Entry ini sesuai dibaca oleh
mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas. (kenapa 25 tahun? Sebab tu umur dah
suku abad. Haha.) Sesesiapa yang bawah 25 tahun, nak baca jugak, kemudian
merasa kebosanan atau ketidak fahaman perasaan, I tak tanggung hokaayy. Haha.
*Tarik
nafas dan susun ayat*
Ok ini hikayat tentang Cik
puteri yang mencari Encik puteranya. Phui. Acah2 puteri ler? Haha. Tak. Entry
ini untuk gegadis sana yang mungkin macam sibuk sikit bila tiap kali hujung
minggu diisi dengan attend walimah
kawan-kawan, then kalau hangout
sekarang sorang-sorang sebab kawan-kawan semua dah kahwin.
Kemudian bila bukak-bukak newsfeed FB keluar gambar-gambar kahwin
kawan yang cantik-cantik, baby comel-comel rasa macam aaaaaaa aaaaaaaa *jerit*.
Bila turn aku untuk kahwin. Bilaaaaaaaaaaaaaaa.
Haha.
Haih. Faham aaaaahhhh
perasaan tu. Mesti da start gelabah
ayam. Bila kawan sekolah kahwin gelabah ayam level 1. Bila kawan U kahwin
gelabah ayam level 2. Kawan baik kahwin gelabah ayam level 3. Wahaha. Then pandang
cermin cakap kat diri sendiri ‘Aku tak nak jadi forever alone. Tak nak tak nak!’ Meroyan sungguh nampaknya. Wahaha.
*tangisan dalam ketawa*
*ketuk meja*
Entry ni tak de pun nak bagi
tips macam ‘How you can date with
someone’ atau ‘Cara mencari jodoh
dengan cepat mudah dan mesra.’ (Macam pelik je tagline ni. *palm face*) Tak. Tak ada tips pun sebab
yang menulis ni pun terkial-kial nak cari jodoh. Kah kah.
Cuma aku nak cakap, siapa je
yang tak tertekan lagi-lagi perempuan bila dah umur selayaknya kahwin tapi
jodoh kita tak muncul-muncul lagi. Lagi double
tertekan bila kawan-kawan baik semua dah kahwin tinggal kita terkapai-kapai
sorang-sorang. Punya la forever alone sampai pergi mana-mana pun sorang-sorang.
Lagi triple tertekan bila mak mak,
makcik makcik, kawan mak, kawan makcik, jiran tetangga, orang kampung semua tanya
‘Bila nak kahwin?’ Pheww.
Ikut hati ni sekarang jugak
laaa nak kahwin. Haha. Tapi jangan cakap bayang-bayang calon, bau calon suami
pun tak ada langsung. *merenung keluar jendela* Haa yang mana umur bawah 25
tahun, yang mengada-ngada jugak nak baca entry ni, lepas tu gelakkan
hakak-hakak korang yang lebih 25 tahun yang tak kahwin-kahwin ni, jangan nak
suka sangat. Nanti kang takut tetiba sikit masa lagi, korang bukak balik entry
ni lepas tu nangis-nangis baca sambil kata ‘I
felt youuuuuu sistaaaa” Wahahah.
*bukak music muhasabah*
Macam ni lah, aku selalu muhasabah diri aku dengan cakap, nak kahwin macam mana dah kalau diri sendiri ni pemalas tahap dewa, masak tak pandai, baran dan emosi tak tentu hala. Maka berubahlah mana-mana perangai yang tak best tu, dalamilah mana-mana ilmu yang sepatutnya dan siapkan diri sehabis baik sebab bila masa tu dah sampai, kita dah bersedia insyaAllah untuk mewujudkan perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan warahmah kerana perkahwinan satu fasa penting yang kalau kau tak ada ilmu dalam serba serbi, mau tenggelam timbul nak tempuh fasa tu.
