10/08/2015

AKU NAK JADI BAIK



"Aku da cuba nak berubah jadi baik. Tapi kau tahu tak? Semakin aku nak berubah semakin banyak ujian yang datang."
"Semakin banyak ujian, semakin kuat kita, semakin terasa dijiwa, dan semakin kita menghargai hidayah tu. 
Nak jadi baik bukan mudah. Terkadang kau akan letih, lelah, pedih, goyah. Tapi takkan sebab tu kau nak mengalah kalau syurga ganjaran dari Allah?"

"Aku takut aku mati dulu tanpa sempat berubah jadi lagi baik."
"Tak apa. Paling kurang kita dah berusaha. Kalau mati, kita mati dalam usaha nak jadi baik. Jadi jangan putus asa."

"Aku tak kuat."
"Tahu. Sebab tu kau kena minta kekuatan dekat yang Maha kuat."

[Tolong semak diri kenapa selalu rasa kosong dalam hati. Mesti ada kurang dekat mana-mana. Cari Tuhan. Bukan duduk berangan.]

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Tahu apa maksud iman?”
*Jeda*

“Mempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota. Selagi ada iman, walau senipis kulit bawang, selagi tu tetap ada ruang untuk jadi baik.”
*sepi*

“Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah. Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas.”

[Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.]

* * * * * * * * * * * * *  * * * * ** * * *
Tiap pagi aku dapat notificaton dari FB pasal memories yang berlaku pada tarikh yang sama tapi tahun yang berbeza. Status yang aku update dalam 2 3 tahun yang lepas.

Kadang rasa macam ehhh aku ada tulis macam ni ke?
Ehh aku ada buat benda macam ni ke?
Kalau status yang bermanfaat atau perkara yang baik tak pe lah kan. Tapi kalau bukan? *tarik nafas dalam-dalam*

Ada terfikir tak.
Mungkin dekat padang masyhar macam ni la perasaannya masa kena hisab dengan Allah.
Bila Allah tayang satu-satu apa kita buat selama kita hidup dan baru kita sedar kita banyak dosa, masa tu menyesal pun tak berguna.

[Semua manusia ada peluang dan ruang untuk jadi baik dan lebih baik. Jangan putus harapan. Rahmat Allah itu luas.]

* * * * * * * * *  * * * * * * * * * *
Tahun lepas diberi izin dan peluang oleh Allah untuk ke Korea bagi mewakili UMP dan Malaysia dalam pertandingan research.

Saat tu kau tersedar,
Bila kau je yang pakai tudung besar, pakai baju labuh, pakai baju kurung, dan orang sana pandang kau macam pelik,

Saat tu kau berbisik dalam hati 'syukur iman masih terpasak dalam jiwa. syukur Allah masih pelihara diri.'

Boleh nak suka tapi jangan sampai memuja.
Boleh nak minat tapi jangan sampai Tuhan pun kau tak ingat.

[Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt - Ibnu Qayyum]

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Aku dah tak boleh nak sabar lagi. Aku tertekan. Aku letih."
"Sabar. Sabar tu separuh dari iman."
"Aku tak boleh!!"
"Tak boleh apa? Tak boleh nak beriman?"
Deep.

[Suatu masa nanti, Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini.]

* * * * * * * * * * * * * * * *
Bila banyak yang Tuhan beri
dan ada antaranya itu kau tak pernah minta pun.
Kemudian tiba-tiba benda yang kau doa sangat-sangat Tuhan tak makbul.

Jadi kau rasa Dia tak adil?
Jadi kau rasa Dia zalim?

Ketahuilah, saat itu sebenarnya Dia nak jentik Iman kau.
Nak tengok kau yakin dengan Dia waktu kau gembira atau duka.
Nak tengok kau syukur masa bahagia atau sengsara.
Nak tengok kau redha masa ketawa atau kecewa.
Jadi, kau pilih lah yang mana.

[Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran.
kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.*senyum manis*]

* * * * * * * * * * * * * * *
Bagaimana takdir berubah dengan doa? *angkat-angkat kening*
Pengetahuan Allah takkan silap. Allah tahu kita ini akan masuk syurga atau neraka. Tapi Allah tetap hidupkan kita kerana Allah Maha Adil. Dia memberi kebebasan untuk hambaNya memilih nak jadi jahat atau baik.

