Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tahun yang penuh dengan kehilangan.
Tahun yang penuh dengan kehilangan.
Tahun ini merupakan tahun yang banyak kehilangan berlaku
bukan pada saya tapi pada teman-teman rapat saya. Bermula dengan kematian
seorang pelajar di universiti saya kemudian kematian tunang kepada junior yang
rapat dengan saya. Tak sampai 2 bulan ayah kepada roommate saya pula meninggal
dunia dan kemudiannya ibu kepada rakan sekuliah saya dan paling terbaru adalah
kematian junior kelab saya.
Semua kehilangan ini sangat memberi kesan kepada diri diri
saya.
Semua kehilangan ini seakan memberi peringatan yang
mungkin selepas ini adalah giliran saya .
Semua kehilangan ini memberi satu hakikat hanya Dia yang
tidak mati dan tidak pernah akan meninggalkan kita bahkan kita lah yang selalu
meninggalkan Dia.
Dan semua kehilangan ini memberi tahu hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya
kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. Hanya pada
Allah. kerana Allah itu sifatnya kekal.
Rasulullah bersabda
“Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh
mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami, wahai
Ibrahim, sedih kerana pemergian mu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pasti dan pasti kita
pernah merasai kesusahan hati. Pasti dan pasti setiap manusia pernah merasai
kekecewaan jiwa. Tidak mengapa.. kerana itu fitrah bagi setiap manusia. *tiup
semangat*
Allah itu Maha Kaya.
Andai seorang kaya merasai Allah itu Maha Kaya, dia tidak akan takut untuk
menderma. Andai dia seorang yang miskin, dia tidak pernah takut dengan
kemiskinan dunia. Dia tahu Allah akan memberinya rezeki kalau bukan pada hari
ini pasti esok lusa dari jalan yang tak disangka-sangka,
dan andai seorang
isteri yang Allah cabut nyawa suaminya, masih mampu redha dan mengukir senyuman
di bibir, kerana dia tahu Allah mahu dia menjadi isteri yang mithali dan
berdikari. Bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan memberi yang terbaik
buat diri kita.
Kehilangan
Kehilangan
Perpisahan
Pemergian
Ditinggalkan
Itu yang mengajarkan kita erti seorang hamba dan kekuatan.
Itu yang mengajar kita segalanya yang datang daripada
Allah akan kembali kepada Allah juga.
Itu yang mengajar kita untuk menjadi dewasa dalam segala
penerimaan.
Kehidupan ini
kisarnya tentang menerima hakikat.
Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.
Suatu masa nanti,
Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini.
Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.
Suatu masa nanti,
Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini.
* * * * * * * * * * * * *
“Kamu sayang along
tak?”
*senyap sambil buat muka pelik*
“Kamu rindu along tak?”
*senyap sambil rolling eyes*
“Kenapa senyap?”
“Apa tanya soalan macam tu. Tak brutal langsung!”
*senyap sambil buat muka pelik*
“Kamu rindu along tak?”
*senyap sambil rolling eyes*
“Kenapa senyap?”
“Apa tanya soalan macam tu. Tak brutal langsung!”
*ketawa hambar*
“Kalau sayang katakan
sayang.Jangan nanti terbayang-bayang.”
“Kalau rindu katakan rindu. Jangan nanti tertunggu-tunggu.”
“Kalau rindu katakan rindu. Jangan nanti tertunggu-tunggu.”
“Ceh! Apalah along
ni! *mencebik*”
. . . . . . . . . . .
*Bacaan yasin memenuhi tanah perkuburan.*
Tak rugi pun kita ucap kita sayang mereka.
Mereka=mak ayah, adik beradik kandung, adik beradik tiri, saudara-mara ataupun mereka-mereka yang memang kita sayang walau tak ada hubungan darah sekalipun. Yang kita dah anggap macam sebahagian dari hidup dan nyawa kita.
Tak perlu selalu.
Yang penting ikhlas dari qalbu.
Selagi ada masa. Ada waktu.
nice akak! ^_^
ReplyDeletetq syg. haha
DeleteI felt very calm after reading ur entry K.Fit.. hehe.
ReplyDeleteMay Allah ease everything.Barakallahufik