Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.
*Bukak pintu bukak tingkap.*
Bersarang dah blog I ni
Phew~
Mohon maaf kepada
pembaca-pembaca tegar a.ka geng mafia gua (kalau ada lagi lah. Haha.)
InsyaAllah selepas ini akan lebih berdisiplin dalam penulisan. Huuu~ Harap tak
bosan baca entry blog sebelum-sebelum ni. Walau mungkin ada yang dah hafal
setiap bait-bait ayat. Walau mungkin ada yang dah muak tiap kali masuk blog tak
ada entry baru ke sampai rasa tertekan dan mengepal penumbuk nak tumbuk pipi
sendiri. Ehh! Maaf. *muka comel*
Sambil membersihkan balik
blog yang penuh sawang habuk semua ni, sambil tu mari kita mengimbas kembali
tujuan terciptanya blog Bi-idznilah ini. *lagu sentimental berkumandang* Ehm. Rasanya
baru dalam setahun lebih wujudnya Bi-Idznillah. Baby lagi tau blog ni. Baru nak
tumbuh gigi. Kah Kah.
Apa? Sebab nak populariti?
Ceh! Memang tak lah! Kalau nak popular, zaman blogging tengah femes dah buat.
Masa tu kalau buat blog, kompem (baca=confirm) beratus juta dah orang follow.
Giteww perasan! Haha.
Apa? Sebab nak dapat duit
lebih? Tang mana yang dapat duit lebih. Iklan pun tak de lagi dalam blog ni.
Penaja dari produk kecantikan ke produk kurus ke pun tak de lagi setakat ni.
Wahaha. *kejar cicak yang sangat gedik berlari-lari*
Jadi,
terwujudnya Bi-Idznillah ini tak lain tak bukan dengan harapan untuk menjadi
wasilah (baca=jalan/cara) dalam berdakwah. Dengan harapan terwujudnya blog ini
dapat berkongsi rasa masam masam manis, berkongsi cerita suka duka payau kelat,
berkongsi kata-kata semangat bukan untuk siapa-siapa tapi mungkin untuk diri
sendiri.
Kerana
yang sebenarnya,
Melalui
penulisan aku kumpul kekuatan,
Kerna
nanti apabila aku jatuh terduduk atau rebah,
Aku
akan dapat membaca semula tulisan-tulisan ini.
Tulisan
yang terilham dari ALLAH yang Esa.
Dan
melalui penulisan juga aku berharap mampu menyentuh hati-hati yang lara,
Kerna
nanti biar mereka tahu bukan hanya mereka yang merasa,
Jadi,
tetap kuatlah.
Dan
melalui penulisan juga aku mengharapkan redha Allah,
Agar
dapat aku kumpul saham-saham syorga,
Bi-Idznillah.
Moga Allah bantu.
P/s:
Dalam proses menulis beberapa entry. Moga dapat publish dalam masa terdekat.
Doakan tau! Dia datang dengan senyum manisnya~ *sambung nyanyi*
Till
then, just sit back, relax and enjoy! (Err. Enjoy dulu entry dulu-dulu. Bye!
*lari laju-laju*)
No comments:
Post a Comment