Macam ni lah, aku selalu muhasabah diri aku dengan cakap, nak kahwin macam mana dah kalau diri sendiri ni pemalas tahap dewa, masak tak pandai, baran dan emosi tak tentu hala. Maka berubahlah mana-mana perangai yang tak best tu, dalamilah mana-mana ilmu yang sepatutnya dan siapkan diri sehabis baik sebab bila masa tu dah sampai, kita dah bersedia insyaAllah untuk mewujudkan perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan warahmah kerana perkahwinan satu fasa penting yang kalau kau tak ada ilmu dalam serba serbi, mau tenggelam timbul nak tempuh fasa tu.
Aku selalu pesan dekat diri,
rezeki Allah ni luas. Ada orang rezeki dia sambung belajar, ada orang rezeki
dia bekerja, ada org rezeki dia kahwin awal, ada orang rezeki dia dapat anak
cepat. Semua tu rezeki Allah. Aku ni mungkin Allah nak suruh berbakti
banyak-banyak dekat mak ayah dulu sebab nanti kalau da kahwin hak suami dah.
Aku dah lah anak perempuan sorang dan sulung lagi. Maka, berbaktilah selagi
boleh dan mampu.
Ada orang jodoh awal, ada
orang jodoh lambat sikit, ada orang jodoh mudah, ada orang jodoh payah sikit.
Kenapa harus bersedih. Takdir kita Allah yang tentukan. Allah yang tentukan. Allah. Diulangi, Allah. Ehem. Allah itu Maha Besar
dan tiada yang besar di hati ini selain Allah. Allah itu maha Mengetahui yang
terbaik buat kita. Cuma kita yang kena belajar untuk melihat dari semua sisi
dan segi. Mencari hikmah dari setiap yang terjadi. Didik diri untuk sentiasa
bergantung harap pada Allah, berlapang dada dalam segala ketentuan dan sentiasa
menjadi hamba yang bersangka baik pada Allah.
*kesat hingus*
Kau tahu, orang yang bekerja
akan rasa belajar seronok lagi dan orang yang belajar pulak akan rasa kerja
seronok lagi. Then orang yang belum kahwin akan kata bestnye dah kahwin. Orang yang
dah kahwin pulak akan kata rindu zaman bujang. That is irony of life. Manusia tak pernah nak hargai apa yang ada
depan mata,. Jadi, tolong cuba belajar menikmati dan mensyukuri apa yang kita
ada. For the time being, just enjoy being
single bebeh. Nanti dah kahwin enjoy
jadi duo plak. Haha. Dah ada anak ramai-ramai enjoy jadi kumpulan koir. Wahaha.
Dan,
Aku selalu pujuk hati aku dengan cakap, jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Maka bersabarlah kerana salah salah satu kekuatan adalah kekuatan menunggu yang pastinya dengan izin Tuhan. *sengih* (pehal macam penunggu gua plak rasa.)
Aku selalu pujuk hati aku dengan cakap, jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Maka bersabarlah kerana salah salah satu kekuatan adalah kekuatan menunggu yang pastinya dengan izin Tuhan. *sengih* (pehal macam penunggu gua plak rasa.)
Homaaiii tak sedar plak
panjang bebelan dalam entry ni. Kah kah. Ahh bila orang tanya ‘Hang ni kahwin
bila?’ jawab balik ‘Hang rasa jodoh sampai awai ka maut sampai awai?’ *sambil
angkat kening* Ok tak. Tak. Jangan kasar sangat walau itu hakikat. Haha. Just
cakap tengah tunggu jodoh pilihan Allah datang naik kuda bawak cincin berlian
bertakhtakan permata. Then gelak-gelak
sikit buat macam hati tu acah-acah kebal dengan soalan macam tu. Haha.
Kahwin. Mereka sudah kau
bila lagi?
Bila Allah kata ‘kun faya kun’ (Jadilah, maka jadilah ia.)
Masa tu kau dapatlah kad walimah aku. *aman tanpa perang*
God has a reason for allowing things to happen. We may never understand His wisdom, but we simply have to trust His will.