Manusia, selagi mana dia minta ampun pada Allah, selagi itu Allah akan makbulkan. Allah mengetahui yang zahir dan yang batin.

Jangan pandang lekeh pada orang lain macam dia akan masuk neraka.
Dan jangan anggap kita hebat sampai kita rasa macam kita yang pegang kunci syurga.

Mungkin satu hari orang yang kita lihat jahat itu lebih baik di sisi Allah berbanding kita. Syurga neraka itu urusan Allah. Maha suci Allah.

[Khabarkan kepada hamba-hamba Ku, bahawa sesungguhnya Akulah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan bahawa sesungguhnya azab Ku adalah azab yg pedih (Al-Hijr:49-50)]

* * * * * * * * * * * * * * *
Nak pakai baju yang menutup aurat dengan sempurna. Tapi rasa sayang sangat dengan baju-baju yang mahal dan branded tu. Takkan buang macam tu je nanti?
Nak pakai baju yang menutup aurat. Tapi takut di anggap kolot, out dated, konservatif, tak cantik, nampak macam makcik-makcik. Takut nanti tak ada yang nak mengorat. Jatuh market?

Kalau kita sanggup tinggalkan sesuatu yang kita sangat sayang kerana nak elak kemurkaan Allah, insyaAllah Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik kerana Allah hanya akan bagi yang baik-baik sahaja untuk kita.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadaNya. Pakaian kamu itu muslimat, pakaian muslimah. Pakaian itu mulia di sisi Allah. Jangan berasa malu bahkan berbanggalah kerana kalian itu WANITA SYURGA dan BIDADARI DI DUNIA.

[Cantik itu diwajah atau dihati?]

*  * * * * * * * * * * ** * * * *
Apa yang saya lihat kebergantungan kita sebagai hamba kepada pencipta itu yang paling penting. Betapa kita rasa hidup ini sesuatu yang susah, yang payah, yang menyakitkan, tetapi jika kita anggap hidup ini tak lain tak bukan hanya sebagai persinggahan semata, nescaya kita mampu telan segala kepahitan tersebut.

[Ambillah hikmah dari setiap peristiwa, dari air mata mahupun tawa. Ambillah pelajaran dari setiap episod kehidupan agar kita lebih bijak melangkah ke masa depan.]

* * * * * * * * * * * * * * *
“Kenapa kamu jadi macam ni? Ponteng kelas. Assignment tak buat. Test tak jawab.”
“Prof tak payah nak bising-bising. Hidup saya suka hati saya!”

“Hidup kamu tu Allah yang pegang tahu. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik hidup kamu tu.”
“Ahh! Prof nak tazkirah saya ke? Prof pergi tazkirah dulu mulut-mulut orang yang mengutuk saya hanya sebab saya ni lahir dalam keluarga bermasalah. Family broken!”

“Jadi, sebab tu la kamu memberontak macam ni?”
“Semua cakap saya ni menyusahkan. Anak yang lahir dan membesar dalam keluarga bermasalah semuanya jahat. Semua benda buruk tuding dekat saya. So? Tak ada sebab saya nak buat baik kalau dah sah-sah orang cuma tengok benda buruk je!”
*Jeda.*

“Semua cakap saya ni memang takkan ada masa depan. Saya ni tak payah susah-susah nak belajar sebab hidup saya memang ‘gelap’ dan ‘hitam’. Diorang pandang hina dan jijik dekat saya!”
“Ehm. Dalam hidup ini ada bermacam-macam ragam dan kategori manusia. Kamu yang pilih nak jadi macam mana. Dalam hidup ini jugak ada banyak jalan yang dah disediakan. Tinggal kamu sahaja yang pilih jalan mana yang kaki kamu harus di lalukan.Tapi ingat. Segala pilihan kamu tu akan Allah tanya di akhirat kelak.”

“Tapi prof, mereka cakap …”
“It’s you decide who you are. Not the society.”

“Prof cakap senanglah! Prof bukan ….”
“Saya juga lahir dari keluarga yang bermasalah.” *senyum manis*
Terkaku. Terkedu. Terkelu.

[So much in life depends on our attitude. The way we choose to see things and respond to others makes all the difference.]

* *  * * * * * * * * * * * * * * *
Untuk kamu. Hati yang mungkin sedang di sapa oleh hidayah Allah. *senyum*
Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi maha Mengasihani”. (Al-Zumar:53)

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadang-kala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan manusia lain, namun ALLAH tidak pernah menutup pintu selagi insan yang berdosa itu insaf dan benar-benar kembali kepada-Nya.

Jadi, usah kecewa dengan diri sendiri dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan. Agama itu begitu lunak. Pintu untuk mendekatiNya tidak pernah dikhususkan untuk orang tertentu semata-mata.

[Sesungguhnya ALLAH menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat Al-Tarmizi)]

* * * * * * * * * * * * * * * * *
Nak berlawan dengan diri sendiri, dengan masa silam, dengan nafsu sendiri tu- susah. Tak ada yang mudah. Nak bertahan pun memang payah. Sakit. Pedih. Kadang-kadang masa nak istiqamah tu sendiri rasa macam nak jatuh tak bangun-bangun lagi dah. Tetapi, selagi boleh bertahan, bertahanlah. Kerana Jannah yang tiba nanti, pasti akan indah.
Bertahanlah. *tiup semangat*

[Turning point. Among the sweetness of faith is, when we hate to go back to our jahiliah state after we found Allah.]

* * * * * * * * * * * * * *
Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Kita mestilah Islam dari sudut aqidah. Menganggap semua baik. Ujian itu baik. Nikmat itu baik kerana kedua-duanya dari Allah yang Maha Baik.

Bila tuhan tak beri apa yang kita minta, bersyukurlah. Dia tahu kita tidak mampu menanggung keperitan bila hal itu tidak seperti yang kita sangka. Dia kenal kita, dan hati kita.

[Pasti dan pasti kita pernah merasai kesusahan hati. Pasti dan pasti setiap manusia pernah merasai kekecewaan jiwa. Tidak mengapa.. kerana itu fitrah bagi setiap manusia. *tiup semangat*]

* * * * * * * * * * * * * * *
Kalau kau rasa hidup aku manis macam gula, memang silap besarlah. Masa aku kecik, mak bapak aku cerai. Aku duduk dengan ayah aku. Aku tak tau solat tu ape, aku tak puasa, aku tak tau nk mengaji.. Aku dulu bukan budak baik sangat pun. Jangan cakap nak pergi masjid solat jemaah. Solat sendiri-sendiri kat rumah pun aku ingat-ingat lupa. haha. (ketawa hambar).

Then masa aku masuk Victoria Instituition, tetiba masa aku form 4, ada seorang ustaz tu suruh aku jadi ketua BADAR (badan dakwah). Memang aku rasa ketar gila. Masa aku nak dakwah tu, aku siap kena baling batu dengan geng2 jamming aku lagi. Kau boleh bayangkan tak situasi aku masa tu?”

[Dakwah itu bukan untuk budak sekolah agama sahaja tetapi untuk seluruh umat Islam sebenarnya]
  * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dalam beberapa situasi, ada perkara yang memberi kesan kepada perubahan hati. Tidak kisahlah ia kecil atau besar dan tidak kiralah sama ada perubahan pada diri sendiri atau pada orang lain. Dan kadang-kadang perubahan itu bermula dari perkara yang tidak disangka-sangka.

[Kuasa fitrah Kuasa berubah]

* * * * * * * * * * * * * * * *
Jangan takut untuk berubah jadi baik meskipun diri seorang pendosa.
Jangan berhenti untuk memohon ampun pada Allah walau dosa-dosa mu setinggi awan dilangit, walau kesalahan mu sebesar dunia.

Yang penting sentiasa berdoa dan berharaplah pada Allah.
Nescaya Allah akan mengampuni selagi mana kamu tidak menyekutukan Dia.
Allah, Dia yang Maha Pengampun dan penerima taubat kita.
Maka, teruslah berusaha jadi hamba yang terbaik untuk-Nya.

[Bicarakan pada aku apa menurut kamu yang ada pada semua manusia? Lalu aku menjawab “Manusia itu selalu punya Tuhan.”]





4 comments: