. Bersimpati dengan suami awak! *sedih*”
“Eeeiii!! Takyah nak wat drama sangatlah awak! Mengada! Ehem! (tarik nafas then senyum manis) Doakan saya ye awak. Mintak maaf kalau ada salah silap. Jadi isteri terkurang sana sini.”
“Hahaha! Saya sentiasa doakan awak. Bukan waktu exam je. Sentiasa. Setiap masa. *senyum sambil kenyit mata* Oklah. Esok pagi saya kejut awak ye. Night awak. Assalamualaikum.”
Thanks. Night jugak. Lots of loves. (senyum lebar) Waalaikummussalam.”

Dia ingat lagi insiden masa cuti hari raya cina. Masa tu, dia balik lewat sikit dari beliau. Dia sampai nak dekat subuh la. Dalam jam 5.30 pagi baru sampai. Itu pun sebab tiket bas waktu biasa dah habis. Sold out! Huhuhu! Beliau jemput dekat terminal. Dia yang beriya sangat nak balik naik bas. Rasakanlah. Sobsobsob. Baru je nak terlelap sebab dalam bas tak boleh nak tidur langsung, then azan subuh dah berkumandang. Memang tiap kali kalau ada kat rumah, kami akan solat berjemaah. Lepas solat tu, mesti la ada tazkirah-tazkirah sikit dari beliau. Tajuk pagi tu ‘Laa Tahzan (jangan bersedih). Punya mengantuk sampai tersengguk-sengguk dengar beliau bagi tazkirah. Yang dia ingat ayat beliau cuma ‘
Bersedih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34)” Itu je yang dia ingat. Beliau tak marah pun. Beliau perli-perli ja. Huwaa! Dah ngantuk. Nak wat macam mana.

Pernah sekali tu, cuti semester. Well~ C.U.T.I semester. Mestilah bercuti sakan. Beliau kejut nak qiamuallai sama-sama. Masa tu punyalah malas sebab nak qada’ tidur yang tak cukup masa minggu exam. Agak liatlah waktu tu. Selalu tak macam tu pun. (Ayat cover). Beliau tak bagi chance. Beliau kata, bukan senang nak qiam dan jemaah sama-sama. Jadi bila ada masa, kena hargai. Beliau siap ugut nak seret pergi bilik air lagi. Haru tak haru! Ada jugak kes, masa tu petang-petang. Ingat nak lepak-lepak minum petang makan pisang goreng, santai-santai dekat beranda rumah. Sekali tu nampak beliau bawak keluar tafsir. Hokaloh! Beliau suruh tasmik surah Ar-Rahman. Beliau kata dah mentioned awal-awal. So no excuses. Huwaa! Masa tu, banyak sangat salah ayat hafazan! Ye lah! Surah Ar-Rahman banyak ayat yang macam nak dekat-dekat. Tapi salah dia jugaklah sebab tak wat revision. Dengan harapan beliau tak ingat nak tasmik surah ni. Tapi jangkaan meleset. Beliau cakap, kalau lepas ni perangai macam ni lagi, beliau nak rotan.

Tapi dia tak terasa hati pun malah dia bersyukur ada suami macam beliau. Kerana dia tahu, macam mana pun dan apa pun yang beliau buat sebab beliau sayang dia. Masa awal-awal kahwin, beliau dah pesan, Marriage is not just living together but loving together dan perkahwinan itu bukan hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. Perkahwinan harus ada konsep takmil wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. Seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula. Pasti ada masa berkelahi sini sana. Tak sependapat itu ini. Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana sesungguhnya kita akan kekal di sana.

Ketika dia rasa dirinya tak layak menjadi isteri untuk lelaki bernama Fawwaz Hazmi ini, lelaki ini dengan slumber menjawap ‘Tu lah. Nak buat macam mana. Bukan saya yang pilih awak. Tahu siapa yang pilih?’ Masa tu, sentap habislah! Yelaaa! Bukan gadis pilihan. *lap air mata* Dia geleng kepala tanda tidak tahu. ‘Adrynna Aresha, yang pilih awak memang bukan saya. Tapi Allah. Jadi, mestilah awak yang paling layak paling hebat paling bagus dan paling terbaik untuk diri saya kerana awak pilihan Allah.’ Masa tu, air mata mengalir tak terhenti. Moga jodoh ini berkekalan hingga mati. Hingga ke syurga nanti. Amin ya Rabb. Amin.

