Fuh. Tajuk kemain keras. Dah
bersawang blog, bukak-bukak tajuk kontroversi sangat~ haha. Ok. Nak cerita apa
sebenarnya ni. *tarik nafas* Aku tulis ni sebab kawan aku request. Moga-moga
jadi kekuatan untuk kalian dan aku juga.
Pengkhianatan. Siapa dekat
sini tak pernah kena khianat? Aku percaya semua orang pernah kena. Cuma pengkhianat
tu jenis macam mana dan level berapa je yang berbeza. Tapi kalau dah namanya
kena khianat, tak kisah la level berapa, sakitnya tuh di sini, di dalam hati
ku. *nyanyi*
Mana yang kena khianat
dengan adik beradik, suami isteri atau kawan rapat. Semua pengkhianatan tu akan
diingati sampai bila-bila.
Aku tak nak ulas panjang
lebar pasal definisi pengkhianatan ni. Aku cuma nak share bila aku rasa sedih
kecewa gila apa yang aku buat.
Tak. Aku tak pergi flying
kick orang tu even ntah dah berapa banyak kali scene aku ‘bunuh’ dia dalam
kepala aku. Hahaha. Tau. Aku tau sakit gila kena khianat sebab khianat ni dari
orang yang kau rapat dan percaya. Kira unexpected things happened from
unexpected person. Kalau musuh yang khianat tak pe gak sebab kita tau dia tu
memang musuh. Tapi ni orang yang kau sayang, share everything bertahun-tahun.
Apa aku buat bila kena kena
khianat? Aku nangis. Ye. Aku nangis sambil muhasabah diri. Aku baca ayat ni.
“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu
minazzhalimin.”
Ya
Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau. Sungguh aku ini
termasuk orang-orang yang zalim.
Ketika kita ditimpa musibah
atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang di baca oleh
nabi Yunus a.s. Bacalah berulang kali.
Aku masa baca ayat ni sampai
berjurai air mata. Sebab apa? Sebab kita sendiri menzalimi diri kita. Sungguh
ketika aku sedih, pedih, resah, gelisah, sempit terhimpit, Tuhan tak pernah zalimi
hambaNya, sebenarnya akulah yang menzalimi diri aku sendiri.
Everything happens
for a reason. Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia. Terkadang memang ambil
masa untuk nampak ‘kecantikan’ yang terjadi selepas itu. Ambillah masa berapa
lama sekalipun untuk belajar terima takdir tu. Cuma aku nak pesan jangan
sesekali salahkan Tuhan. Tanda Dia sayang kau dengan berapa banyak ujian kau
kena tempuh. Dunia ibarat penjara orang mukmin. Takkan ada rehat sampai kita
jumpa Allah. Ingat tu.
Bila kau betul-betul redha
dan meletakkan segalanya pada Allah, Allah terus jawab doa-doa kau. Aku pernah
kena khianat beberapa kali. Tapi masa aku kena khianat tu aku langsung tak
doakan orang tu kena balasan ke bencana ke. Tak. Serius tak. Aku cuma doa
supaya Allah beri aku kekuatan untuk tempuh dan biarkan kebenaran tertegak
kerana kebenaran takkan pernah kalah dengan kebatilan. Ajaibnya, orang tu
sendiri datang mintak maaf dan mengaku segala kesilapan.
-------------
We’ve got both light and
dark within us, what matters is the part we choose to act on. That’s who we
are.-Sirius Black.
So, kau redhakan lah. Maksud
kat sini kau tak yah la berdendam. Forgive but not forget. Kau maafkan tapi kau
ingat tu sebagai pengajaran paling besar dalam hidup dan kau serahkan segalanya
dekat Allah sebab kau yakin Allah tu adalah segalanya. Baik ketika kau gembira
mahupun berduka. Baik ketika kau rasa kau punya ramai orang untuk di andalkan
mahupun ketika sebenarnya kau tiada sesiapa di sisi.
-------------
The best revenge is to move
on and get over it. Don’t give someone the satisfaction of watching you
suffer.-Dr. Bilal Philips.
Dah. Bangkitlah. Kalau aku
di beri izin untuk cakap sesuatu, apa aku nak cakap dekat kau adalah, kau tak
hancur seperti yang kau fikirkan dan aku tahu, semua orang mesti ada parut luka
yang payah nak sembuh tapi percayalah semua orang yang hebat pernah melalui
ujian yang sukar dalam hidupnya.
Kepedihan, air mata,
perpisahan, kehilangan dan kesakitan baik dari perkataan mahupun tindakan,
Dalam saat-saat kesusahan seperti ini, tenangkanlah hati mu dengan ayat-ayat
Allah.
“Dan
sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaanya.
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia
dan akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati).”
[Ad-Dhuha:4-5]
Moga tabah menghadapi.
Moga kuat menempuhi.
Moga sabar melalui,dan
Moga sentiasa dilindungi Ilahi.
Moga kuat menempuhi.
Moga sabar melalui,dan
Moga sentiasa dilindungi Ilahi.
nice post ... enjoy reading your blog ...
ReplyDeletethank you so much ^^
ReplyDeleteSorry for the late responds.