26/11/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 2)

BAB 2: ^_^

Dia dengar lagu guna earphone sambil kunyah chew gum . Punyalah boring ceramah ni. Cubalah buat minggu orentasi ni sependek mungkin, sefun mungkin. Ni sikit-sikit ceramah. Dia tebar pandangannya ke merata dewan. Ada yang dah tidur siap berdengkur. Selesa mungkin tidur dalam dewan yang beraircond ni. Dia pandang lagi ke arah tempat siswa, sama je macam siswi. Tidur, borak, bertepuk tampar, bergelak ketawa, face booking (punya canggih siap ada wifi lagi dalam dewan besar ni). Dia berhenti mengunyah. Mata dia mencerlung laju pandang mamat yang duduk selang dua baris arah kanan hadapan dari tempat dia duduk. Macam kenal mamat ni. Dia tepuk dahi. Ceh! Aku ingat dia fasi rupa-rupanya dia pun freshie macam aku. Penat je lari kencang-kencang hari tu. Tapi, benda yang dia rasa nak ketawa, sebab mamat tu seorang je yang focus pandang depan tak tengok kiri kanan depan belakang. Siap catit lagi dekat buku nota. Dia sengih.

Muhammad Aryan Saifullah. Sungguh-sungguh dia catit apa yang Datuk Naib Canselor tu cakap. Biarlah semua orang nak tidur sampai nak terjatuh dari kerusi atau nak berfacebook dengan update status kata ceramah ni boring tahap tak hengat dunia, dia tak peduli. Bagi dia, apa yang Datuk NC pesan tu, sangat menusuk di hati. Sangat-sangat penting untuk dia yang bergelar mahasiswa.

“Sekarang ini, saya lihat, graduan kita makin ramai. Makin hebat. Tapi, sayangnya, kebanyakan graduan-graduan yang dihasilkan, semuanya ibarat mayat hidup. Why I can bear to say like this? Lihat saja berapa ramai mahasiswa yang masa hidupnya dibazirkan semata-mata untuk belajar ilmu dunia sahaja. Juga semata-mata asyik dengan game macam DOTA , atau facebook tanpa arah atau bersukan tak tentu masa sampai langgar waktu solat, yang mana juga sampai lupa nak isi ilmu akhirat. Sampai lupa tugas sebagai hamba tuhan. Ya, universiti kita tak ada pun jurusan agama, tapi adakah itu satu alasan untuk kita letak agama jadi nombor dua? Adakah itu satu alasan untuk kita kata itu bukan tanggungjawab kita? Jadi, saya seru mahasiswa dan mahasiswi tahun ini, ayuh! Lakukan perubahan. Ubah persepsi saya tentang anda semua. Mungkin ada antara kamu yang rasa kamu ini bukan siapa-siapa. Hanya freshie yang baru nak melangkah masuk bertatih ke Universiti ini. Tapi, ketahuilah, sebelum kita mampu berlari, kita bermula dengan bertatih. Anda peneraju Universiti ini di masa hadapan. Bi-iznillah (dengan izin ALLAH) jua”

Aryan angguk kepala. Dia paham. Sekarang baru dia tahu, apa hikmah ALLAH campak dia masuk universiti yang sejujurnya, dia tak tahu pun kewujudan Universiti ni dekat ceruk mana. Dan dia sangat bersyukur, sebab dapat NC yang pemikirannya bukan biasa-biasa kerana bukan semua orang-orang 'besar' ada pemikiran macam beliau. Yelah. Mana nak jumpa, NC yang boleh bagi contoh game DOTA dalam speech beliau. Style tak style NC aku. 

25/11/2012

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 1)



BAB 1: ^_^

Dia pandang cermin. Tudung bawal colour putih tersarung elok dikepala. Baju kurung warna hijau muda. Beg sandang. Stok gula-gula penuh dalam beg. Ok cun dah kot. Die sarung sneakers. Minggu Induksi Siswa a.k.a MINDS. Dari zaman sekolah dia memang benci sesi-suai kenal macam ni. Dia mengeluh dan melangkah keluar dari asrama untuk menuju ke dewan utama. Fine. Ceramah ni kali yang ke 5 dia kena pergi dengar. Bila lah minggu azab ni nak berakhir.
**************

Semua orang berpusu-pusu menuju ke pintu keluar masjid. One of the reasons kenapa dia menyampah sangat dengan minggu orentasi sebab semua orang menuju ke tempat yang sama pada waktu yang sama. Berebut-rebut keluar sebab kejar masa. Takut kena marah dengan fasi kalau jalan terhegeh-hegeh macam burung puyuh. Eh kejap. Burung puyuh berjalan ke? Haha. Dia pandang belakang. Dia senyum nakal. Perlahan-lahan dia menyusup menongkang arus menuju kebahagian belakang. Tembok sederhana tinggi tersergam di situ. Baju kurung pun baju kurung lah. Redah aje. Malaysia boleh aku pun boleh. Dia panjat. Cekap. Dia landing cantik je. Betul-betul dia landing, ada suara berdehem. Dia terkejut! Gaya nak keluar kung fu panda dah! Dia toleh lipat maut punya.

“Lama dah buat kerja ni?” Mendatar.
“Baru jugaklah. Cuba-cuba je. Tak sangka ada bakat.” Tenang. Padahal dalam hati dah baca doa pendinding siap dengan ayat Kursi.
 Ekeleh budak ni. Siap melawak lagi.
“Siapa nama? Fakulti apa?” Tegas.
 Hokaloh. Habislah aku.
“Ehh. Apa tu?? UFO lalu! Fuiyoo” Lelaki tersebut toleh belakang. Dia dengan sepantas kilat pecut larikan diri. Sempat gelak jahat lagi. Lelaki tersebut geleng kepala. Sengih. Macam mana dia boleh percaya alasan karut tu, dia pun pelik. Dan double pelik kenapa budak tu lari bila nampak dia. Dia sentuh muka. Ada rupa macam warden penjara ke aku ni?

to be continued.... (gelak tutup mulut)