********************************

“Awak! Awak! Awak!”
“Ye Puan Adrynna Aresha? Teringat saya eh? Rindu saya kan?”
“Eceh! Tetiba macam nak tertidur pulak baca ayat awak rindu-rindu ni. Lalala~ Nak gitau esok pagi laasstt paayypeerr!!! Yeay! Nanti jangan lupa jemput saya tau! Saya tunggu awak! Hingga akhir waktu! Hahaha!” Sebenarnya, dia memang teringat dekat suaminya ni haa. Rindu sangat-sangat sebab lama dah tak jumpa. And dia tak sabar nak jumpa suami yang dichentai tahap langit ke-7 ni. Tapi saja dia tak nak bagitahu. Malas. Sat gi beliau mula la nak bangga diri.
“Hahaha! Malu-malu pulak nak cakap rindu kat kita. Dengan saya awak toksah nak malu la aihh. Awak kuat tidur sampai keluar air liur basi saya tahu, awak makan gelojoh saya tahu, awak menangis-nangis sampai keluar hingus sebab kucing jiran sebelah rumah mati pun saya tahu. Hahaha!”
“Bab perli saayaaaa awak memang hebat! Ceh! Ehm. Macam mana awak buat?”
“Err. Buat? Buat apa? *blur*”
How come, each time im thingking of you, then u will appear? Tetiba teringat, awak dah mesej. Terlintas kat hati, awak dah call. How?
“Hahaha! Kan dah cakap. Saya hebat!”
“zzzzzzzz. Ngantuk!”
“*senyum* Well my lovely wife, tu namanya ikatan hati suami isteri. Takkan tak tahu? Dulu masa kursus kahwin kan ada cakap. Nampak sangat tidur masa kursus! Dah. Pergi tidur. Sok ada perjuangan lagi.”
“Hohoho! Saya kan kuat tidur macam awak cakap tadi! (mencebik+jelir lidah). Aaiyyaaii capten! Saya tidur dulu ya. Assalamualaikum”
“Hahaha! Ok. By the way, terima kasih sebab selalu teringat dekat saya. Saya rindu awak 50 kali ganda lebih dari awak rindu saya tau. Hahaha! Moga saya sentiasa di hati awak sampai bila-bila. Sampai hujung nyawa. Waalaikummussalam sayang buchuk-buchuk. *senyum lebar*

******************************************

Dia sudah habis menjawab last paayypeer nya pagi tadi. Tak sabar nak menunggu ketibaan suami terchenta datang menjemput bidadarinya. Aiwah! Kalau bab perasan dia pun boleh tahan jugak sebenarnya. Hohoho! Sambil menunggu, dia online kejap. Dia bukak facebook. Ada berbelas notification. Ada 2 3 mesej. Dia bukak notification. Ada post dari suaminya.

Hati itu dicipta untuk saling cinta mencintai,
Rapatkanlah ia dengan redha Ilahi,
kerana sesuatu yang dikaburi,
amat mudah menjadi realiti.
Semoga Dia memberkahi cinta ini,
kerna hati itu satu, dan cinta kita pun satu,
semestinya pada Dia yang satu.
Ku mohon kita bersatu dalam cinta, mencintaiNya.
Andai Az-zahra punyai Ali,
InsyaAllah diriku punyai dirimu.

Aku seorang hamba hina,
Bercinta hanya kerana Dia,
Syariat yang utama,
Cinta sampai syurga,
Moga kita berpimpin tangan menuju ke sana.

Andai ajal datang menjelma,
Janganlah kau bersedih tak terkira,
Terima takdir Ilahi dengan redha,
Dan ku harap cinta dan jodoh kita,
Kelak tetap akan bersambung di akhirat sana.

Dia pelik. Kemain ayat jiwang-jiwang puisi bagai. Hahaha! Dia bukak mesej. Owh! Ada mesej dari suaminya.

 “Sesiapa sahaja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahala Ku, nescaya Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadis). Saya sayang awak. Saya maafkan segala kesalahan awak dunia akhirat. Awal perkahwinan saya ada cakap awak pilihan Allah kan? Jadi mungkin juga saya pilihan Allah untuk pergi dulu. Jangan sedih sangat tau! Tu Allah dah janji akan ganti dengan syurga. Tapi dengan syarat awak redha dan bersabar. Ingat tazkirah subuh saya tajuk jangan bersedih tu? Haa! Bersedih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34) Jangan lupa untuk sentiasa doakan saya ye sayang. Saya sayang awak Lillahi Taala. Assalamualaikum”

Berderau darah Aresha. Telefon berbunyi. Dia angkat sambil berdoa dalam hati. Tolong. Tolong bukan apa yang terlintas di hati saya Ya Allah. Laju air mata Aresha mengalir. Suaminya terlibat dengan nahas jalan raya. Suaminya pergi meninggalkan dirinya. Suaminya pilihan Allah untuk pergi dulu dari dia. Sesungguhnya mati itu pasti dan bagi mereka yang beriman, mereka pasti tidak sabar untuk bertemu Rabbul Izzati.

-TAMAT-


46 comments:

  1. hewwww..Wish you best of luck! Jangan lupa gosok gigi before pergi exam”

    ReplyDelete
  2. hewwwww2..Wish you best of luck! Jangan lupa gosok gigi before pergi exam”

    ReplyDelete
  3. oi. asal mati lagi? ala! asek2 mati! bagi la laki tuh tetibe kawen 2 ke. haha. btw, nice cerpen syg. kipidup!

