19/01/2015

ADAMANTIUM



Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kejap! Kejap! Jangan kaget. Gitewww ayat kaget! Wow sangat! Haha.Ok. Ni bukan journal kimia walaupun saya tengah sambung Master in Chemistry (Research). Haha.

Apa itu Adamantium? Naa. Bukan nama kedai Andaman yang ada dekat Kuantan tu. Hmm. Sedap makanan kat situ. Yang dekat cawangan Pekan deco kedai pun nampak mewah. Harga nice lah jugak. Ok tak tak. Bukan nak promote kedai makan tu.

Ehem! *betulkan journal-hournal yang bersepah atas meja*

Adamantium ni tak wujud pun dalam Periodic Table. Adamantium ni wujud dalam Marvel Comics dan terkenal sebagai bahan untuk buat kuku Wolverine dalam cerita X-Men tu. Ada tengok tak? Dulu kecik-kecik tengok jugak lah kartun X-Men. Ngee~

Jadi, apa kaitan Adamantium dengan entry saya ni?

*ketuk meja* Hmm..

Saya ada kenal orang-orang yang kuat dalam hidup saya. Iya. Kuat bagi definisi saya.

Kuat yang walau banyak benda pahit jadi, masih mampu telan dan teruskan hidup.

Kuat yang walau tiap kali harus kecewa, tapi tetap juga rasa harapan itu ada.

Kuat yang walau acap kali menangis, tapi tetap cuba untuk tersenyum.

Kuat yang walau terkadang hampir rebah tapi tak pernah berhenti melangkah.

Kuat yang walau sentiasa terpaksa pendam dalam hati tapi masih mampu teguh berdiri.

Tahu, bukan mudah nak jadi kuat.

Tahu bukan mudah nak sentiasa nampak kuat.

Mungkin payah tapi tak mustahil kan?

Dan,

Aku sebenarnya cemburu dengan kau. Yang dalam diam, kau sendiri jadi penguat untuk orang lain walau kau sendiri terkadang tak sedar hakikat itu. *senyum*

ADAMANTIUM
One type of metal.
Indestructible metal.
The properties is firm, very resolute.
Macam kamu. Tak putus asa, kuat, dan teguh. *kenyit mata*


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Tapi aku tak sekuat kau"
"Siapa cakap kau tak kuat?"
*sepi*

"Kuat tu tak semestinya bila ada benda jadi, kau tak menangis.
Kuat tu tak semestinya bila ada benda jadi, kau sentiasa boleh telan macam telan moist cake."
*tenung*

"Kuat tu bila ada benda yang jadi, kau sedih, kau menangis sampai keluar hingus tapi kau tetap teruskan hidup.
Kuat tu bila ada benda jadi, kau rasa hati kau berkecai macam kena langgar lori pasir, tapi kau usaha jugak untuk bangkit."

Jadi, teruskan melangkah tanpa lelah walaupun terkadang terasa hampir rebah.
Moga Allah sentiasa beri pinjam kekuatan Dia pada kamu kerana dari kamu juga orang lain jumpa kekuatan

*sengih dan angkat tanda aman.*


1 comment: