16/01/2013

CERPEN: BUKU NOTA VS SNEAKERS (BAB 5)



Ann kelam kabut! Ini padahnya kalau lepas subuh tidur balik! Cepat-cepat dia sarung sneakers. Dia lari pecut sampai tak cukup tanah. Termengah-mengah dia sampai bilik tutorial. Nasib baik lecturer tak sampai lagi. Sambil membetulkan nafas di depan pintu, ada satu figura yang membuatkan mata dia nak terbeliak. Mamat buku nota! Dia jerit dalam hati. Tiba-tiba lelaki tersebut berpaling ke arahnya. Ann muka gabra. Dia tahu ke aku panggil nama dia? Sambil cuba kawal riak muka dan nafas, Anna melangkah masuk ke dalam bilik tutorial. Mencari meja kosong. Nun di hujung belakang kelas. Dia melangkah melepasi mamat buku nota.

Aryan rasa macam pernah tengok la budak perempuan tu. Owh! Budak sneakers yang panjat tembok masjid hari tu. I see. Budak kelas aku rupanya. Kemudian, bunyi derap kaki seseorang kian menghampiri. Pensyarah wanita lingkungan umur 40-an bertudung labuh hitam berbaju kurung biru masuk dengan senyuman. Then, she put her stuff on the table. Beliau pandang keseluruhan kelas tanpa senyuman lekang dibibirnya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Mari kita mulakan kelas hari ini dengan puji-pujian kehadrat Ilahi. Mari baca Ummul kitab dan doa penerang hati. Pada yang non-muslim juga boleh berdoa dengan cara anda sendiri ye.” Masih tersenyum. Apa yang Ann dapat simpulkan pada pandangan pertama tentang pensyarahnya ini adalah beliau suka senyum.

Well class. Let me introduce myself. My name is Siti Fauziah Binti Ali. Just call me Ustazah Fauziah. I will teach you calculus. Haa! Saya Nampak muka-muka yang berkerut lepas saya sebut ‘calculus’. Kenapa?” Ayat beliau di akhiri dengan soalan. Terdengar bunyi-bunyi student sedang bercakap-cakap tentang hal ini.

No worries. Saya tahu ramai senior kamu cakap subject ni susahkan? Kamu belum pun berjuang, hanya dengar-dengar cakap orang. Jadi adakan itu sebab yang sudah cukup kuat untuk kamu katakan subject ini susah? Tepuk dada tanya diri.” Beliau berhenti seketika dan menyambung, “Memandangkan ini kelas pertama, ustazah tak dak lah nak skema sangat untuk mula mengajar. Jadi, semua boleh bawak bertenang ye. Mari kita taaruf sesame kita dulu. Kerana tak kenal maka tak …?” Seluruh kelas menjawab ‘tak cinta’. Senyum lagi.

“Pandai semua! Yang hujung tu. Ya, Anta. Tafadhol. (ya, awak, silakan)” Ann pandang. Mamat buku nota bangkit. 

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya  Muhammad Aryan Saifullah Bin Asyraf Saifullah. Boleh panggil Aryan. Asal Kuala Lumpur.” Mamat buku nota angkat sedikit tangan tanda hormat. Kemudian rakan di sebelah Aryan bangkit. Seorang-seorang memperkenalkan diri mereka. Ann rasa mengantuk kerana malam tadi dia tidur lewat. Marathon tengok Maharajalawak Mega 2012. Lawak gilaaa habaq ang! Matanya mulai tertutup perlahan-lahan. Tunggu masa untuk tertutup rapi. Bersedia untuk ‘kembara tidur di dalam kelas’. 1.. 2.. 3.. Tiba-tiba ada bunyi kuat berdentum! Ann terkejut lantas berdiri seraya berkata “Poyo semua ni poyo!” Seisi kelas memandangnya. Tanpa ada apa-apa suara. Aduss! Ann sengih-sengih macam kerang tak cukup vitamin. Kemudian dia menyambung dengan muka seslumber mungkin “Err.. krikk.. krikk.. krikk..” Kemudian dia lihat ustazah Fauziah senyum. Alahai. Nasib dapat lecturer suka senyum. Kalau dapat yang jenis suka menangis, tak ke haru namanya. 

