06/01/2014

TO MY BELOVED SIDEKICK A.K.A PENCETUS UMMAH RAHMAT IKHSAN


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*Betulkan tudung*

Ok. Entry ni saya tulis bukan sebab nak tumpang popularity adik saya. Tak. Langsung tak. Kerana saya sendiri dah cukup femes dan dah femes awal dari die. (sebab saya lahir awal dari dia. haha) Tapi tak de la femes 1 Malaysia. Giteww! Saya memang dah lama nak tulis entry khusus untuk dia tapi selalu je tak berkesempatan. Dan mungkin ini masa yang sesuai.

Lurus ke titik. (sila baca=straight to the point)

Selama saya hidup bersama dia hampir 20 tahun ini, dia adik yang sangat penyabar, tak kedekut, menyenangkan, kelakar, kuat mengusik, supportive, fikir orang lain dulu dari diri dia sendiri dan kekadang bajet nsem, *rolling eyes*. Jadi, sebagai seorang kakak, I feel blessed, totally blessed when Allah gives me this kind of brother. *senyum manis*

Masih segar dalam ingatan saya (keh3. Ayat Rahmat masa minggu ke-2) tatkala kami membesar bersama. Bagaimana dia yang saya lihat punya potensi, minat dan kecenderungan dalam bidang agama. Masa sekolah tadika dia bolot semua mata pelajaran terbaik kecuali BI rasanya. Haha. Then dia pernah mewakili sekolah rendah agama dalam pertandingan khutbah. Masa tu dia darjah 6 dan Alhamdulillah, dia Juara Zon Sentul masa tu. *senyum lagi*

Keputusan UPSR DAN UPSRA dia sangat memberangsangkan. Dia dapat offer untuk sambung pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah agama di ibu kota. Kita merancang tapi perancangan Allah yang terbaikkan? Ada sedikit masalah yang membuatkan dia tidak dapat sambung belajar ke sekolah itu. Saya tahu dia sedih. *tapi tak tunjuk. Kekunun macho le teww. Haha.* Tapi dia redha. Kerana apa? Kerana redha itu adalah kunci kepada sebuah kekuatan sebenarnya.

There is beauty in a tragedy anyway. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Tak nampak sekarang mungkin akan nampak nanti. Nanti tu mungkin esok lusa atau 5 tahun lagi. Who knows? Dan saya dah nampak sekarang apa hikmahnya walaupun dia tak ada rezeki masuk ke sekolah itu.

Terkadang ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini pada mulanya kita sangka ianya buruk tetapi setelah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti awal yang buruk itu adalah pengakhiran yang baik. *angguk-angguk*

Masih segar dalam ingatan saya di mana waktu saya berada di matrikulasi lagi dan masa tu dia Form 4 kot tak silap. Tiap kali saya balik rumah, kami akan spend the whole night untuk bercerita itu ini. Sampai mama akan marah-marah sebab dah pukul 2 pagi tak reti-reti nak tidur? Hehe. Seronok sebab rasa macam sharing moments. Tukar-tukar pendapat. Gelak sama-sama. Amek ibrah setiap cerita. Dan pelan-pelan saya lihat, dia sudah cuba ‘mengatasi’ saya. Dan bila dia pula masuk matriks, pelan-pelan saya lihat, dia sudah bertapak-tapak di hadapan saya. Dan saya bangga melihat dia. Sungguh.

Bangga kerana apa? Kerana dia sungguh-sungguh cari ilmu agama tu. Redah panas dan hujan ke masjid sebab nak ilmu tu. Sanggup ke sana ke mari untuk cari ilmu tu. Naa. Jangan salah faham. Bukan nak bodek adik sendiri tapi ini realitinya. Kita ni ilmu depan mata pun malas nak terima. Malas nak hadam. Ada orang tu sanggup jalan kaki, sanggup tak cukup tidur semata-mata nak ilmu. Alahai~ *sentap*

Ehm. *betulkan suara*

Saya juga ada melihat dan membaca tentang komen-komen mengenai adik saya. Ada yang cakap dia tak cukup ilmu. Tak layak bergelar Pencetus Ummah. Ada yang cakap terlalu muda. Tak cukup pengalaman. Ada yang cakap cara dia tak sesuai. Ada kata takat menghafal semua orang boleh buat. *gelak perlahan* dan macam-macam lagi. Adik saya meraikan semua pendapat dan pandangan anda. Itu saya yakin kerana memang itu cara dia. Dari dulu. Meraikan pendapat walau berbeza pandangan dan prinsip.

Dan sejujurnya, bagi diri saya, adik saya itu sendiri telah menjadi pencetus semangat saya yang juga bukan berlatar belakangkan budak sekolah agama untuk sama-sama berdakwah dan sama-sama untuk berubah. Dakwah bukan milik budak sekolah agama. Dakwah milik semua Umat Islam. Dialah pencetus ummah di hati saya. Tak kiralah dia menang ataupun tidak di final nanti, dia tetap adik saya. Takkan berubah. Dan saya tahu, dia masuk Pencetus Ummah bukan kerana nak populariti atau kemenangan pun sebenarnya. Tapi  tujuan utamanya adalah nakkan ilmu dari murabbi-murabbi yang hebat.

*tarik nafas dalam-dalam*

Buat kamu, carilah redha Allah bukan redha manusia. Dahulukan pandangan Allah dari pandangan manusia. Masuk kerana Allah. Keluar juga kerana Allah. Menang kerana Allah. Kalah juga kerana Allah. Hidup-hidupkan Pencetus Ummah bukan mencari hidup dalam Pencetus Ummah.
Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan. Kuatlah. Walau dilempar cemuhan hinaan cacian. Kuatlah walau apa yang terjadi. Kerana apa? Kerana kita punya Allah. Teruskan perjuangan walau banyak rintangan. Dia sentiasa ada bersama-sama orang yang beriman. *angkat tanda aman*

Dan ingatlah,
Bila rasa ada ‘nama’ jangan pernah meninggi diri.
Sentiasalah tunduk tawadhu’ merendah diri.
Walau siapa pun yang kau temui nanti.
Hidup ini bahagianya apabila kita memberi.
Jadi, berilah segala yang terbaik yang kamu ada dalam diri.
Walau apa pun imbuhan atau keputusan yang terjadi.
Kamu tetap adik along hingga akhir nanti.

p/s: Mesti kamu bukan baca sampai habis pun. Padahal along tulis minggu exam ni oi! Hargai sikit! hahaha.

p/ss: Lepas tu kalau dah baca mesti akan respon ‘bla bla bla’. Menyampah betul! Kahkahkah.




28/12/2013

LAA TAHZAN. DON'T BE SAD. JANGAN BERSEDIH.


Ini kisah benar. Mungkin kisah ini biasa. Tapi bukan semata-mata biasa itu yang kita harus lihat. Mungkin kisah sedih. Tapi bukan semata-mata sedih itu yang kita harus lihat. Tapi lebih dari itu.

Dia. Gadis biasa. Punya impian yang luar biasa. Dia sabar dan sabar. Akhirnya Tuhan temukan dia dengan seseorang. Kemudian mereka bertunang. Merancang segala persiapan. Persiapan untuk majlis perkahwinan dan tak lupa juga persiapan diri untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Masa berlalu dengan pantas. Kad diedarkan. Ucapan tahniah dari teman-teman beserta senyuman bahagia dipancarkan. Menghitung detik dan waktu menjadi yang halal untuk seseorang. Tak tergambar perasaan.

Takdir Allah. 2 bulan sebelum majlis.  Tunangnya pergi ‘menemui’ yang lebih Hak dari dirinya. Air mata bercucuran. Sedih. Hiba. Tak tergambar perasaan.

Tapi, ketahuilah. Walau dia gadis biasa, semangatnya sungguh luar biasa. Dia yakin. Ujian itu baik. Nikmat itu juga baik. Kerana segala yang datang dari Allah itu pasti yang terbaik. Allah yang Maha Baik.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan mengajarkan kita bahawa semua ini milik Allah. Semua yang datang dari Allah akan kembali kepada Allah juga.

Ketahuilah duhai hati, kehilangan juga mengajarkan kita kebergantungan hanya pada Allah. Dan kehilangan itu, akan mendewasakan kita. Diri kita. Hati kita. Iman kita.

Dan sesungguhnya, takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang kerana kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Sesungguhnya mati itu pasti dan bagi mereka yang beriman, mereka pasti tidak sabar untuk bertemu Rabbul Izzati. 

Redha dan relakan dia pergi kerana dia pergi berjumpa Ilahi.

Dan sebenarnya, bersedih yang melebih-lebih itu tidak diajarkan dan tidak bermanfaat. Maka dari itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. (Fathir: 34)

Untuk kamu. Kamu bukan gadis biasa. Kamu gadis luar biasa. Allah only gives the hardest battle for His strongest soldiers. You’re the best. Ingat tu.

Hilang seseorg dalam hidup bukan alasan untuk kita pun stop living. Live a happy life, for them. Untuk dia yang sudah menemui Tuhannya juga untuk mereka yang mahu melihat kamu sentiasa tersenyum walau apa yang menimpa.

Takziah atas kehilangan orang yang tersayang. Mala taraahul ‘ain, la ya’ sa ‘alaihil fuad. Berat mata memandang berat lagi hati yang memikul.

Allah tahu hatimu perit menahan rindu. Allah mendengar doa dan tangisan meminta. Bukan Allah tidak pedulikan. Bukan Allah tidak hiraukan. Tetapi Allah merancang yang terbaik untuk mu.

“Sesiapa sahaja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahala Ku, nescaya Aku ganti dengan syurga.”(Al-Hadis)

Dan sebutlah nama Allah saat senang dan susah. Saat bahagia mahupun sedih. Saat sihat atau sakit. Saat rindu dan cinta terus menguji. Pasti tiada yang lebih hebat selain kebesaran Tuhan. Malah tiada yang pernah kekal melainkan Allah dan redha segala takdir adalah kunci kekuatan.