Bila Allah kata ‘kun faya kun’ (Jadilah, maka jadilah ia.)
Masa tu kau dapatlah kad walimah aku. *aman tanpa perang*
God has a reason for allowing things to happen. We may never understand His wisdom, but we simply have to trust His will.
* * *
* * * * ** * * * * * * ** * * * *
Kita
selalu fikir,
Dah
habis belajar mesti akan dapat kerja.
Dah
sampai masa kita mesti kahwin.
Dah
kahwin jodoh mesti berkekalan sampai bila-bila.
Lepas
kahwin mesti akan dapat anak.
Dapat
anak mesti yang comel-comel
Tapi
pernah tak kita fikir,
Kadang
lepas habis belajar, kita tak dapat kerja.
Kadang
sampai masa, maut yang menjemput kita.
Kadang
kita kahwin tapi takdirnya tak kekal lama.
Kadang
dah kahwin bertahun pun tetap tak dapat cahaya mata
Kadang
bila dapat anak yang lahir tu tak sempurna.
Satu
aku nak cakap.
Jadi
manusia, jangan cepat rasa kecewa.
Semuanya
sedang berada dalam ujian masing-masing. Ujian kesenangan atau kesusahan. Allah
will give you more than you have expected.
Hanya
kepada Allah ku adukan susah dan sedih ku. Yang menimpakan cobaan sebagai tanda
cinta, agar tiada yang lebih besar di hati ini selain Dia. (Salim A. Fillah.)
Untuk
semua doa yang tidak dimakbulkan Tuhan. Moga akan diganti dengan kekuatan.
Memadai untuk kau bertahan. It hurts. But you are strong. Dan kerana Tuhan mu
bersabarlah. [Al-Muddatsir, 74: ayat 7]
done baca!!!! kesat hingusss.. :')
ReplyDeletebanyak tak hingus keluar? hahaha
Deletei felt u sistaaaaaaaa!
ReplyDeletekesat iyaq mata ..huhuhuh
jangan sedih2. *sama2 kesat ayaq mata* huwaaa
DeleteI feel you sis!! 😠tapi selalu bila nak pujuk hati, saya akan renung kembali diri sendiri.. Contohnya bila fikir balik, saya ni degil, i will do whatever i want to. Sebab tu belum bertemu lagi jodohnya, kalau dah ada hasben ntah macam manalah minah degil ni nk handle situasi ‘kena ikut cakap suami’😓
ReplyDeletehahaha. xpeee. pelan2 berubah. jodoh yg tepat akan dtg pd waktu yg tepat dgn org yg tepat. fighting! ^^
Deletedone baca jugak...
ReplyDeletewell... verily..Allah's plan is always perfect, on time. we just need to be patience.
*sambil kesat air mata.. :(
btw.. love the background music tu. Sooooo soothing.
*angguk2*
Deletehave a faith. *hulur tisu sebab hingus dah keluar* hahah
background music ada mcm berhantu sikit kan? keep on playing in mind. hahahaha
Kak fitt...kopi kak ^^
ReplyDeletekita senasib btw..anak sulung, xde calon n tgh start nak gelabah ayam bila kawan rapat lelaki and perempuan kita dah nak betunang and kahwin.. tapi bila dah baca entri ni, rasa tenang n yakin bahawa masa yang ade ni perlu disyukuri and dinikmati sebaiknya ...anyway thank for the entri, its very comfort me enough btw ;)
ReplyDeleteTgh gelabah ayam level 3....hahhaha...
ReplyDeletesbb bff sorg dah kawen sorang la otw..
Lg 1 tahun nk capai suku abad
sy pown tgh gelabah jgk ni..ptot ea sy kawin taun ni bln 4 tp nak bwat cane da x de jodoh..smpy skrg tgh mncari calon tak jmp2 lg..I felt you sistaaaaaa...wuaaaa
ReplyDelete