“Ye, awak yang krikk krikk tu. Boleh perkenalkan nama”
Ann rasa nak lari keluar kelas masa tu jugak.

“Nama saya Annur Zinnirah Binti Ahmad Firdaus. Boleh panggil Ann. Asal Kuala Lumpur”. Dia cepat-cepat duduk. Mukanya jelas kelihatan merah menahan malu. Padan muka. First day kuliah, leh bantai tidur dalam kelas. Teruk betol.

“Baik, Alhamdulillah, dengan berakhirnya perkenalan dari Ann krik krik tadi, maka, setelah ustazah lihat jam di tangan, rupa-rupanya, masa pun dah habis. Jadi ustazah nak ucapkan sekali lagi selamat datang, betulkan niat anda di sini. Datang sini nak belajar. Menuntut ilmu paling utama kerana ALLAH ye. Bukan hanya sebab nak dapat pointer gempak, bukan hanya nak dapat kerja hebat atau juga bukan hanya kerana nak ada gaji lumayan. Yang paling utama adalah kerana ALLAH. Dan harus diingat, ilmu yang kita belajar bukan hanya setakat di atas kertas soalan peperiksaan tapi sepatutnya di pakai sehingga kita meninggal dunia. See you on the next class.”

**************************

Sambil membetulkan tempat duduk, matanya melilau memerhati sekeliling. Ann pandang gadis yang duduk di sebelahnya. Gadis itu senyum manis. Manis seperti gula. Dia balas tanda mesra. Kemudian, dia alih matanya kepada dua orang lelaki di hadapan. Kedengaran suara berdehem.

Please introduce yourself” Satu suara memecah kesunyian.
“Nama saya Annur Zinnirah Bt Ahmad Firdaus. Tahun 1 Fakuti Kejuruteraan Kimia dan  Sumber Asli. Boleh panggil Ann.”
 “Nama saya Aisyah Humaira Irdina Bt Muhammad Haziq. Tahun 1 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber asli. Boleh panggil Irdina.”

Ann pandang gadis itu. Irdina. Dia senyum.
“Baik. Straight to the point since we have no time. Kenapa bagi nama untuk secretariat ni? Mula dari kamu Cik Ann”. Ann telan air liur. Kenapa aku pulak yang first. Haih!
“Err.. Saya bagi nama ni sebab ikut roommate. Roomate ajak join.” Ann sengih. Interviewer itu nampaknya macam terkejut dengan jawapan dari dia. Dia rasa better telling the truth sebab dia tak berapa nak reti bagi ayat manis-manis untuk pikat hati orang lagi-lagi interviewer.

“Ok then. Cik Irdina?”
“Saya bagi nama sebab saya nak gain knowledge. Nak belajar tentang management, teamwork, kepimpinan dan sebagainya. Kalau kita lihat, sekarang ini graduan universiti berlambak di pasaran. Tapi apa yang membezakan setiap dari mereka? Tentulah skill yang ada. Terutamanya softskill. Jadi, untuk belajar tentang management seperti nak buat paperwork, surat, nak handle event, semuanya tak di ajar langsung di dalam kelas. So, we need to learn all these by ourself. Ini adalah add value yang employer nak. Kalau hanya pointer hebat tapi lack with communication skill sampai tak boleh nak bergaul dengan collueque atau pun tak mampu nak present paperwork pun tak boleh juga.” Ann kagum. Pergh! Hebat! Dia ni betul ke first year student? Hampir-hampir Ann nak tepuk tangan tadi. Ann lihat interviewer itu mengangguk-angguk kepala.

