BABAK
1
Saya tak tahu siapa saya pada awak,
tapi bagi saya.
tapi bagi saya.
Awak insan yang sentiasa ada dalam doa.
Walau jarang bertemu.
Walau mampu melihat dari jauh.
Walau jarang bertemu.
Walau mampu melihat dari jauh.
Kerana mendoakan
adalah cara mencintai yang paling rahsia.
BABAK 2
“Kau teringat dekat
dia.”
*blur*
“Betulkan? Kau
teringat dekat dia dan kau rindu dia.”
*angkat kening*
“Tak yah deny. Aku perasan bila kau rindu dia
mesti ada bau yang sama akan keluar.”
“Huh! Bau apa?”
“Bau kopi.”
*tangan terhenti dari
kacau air dalam cawan.*
BABAK 3
“Orang kata cinta yang sebenar apabila kau menjadi lebih baik dari
sebelumnya. Jadi, bila kau mencintai budak tu dalam diam, kau rasa kau jadi
lebih baik?”
“Jadi lebih baik atau tak, aku tak tahu. Mungkin kau lebih nampak
perubahan aku. Tapi yang aku tahu, bila aku suka dia aku sedar yang ada orang
cuma ditakdirkan ada dalam hati kita tapi bukan dalam hidup kita. Aku sedar
yang mana bila kita suka, kita kena tahu jodoh yang tepat akan datang pada
waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Aku sedar menahan apa yang ada dalam
hati itu adalah sepatutnya kita buat kerana mungkin itu yang terbaik buat semua
dan mungkin yang terbaik buat masa itu. Jadi, sebelum sampai waktu yang tepat,
pendamkan saja dan terus berdoa. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.”
*tarik nafas*
“Aku juga sedar yang
aku salah kalau aku pikir hidup berkahwin tu akan sentiasa manis walhal mungkin
kita dapat jodoh yang berpenyakit, yang punya banyak tanggungjawab dan
sebagainya. Aku sedar yang jodoh ni kadang-kadang tak panjang. Aku sedar yang
kalau berkahwin mungkin tak ada anak dan aku sedar yang mungkin pasangan kita akan
Tuhan cabut awal nyawanya.”
BABAK 4
“Apa perasaan bila akhirnya orang yang kau cintai dalam rahsia, yang kau
tunggu dalam diam selama ni akhirnya adalah jodoh kau?”
*senyum manis*
“Alhamdulillah. Tuhan
itu tahu yang terbaik buat hambaNya. Terima kasih sebab dia bina tembok
ikhtilat yang sangat tinggi masa kami belum berkahwin. Terima kasih sebab dia
jaga maruah aku dengan tak mesej call chat aku selama kami bukan yang halal.
Terima kasih sebab dia secara tak langsung bawa aku ke satu jalan yang matang
tersusun dan terarah. Sesungguhnya kalau kita buat segalanya untuk Allah,
korbankan perasaan harta atau apa saja kerana Dia, pasti Dia takkan pernah
kecewakan kita.” *mata berkaca-kaca*
“Macam mana life after dah jadi Puan?” *sengih*
“Macam mana life after dah jadi Puan?” *sengih*
“Bercinta ibarat kau
naik bas. Boleh berhenti kat mana yang kau nak kalau kau tak suka. Tapi
berkahwin ibarat kau naik flight. Suka tak suka, kau tak boleh berhenti
tiba-tiba kat mana yang kau nak. Bahaya. *ketawa*
Marriage is not just
living together but loving together dan perkahwinan itu bukan
hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu.
Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari
segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di
tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa
bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. Perkahwinan harus ada konsep takmil
wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. Seorang memberi seorang lagi
menerima. Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. Harus ada
tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah
dan manis macam gula. Pasti ada masa berkelahi sini sana. Tak sependapat itu
ini. Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus
menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana kita akan kekal
di sana.”
Kahwin dengan orang yang
kita cintai itu ialah impian.
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah
kerana takdir yang menentukannya.
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah
kerana takdir yang menentukannya.
Marriage is not about love. it's about making ummah. aiwahh. ^^
ReplyDeleteaiwaaahhhh!!! haha. ^^
Deletenah bunga!! terbaik ^^
ReplyDeletekita nak moist cake! haha
Deletehahaha.. because we only human..
ReplyDeleteTerbaek..syukran ukhti
ReplyDeletegodek2 post lama sis.. izatiy pilih babak 1 dan 2..
ReplyDeleteSangat menyedarkan, Alhamdulillaah..🌹😊
ReplyDeleteAlhamdulillah ^^
Delete