Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hola holi cikibung cikibung. Haha.
Amaran:
Entry kali ini agak panjang. Kalau tak larat nak baca, boleh la kot buat-buat
tak nampak entry ni. Haha.
Entry
ini khusus untuk semua peminat (Ayat macam yakin sangat ada peminat. haha) blog Bi-Idznillah sama ada yang sengaja atau tak
sengaja, secara lngsung atau pun tak langsung. Luls.
Ok ok ada perasan apa-apa yang lain tak? Ada tak? Ok tak
perasan lah tu. *kuis-kuis tanah*
Cuba tengok kat header. Yeah! Header baaarrruuuu untuk
taahuunnn yang baarrruuuuuu. Setelah 2 tahun saya guna header yang lama, (boleh
baca dekat entry http://rahimahfitrah.blogspot.com/2012/12/123-bertukar.html) Alhamdulillah akhirnyaaaaaa bertukar dah
header di tahun yang baru.
Well well, korang pun mesti bosan kan kan kaaannn asyik
old looks je kan. Ngaku je laaaa. Haha. Sebenarnya benda ni unexpected gila.
Tak terlintas pun nak tukar header, nak buat header baru semua tu lah sebab
sangat la sibuk dengan master sekarang ni.(Tipu. Sebenarnya memang noob tak
tahu macam mana nak tukar nak create header semua. Haha) Owh iya. Mohon doakan
master saya. Hee~
Jadi, nak dijadikan cerita, takdir Allah, adalah seorang
adik ni chat saya kat FB dan bagi header yang cantik ni. Adik tu cakap dia
minat saya lepas tu nak bagi hadiah header yang dia dah create sendiri ni.
Subhanallah Tabarakallah. Terharu gilaaa gilaaa gilaaaa ahhh! Tapi tapi lagu
blog saya tak tukar sebab saya rasa lagu ‘river flow in you’ ni ‘berhantu’
sikit kaann. So, I’ll keep it. Haha.
Terima kasih sangat untuk KALIAN yang selama dua tahun
lebih ni dalam diam godek-godek blog akak (bahasakan diri akak je la eh sebab rasa
memang dah tua pun. Sob sob)
Terima kasih tak terhingga sebab akak tahu ada antara
kalian yang sebenarnya tak de blog tak de tumblr (tumblr akak ‘pelangikelipkelip.tumblr.com’) pun tapi sebab nak follow akak, sanggup buat
blog, sanggup buat google+, sanggup buat tumblr.
Tu belum lagi mana yang chat, emel, komen dan siap buat
entry KHUSUS pasal akak (nangis laju-laju sebab terharu sangat) cakap terinspirasi
dengan penulisan akak, terkesan di hati dan dijiwa. (I do read all your
comments, chat and so on. Forgive me because I don’t have time to reply. But I
do read and appreciate each one of that.) Terharu sangat sangat sagat level 99.
Ehem! *imbau kembali*
Yang sebenarnya, memula nak tulis blog ni nak jadi anonymous macam Angel Pakai Gucci or Dr. Cinta yang orang tak kenal kan. Tapi sebab sangat laaa noob bab IT, tak perasan yang URL tu ada nama betul. Kah kah.
Yang sebenarnya, memula nak tulis blog ni nak jadi anonymous macam Angel Pakai Gucci or Dr. Cinta yang orang tak kenal kan. Tapi sebab sangat laaa noob bab IT, tak perasan yang URL tu ada nama betul. Kah kah.
Dan yang sebenarnya rasa diri ni kecik je dengan
penulisan yang entah hape-hape kalau compare dengan Dr. Fatin Liyana, Dena
Bahrin, Namee Roslan, Hanis Zalikha daann raamaaaiii lagi. Phew~ Saya ni
picisan je nak banding dengan diorang yang follower blog beribu tu. (10 kali
ganda banyak dari saya)
Dan sesungguhnya, yang sebenarnya bukan penulisan saya
yang hebat. Tapi kerana Allah yang bukak hati anda semua untuk merasa terkesan
di hati bagi semua penulisan saya. Jadi, yang hebat itu Allah, yang memberi
inspirasi itu Allah, yang memegang hati itu juga Allah.
Moga kita gunakan semua medium yang ada untuk jadi medium
dakwah, medium beri semangat, medium kongsi kekuatan, medium ingat-mengingakan
sebab kau sendiri takkan tahu siapa yang dalam diam terinspirasi dengan kau
walaupun kau tak de follower, walaupun tak ramai like status kau, dan walaupun
jarang yang komen dekat entry kau.
Ketahuilah, ada yang dalam diam sangat menghargai segala
kata-kata kau, ada yang dalam senyap sangat terkesan dengan penulisan kau dan
ada yang dalam rahsia sangat menunggu baik-bait coretan kau.
Dan, tulislah kerana Allah. Pasti kau takkan kecewa. ^^
mati-mati ingat kakfit nak update pasal kipas susah mati kpopperssssssss. haha.
ReplyDeletekah kah syikin. saje jeeewwww bagi mcm wowowo tajuk tu. wahaha
ReplyDeleteSweetnya kak Fit ^_^
ReplyDelete*terharu + terperasan*
Hahaa..
Btw,thniah master...
hahaha sama2 kasih ^^
ReplyDelete