“Ok. Next question. I give both of you one situation. Hari tu awak ada presentation. Kena present tentang kewangan projek yang awak handle. Orang besar yang nak dengar awak present ni. Bukan calang-calang orang. Tapi at the same time awak ada kelas pagi tu. So, awak nak pergi yang mana? Cik Ann boleh jawab dulu.” Aik! Aku lagi yang kena dulu? Aih!

“Ehm. Saya akan pergi presentation. Kelas tak pe boleh skip. Boleh je salin nota dari kawan. Ada surat pelepasan kan? Jadi, tak de masalah. Kalau tak de surat pelepasan pun, tak pe kot ponteng sekali je. Hehehe. Takkan lah nak biar orang besar tu ikut jadual kita yang cuma pelajar biasa ni.”
“Ok. Kamu pulak Cik Irdina?”
“Untuk kes ini, my awlawiyat is my study. Saya akan pilih untuk hadir ke kelas. Kerana apa? Kerana saya mendaftar di universiti ini adalah untuk menjadi seorang pelajar. Itu tujuan utama saya. Jadi,apa-apa pun saya akan utamakan pelajaran saya kerana itu adalah harapan mak ayah saya. Seharusnya orang besar tersebut perlu ada sikap toleransi dan ambil berat tentang pelajaran student. Sebagai pemimpin tak boleh la nak ikut masa dia je. Kena berlaku adil. Saya yakin pasti ada masa yang sesuai untuk membincangkan tentang projek tersebut yang tak mengganggu masa mana-mana pihak.” Tegas. Interviewer tersebut mencatit sesuatu.

“Ok. Last question. Cik Ann, apa hobi awak?”
“Hobi saya? Ehm.. Tidur? Hohoho”
“Baik. Berikan ceramah tentang kelebihan banyak tidur”. Wallaweh! Ni perli aku ke ape ni? Mana ada kelebihan tidur banyak. Ciss!

“Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berceramah tentang kelebihan banyak tidur. Err.. Banyak tidur bagus untuk kulit. Ia akan membuatkan kulit tampak lebih sihat cerah dan menawan. Banyak tidur juga bagus untuk menambah berat badan. Ehm.. Apa lagi eh? Banyak tidur juga boleh jimatkan elektrik. Ye la.. Tak online. lampu off, dan sebagainya. Tidur banyak juga….”
“Hahahaha! Ok. Enough Cik Ann”. Kedengaran interviewer tersebut gelak tak berhenti. Ann sebenarnya main goreng je. Tibai jelah kan. Tu keluar idea luar alam macam tu. Sob3!

“Ok. Now Cik Irdina. Beri saya tazkirah 5 minit sahaja tentang kelebihan memakai pakaian mengikut landasan Islam”. Ann telan air liur. Payah habaq ang soalan ni! Dia lihat Irdina senyum.

“Assalamualaikum wbt. Banyak kelebihan kalau kita memakai pakaian mengikut standard Islam. Sangat-sangat banyak kerana apa pun yang diperintahkan dari ALLAH pasti yang terbaik buat hambaNya. Pasti sesuai setiap masa ketika suasana mahupun zaman. Pakaian dalam islam membuatkan seseorang itu dihormati dan dilindungi. Contohnya, saya pernah keluar bersama rakan saya yang free hair. Kemudian kami terserempak dengan seorang rakan lelakinya. Lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia tetapi tidak dengan saya. Itu menunjukkan walaupun dia mungkin seorang muslim yang level fikrahnya hanya biasa-biasa, tapi masih menghormati wanita seperti saya. Di situ juga menunjukkan yang wanita bertudung bukan suka suki senang hati nak pegang sana sini. Melainkan anda sendiri yang gedik-gedik nak bagi. Jadi, dari situ insyaALLAH ikhtilat saya terjaga. Selain itu, ketika saya menjalani Program Latihan Khidmat Negara, aktiviti yang kami lalui mostly yang extreme. Sebagai contoh slot flying fork. Kami yang bertudung kelihatan lebih kemas dan rapi berbanding yang tidak bertudung. Kerana rambut mereka dikhuatiri akan sangkut di mana-mana tali akibat faktor angin dan sebagainya. Dan menurut kajian Sains, kepala seharusnya di tutupi dengan sesuatu bagi mengelakkan terdedah kepada sinaran yang akan membawa penyakit di kepala. Kerana itu ALLAH menyuruh wanita betudung. Lihat betapa ALLAH sayang pada wanita. Begitu juga dengan baju. Ada yang mengatakan memakai pakaian longgar menampakkan kita lebih besar atau gemuk dari sepatutnya. But again, saya tak setuju kerana setakat ini, saya tak nampak langsung baju ketat-ketat akan menampakkan kita lebih kurus. Pakaian yang longgar memudahkan kita sebenarnya. Nak duduk ke nak berdiri ke nak berjalan ke tak perlu risau kalau takut ternampak benda yang tak sepatutnya. Jadi bagi saya, tiada alasan untuk kita katakan yang perintah ALLAH itu hanya sesuai pada situasi-situasi tertentu. Firman ALLAH dalam Surah Al-Araf ayat 26, “Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk menutup aurat mu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu ialah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”Banyak yang saya nak katakan tapi memandangkan masa yang diberikan hanya 5 minit, jadi saya rasa sampai sini sahaja tazkirah saya. Akhir kata dari saya, pakaian tidak melambangkan iman tetapi dari iman akan terbitnya pakaian. InsyaALLAH. Sekian. Terima kasih.” Ann kagum. Baginya Irdina bukan gadis biasa-biasa.

“Cik Irdina, boleh saya tahu anda berasal dari mana?”
“Saya berasal dari Kuala Lumpur. Bandar yang dicanang-canangkan mempunyai kes sosial paling tinggi, Bandar di mana kebanyakan remaja-remajanya rosak akhlak, Bandar yang dikatakan takkan wujud remaja yang baik-baik ataupun suci. Saya berasal dan membesar disana.” Senyum. Ann ternganga. Budak KEYY EELLL?! Owh my God! Budak KL wujud lagi ke yang macam Irdina ni?
Thank you for both of you. Nanti kami akan keluarkan name list yang berjaya dalam temuduga ini.” Kami berdua angguk dan mohon minta diri. Ketika Ann sudah melangkah keluar, kedengaran suara Irdina memanggil.
“Ann, jom ke masjid nak? Waktu zurhur dah nak dekat. Boleh kita solat jemaah sama-sama sambil kenal lebih rapat lagi sebab kita kan classmate.” Ann tercengang. Classmate? Dia tak tahu pun! Ann angguk dan mereka seiringan menuju ke masjid.

Sampai di masjid, mereka menaiki tangga untuk keruangan muslimat. Sementara menunggu waktu azan, Ann lihat Irdina mengaji Al-Quran. Entah kenapa Ann rasa sangat tertarik dengan perwatakan Irdina. Ada terselit rasa kagum dan rendah diri sebenarnya. Mereka sama-sama budak KL tapi mereka mempunyai kefahaman agama yang berbeza. Dia memang bertudung tetapi sekadar bertudung kerana ibu yang suruh. Ketika mendengar tazkirah Irdina tentang pakaian tadi, sedikit sebanyak terkesan dihatinya. Dia rasa malu. Dia tahu Irdina bukan menujukan ayat tersebut secara langsung terhadap dirinya tapi sebagai manusia yang punya akal, dia tahu, ada kebenaran dalam hujah-hujah Irdina. Kedengaran imam memanggil. Mereka menuju ke arah saff.

Usai solat, mereka menuruni tangga untuk pulang ke kolej kediaman. Kelihatan ramai orang berada di ruang legar masjid.
“Masjid memang ramai macam ni ke Irdina?” tanya Ann.
“Owh! Tak silap saya, ada interview juga hari ni.”
“Interview ape?”
“NTP. Nadi tarbiyah pelajar. Kamu nak cuba Ann?” Ann geleng kepala. Irdina senyum dan mereka melangkah keluar masjid.

Aryan baru selesai membaca doa. Ada seseorang menepuk bahunya. Dia toleh. Afiq housemate dia rupanya.
“Jom” Ajak Afiq.
“Dah mula ke?”
Not sure. Dah mula kot. Dengar cerita ada 3 checkpoint tak silap dalam interview kali ni.”
Aryan angguk. Mereka memulakan langkah.

Kelihatan ada seorang senior dan seorang siswa lelaki sedang duduk di atas sebuah kerusi dan terdapat sebuah meja yang memisahkan mereka. “Interview dah mula.” Bisik Afiq kepada Aryan. Aryan angguk dan mata mereka tertumpu di sana. Mereka menunggu giliran mereka.

Checkpoint pertama:
“Nama apa?”
“Aryan”
“Awak hafal surah apa?”
“Ehm. Juzuk Amma pun ada yang sangkut-sangkut bang.” Aryan sengih. Abang tersebut juga tersengih.
Humble ye? Ok. Surah As-Sajadah”
Aryan mula dengan bacaan bismillah dan seterusnya memulakan ayat pertama surah tersebut. Selesai melepasi checkpoint pertama, Aryan dan Afiq menuju ke checkpoint kedua.

Kedengaran suara abang yang menjaga checkpoint kedua agak kuat sehingga membuatkan siswa yang di interview itu sedikit malu. Aryan mula-mula malas mahu campur tangan. Tetapi dia mula rasa tak puas hati dengan sistem saringan untuk menjadi ahli NTP. Kenapa dia rasa tak puas hati? Mestilah tidak puas hati kerana soalan pertama yang keluar dari mulut senior adalah “AWAK SEKOLAH MANA?”
Bagi Aryan, dakwah untuk semua yang bergelar khalifah di bumi ALLAH ini. Yang bergelar muslim beragama Islam. Dan kalau kita fikir-fikirkan, dakwah itu universal kerana even kafir pun berdakwah, yahudi pun berdakwah. Jadi, bagi dia, dia juga perlu berdakwah jika mahu menjadi umat Muhammad tak kisah la dari sekolah mana pun. Kerana ALLAH berfirman dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 110 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, Menyuruh kepada yang makruf” Tak dak pun ALLAH cakap kena belajar sekolah sekian-sekian atau sekolah tertentu untuk jadi ummat yang terbaik. Nah!!! Kalau aku nak jadi umat Muhammad, aku mesti mengajak pada kebaikan. Kalau aku tidak mengajak pada kebaikan aku bukan umat terbaik. Jika aku tidak terbaik, aku bukan umat Muhammad. Tapi, mungkin jugak aku silap. Tak pe. Sebab tu aku kena bincang dengan senior tu. Demi kebaikan. Aryan melangkah menghampiri.

