Homai! Best gilaaaaaaa konvooooo! Best gilaaaaa! Tahniah
hadek-hadek yang konvo pada tahun ni.
Perasaan tu macam macam macam mana ah nak cakap. Haa
macam kau suka orang ni diam-diam last-last dia tetiba datang meminang! Haaaa!
Rasa nak lompat, nak nangis, nak jerit nak semua la! Wahaha!
Masa dulu Tahun 1 Tahun 2 tak paham ah kenapa orang
excited sangat nak konvo kan? Then pelik lah kenapa parents ada yang menangis tengok
anak konvo. Masa tu serius la macam tertanya-tanya. Maybe sebab baru first year
so macam rasa jauh lagi nak konvo. So tak de feel apa.
Bila da melalui sendiri, pergh pergh! Diri sendiri je
tahu macam mana 4 tahun tu cuba survive. Bila ingat balik memang rasa nak
meleleh. Rasa diri ni kerdil sebab kalau bukan doa mak ayah, kalau bukan rahmat
Allah, tak tahu macam mana nak tempuh semua tu.
Jujur, masa masuk dewan konvo dengan jubah dengan topi rasa
macam nak melompat sambil menangis. Muka bahagia tu, pergh pergh. Tak boleh nak
describe. Rasa tengok sekeliling semua ada bentuk love-love ada kaler pink
sebab bahagia aaahhh. Kalau ada record senyum paling lama dan senyum paling
lebar boleh menang (bukan senyum sampai telinga je ni tapi dah sampai buat satu
bulatan dah. Hahaha.)
Masa tengah beratur tunggu turn tu debar dia jangan cakap
ah! Bukan debar apa. Risau topi jatuh lah, risau hood senget lah, risau
tersalah berdiri lah, risau lupa step lah. Wakaka! Tu belum lagi risau
kawan-kawan duk cakap haaaa kau nanti jangan jatuh pulak atas stage. Cis! Tu
paling risau sebab aku jenis kalau gelabah, haaa kemungkinan akan keluar la
aksi pelik-pelik. Hahaha!
Masa ambil scroll tu sebak sebab macam tak percaya dah
habis 4 tahun dengan tempuh macam-macam. Dengan bergelen air mata, dengan tak
cukup tidur (tapi makan terlebih cukup. Haha), dengan jerit perit nak siapkan
assignement, jawab kuiz, hadap final exam semua
tapi ada satu lagi perasaan sebak bila kau tau mak ayah ada dalam dewan
tu dan mereka pun bangga masa dengar nama kau kena sebut dan nampak kau naik
atas stage. *lap air mata*
Pada gegadis dan jejaka yang tak pernah dapat bunga,
taadaaa~~ Tahniah! Hari konvo insyaAllah akan dapat bunga. Tapi bunga serius
mahal masa tu. Maka, disarankan petik la bunga mak siap-siap letak dalam balang
air terus bagi tak layu. Hahaha.
Hari konvo jugak hari anda terasa seperti retis sebab
hari ni ramai gilos nak bergambar dengan anda sampai tak nyempat-nyempat nak
bernafas! Haha! So, make sure pakai baju lelawa dan selesa. Kang tetiba ketiak
basah lah, kasut tinggi sangat lah. Wakaka!
Ehem!
Jadi, selamat bergumbira di Hari Jubah anda. Moga memberi
inspirasi kepada semua. Cabaran sebenar baru sahaja bermula. Nantikan next
entry tentang pengalaman selepas berkonvo. *kenyit mata*
No comments:
Post a Comment