    ReplyDelete
  4. oi. ala. hero mati lagi. asek2 mati. ce bt dia kawen dua ke, tetibe bini dia masuk geng mafia cendawan ke. hohoho. btw, nice cerpen syg. kipidup ! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebeh! hahaha! cheq baru wat dua cerpen 1 lom siap lg. baru dua je endingnyaaa maaattii.. hahaha! tq sbb bace bebeh even aku nk berbuih da suh ang baca! haha

      Delete
  5. Subhanallah..sangat best..jazakallahu khairan ya ukhti atas perkongsian cerita yg sgt2 best...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan2.. terima kasih daun kembali, kalau ada masa baca juga yg lain2 nanti.. tau! =)

      Delete
  6. subhanallah...d best of story...so sweet...hopefully dpt rse saat manis itu sume....huheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2.. mengimpikan yg manis2 akan berlaku dlm hidup kita semua.. ^_^ insyaAllah.. Bi-idznillah weee~

      Delete
  7. subhanalla...seronoknye...so sweet d best of story...

    ReplyDelete
  8. hukalohhhh......mati lagi.....hahaha

    ReplyDelete
  9. Penulis memang bias. Asyik2 watak hero je yang mati. Takda pulak nak buat sebalik nya. Dua-dua sekali ke? Eksiden patah tangan, hilang ingatan ke, koma ke, ada orang hack fb hero tu ke, ada nak buat prank ke?





    P/s: Maaf ketelanjuran kata. Btw some parts macam familiar kat mane2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAHAHA!!!! salahkan kitaaaa pulaakk.. xpe.. nnt ade bedah cerpen.. masa tu akn gtau npe wat mcm tu.. chill2.. =)

      Delete
  10. Penulis bias. Hero je mati selalu T^T. Saia bersimpati kerana hero mati.

    ReplyDelete
  11. Bias. Saia nak spam bias ni sampai saia abes exam

    ReplyDelete
  12. sweet sgt kak...sweet mcm ira,ha3...
    *sedih ni*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ira.. hahaha.. kemain sweet mcm ira ye? he3! awat sedih? sbb sad ending? hehe

      Delete
  13. good luck untuk yang hasil yang seterusnya... :D

    ReplyDelete
  14. 2 cerpen da watak mati.huhu.btw.eh.macam mana derang leh berkenalan.?cite skit..btw nice short story plus manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! kamu sambung kn la nak? hehehe.. tq 4 ur time.. utk baca.. hehe

      Delete
  15. kak fittt..baca cerpen ni buat saya teringin nak..ehmmm takpela...hahahha...btw besttttt....

    ReplyDelete
  16. teringin nak kahwin? hahaha ^_^

    ReplyDelete
  17. kenapa saya rase penulis and Aesya tuh mcm mempunyai perangai yg same?hehhee
    Sad ending but "bersedih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat"
    nice cerpen... can't wait for another story.. ^_^

    ReplyDelete
  18. bestnya cerpen ni . cerita yang indah . terbaik . berdakwah sambil bercerpen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. segala pujian utk Dia.. kerana Dia pemberi ilham.. =)

      Delete
  19. alahai...kenapa tetiba je mati? macam cepat sangat. bagi la pembaca betul2 syok dlu...xpun wat la happy ending...ana baru nak feel cite ni, tpi tetibe je dah mati. huhu

    btw, cite ni memang suwit...nice one...cuma x suka bab mati tu je, cepat sgt. bagi la diorang dpt anak dlu ke. hehe. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! jemput baca cerpen2 yg lain seperti cahaya penawar iman dan buku nota vs sneakers (baru smpai bab 5) huhuhu.. terima kasih lg krn sudi bace.. ^_^

      Delete
  20. hukhukhuk. k.fit blh x kasi happy ending? syok2 bace skali kne leleh lak eheh >_< best best best :D mohon tulis cerpen byk2 lg hehehe

    ReplyDelete
  21. wah.. cerita nye sgt sweet.. dan sedih~ pape pon this is the best cerpen ^_^ nice kak fit from me -miera- insmartive dip 1st year~ <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. miraaa. terima kasih baca. hehe. go in-smartive go~ haha

      Delete
  22. yaAllah, best nya semoga awak berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  23. ya Allah kakkkkkkk.. this is the sweetest cerpennn.. And last tu, sedihhhh.. asal hero matiii!! haha. tapi, itulah aturan Allah. Setiap yang hidup pasti akan mati.

    Nice kakkkkkkkkkk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. terima kasih. teruskan godek2 blog. =)

      Delete
  24. Ya Allah , supercalifragileisticexpialidocious life. Best cerpen! Aturan Allah kan :)

    ReplyDelete
  25. Sempoi je. Nice story. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. =) sorry for the late reply. really late. hehe

      Delete
  26. Replies
    1. thank youuu. sorry for the really late reply. huhu

      Delete
  27. lalala nice story :)
    sad ending. but, "kemaih"tu ape erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemaihh tu means mcm bagusss. sorry for the really late respond. huhu.

      Delete
  28. Replies
    1. tak sangkanya tahun 2020 pun ada lg yg baca blog bersawang ni. thank youuu so much. sebab komen awak ni la baru saya perasan ada komen lain yg saya tak reply bertahun2 dah.

      Delete