“Assalamulaikum bang. Nak tanya sikit ni. Apesal abang wat saringan segala ni?
“Waalaikummussalam. Owh! Saringan ni perlu la. Kita kena tapis betul-betul siapa yang kualiti dan siapa yang kuantiti.” Jawab abang tersebut sambil tersenyum.
“Aik. Kenapa abang perlu mengasingkan mereka yang kualiti dan kuantiti? Habis tu mereka yang tiada KUALITI ni abang reject la?”
“Itulah kenyataannya. Pahit tapi perlu ditelan” Slumber senior itu menjawab.
“Hahaha! Wahai abangku sayang, ape bidaah yang abang lakukan ni?” Tenang nada Aryan.
“Eh? Apa maksud adik? Adik tau tak adik tengah bercakap dengan seorang senior?” Terkejut dengan soalan dari Aryan.
“Sebelum tu, mohon abang dengar apa yang dicakapkan bukan siapa yang bercakap ye. Abang kenal As-Syahid Hassan Al-Banna? Satu ketika seorang sahabat as syahid berkata, “Wahai mursyidul am ikhwan, aku melihat semakin ramai yang memasuki Ikhwanul Muslimin. Aku berpendapat kita patut membuat saringan kepada mereka yang ingin memasuki ikhwan.” Kemudian As-Syahid Hassan Al-Banna berkata “Tidak akan aku melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.” Wahai abang, jika Rasulullah ingin memilih mereka yang akan berjuang di dalam menegakkan islam, pasti Rasulullah tidak akan memilih BILAL BIN RABAH kerana dia HAMBA. BERKULIT HITAM LEGAM. KUANTITI sampah pada masyarakat Quraish. Tapi BILAL la yang akhirnya menjadi manusia yang menjadi benteng pada islam dan juga pada baginda. Maafkan saya ingin bertanya. Jika abang mencari kualiti, sekualiti manakah abang? Adakah sehebat sahabat? Menurut hadith shahih, umat akhir zaman itu rapuh ibarat buih di lautan. BUIH BANG!  KUANTITI! Dan abang nak mencari dalam buih itu permata? Susah!” Aryan tarik nafas.

“Maka, kitalah yang harus membina buih itu. Dari rapuh kepada lebih kuat. Membina kualiti dari kuantiti. Hampir semua sahabat Nabi itu kuantiti. Pernah syirik kecuali Ali karamallahu wajhah. Tapi setelah dapat Islam merekalah KUALITI ITU. Tolong abang jangan pandang manusia yang belum kenal Islam itu kuantiti kerana tak mustahil mereka yang mungkin menjadi bom bagi melindungi ad-deen ini. Tak bermakna bila masa silam kita teruk kelam busuk masam, that’s makes us tak ada masa depan yang cerah riang gembira lagi owesome. Somtimes the people with the worst past create the best future. Tahu siapa yang cakap macam ni? Saidina Umar Al-khatab r.a sendiri yang cakap dan beliau dah pun membuktikkan ayat beliau. Mohon maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa. Mohon abang pertimbangkan ayat-ayat saya tadi. Undur diri dulu. Assalamualaikum.” Aryan melangkah pergi. Di ikuti oleh Afiq. Tidak jauh dari situ, ada seseorang melihat dan mendengar babak drama ala-ala cerita Islamik tersebut sambil tersenyum. Dia tutup majalah ujang yang dipegangnya. Dia tekan nombor telefon seseorang.

“Assalamualaikum. Haa! Aiman! Ada benda best ana nak share. ALLAH! Anta ni tak habis-habis belanja makan. Hahaha! Iye. Nanti ana belanja anta. Tapi ni lagi penting dari makan. Ana rasa ana dah jumpa siapa yang akan gantikan ana jadi presiden NTP. InsyaALLAH. He’s the one.” E-Chad.
Muhammad Hazim Irsyad bin Muhammad Haziq tersenyum lebar. 

8 comments:

  1. sama sgt dgn adik kak fit..ha3...

    ReplyDelete
  2. errr...mcm pernah dengar jeeee....tp terkeliru sudah..hahah...
    Ecad tu sape??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lohhh!! E-chad kn watak cerpen Cahaya Penawar Iman.. lupa? yg hero tu.. hahha! kire cter ni flashback sikit mse zaman die.. =) boleh refer link ni klu xingt.. haha
      http://rahimahfitrah.blogspot.com/2012/10/cahaya-penawar-iman.html

      Delete
  3. Eh mcm interview mpp jer...krik krik krik..hahaha....

    ReplyDelete
  4. eh mcm interview mmp jer...haha...krik krik krik,, =D

    ReplyDelete